Monday, March 3, 2014

Harijadi di Pizza Hut

Assalamualaikum

Salam Isnin semua.
Hari tu ada post tentang hari lahir Shumi yang ke-8. Dah besar anak Umi ni. Kita orang takdelah sambut birthday yang besar2an gitu, cukuplah kami 5 beranak je. 
Dan hari sabtu tu, kami sekeluarga sambut birthday Shumi di Restoran Pizza Hut. Beli kek yang ready made tu kat Southern Bakery dan tak lupa 3 mini cup cake untuk Shumi, Shamzi dan Damia.
Kenapa tak sambut 27hb tu ? bukan apa, kan tu masa sekolah. Shumi sehari di sekolah, balik rumah dah penat, nak buat kerja sekolah lagi. Kesian pula dia tak seronok nak celebrate sebab penat. 


Birthday Boy yang dah masuk 8 tahun. Bukan main dia nak bergambar dengan keknya. Abis teleng kepala nak bagi pose yang menarik konon.



Ni adik-adik birthday boy tu. Damia kalau dah nampak makanan, ok je perangai dia. Makan cup cake tak payahnya nak guna sudu. hehe
Shamzi yang relaks. Shumi dan Damia riuh rendah dalam keta, dia bukan main syok membuta....(^_~)



Kek yang tak seberapa rupanya. Dah namanya kan ready made. Tapi kan walaupun hiasan dia out, taste dia terbaeekkk. Shumi pilih Fresh Cream Chocolate Cake. Dan pilihan dia tepat sebab sedap!



Yang kami order di Pizza Hut. Kira cam pembuka seleralah konon. Hari sabtu hidangan ni separuh harga, daripada 20 lebih, selepas diskaun cuma 12 ringgit lebih ja. Sedap tau, especially yang ala ala breakie wrap tu. 



Kalau dah makan di Pizza Hut, haruslah order pizzanya kan. Kami pilih Tuna Spicy dan Hawaian Chicken. Tak silap dulu Tuna tu tak pedas tapi sekarang dorang dah ubah suai menu menjadi pedas. Dan memang pedas tau, aku pun tak tahan. 



Dan sebagai memenuhi permintaan OKje @ Mama Zir hari tu, ni dia wajah birthday boy semasa baby dahulu. Puas godek2 gambar, gambar ni je yang ada, sebab kan dulu rajin cuci dan simpan dalam album...hehe




11 comments:

  1. assalam
    slamt pagi..salam singgah
    selamat hari lahir ye dik..moga panjnag umur..dikurniakan kesihatan yang baik...jadi anak yang soleh untuk keluarga ye =)
    semoga membesar dengan baik =)

    ReplyDelete
  2. salam mia,
    shomelnya shamzi ms baby dl..dah besau pun makin encem...seronoklah yer shamzi dpt celebrate besday kat pizza hut..dpt kek idaman lagi..:)

    ReplyDelete
  3. happy birthday Shumi..semoga menjadi anak yg membanggakan umi dan abah,dan menjadi anak yg soleh..semoga panjang umur :)

    auntie pon suka makan cake Fresh Cream..sebab dier tak berminyak then tak muak kan !

    ReplyDelete
  4. happy birthday dear...

    wahhhh kek tu nmpk menarik sgt...

    ReplyDelete
  5. happy birthday 'bb' shumi..happynya dia dapat kek kan..best nya sambut di pizza..em, sedap tu..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Dah lama tak mkn kat PH.

    ReplyDelete
  7. Hihihi..comell nya shumi masa kecik... manis senyuman nya.. wah! suka dorang makan di pizza kan? damia pun good girl jak nampak...hehe...kami baru2 ni pigi pizza order yang Beef+Mushroom tu... :)

    ReplyDelete
  8. kalau makan PH, wajib order super supreme. hehehe
    happy birthday shumi :)

    ReplyDelete
  9. Seronoklah Shumi diraikan di PH. Kek coklat memang sedap. Pilihan kami juga tau.

    Kakak Sabtu lepas pun makan pizza jua Mia tapi bukan birthday. Juga salah satunya pilihan tuna pedas. Kakak suka pedas!

    ReplyDelete
  10. Shamzi rupanya yang tertido tu..hahahhaa..
    comel nya shumi masa kecik2....nda sedar sudah 8tahun kan kak..bujan sudah...hihi

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!