Tuesday, April 22, 2014

Citarasa Sabah Food Festival 2014



Assalamualaikum

Selepas aku, hubby dan anak-anak puas bercanda di tepian pantai membina istana pasir yang tak berapa nak menjadi, kitaorang singgah ke Citarasa Sabah, Food Festival 2014 yang di adakan di KK Times Square pada 18 - 20 April 2014, bermula dari jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam.

Pameran makanan tradisi suku kaum yang ada di Sabah ni diadakan sempena Visit Malaysia 2014 . Kitaorang pegi sana dalam jam 7.30 malam gitu, so banyak gerai yang dah nak tutup. Tapi aku dapat jugalah snap beberapa keping gambar yang nak aku kongsikan di sini. 



Pintu masuk pameran tu. Actually tempat pameran ni di adakan adalah sama dengan tempat aku berkerja. So masuk parking free jak sebab aku guna season park card aku tu. Abaikan jak budak dua orang yang nak juga interprem masuk dalam gambar ni. 



Antara gerai-gerai makanan mengikut suku kaum yang ada di Sabah. Yang berbungkus tu, makanan daripada suku kaum Melayu Brunei di Sabah iaitu tapai nasi. Makanan ni rasanya semua pun makan kan. Yang dalam bekas bertutup merah tu, semuanya adalah jeruk2 yang dibuat daripada buah-buah tempatan yang ada di Sabah. Yang paling terkenal sekali dan rasanya semua kaum di Sabah ni makan adalah Jeruk buah Bambangan. 



Ni makanan daripada gerai suku kaum Dusun. Dari sebelah kiri, Mangga Tinutuk atau lebih kurang cam mangga tumbuklah. Mangga muda yang dicampur dengan belacan, cili padi, bawang merah dihiris dan ikan bilis yang ditumbuk. Di sebelahnya pula ialah Hinava , makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun ni diperbuat daripada ikan, air limau nipis, cili padi, hirisan bawang merah dan juga halia. Kesemua bahan dicampur dan diperam. Air limau nipis tu akan membuatkan isi ikan itu masak dan rasanya memang sedap dimakan dengan nasi putih. Dan yang disebelah kanan sekali tu ialah Noonsom Bambangan ataupun Jeruk Bambangan. Jeruk ni diperbuat daripada buah bambangan dimana isi buah bambangan yang berwarna kuning tu dihiris-hiris, manakala bijinya yang berwarna putih tu diparut. Kemudian keduanya dicampurkan bersama garam dan diletakkan dalam bekas yang bertutup dalam masa seminggu. Selepas seminggu ianya siap untuk dimakan bersama dengan lauk pauk yang lain. Dan jangan lupa letak cili padi untuk menambahkan umpphnya....perghhh mo meleleh air liur aku nak terangkan semua makanan tu. hehe



Dan yang ini, korang jangan nak tutup mata ye.....aku snap gambar ni dah kembang semacam bulu roma. Damia yang aku dukung masa tu, dah menggigil kegelian melihat 'benda' ni bergerak-gerak di dalam bekas yang dilapisi daun pisang tu......yaiiikkksss
|
|
|
|
|
|
|
Tada !!!! ni lah salah satu juga makanan tradisi suku kaum Sabah.....tapi yang ni aku tak makan ye.......nak tengok pun rasa geli geleman. Tapi tu lah ni juga menjadi salah satu makanan suku kaum Kadazan di Sabah. Kiranya dalam kategori Exotic Food di Sabah ni.  Gambar yang di atas tu adalah Butod ataupun ulat rumbia.Ulat ni tinggal di dalam batang pokok rumbia yang sudah reput. Dikatakan ulat ni mempunyai khasiat kerana mengandungi kandungan protien yang tinggi. Ulat ni boleh dimakan begitu sahaja ataupun dimasak ala ala stir fry gitu....hehe
Gambar yang bawah tu pulak ialah Tutumakon ataupun cacing laut. Yang ni aku pertama kali nampak secara realnya...rupa lebih kurang macam cacing tanah tu tapi yang ni agak gemuk dan sihat. Aku tak tanya pula macam mana diorang makan....tak sanggup aku bayangkan ye.



Ok cukup cerita tentang exotic food tu semua. Nanti korang tak lalu makan pula ye. Sebenarnya banyak lagi makanan tradisi yang ada di Sabah ni, Ambuyat, Penjaram, Sinagul, Kuih Cincin, Amplang dan banyak lagi. Jangan lupa mencubanya bila korang datang ke Sabah nanti ok (^_^)





14 comments:

  1. salam..

    adei na..sedapnya tu makan jeruk membangan..tapai nasi tu memang faberet aku, taruh dalam petisejuk baru makan..em, nyaman..ambuyat tu pun mebeles..sinagol aku first time makan, ipar yang buat..sedap!!^_^

    ReplyDelete
  2. ulat yang kat atas tu pernah la nampak..
    yang bawah kira pestime tengok...camaner nak makan tu??
    mesti doh gerak2 dalam mulut masa kunyah..haha

    ReplyDelete
  3. tutumakon tu seyes seram... ulat rumbia tu selalu nmpk kat tv, xde la seram sgt...

    ReplyDelete
  4. belum pernah makan makanan sabah... ermmm takut plak tgk ulat tuh

    ReplyDelete
  5. Yg ulat gitu macam pernah tengok orang jual dekat thai..tp tengok pun mmg belilah mia...:)

    ReplyDelete
  6. Oh.. mereka makan ulat itu ye Mia?

    Apa pun terbaik kalau Mia dpt tunjuk satu-satu makanan tradisi sana buat paparan di blog. Banyak yg kakak tak tahu.

    ReplyDelete
  7. hmm... terfikir macamana diorang boleh telan ekk..

    thanks sudi join segmen nak url #3, senarai blog ada di http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mia...wah mmg x lalu la telan ni...:)

    ReplyDelete
  9. Yg ulat tuh penah la tgk yg bwh tuh...adehhhh..meremang bulu roma tgk

    ReplyDelete
  10. Ya allah gelinya mia cacing tu...mcm bahan buangan pun ada yek....kuih cincin okje suka

    ReplyDelete
  11. ya Allah ! semacam tengok ulat tu, tp kawan CN ckp rasa lemak2 jer ulat rumbia tu, Kat srwak pun glamer ulat rumbia tu, tak selera nk tengok ! hehehe

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!