Penjaram kenapa nak diperam

Assalamualaikum


Ni sapa punya kerja lah mencari jawapan tentang 'Penjaram kenapa nak di peram' ish ish ish. Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan.....Penjaram adalah salah satu kuih tradisional suku kaum Bajau di Sabah dan ianya TIDAK diperam tetapi digoreng seperti kuih-kuih yang seangkatan dengannya...

Kuih penjaram tradisional diperbuat daripada tepung gandum, tepung beras, gula, air untuk membancuhnya. Kesemuanya dicampur dan digaul sehingga menjadi adunan separa cair. Ianya digoreng dengan menggunakan acuan khas. Kalau dahulu, aku selalu nampak nenek menggunakan tin kecil bekas sambal bilis tu untuk dibuat acuan kuih penjaram ni.
Sekarang ni penjaram dah dipelbagaikan rasanya. Ada yang dicampurkan dengan perisa pandan dan ada juga yang dicampurkan dengan gula melaka. Aku lebih suka yang ada gula melaka tu, sedap.....nak2 lagi kalau makan yang panas2. yummmy

Dulu masa zaman budak2 aku tak berapa suka makan kuih ni....tapi aku suka makan kat tepi-tepi kuih penjaram tu....yang kelim2 dia tu. Sedap, ada rasa hangus2 sikit tu. Mak selalu membebel kat aku, baik tak payah makan kuih penjaram tu kalau togelkan kat tepi2 dia tu jak .....hehe

Ada yang belum tahu lagi macam mana rupanya kuih penjaram tu ?? ni aku pinjam jap beberapa keping gambar dari encik Google tu. 


Sumber : akusijebat.blogspot.com


Sumber : akusijebat.blogspot.com


Note : Tuan punya blog akusijebat.blogspot.com, aku pinjam kejap gambar kuih penjaram mu ye. Thanks. :D


11 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. selamat pagi singgah pagi khamis
    have a great day :)

    ReplyDelete
  2. kat semenanjung mcm pernah nmpk kuih ni.. ala-ala kuih gula hangus pon ada gaya nyer...

    ReplyDelete
  3. oooo..tu namanya ye. x pernah tau pun. hehehe

    ReplyDelete
  4. owh itu ke penjaram..nasib ada gambar...kalau tak mmg tak tau.....sy tau makan je....bab2 nama ni selalu dilupakan..hehe

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan pulak kuih ni. first time juga dengar nama ni.

    ReplyDelete
  6. baru je makan dua keping harini.. dulu2 masa kecik tak tau nama kuih ni kami panggil kuih piring terbang... dah kerja, kerani kat tempat kerja panggil namanye kuih topi mexico..haha
    pastu masa mengandung mengidam kuih ni kan susah jmpa skrg, so nak cari resepi taktau nama.. terbeli sebiji, upload gambar kt fb..ada kwn respon yg namanye penjaram... asal sabah...

    ReplyDelete
  7. Tapi sayangnya tempat kakak macam tak ada pun kuih ini Mia.
    Kakak tak pernah rasa pun. Ini yg buat kakak nak google cara buatnya.
    Nampak sedap berkilat tu..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. ohh baru tahu nama kuih ni. selama ni pandai makan je. rasa dia lemak2 manis. paling suka makan kat bahagian tepi tu.. sheila dok panggil kuih telur. kahkahakahh malu betul ~~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post