Permainan yang semakin dilupakan

Assalamualaikum
 
Ingat tak semua permainan yang ada dalam gambar ni ?? Mana satu yang menjadi feveret korang ??
Aku ?? of coz lah yang nombor 9 tu....Zero Point....hehe
Tinggi melangit ko lompat getah tu.....walaupun dah 3 jengkal kat atas kepala tu. :P . Aku masa kanak2 kan kurus dan kecil jak, haruslah senang2 jak boleh 'terbang' hehe. Tak mainlah jadi 'anak bulan'...Anak bulan tak tahu....alah kira macam pemain simpanan yang tak berapa nak dapat melompat tinggi. Aku gigih ni kumpul getah ikat sayur tu untuk jadikan getah zero point...:D
 
Yang No 2 tu pun aku suka. Itu aku selalu main dengan adik lepas balik sekolah. Tengahari buta kita orang main. Mak memang panjanglah bebelan dia tapi tu lah dah terlampau syok main kan...hehe
 
 




Sumber : Facebook/OhMedia


 
Tak pasti samada kanak-kanak zaman sekarang tahu permainan ni. Anak2 aku masih main permainan nombor 5, 7 & 8 tu. Yang nombor 3 selalu muncul di hari raya sahaja. Tapi sekarang jarang dah orang main sebab agak berbahaya sedikit.
Emmm bestnya bila ingat zaman kanak-kanak dulu (^___^)
 
 
Note : permainan kanak2 yang semakin dilupai. huhu
 
 
 
 

 

14 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. no 3 je x pernah main...paling glemer dulu main num 1 2 ngan 9..huhu

    ReplyDelete
  2. Salam, Oh zero point ke namanya..che mid dulu panggil zero fain..ha ha..asal bunyi je ya..

    ReplyDelete
  3. moning drop here early moning

    ReplyDelete
  4. No 1 tu game apa? No 3 tu tak main. No 2, 4 - 9 tu memang selalu main.

    ReplyDelete
  5. permainan dizaman acik kecik2 jugak ni..satu lagi yang dipanggil galah adang..setiap petang boleh main sampai berepeluh2

    ReplyDelete
  6. semua sa pernah main Mia kecuali yg ni 3 tu..haha.. best bah klu dikenang2...:)

    ReplyDelete
  7. saya dulu suka main permainan no 4 tu, asyik kena buli dengan orang besar je :)

    ReplyDelete
  8. anak2 kita pun kalau kita tunjuk kat dia gambar2 mainan lama terus tarik muka cakap x best..alamatnya pupus la nanti mainan2 ni semua...rindu zaman dulu...

    ReplyDelete
  9. Permainan no. 2, 4, 5, 8 & 9 tu kakak dulu expert Mia hihi...
    Terkenang betullah. Tapi anak kakak pun ada main tau yg. no. 9 tu.

    ReplyDelete
  10. Saya yang nobor tiga tu tak pernah main, dengar dari jauh sahaja. Sayang kan permainan tradisi ni semua, I selalu cerita ngan papa JJ tentang permainan kami masa kecik.

    ReplyDelete
  11. Main yg no 9 tu mmg faveret.Tapi cuba try buat skang...paras lutut pun fail agaknya...hahhahahaa.Dulu bkn takat 3 jengkal...angkat tgn terus pun lepas

    ReplyDelete
  12. Jika dikampung saya. permainan no4 tu dah jarang anak-anak main. Yang lain-lain boleh tengok lagi mereka main.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post