Tuesday, May 27, 2014

Kari ayam istimewa di hujung minggu

Assalamualaikum

Aku hujung-hujung minggu baru ada masa nak 'berperang' di dapur. Walaupun kadang2 tu memang minta simpati ajak hubby makan kat luar hehe (^_~)

Hari jumaat tu ntah angin apa hubby aku beli ayam sepeket yang 2kg tu. Kalau korang nak tahu, selama ni hubby teramat jarang beli barang basah yakni ayam-ayaman dan ikan-ikanan tu semua. Tu memang keja aku dari dulu :)
Tanya dia nak masak apa ayam tu, katanya nak makan kari. Jemu makan kari kat luar jak. Sian hubby aku ngidam kari rupanya. Aku pula punyalah jarang masak kari kat rumah, asyik-asyik kalau beli ayam, masak kicap, sup, goreng...sekali sekala kata hubby tukar selera dalam bahasa lain hubby dah jemu katanya hehe

So hari ahad tu, mulalah aku jadi ala ala master chef kat dapur tu. Potong-potong ayam, kupas-kupas bawang, kentang, blend semua, bancuh kari, hehe dalam sejam gitu terhasillah Kari Ayam Special dari aku untuk Hubby yang mengidam itu.



Tada......korang abaikan dua batang kayu balak tu, malas nak belah-belah. Campak jak kat dalam kuali. Yang penting ada rasa. Tongkeng @ buntut ayam yang tersesat tu khas untuk hubby hehe. Hubby cakap sedap. Shumi yang memang gila kari tu pun cakap sedap. hehe terharu aku tau, jarang2 masak kari, tengok Hubby dan anak-anak makan bertambah nasi (^_^)

Nak resepi....?? ala korang mesti terror lagi masak kari dari aku. Yang aku punya ni simple jak. Yang ni kari ala ala india sebab tak guna santan. 

Bahan-Bahan :-
Ayam (3 bahagian peha ayam tu, sukuan depan ke apa tu)
Serbuk Kari (aku guna kari Baba's)
Rempah Ratus (cengkih, kayu manis, bunga lawang dsb)
Halia, Bawang Merah, Bawang Putih (diblend)
1 biji Bawang Besar dihiris halus
4 biji Tomato dibelah 4
Ubi Kentang
Daun Kari
Garam
Serbuk Perasa
Minyak Masak

Cara-Cara Masak :-
Panaskan minyak. Tumis rempah ratus, bawang besar dan tomato sampai layu. Lepas tu masukkan bahan2 yang diblend dan daun kari. Kemudian masukkan ayam dan air. Masak lebih kurang 10 minit. Lepas tu masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air panas dan juga ubi kentang. Biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga ayam masak dan ubi kentang menjadi empuk. Siap dihidangkan. :D




27 comments:

  1. Sedapnya...dah lama jugak tak buat kari ayam...teringin plak..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu,kalau jarang2 makan kari ni, sekali suap pasti nak lagi hehe

      Delete
  2. Kari ayam yg sedap..gaul dgn nssik..psstu buh kicap..mmg sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak nak lagi nasi baru keluar periuk...panas2 hehe

      Delete
  3. sekali sekala masak kari ayam..memang sedap..

    ReplyDelete
  4. Masak kari ni kalau tak habis makan esoknya boleh lawan dgn roti canai Mia. Kakak suka makan cecah dgn roti juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak....yang ni memang tak abis makan, sambung esok pagi cicah dengan roti pulak :)

      Delete
  5. sedapnya..makan ngn lempeng ke..roti canai ke..terbaik!1

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Saja kasi tempek gambar besar2 supaya korang tergoda...hehehe

      Delete
  7. pandainya ko masak kari mia wpun tak guna santan nampak pekat dan sedap gitu..aku pun nak kena belajar dgn resepi ko nie...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah Ummu...biasa2 jak tu, percubaan menjadi agaknya. :)

      Delete
  8. Replies
    1. terbaeekkk...dah selamat pun dicicah semalam hehe

      Delete
  9. Fuh nampak sedap ni.....terus lapar tengok ni....belum lg makan tghhari...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... cepat gi kedai mamak order kari semangkuk satu !

      Delete
  10. Makan kari ayam yg xde saatan lg sedap kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kari yg ada santan selalunya cepat muak ...

      Delete
  11. assalamualaikum mia...mama pun kalau masak kari mmg x letak santan juga sbb hubby x suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah mama.... berlemak sangat klu letak santan :)
      Tp tu lah lain org lain citarasanya kan

      Delete
  12. Tak de santan pun nampak pekat Mia....sure bertambahlah hubby makan ni....
    Alah dia nak rasa tangan isteri dia pulaklahkan... jemu agaknya asyik ayam kicap je hehe

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!