Ketahui Tahap Seks Anak mengikut umur

Assalamualaikum

Bagi semua ibu bapa seperti aku, apabila anak-anak sudah mula bertanyakan benda-benda yang berkaitan dengan seks memang agak sikit menggerunkan. Macam mana caranya nak terangkan pada dorang dalam bahasa yang mudah, agar anak-anak faham dan kita tidak berasa malu untuk memahamkan mereka. :)

Untuk menerangkan kepada mereka, rasanya kita sebagai ibu bapa harus mengetahui perkembangan seks anak-anak yang sebenarnya bermula seawal usia bayi lagi.

Apa yang aku baca, aku kongsikan di sini :D

Usia 0 - 2 tahun
Anak-anak sudah mula belajar cinta dan sayang melalui sentuhan dan pelukan. Pada usia ini anak-anak sudah mula mengeksplorasi organ genital mereka. Pada peringkat ini ibu bapa berperanan untuk menerangkan kepada anak-anak tentang perbezaan jantina, lelaki dan perempuan.

Usia 3 - 4 tahun
Anak-anak suda mula kerap menyentuh alat kelamin mereka kerana rasa ingin tahu. Kadang kala mereka juga menyentuh anggota badan rakan mereka kerana sifat ingin tahu yang kuat. Peranan ibu bapa pada saat ini ialah dengan menasihati anak-anak supaya jangan membiarkan orang lain memegang anggota badan mereka. 

Usia 5 - 7 tahun
Pada peringkat ini, anak-anak sudah mula memahami perbezaan jantina tetapi belum ada daya tarikan satu sama lain. Mereka juga sudah mula memahami peranan orang dewasa yang diadaptasikan dalam permainan mereka seharian. Contoh yang paling mudah ialah main kahwin-kahwin dan rumah-rumah. Ada suami dan isteri, ada mak dan ayah. 

Usia 8 - 12 tahun
Pada usia ini, anak-anak sudah cenderung untuk bermain dengan kawan sejantina. Budak lelaki dengan lelaki, yang perempuan dengan perempuan. Masing-masing sudah malu untuk bermain bersama-sama dimana timbul perasaan berlawanan didalam diri masing-masing.
Pada peringkat ini, peranan ibu bapa amat penting sekali, menerangkan tentang batas-batas pergaulan berlainan jantina, mengawal apa yang mereka lihat dan tonton terutamanya melalui media-media elektronik sekarang ini. 

Sumber : di sini



ehhh apasal pulak ada gambar sang rimau dalam post ni....huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Awas ini imej sensor....sesuai untuk 18 tahun ke atas sahaja
Oppppsss......bukan aku sengaja nak skodeng rimau sedang bermadu kasih ye......tak sangka dorang akan buat 'sesi' ni bila aku bawa anak-anak aku ber Animal Planet di zoo minggu lalu. 
Dan aku menjadi panik dan 'merah' seketika bila Shamzi bertanyakan 'APA YANG DORANG BUAT TU UMI ?????' dah blurr apa yang aku nak jawab. Nasib baik Shumi spontan menjawab, dorang mo peluk-peluk jak bah tu kan Umi......aku mengangguk dan terus blah dari situ. Tak sanggup lagi dengar soalan-soalan yang aku susah nak jawabnya sekarang....hehe :P




12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. hadoooiiii terkedu kalau aku nak jawab tuh...:)

    ReplyDelete
  2. betul2, mostly orang kita try to avoid this issue dengan anak2, tapi tak patut kan sebab nnt depa cari cara lain untuk tahu, so better tahu dari kita, tapi tu la... kat sini lagi la selamba jer bogel2 kat tv semua.

    ReplyDelete
  3. belum sampai ke tahap itu lagi...he he he...

    ReplyDelete
  4. hahahahaha..jawab la "rimau tu main urut urut"..hahaha

    ReplyDelete
  5. haha,budak2 memang suka bertanya apa saja yang mereka jarang lihat dan benda yang menjadi tanda tanya...apa lagi yang spontan tak terduga di akal...huhuk..yang pening nak menjawabnya...kita lah..

    ReplyDelete
  6. Budak2 skrang cepat sangat beljar tentang ne..lagi2 bila laman sosial dan tv memaparkan gambar2 dan cerita2 yang xbaik untuk tontonan...
    Apa2 pun kena pantau anak2...waullahualam...

    ReplyDelete
  7. Baik punya posing Mia...macamanalah harimau jantan tu tak geram haha. ..lama weyh tak gi zoo sejak anak anak dah besau ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post