Sunday, May 11, 2014

Mak ku yang comel

Assalamualaikum

Hari ni hari bahagia untuk seorang ibu????
Taklah ...... sebenarnya setiap hari adalah hari bahagia seorang insan yang bergelar Ibu.

Sayang mak aku....
Walaupun mak aku seorang yang buta huruf, tidak mampu untuk mengajar aku ABC, mengira 123...
Tapi dia mampu memberikan kami 5 beradik kasih sayang yang tiada tolok bandingannya....

Walaupun dia sangat-sangat kuat membebel dan ada angin pasang surutnya....
Tapi bebelan itu jugalah yang menjadikan kami 5 beradik seorang 'manusia'.

Mak
Tak terbalas rasanya segala pengorbanan mu terhadap kami
Kami akan sedaya upaya akan membahagiakan mu




Foto yang dikirim oleh kakak dari kampung melalui whatapps. Ada kejutan kecil untuk mak semalam. Gambar mak yang sempoi dan comel gitu. Sayang mak dunia akhirat. 




4 comments:

  1. selamat hari ibu kak mia dan buat mak kak mia..

    ReplyDelete
  2. tentu mak terharu dgn kejutan kecil tu kan... x terbanding dgn lelah nyer besarkan kita....

    ReplyDelete
  3. Betul tu Mia...hari hari pun hari Ibu...kebetulan nak beli kek tuk mak semalam ye dak hehe...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!