Thursday, May 1, 2014

The Journey

Assalamualaikum

Selamat hari pekerja untuk semua pekerja-pekerja di luar sana....selamat bercuti juga. Ada yang ambik cuti besok sebab nak sambung cuti hujung minggu kan.....aku ?? kerja juga. Tapi dah apply cuti untuk minggu depannya pulak sebab ada satu lagi public holiday yang bersambung dengan cuti hujung minggu. :)

Tak ke mana-mana cuti hari ni, apakata tengok movie yang satu ni. Rasanya semua pun dah pernah nampak kan. Filem Chinese Malaysia. Penuh dengan unsur-unsur kekeluargaan dan juga persahabatan. Disamping itu amat menitikberatkan adat resam kaum cina di Malaysia ni. Tapi memang best untuk ditonton. 

Sumber : Google

Sinopsis

Menceritakan tentang Uncle Chuan seorang bapa yang menitikberatkan tentang adat resam kaum cina. Apabila anak perempuannya Bee kembali ke Malaysia setelah bertahun-tahun tinggal di England bersama-sama dengan tunangnya Benji seorang warga England, Uncle Chuan enggan merestui perhubungan mereka. Dengan perbezaan budaya dan bahasa, Uncle Chuan akhirnya bersetuju untuk merestui tetapi dengan syarat majlis perkahwinan mesti diadakan mengikut adat resam kaum cina. 
Benji dan Uncle Chuan memulakan perjalanan mereka menghantar kad jemputan kahwin khas untuk sahabat2 Uncle Chuan semasa di sekolah rendah dahulu. 
Sepanjang perjalanan ini mereka berdua belajar untuk menerima kekurangan sesama sendiri sebagai seorang anak menantu dan bakal mentua. 


Jangan lupa menontonnya. Tak rugi tau. :D




8 comments:

  1. singgah sini..selamat cuti hari pekerja..

    ReplyDelete
  2. ada tayang kat astro kan? belum berkesempatan lagi nak tengok.. Ramai yg cakap best..

    ReplyDelete
  3. Tak sempat tengok kat panggung, nak tengok kat Astro mggu ni

    ReplyDelete
  4. happy labour day kak mia
    wahhh...mcm best jak movie tu..mau tengok lah ada masa nt...

    ReplyDelete
  5. selamat hari Jumaat, Mia..lama SB tak menjenguk sini

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!