Monday, May 26, 2014

Tumix - Cabaran Kuah Rasa

Assalamualaikum

Aku, selain minat kat blog ni, memang suka ikut2 contest. Saja nak cuba nasib kan. Mana tau jadi orang bertuah menang hadiah hehe sapa yang tak mo kan. 

Tapi aku pilih jugalah contest apa, kalau terlalu banyak rulesnya memang tak mo lah aku. Contest yang senang-senang jak. hehe malas nak beli barang segala lepas tu post2. Aku kan kerja 5 hari seminggu, mana sempat nak keluar ke post office (alasan semata2 ni)

Selama aku join contest2 ni pernahlah menang juga. Menang kecil-kecilan jak. Hadiah yang paling besar aku terima, aku menang Loket Emas dari Habib Jewel tu. Yang lain kecik2 jak. (^_~) Nasib baik semua hadiah dihantar ke Sabah. Sebab kebanyakkan peraduan, jika menang hadiah hendaklah dituntut sendiri, maknanya ko kena ambik kat tempat dorang sendiri. emmmm kadang2 cam tak berapa adil jak contest2 ni kan (ni aku punya pandangan lah). Kalau bagi mereka yang menang tinggal di tempat jauh, camna nak ambik sendiri. Kos untuk ambik hadiah tu lebih mahal daripada nilai hadiah tu sendiri. Cam tak berbaloi pulak kan...huhu
Tapi kalau ianya dah ditentukan olehNya rezeki untuk kita, tetap akan jadi milik kita juga kan (^_^)

Dan baru-baru ni aku dengar ada peraduan yang dianjurkan oleh Tumix, Tumix - Cabaran Kuah Rasa katanya. Korang kena minta sample kuah rasa tu dari Tumix, lepas tu dorang akan postkan kat korang bersama2 dengan borang peraduan. Borang peraduan tu actually boleh juga dapat kat website Tumix tapi syarat peraduan bungkusan Kuah Rasa tu kena kepilkan bersama2 dengan borang peraduan tu nanti, So mesti juga nak dapatkan sample tu. 

Pastu nanti korang masak dan campurkan serbuk penambah rasa kuah ni kat masakan korang, ambik gambar yang wow bersama masakan korang, kemudian hantar. Gitu jak. 


Dah sampai pun sample tu minggu lalu. 



Tumix bagi 3 bungkus berserta borang peraduan. Tapi sampai sekarang aku belum lagi buat apa2 dengan serbuk perasa tu. Belum ada mood lagi nak ambik gambar yang wow! hehe
Contest ni bermula 19 mei yang lalu dan akan berakhir pada 20 Julai nanti. Sapa2 yang nak join tu, cepat2lah dapatkan sample penambah rasa kuah tu :D




11 comments:

  1. Eh.. menarik jugalah Mia.
    Cepatlah buat resepi Mia mana tahu boleh menang..

    ReplyDelete
  2. wahhhh menarik... d samping dpt sample free kan...

    ReplyDelete
  3. Good luck. Mana tau menang kan.

    ReplyDelete
  4. wah! timm kalau nk buat bubur mcd mmg guna tumix ni hah..hehe..

    ReplyDelete
  5. wahh... bagus ni Mia.. good luck ya.. mana tau ada rezeki menang lagi...:)

    ReplyDelete
  6. Ada harapan nak menang ini akak. Selamat maju jaya yea.

    ReplyDelete
  7. Cari idea cepat! Takut nanti sibuk bekerja, terlepas pulak nak join. Apa pun, semoga berjaya, kak Mia! :D

    ReplyDelete
  8. rajinya mia join contest..aku malas sket bab2 gini..anyway goodluck..sapa tau boleh dpt stok setahun ker kan..:)

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya Okje suka gak masuk peraduan ni Mia... tp tulah malas melebihi segalanya...malas nak ikut rules dia tu...lagi lagi kalau mcm mcm yg dia nak... Patutnya kena merajinkan dirikan dahlah surirumah...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!