Under Value dalam istilah Insurans Kenderaan

Assalamualaikum

Entri agak serius sikit dan ada unsur-unsur ilmu pengetahuan gitu. hehe
Baca baik2 ye. Aku kiranya nak kongsi sedikit ilmu yang aku dapat sepanjang kerjaya aku dalam bidang 
insurans yang dah nak masuk 10 tahun ni :)

Apa itu Under Value ??
Under Value terjadi bila jumlah yang diinsuranskan untuk kenderaan korang kurang daripada nilai semasa/pasaran kenderaan tersebut. Contoh, harga semasa kereta korang pada masa itu adalah RM50 ribu tetapi anda meletakkan jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM30 ribu. Bermakna insurans kenderaan anda telah Under Value dimana pihak insurans tidak akan membayar baki RM20 ribu jika terdapat tuntutan insurans nanti. 

Apabila tiba masa hendak membuat tuntutan insurans nanti, bila terjadinya kes Under Value ini, selalunya pengguna akan salah faham. Jarang berlaku masalah apabila pengguna membuat tuntutan Total Loss iaitu kes kecurian atau kerosakan teruk dimana kereta tidak boleh diperbaiki lagi. Pihak Insurans akan terus membayar pengguna jumlah yang Under Value tadi iaitu RM30 ribu kurang 40% daripada RM50 ribu tadi. 

Tetapi masalah selalunya akan berlaku apabila pengguna membuat tuntutan untuk pembaikan kenderaan yang rosak akibat kemalangan. Ayat yang selalu aku dengar , "kenapa company insurans ni menipu, aku kasi insurans 30 ribu, kos pembaikkan kereta cuma 10 ribu...kan cukup tu. kenapa mesti aku kena tambah bayar lagi"
Part ini lah kami sangat susah terangkan kepada pengguna. 
Kos pembaikan berjumlah RM10 ribu tetapi ingat yang pengguna tadi sudah under value kan kereta dia daripada harga semasa sebanyak 40%. Oleh yang demikian, kos pembaikan tadi juga ditolak 40% daripada RM10 ribu iaitu hanya tinggal RM6 ribu. Pihak insurans hanya akan membayar RM6 ribu dan selebihnya iaitu RM4 ribu akan dibayar oleh pengguna itu sendiri. 

Sebab itulah pentingnya membaca kontrak insurans. 
Rasanya 3 daripada 10 orang pengguna sahaja yang membaca kontrak insurans mereka dan selebihnya diperam begitu sahaja. Dulu aku pun begitu, malas nak baca kontrak2 ni tetapi bila dah ada pengalaman macam mana ni barulah rajin sikit baca kontrak2 yang aku pernah tanda tangani terutamanya kontrak2 sewa beli kereta ataupun pembelian rumah :)

Hope korang pahamlah dengan penerangan aku ni ye. 
Kalau rasa-rasa masih tak faham juga, cepat-cepat pegi ke company insurans korang dan minta penjelasan 
lebih lanjut daripada mereka. :)

Ok tu jak....TaTa


Note : Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri, jika ada yang rasa aku tersilap terangkan, sila jangan segan tolong betulkan (^_^)



8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. i see...ingtkn boleh cover jumlah yg kita insurankan....rupanya ikot percentage mcm ni..hurmm..tak untung pengguna jugak mcm mana pun.... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a kena ikut percentage juga. Ni kira fair and square ... dua2 pihak x untung x juga rugi :)

      Delete
  2. ok faham, thank you cikgu mia... hik hik hik... biasanya orang akan buat ikut market value kan kalau nak rendah insurance tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus2 hehe
      Semakin rendah jumlah yg diinsuranskan, semakin sikit bayaran insurans tu. Tp tetap dinasihatkan supaya ikut market value.
      Kdg2 tu mmg ada yg suruh rendahkan lg value sbb xde budget nak byr insurans. Kami ok tp inform dorang awal2 tentang under value tu :)

      Delete
  3. TQ..info yg sangat bagus...
    Nak tanya juga, dlm kes kehilangan kereta, mmg mudah ke pihak insuran bayar balik ikut harga semasa kereta( kita bayar insuran bukan undervalue)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak akan ada apa2 masalah dlm tuntutan insurans selagi kita tidak under valuenya insurans tu ... :)

      Delete
  4. Oh...mcm tu rupanya.Boleh share tak mia..

    ReplyDelete
  5. memang pun Mia...kalau hilang pun samakan, pihak insuran akan bayar berapa percent aje dpd amount yg diinsurankan. Terima kasih kerana share benda ni Mia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post