Friday, June 13, 2014

Aku minat bola ke ??

Assalamualaikum

Aku minat bola ke ?? rasanya tak. Peraturan main bola pun aku tak tahu, yang aku tahu sepak bola, pass bola kat kawan, lepas tu cuba golll kan. Gitu je kan. :P
 
Tapi kadang-kadang tu aku tengok juga perlawanan bola ni. Tapi tengok apa tournament lah. Kalau yang liga2 English atau pun yang liga Malaysia tu aku tak berapa nak minat tengok. Cuma kejohanan2 tertentu je aku tengok. Cam hari tu, bila ye, yang kita dapat Public Holiday sebab Malaysia kalahkan Indonesia tu. Piala apa suda tu ye ?? dah lupa pulak. Yang tu aku tengok tau...hehe bestnya lepas tu dapat free cuti pula :)
 
Dan Piala Dunia ni...yang ni memang tengok jugalah tapi bukan semua perlawanan lah. Kalau timing bertepatan memang tengok juga cam perlawanan awal pagi tadi....sapa ada tonton ?? Brazil vs Croatia ?? Brazil menang 3 -1 tau. Senyum memanjanglah fan Brazil tu.
 
 
Tepat ramalan Tok Bomoh .... kihkihkih. Lawaklah pict ni, nampak kawan2 postkan kat Facebook. Tak pasal2 glemer Tok Bomoh ni.


Hubby aku memang minat bola. Dulu selalu juga main bola dengan kawan-kawannya sampai badannya yang comel tu turun beberapa kilo. Tapi tu masa dia bertugas di Kudat, zaman kekononnya bujang tapi tak bujang (kitaorang kan tinggal asing2 masa tu sebab tugas punya pasal). Tapi bila balik KK dan kerja sini, hubby dah jarang dan tak pernah sempat lagi main bola. Bukan aku tak suruh ye, dia yang malas nak keluar. Dia kata lebih baik layan anak2 dan bini upppsss kat rumah. hehe
Sekarang badan dia naik. Tak tahu macam mana nak turunkan balik.
Tapi hubby main bola juga kat rumah. Lawan dengan liga English lagi tu...hehe


Ni peneman hubby. Duduk je menghadap tv tu. Sekarang ilmunya dah diturunkan ke Shumi pulak..huhu



Note : Aku sampai sekarang tak paham makna Off Side tu.....kata hubby pemain mendahului bola...issh tak paham aku.
 


 

5 comments:

  1. laki ku salahkan aku dia buncit x dpt main bola.. biar x main bola pun..layan anak main pun malas..

    ReplyDelete
  2. bola oh bola lebih baik tidooooooo

    ReplyDelete
  3. ha ha ha...aku lagilah tak faham mia...

    ReplyDelete
  4. Okje mmg tak minat bola.... hubby pun nampaknya mcm kurang minat....biasa biasa aje...Nampak mcm buat buat minat jer kalau tengok dengan abah dia tu hehe

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!