Birthday pakcik kecik

Assalamualaikum
Hari sabtu petang tu, aku, hubby dan anak2 pegi ke kenduri tahlil dan juga sekali sambutan kazen2 aku @ pakcik dan makcik kepada dorang Shumi, Shamzi dan Damia.  Seumur pakcik dorang dengan Shumi...hehe
Yang sambut birthday ni sebenarnya anak kepada pakcik aku aka adik bongsu mak. Adik bongsu mak aku ni pulak seumur dengan kakak aku yang cikgu tadika tu...hehe
Korang boleh bayangkan lah nenek aku mengandungkan pakcik aku tu, dalam pada masa yang sama anak dia, mak aku, mengandungkan kakak aku...sama2 perut memboyot masa tu ye.....kihkihkih
Tapi tu dulu, benda tu biasa bagi mereka, berkahwin awal. Maknya masih muda semasa anak2 mereka dipinang orang.
 
 

Shumi dan Shamzi dengan pakcik makcik kecik dorang. (yang baju merah dan pink tu)
 
 

Best makan beramai-ramai di dapur di tepi-tepi kuali lauk yang besar tu. hehe Makan sama2 dengan semua makcik2 (adik beradik mak). Lelaki yang berdiri sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk tu pakcik aku, adik mak (ramai adik beradik mak aku ni, 11 orang kesemuanya)...rajin benar pakcik aku ni, dialah yang membasuh pinggan mangkuk semasa kenduri tu....masih belum berpunya tau, untung siapa yang jadi isteri dia....rajin di dapur :)

5 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. meriah sesekali dapat berkumpul ramai2 macamni..btw Happy Birthday buat 'pakcik kecik'...=D

    ReplyDelete
  2. Bermakna pakcik Mia pun muda belia lagilah ye:)
    Tapi Shamzi, Shumi dan Damia kena panggil atok juga kan hihi...

    Seronok memang kalau berkumpul sanak-saudara begini. Makan kat mana pun sedap apa lagi ikut selera keluarga:)

    ReplyDelete
  3. meriah kalau dapat berkumpul sedara-mara mcm ni sekali sekala..bebudak gtu lagi seronok..

    ReplyDelete
  4. berkumpul ramai2 memnag meriah..ada je benda nk cite

    ReplyDelete
  5. Hehe sama je ngan mak OKje Mia.... OKje ada anak sedara yg lebih tua tau....jangan tak percaya hehe....tu yg dah dpt gelaran tok tu...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post