Cuti Sekolah Dah Tamat !

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk 15 Jun, bererti dah dua minggu kita di bulan Jun ni,
dan juga ada kurang 2 minggu lagi kita nak masuk ke bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.....
Tak lupa juga hari ni bermaksud juga masa untuk berpoya-poya para budak sekolah dah tamat termasuk cikgu-cikgunya sekali ye... :)
Jangan malas nak bangun awal pula esok ye !!

Shumi, Shamzi, Damia dan hubby jangan nak malas2 esok ye.
Mentang-mentanglah dah 2 minggu sukahati bangun jam berapa. Ingat nak jalan-jalan, ingat nak main-main je....esok kena bangun awal. Rutin harian dah kembali seperti biasa.
Samalah dengan aku, kembali ke rutin biasa....sebab kalau sebelum ni aku lenggang kangkung je pegi kerja,
tak payah nak menghantar anak2 ke sekolah, jam 7 pagi baru keluar rumah....esok kena extra awal.
Siapkan anak-anak. Pastu kena hantar dorang pergi sekolah....so keluar rumah harus sebelum jam
7.00 pagi...kalau tak, nangesslah terperangkap dalam jammed.

Anak-anak semua !!!! buku-buku, alat tulis, beg semua dah lengkap ke ??
Cikgu-cikgu semua !!!! kena sedia semua termasuk mental dan fizikal sebab esok mesti hari yang mencabar sebab nak ngajar anak2 yang baru 'bangun' dari cuti sekolah :)


Ok budak dua orang ni, jangan nak tersengih2 sana, esok nak sekolah dah. Cukup rehat 2 minggu tu tau !!!




7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Sama la ngan Dania kat umah ni....geram betul tgok nya..ni semalam beli lagi bag sekolah..bag lama tu dah putus la apa la...sabar jer la...

    ReplyDelete
  2. hehehe..sekolah sdh besok..habis tempoh sdh mo main2.. comel bah gambar dorang dua ni..

    ReplyDelete
  3. Sememangnya cikgu belum puas cuti lagi...waaaaa ....budak2 mesti tak sabar2 nak gi sekolah kan....

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali ke sekolah buat mereka...

    ReplyDelete
  5. Bila dah start skolah. Jalan pon start sesak.

    ReplyDelete
  6. Bukan anak je yg berat nak ke sekolah tapi omak eh pun sama hehe....terpaksalah bangun pagi dari biasa...terpaksalah salin baju nak menghantar anak sekolah...takkan nak pakai baju kelawar pulak hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post