Dah 9 tahun rupanya

Assalamualaikum

Actually kalau ikutkan hati tak mo nak gembar gemburkan tarikh bersejarah aku dan hubby....biar kami saja yang tahu gitu...hehe Tapi disebabkan puannya ni punya blog untuk 'disimpan' memorinya.....tak salah rasanya aku kongsikan sedikit kisah suweeet kami di sini.... ahaks!

Tahun 2000 aku berkenalan dengan hubby hanya sebagai rakan biasa se universiti, itu pun sebab aku admire aka minat dengan kawannya...hehe Masa tu aku tak pandang pun dia. Lagipun dia ada hati dengan room mate aku dan mereka akhirnya berkapel gitu....:) So tak kisah dan tak ambik tahu pun pasal dia. 

Tapi dipendekkan cerita, tak tahu macam mana aku rapat dengan dia. Rapat sebagai teman bukan kekasih ye....kami sekepala gitu, semua yang aku minat, dia minat. Masa tu hubungan aku dengan kawan dia tu bermasalah, dialah tempat aku mengadu menghilangkan geram dan marah sebab kawan dia tu balik dengan ex-girlfriendnya dulu...huhu Hubungan dia dengan room mate aku tu pun ada masalah masa tu. Dan aku jugalah tempat dia mengadu masalah. 

Dipendekkan cerita lagi, aku break dengan kawan dia tu dan dia pula berpisah dengan room mate aku tu. Dan aku tak tahu masa bila kami terus menjadi rapat dan terus declare jadi GF dan BF.... hehe dan seterusnya disatukan menjadi pasangan yang halal pada 03 Jun 2005. Gitu kependekkan ceritanya. Jangan tanya macam mana reaksi room mate aku tu bila dapat tahu ex BF nya berkasih dengan room mate nya ni....korang boleh bayangkan sendiri. Kami tak gaduh cuma hubungan kami dingin sedikitlah. Tapi tu kisah lama, aku dah terputus hubungan dengan room mate aku tu. Last sekali aku dengar beritanya, dia dah berkahwin dan ada anak. Dia sendiri yang sms aku yang dia sudah bersalin anak yang pertama. Pastu memang lost contact.



Ni dia pasangan yang tak berapa suweeet tapi manis tu....hehe Aku dan hubby tak banyak gambar bersama tau. Kami tak suka bergambar berdua-duaan, tak tahu kenapa. Rasanya gambar berdua kami adalah beberapa keping...hehe ganjil kan :)
Dah 14 tahun kami kenal, dah 9 tahun kami tinggal sebumbung. Teman aku dikala suka dan duka. Teman ketawa dan juga gaduh. ahaks!



~~~For hubby love banyak2 dari Umi, Shumi, Shamzi dan Damia~~~





12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Happy anniversary to both of you. Smoga kekal bahagian till jannah.

    Aku thn ni pon masuk 9 tahun.

    ReplyDelete
  2. Selamat ulangtahun perkahwinan Mia.
    9 tahun dah duduk sebumbung dan tidur sebantal, sedikit-sebanyak dah tahu kerenah masing-masing dan keserasian itu bertambah seri dgn 3 permata kurniaah Allah. Tahniah dari kakak.

    ReplyDelete
  3. Hepi Anniversary Mia...moga Allah sentiasa memberkati dan melindungi Mia sekeluarga dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  4. alolooloooo suwittt... mcm cter drama tau... cinta bersegi2...

    btw, Happy 9th Anniversary... semoga kalian bahagia hingga ke Jannah, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Hepi anniversary mia..wah kesah korang mcm drama swasta kan..apaun semoga korang kekal bahagia hiinggalah keakhir hayat yer..

    ReplyDelete
  6. Hepy Anibersery Mia dan Hubby moga kekal bahagia hingga ke jannah...
    Comenya Mia.... serious..... manis sungguh Okje tengok...patut pun hubby terbabas dari teman mengadu jadi teman berkasih hehe

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia...hepi anniversary yer...moga jodoh kekal hingga nyawa...:)

    ReplyDelete
  8. tahniah... moga kekal bahagia hgga ke syurga...

    ReplyDelete
  9. happy anniversary ye...date sama lah kite...cuma tahun berbeza..semoga cinta kekal hingga ke jannah..amin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post