Monday, June 2, 2014

Khas untuk si perokok

Assalamualaikum

Aku cukup allergik kalau orang hembus rokok dekat2 dengan aku ... rasa nak bagi ceramah jak bila nampak orang merokok kat tempat2 awam cam kat restoran, shopping kompleks dan ada yang lebih tragis kat hospital ...huhu

Kita tak larang dorang nak merokok tapi hormatlah juga orang yang ada di sekeliling tu. Dah bagi tempat/bilik khas untuk merokok, nak juga pegi ke tempat awam 'menyembur asap' .. agak2nya kalau kat negara kita buat cam gambar kat bawah ni, apa perasaan si perokok ye


Sumber : Facebook
Tempat khas untuk merokok ada di Jepun katanya. Tak tahu betul ke tak gambar ni tapi bagus juga untuk si perokok2 di luar sana. Tak lah juga menyusahkan orang yang ada di sekeliling :)



18 comments:

  1. Samalah dengan akak Mia.. cukup tak suka orang merokok dekat akak.. akak yg kena lari jauh dari mereka ni.. tapi kalau kat restoran akak buat muka kelat sambil kipas2 asap rokok tu..
    Bagus juga kalau ada restoran macam kat jepun ni di Malaysia ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak....kita yg terpaksa menjauhkan diri. Bg signal2 pun dorg buat tak paham je....

      Delete
  2. Haritu pergi pasar.Nak gi beli buah.Si penjual tgh pegang rokok sambil susun buah.Dtg sorg pakcik,pegang bahu penjual tu...sound slow slow.."buang rokok tu,nak meniaga makanan ni tak elok sgt sambil sepit rokok"...
    Tabiklah pakcik tu....

    ReplyDelete
  3. bagus jugak ada tempat macam nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ..... agaknya terus org tak nak merokok di tpt awam :)

      Delete
  4. last week, seorang perokok duduk sebelah saya, masa saya & wife tgk wayang cerita X Men....adoiiiii..tension betul! berbau busuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau rokok mmg melekat kat badan seorg perokok tegar kan ... aku pernah berurusan dgn customer perokok tegar ni. Nmpk dr gusi dan kaler giginya. Bila dia bercakap....perggghh rasa nak muntah tp terpaksa tahan huhu

      Delete
  5. diaorang takkan ada perasaan sebab diaorang tetap nak merokok jugak mia... hu hu hu...

    ReplyDelete
  6. buat la apa saja ...
    payh nk tolong. smlm tunjuk artikle pasal haram merokok..pun x jln.

    ReplyDelete
  7. emm, dulu timm da lali dgn bau rokok sbb arwah ayah merokok..tpi slepas xbau rokok beberapa taun, sekng klau terbau rsa mcm nk muntah jer..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak mia dah terbiasa dgn org yg x merokok. Bapa dan hubby x merokok, pak mentua pun sama sbb tu klu terhidu asap rokok mmg tak boleh tahan....nak termuntah pun ada huhu

      Delete
  8. Macam ini sekali mereka layan perokok yea. Macam kasihan pun ada. saya pun tak suka dengan asap rokok akak.

    ReplyDelete
  9. rasa mcm sesak nafas je OKje nengoknya hehe...mcm duk dalam botol

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!