Thursday, June 5, 2014

Sekejap ko ada, sekejap tak ada pulak

Assalamualaikum

Korang mesti faham dengan tajuk post tu kan. Sana sini orang bincangkan hal ini. Sana sini masing-masing keluarkan pendapat sendiri. Semalam dengar berita pasal ni lagi. Dah bingung orang dibuatnya. Sekejap ada babss, sekejap tak ada babss. Sekejap boleh makan, sekejap tak boleh makan. Sekejap salah siasat, sekejap tak salah siasat. Bingung mak nokss.....huhu
dah lah tu jenama feveret aku
 
Tapi aku bukanlah nak komen panjang-panjang pasal tu. Benda tu dah jadi was-was, seeloknya jangan dimakan. ye tak. 

Yang aku nak luahkan sikit, korang perasan tak, bila timbul isu benda ni haram dimakan...bukan main lagi semua sentap. Bukan nak sindir sesiapa pun, tapi cuba kita renungkan kejap, ada banyak benda haram lain yang kita tak boleh buat atau makan. Tapi ada orang buat dan makan juga. Walaupun dah terang-terangan diharamkan. Tapi dorang buat dek jak. 

Aku bukan apa....aku rasa cam tersindir, sentap pun ada bila mana kawan aku yang bukan seagama up kan status kat Facebook tentang isu ni. Bunyi status tu lebih kurang gini 
Kalau isu haram makan yang ni bukan main bising lagi tapi yang dorang berjudi, minum2 tu, bukan haram kah tu
Aku geram tau bila baca status tu, siap hidekan lagi dari FB wall aku. Tapi bila direnungkan balik, macam ada betulnya. 
Kita sibuk pasal yang ni, tapi kadang-kadang tanpa sedar atau memang ada yang sedar kita telah buat benda yang salah dan dilarang. Tapi didiamkan sahaja sebab dah jadi tabiat...... Nahuzubillahminzaliq

Aku bukannya nak sindir sapa-sapa atau pun menangkan sapa-sapa pun. Aku kongsikan sini supaya dapat sama-sama kita renung dan fikirkan. 
Jangan bila ada isu sebegini, masing-masing cuba nak tegakkan benang yang basah, masing-masing kononnya nak jadi adi wira papan kekunci (gitu dimelayukan...hehe) tapi akhirnya kita juga yang malu sendiri. 

Ok tu jak.... peace yo!


Note : Sama-sama kita perbaiki diri sendiri.

Extra Note : Rokok dengarnya dah lama diharamkan tapi.......emmmm

 



9 comments:

  1. Yelah Mia...betul jugak tu....
    Malu weyh dengan mereka.... Kita ni tak bersatu sebenarnya ... macamana kita nak kuat. Mereka gelakkan kita pun kita tak sedar.... Yang salah tetap salah, yg benar memang benar...Moga satu hari nanti dibukakan hati memasing yek!

    ReplyDelete
  2. setuju, timm pun dah was2..so mmg xmkn lgi dah jenama tu..timm pun kekdng malu jugk dgn org buln Islam..diorg sndri pun mcm trtnya2..byk lgi bnda lain yg hram mcm rasuah, minum arak..tpi yg babsss ni yg dbising-bsingkan..

    ReplyDelete
  3. ermm tu lah Mia.. kadang2 isu-isu begini boleh mendatangkan perbalahan... kejap OK, kejap ndak.. adoi... last2 yg agama lain tu dok ketawakan kita... aduii...betul tu, baik lah kita perbaiki diri & family seterusnya masyarakat kita... mentality org ni berbeza2.. susah mo tafsir..

    ReplyDelete
  4. kdg2 sy rs penat bla wujud hal sebegini...

    ReplyDelete
  5. bagi aida, kalau da syak = haram.
    so aida and famili da buang cadbury dr list makanan.
    jaga amal, jaga pakai & jaga makan, kan?
    makan jadi darah daging :-)

    ReplyDelete
  6. apa yang mia luahkan ni memang betul..benda y dah memang nyata haram dah biasa tonggak kot tu yang tak sedar..
    itu bab mkan minum..bab aurat?lagilah kelaut

    ReplyDelete
  7. betul tuh mia..sebenarnya depa bkn kesah psl haram tuh tapi geli lebih utama sebab dah tertanam dlm jiwa sejak kecil lg kan..kalo kesah psl haram yg lain2 haram tuh mestilah jaga kan..

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!