Monday, June 30, 2014

Selamat Hari Lahir Shamzi!

Assalamualaikum

30 Jun 2008, 6 tahun lalu, di Hospital Likas, Kota Kinabalu, lebih kurang jam 1.30 pagi, lahir putera kedua ku, Shamzi Dzukifly. Dilahirkan secara normal, tidak banyak mendatangkan banyak masalah kepada ku. 29 Jun 2008, bangun pagi, keluar cecair lendir kemerahan menunjukkan ada tanda-tanda aku bersalin. Sepanjang mengandungkan Shamzi, hubby tidak ada bersama ku kerana dia menyambung pelajaran selama setahun di Maktab Perguruan Tawau. Aku seorang berdikari, mungkin sebab itu, sepanjang mengandungkan Shamzi, aku jarang sekali sakit atau menghadapi masalah...alhamdulillah

Selepas nampak tanda2 tu, aku tak ke hospital terus....belum terasa sakit lagi. Aku sempat mandi, membasuh pakaian dan bersarapan. Barang2 untuk ke hospital aku sudah siapkan lebih awal lagi. Aku menelepon adik ipar, minta tolong hantarkan ke hospital tengahari tu. Aku sebenarnya tinggal seorang diri masa tu. Sangat berdikari kan. :) Aku sudah menelepon mak bapa di kampung dan mak serta kakak sedang dalam perjalanan ke KK bersama2 dengan Shumi yang masa tu terpaksa tinggal di kampung sementara. 

Admit hospital tengahari tu kerana sudah ada bukaan 2cm. Dan selepas itu aku hanya menunggu untuk bersalin. Dari tengahari hingga ke tengah malam aku menunggu. Dan tengah malam tu baru aku berasa sakit, memang tanda untuk bersalin....panggil nurse, check, bukaan dah 6cm masa tu. Ok, nurse pecahkan air ketuban dan terus masuk ke bilik bersalin. 2 kali teran dan tak sampai setengah jam di bilik bersalin, lahirlah Shamzi ke dunia. :)


Shamzi Dzukifly.....dah 6 tahun rupanya. Semoga membesar dengan sihat, berjaya dalam dunia dan akhirat dan juga menjadi anak yang soleh...amin



Belikan Shamzi Fresh Cream Fruit Cake. Sedap!



Sambut di Pizza Hut juga. Pilihan anak-anak, Umi dan Baba. 



Shumi, Shamzi dan Mak Ucu dorang. Happy tengok dorang makan dengan berselera. 




Note : Birthday Shamzi kami sambut 2 hari lebih awal. Nak puasa dah hari ahad tu kan :)







10 comments:

  1. Happy birthday to Shamzi...
    Moga membesar jadi anak soleh yang sihat dan bijak :)

    ReplyDelete
  2. happy birthday Shamzi... acik lia aminkan doa umi Shamzi sebagai hadiah ya... ;)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir Shamzi. Jadi anak yang baik untuk keluarga yea. :-)

    ReplyDelete
  4. Happy born day shamzi. Smoga membesar sebagai anak yg soleh.

    ReplyDelete
  5. hapi beday shamzi hensem!

    moga terus membesar jadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat ye... aamiin!!!!

    ReplyDelete
  6. hepi besday shamzi..sama bseday ngan auntie lah...hehehe

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia....selamat hari lahir shamzi...:)

    ReplyDelete
  8. Dengar cerita org bersalin mcm senang ajelah Mia...
    Hepy Bezday Shamzi...moga jadi anak yg solehah dan membanggakan ibu bapa yeh...
    Habi ke tidak kek tu? Mcm besau jer Mia

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!