Teringat Penjaram Kota Belud

Assalamualaikum

Hari sabtu macam biasa.....pagi2 duduk di rumah...membasuh baju, berus kasut sekolah (yang ni nasib baik Shumi dah pandai berus kasut sekolahnya sendiri.....dapat juga tolong uminya (^_~)

Masak-masak untuk hidangan tengahari (tetiba anak-anak request nak makan soto.....apalagi awal2 pagi dah masak sup ayam untuk dibuat soto).
Pastu relaks jap sambil minum nescafe susu panas.....nyaman. Tetiba teringat penjaram yang aku makan minggu lalu. Sedapnya. 

Makan panas-panas sambil minum nescafe, memang tak ingat orang disekeliling dah...hehe
Kalau korang nak cari atau teringin nak makan penjaram...aku suggest beli kat Kota Belud. Penjaram yang dijual di sana memang terbaeekkk. 
Penjaram digoreng di gerai tu juga, beli masa baru keluar dari kuali dan makan semasa masih panas2.... :)


Kuih Penjaram Gula Melaka dan Pandan




8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. uihh, sedapnya..klau pekena minum ptg nie..

    ReplyDelete
  2. Ni kuih kegemaran Mama JJ ni Mia.....
    Apa pun sedap kalau makan panas panas....kan Mia

    ReplyDelete
  3. kitaorang panggil kuih ni kuih Telinga Keling...:P

    ReplyDelete
  4. Penjaram rupanya nama dia! Dulu selalu jugak makan, sedap tapi tapi tak tahu nama. Selalu panggil "kuih dorayaki" (cerita Doraemon) jek. Hehehe! :D

    ReplyDelete
  5. ini lah kuih yang i pernah cuba buat tapi tak jadi2 tu, sampai skang tak merasa huhuhu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post