Walai Tokou Homestay, Kundasang

Assalamualaikum

Ahad yang lalu tu kitaorang sefamily pegi bercuti ke destinasi feveret kami. Tak jauh pun, 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu saja. Harapnya entri cuti kami ni tak menjemukan korang ye, terutamanya si OKJE tu, dia dah boleh agak dah tempat feveret kami tu. Tapi kali ni kami tak stay tempat yang sama, kitaorang try duduk homestay pulak....


Apa-apa pun berselfie dahulu ye :)

Perjalanan dari KK ke Kundasang hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit ke 2 jam gitu. Ikut skill anda memandu kereta gitu. Kalau yang tak biasa dengan jalan cam ular menyusur naik ni, memang ambik masa 3 jam jak. Petrol kitaorang cuma isi RM50 jak, cukup pergi balik plus jalan2 ke Desa Cattle, Mesilau dan sekitar Kundasang. Jimat kan?? sebabnya korang tak payah on aircon keta kalau ke Kundasang, dah memang sejuk udaranya. Masa dalam perjalanan juga tak payah nak on air con takut kereta merayap jak naik bukit sebab enjin kena bekerja lebih. 

Tapi dalam masa perjalanan naik ke Kundasang, ada tempat-tempat tertentu yang korang kena tutup cermin tingkap sekejap hehe (ni untuk yang muslim je lah)...bukan apa, sepanjang perjalanan naik ke Kundasang ni, ramai penduduk tempatan yang membuka gerai menjual Sinalau Bakas. Tak tahu apa benda tu.......gerai menjual daging babss hutan panggang atau pun dalam bahasa orang putihnya Roasted Wild Boar. So lebih baik tutup tingkap cermin takut asapnya masuk ke dalam kereta hehe.
Dulu penjual cuma letakkan nama Sinalau Bakas jak, so orang luar yakni pelancong dari luar tak tahu apa benda tu. Dengar cerita ada pelancong muslim yang termakan benda tu sebab tak tahu apa makna Sinalau Bakas tu. Tak tahu betul ke tidak kisahnya tu, yang pasti sekarang ni, penjual dah translatekan nama tu ke Melayu dan English. Siap bubuh tag NON HALAL lagi kat gerai dorang :)


Sepanjang perjalanan dari kejauhan mata anda akan disajikan dengan pemandangan ni. Puncak Gunung Kinabalu. Korang bertuah kalau awan tak tebal dan tak mendung, boleh nampak dengan jelas puncak gunung tu. Yang ni hari dah nak mendung, cuma nampak separuh jak puncaknya. 

Kabus dingin di Kundasang. Gambar ni disnap di persekitaran Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Ala ala obersi kan. 


Kalau pergi ke Kundasang jangan lupa taste sayap ayam panggang madunya. Memang terbaeeek. Hari tu kita order sayap ayam, buntut dan bedal ayam. Makan dengan nasi putih, hirup sup ayam panas, memang mantap. :)


Ok berbalik cerita tempat stay kitaorang tu. 
Selalu kalau ke Kundasang, tempat stay yang paling kitaorang gemar sudah semestinya di Kinabalu Pine Resort. Tapi kali ni, kitaorang ubah selera dahulu. Kononnya nak suasana kampung sedikit. So kitaorang pergilah membook satu homestay kat Kundasang ni. Walai Tokou Homestay namanya. Lokasinya cuma 5 minit perjalanan dari Pekan Kundasang. Tersangatlah dekat kan. Actually, homestay ni hanya bersebelahan dengan Kinabalu Pine Resort sahaja tak dapat stay, tinggal sebelahnya pun bolehlah hehe

Walai Tokou dalam bahasa Dusun ertinya rumah kita. Homestay yang kitaorang stay ni, merupakan antara homestay yang ada di kampung tu. Nama kampung tu terlupa pulak. Dalam kampung ni, ramai tuan rumahnya yang mengusahakan homestay secara kecil-kecilan. Dan Walai Tokou tu kira orang yang menguruskan homestay di kampung tu. Kalau kita nak book boleh jak call diorang melalui no telefon 088 888824. Jangan bimbang ye, rata2 yang mengusahakan homestay kat kampung ni beragama Islam. 


Bilik simple yang kami stay hari tu. Semalam hanya RM 90 sahaja. Tapi yang ni kami tambah sebiji single bed so kena add RM10. 

Dah namanya homestay kan...kemudahan memang terhad. Bilik ni ada bilik air sendiri tapi kemudahan seperti tuala, sabun mandi dsb kena bawa sendiri. Bilik ni tak ada kipas sebab malam kat Kundasang memang sejuk so jangan nak ngada2 minta kipas. Beku baru tahu...hehe
Kat bilik kami hari tu adalah juga tv sebijik tapi tv yang zaman purbakala lah...tapi kalau dah namanya cuti memang tv tak berapa nak penting sangat. Memandangkan bilik ni sempit ruangannya, pengusaha telah menyediakan satu surau kecil untuk pengunjung muslim untuk bersholat :). Oh ya ada kemudahan electric jug juga tapi minuman 3in1 tu semua tak ada, kena beli sendiri. Dan juga ada water heater, yang ni wajib ada...kalau tak, tak mandi pagilah jawabnya....hehe
Secara keseluruhannya semuanya ok......kalau ada peluang memang nak stay lagi tapi itulah kan Kinabalu Pine Resort tetap dihati :)



Note : Ok nak sambung kerja2 opis yang menimbun ni. TaTa :)




19 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. kundasang lg ya mia..ko buat aku teringin nak jejak kesini..:)

    ReplyDelete
  2. dapat g sabah pun tak pe dah.. nak naik belon.
    tp bestnya..sejuk.. kat semenanjung skrng musim panas sgt2..

    ReplyDelete
  3. Kakak rasa tinggal di homestay lagi selesa dan nyaman Mia. Sebab itu kakak sekarang kalau pergi jenjalan prefer tinggal di homestay daripada tinggal di hotel. Bukan aje murah tapi lebih selesa dan privacy..

    ReplyDelete
  4. wah! actually Kundasang ni salah satu wishlist pelancongan yg timm nak pi..sbb cantik mcm dekat new zealand!

    ReplyDelete
  5. suasana kat kundasang sejuk..dah rasa cam kampung dulu2..tu yang buat lagi best..
    teringin sangat nak kesana..

    ReplyDelete
  6. Bestnya. Dah lama tak rasa kabus mcm tu.

    ReplyDelete
  7. arghhh seronok nyerrrr!!!rindu kundasang!!

    ReplyDelete
  8. bestnya
    impian akak dari dulu nak pi sini
    tapi terlepas ke Brunei dulu,
    insha Allah ada rezki nak jugak ke sini
    nama sinalau bakas tu bunyik macam sedap jak
    rupanya daging babeng :)

    ReplyDelete
  9. terasa kesejukan hingga ke tulang hitam bila tengok gambar berkabus tu..
    dan2 tu teringat cite kabus ungu, y terperangkan dalam alam ghaib tu ~ imaginasi melampau..

    ReplyDelete
  10. ohhh iya kah Mia sepanjang ke kundasang ada yg jual Sinalau Bakas tu?...pernah dengar kawan2 Dusun di sini ckp ttg benda tu.. kami jarang jg ke sana, itu yg ndak tau sangat..huhu..
    Walai Tokou Homestay ni mcm best jugak kan.. boleh lah cuba stay nti klu ada peluang ke sana..:)

    ReplyDelete
  11. Seronok baca erifa mia..acik tak pernah sampai pun

    ReplyDelete
  12. Sinalau Bakas!! hahahahhaa...okeh ..okeh...saya igt ni...supaya tak terbeli kalau ke Kundasang :)

    Gila la kabus tu, mmg sebijik macam kat obersi..

    Bilik takde kipas..so kalau siang2 tengahari kat situ, panas tak? hahaha

    ReplyDelete
  13. Eii...teringinnya nak gi sana....mesti besttt

    ReplyDelete
  14. suka tempat sesejuk dingin ni.. bestnya. nak p nak p.. tp tak bila rezekinya. inshaaAllah..

    #salam singgah komen dan follow :))

    ReplyDelete
  15. Dah agak dahhhhhh hehe.... mesti ke Kundasang jakk...cuma tempat tido je lain yek....
    Teringin nak pergi Sabah bah....entah bila dapat naik Kundasang ni.... mau makan sayap ayam! Mesti bestkan Mia....
    Duk hotel mmglah lagi bestkan ...tak yah bawak towel hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post