Thursday, July 3, 2014

Damia

Assalamualaikum
 
Dah lama tak cerita pasal anak dara kecik aku seorang ni. Selalu tepek gambar abang-abangnya ja. Yalah si Damia ni bukan suka nak diambik gambarnya, jadi jaranglah gambarnya keluar kat blog uminya ni.
Sekarang Damia dah semakin pintar bercakap. Umur baru 2 tahun lebih, tapi cakap macam mak nenek jak. Orang kata budak perempuan lebih cepat bercakap dari budak lelaki kan. Dulu abang-abangnya dalam 3 tahun gitu baru jelas sikit sebutan mereka.
Ada sekali hari tu botol air Damia tertinggal di taska, aku tanya Damia Mana botol air?? tinggal kan... selamba jak Damia jawab alaaaa tinggal....kita beli jak umi ... tak padan dengan kecik jawapannya tu...:p
 
 
Ni senaman muka katanya 
 
 
 
Rambut Damia ada dua pusar sebenarnya.....susah sikit nak ikat atau tocang rambutnya ni. Kata orang-orang tua, budak rambut dua pusar, nanti besar pintar katanya....ada juga yang cakap nakal. Tak tahu lah, yang penting kita sebagai ibu bapa memang akan mendoakan yang terbaik untuk anak2. 
 
 
 
Minuman feveret Damia. Boleh buat iklan susu Dutch Lady ni...hehe 
 
 
 
Yang ni tabiat dari kecik. Memang dah jadi habit dia bila landing kat atas tilam. Nak tidur mesti tenyeh bantal tu kat hidung, nak tengok tv pun sama juga.
 
 
Ok tu je lah. TaTa! :)
 
 
 

12 comments:

  1. alhamdullilah comel sangat anak dara nie

    ReplyDelete
  2. Comel. Gang 2 pusar sama ngan qhalif ☺☺

    ReplyDelete
  3. hehee..aunty yg dah besar ni pun ade bantal busuk >_<

    ReplyDelete
  4. part last tu aku suker sebab dia mcm aku. hahahahahaha

    ReplyDelete
  5. Bapak kakak pulak kata pusar dua tu kalau bercucuk-tanam atau menternak pasti menjadi. Macam ini boleh jadi org businesslah Damia:)

    ReplyDelete
  6. jarang nmpk gegurl ada 2 pusar... yg aku tau, bijak & panjang akal org nyer ni...

    ReplyDelete
  7. cpmeynyer..bdk pompuan mmg cpt ckp berbnding laki, kebanyaknnya la ;)

    ReplyDelete
  8. hallo damia, lama auntie tak nampak awak tau. jangan jadi macam jj yer, bercakap tak benti, penat mama ni mendengar tanpa fahaman.

    ReplyDelete
  9. hehehe..mcm.mcm damia nih tau..bijak kemain

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan. jemput lawat blog saya http://alamwellness.blogspot.com. Tq

    ReplyDelete
  11. Damia....kamu udah besar ye....geram aunty tgok sama kamu...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!