Saturday, July 5, 2014

Mangga Udang?

Assalamualaikum

Salam 7 ramadhan.....dah seminggu kita berpuasa kan. Nda sedar bah, orang Sabah bilang, pejam celik pejam celik, mo dekat sudah hari raya. Baju raya dah beli ke ??? hehe Aku......baju melayu Shumi dan Shamzi dah beli, hubby pula katanya nak recycle baju melayu tahun2 yang lepas. Masih baru lagi katanya, tak baik membazir. Aku mungkin beli, mungkin tidak sebab ada satu jubah yang masih elok dalam almari. Pakai sekali jak.....kalau malas mencari baju, mungkin tu lah yang aku pakai raya pertama nanti. Baju melayu Shumi dan Shamzi aku beli siap2 ikut kaler jubah dan baju melayu hubby.....:) Damia mungkin minggu depan baru mencari.....tunggu ehsan dari hubby yang dapat duit raya RM500 tu kihkihkih.....

Ok....stop cerita pasal baju raya.....tajuk lain, cerita lain.
Sebenarnya nak cerita pasal buah mangga. Hari tu hubby ada beli daripada kawannya (orang yang sama menjual mangga wani tu). Buah mangga ni besar, panjang. Ingatkan isi nya ok lah seperti rupanya...sekali kupas, hampeh! tak sedap. Patutlah tak wangi pun.


Nampak besar, panjang dan cantik kan

Orang sini panggil Mangga Udang. Tak tahu kenapa namanya begitu, nak cakap macam rupa udang, langsung tak ada pun. Mangga jenis ni memang tak sedap dimakan, rasa tawar jak. Tengoklah nanti aku try buat kerabu mangga, sedap ke tidak. Masih banyak baki buah tu, nak dibuang sayang pula, membazir, tak elok diikut perangai shaiiitooon. 
Kalau menjadi kerabu mangga aku tu, aku kongsikan di sini tapi kalau aku sunyi sepi jak tu, paham-pahamlah korang ye .... hehe



5 comments:

  1. Sedap plak aku tgok mangga tu MK, bagai terasa2 di tekak..tp sayangnya x boleh makan sebab batuk...kang makin melarat plak kan...baru nak ok ni...

    ReplyDelete
  2. Tak beli apa apa pun lagi Mia....entah dah katanya mood soping belum mari hehe...
    Tak pernah pulak dengar pasal mangga udang ni....Ada yehhh?
    Hehe....faham faham kalu tak de dlm entri tu maksudnya dlm tong sampahlah hehe

    ReplyDelete
  3. Bunda pun baru ni dengar mangga udang..

    ReplyDelete
  4. first time sy dnga nme mangga udang

    ReplyDelete
  5. Dah malas nak beli mangga. Selalu beli x rasa manis pun.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!