Wednesday, July 2, 2014

Menu sahur dan berbuka

Assalamualaikum

Mesti korang akan bayangkan post ni disertai dengan gambar-gambar makanan yang menyelerakan....hehe
Tekaan korang seratus peratus..............salah! :P
Tak baik tau tayang gambar makanan di pagi hari di bulan puasa ni. Kesian orang yang membacanya termasuk aku menelan air liur tengok makanan tu semua.

Kenapa pulak nak letak tajuk cam tu ??
Saja jak, supaya korang tertarik nak baca post ni kihkihkih .... kan tajuk bercirikan SEO, haruslah ambik kesempatan nak tarik perhatian (^_~)

Aku bukan apa, saja nak cerita-cerita kosong tentang menu sahur dan berbuka aku (macam lah ada orang nak baca....)
Menu sahur aku sangat simple......tapi nasi wajib ada. Aku jenis yang mesti makan nasi waktu sahur. Lauk tak kisah, telur goreng mata lembu letak kicap pun ok.... :)
Hubby aku ??? lagi lah mudah nak sediakan sahur untuk dia. Sebab dia hanya makan oat. Dia pula jenis yang tak makan nasi atau benda lain semasa sahur. Hanya oat dan kurma serta air suam. Simple kan dan menyenangkan kerja aku hehe
Anak-anak pula, mereka ikut apa yang aku makan.....tak banyak songeh gitu.

Menu berbuka pula......
Kalau masa bekerja, yakni hari isnin hingga selasa....aku masak yang simple jak. Sebabnya aku balik jam 4.30 pm. Memanglah awal dari hari kebiasaannya TAPI aku lambat sampai rumah juga...jalan sangat jammed. Dari tempat kerja ke sekolah Shumi pun ambil masa sejam sedangkan dalam 20 minit pun dah sampai. Lepas tu dari sekolah balik ke rumah, dekat jam 6.15 pm baru sampai....Jam 6.32 pm dah buka puasa di KK ni....nak masak apa lagi....semua pun main terjun jak dalam kuali.
Bazar ramadhan ?? memang tak sempat singgah, kalau singgah pun makanan semuanya dah abis jual sebab dekat jam 6 dah kan. huhu
Hanya sabtu dan ahad saja lah dapat berbuka special sikit sebab ada masa nak masak best2 atau boleh tinjau kat bazar ramadhan tu.

Nasib baik hubby dan anak-anak jenis yang tak cerewet pasal makanan.
Korang macam mana pula ?? :)



Note : Menu peberet aku semasa berbuka......asam laksa dan air bandung....perggghh nyaman....





11 comments:

  1. samalah kita mia,kekadang tu tak sempat nak masak,kenalah beli kat luar je..

    ReplyDelete
  2. ari keje memang kelam kabut nak masak..smalam zee pon masak satu dish jer cukup..

    ReplyDelete
  3. Siannya Mia....tulah kan bila jammed ni dekat pun jadi jauh tak boleh nak buat apa dah.....
    Sama je kita mia...nak kena nasi jugak.....perut masuk angin kang kalau tak makan nasi hehe
    So far okje masak ...kuih jer mmg beli memanjang.... sahur pulak lauk semalam panaskan...

    ReplyDelete
  4. Nak tengok gambar menu sahur & berbukaaa !!!


    haha =P

    ReplyDelete
  5. hubby ko cam aku lah mia makan oat jer waktu sahur..tapi taklah rs lapar pun...

    ReplyDelete
  6. Org lelaki makan ahur meamng simplelah Mia. Kalau abang tu makan kurma dan air teh-o aje.. Kakak makan nasi dgn ikan goreng dan sayur bening biasanya Mia..

    ReplyDelete
  7. Oat adalah makanan yg sesuai utk sahur sebab ianya mengenyangkan kalau nak dibandingkan dgn nasi. Ni info yg aku jumpa. Tapi aku pepagi memang tekak minta nasi.

    Buka tak kisah lauk apa. Tapi tu lah, jln sesak semalam tak sempat nak masak.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!