Thursday, July 17, 2014

Nak marah...tapi

Assalamualaikum

Ni sekadar nak berkongsi pengalaman sendiri....tak berkaitan pun dengan sesiapa ye :)

Aku dah pernah ceritakan sebelum aku beli cik alputih tu, aku guna Myvi sebagai kenderaan rasmi
kami sekeluarga. Beli Myvi tahun 2006 dan masa tu kami dah ada satu kancil tapi tak berapa nak ok kalau di bawa ke mana-mana.
So mostly memang guna Myvi lah.

Aku dan hubby rasanya boleh juga dikategorikan pemandu berhemah...cehhhh pemandu berhemah ke ??
tapi tu lah kadang-kadang malang tak berbau, kemalangan semasa drive Myvi tu memang pernah jadi juga. Tapi syukur alhamdulillah cuma kemalangan kecil sahaja.

Kes 1
Hubby terlanggar bontot kereta di depannya semasa nak keluar simpang. Kancil orang tu cam nak bergerak tapi brek mengejut kembali dan bang!!
Kemek kereta kancil tu, Myvi pula hanya scratch sikit. Tapi tu tetap salah hubby sebab dia yang tersondol.....dorang berbincang baik2 dan alhamdulillah, pemandu kancil tu setuju ikut hubby ke bengkel dan hubby bayar kos pembaikannya...rasanya dalam 300 lebih gitu.

Kes 2
Aku yang drive masa tu....hantar Shumi pegi taska. Sedang elok selekoh dalam kelajuan 30km sejam (jalan kampung kan), nampak dari jauh seorang penunggang motorsikal dengan laju baring corner di depan. Dan dia tak dapat brek lalu langgar sebelah kiri depan Myvi aku.
Memang masa tu aku rasa nak marah, nak jadi orang hijau pun ada tapiiiii bila keluar dari kereta, aku kesian pula penunggang motorsikal tu, terjelepuk jatuh dalam longkang. Apa yang keluar dari mulut aku masa tu, ko nda apa-apa kah?? sebab aku tengok orang tu dah berkerut2 dahinya sambil urut dada.
Orang tu tak jawab soalan aku tapi terus berdiri dan ambik motor lalu pecut dari situ. Huh !!
Aku rasa nak nangis masa tu.... hubby masa tu memang tak tinggal dengan aku di KK sebab bertugas di daerah lain. Aku tengok Myvi abis calar sebelah kiri depan tu. Tayar kiri di depan tu pula dan koyak. Nasib baik ada orang kampung yang baik hati tolong tukarkan tayar tu dengan spare tayar yang sedia ada.
Terpaksa juga guna duit sendiri beli tayar baru....nak minta ganti rugi dengan orang tu, dia dah cabut lari. Padahal bukannya pun aku marah masa tu.

Kes 3
Semasa kami bercuti di Kundasang. Dalam perjalanan balik ke KK, singgahlah satu stesen minyak di pekan Ranau ni. Hasrat hati nak beli jajan untuk makan2 semasa dalam perjalanan. Hubby pun masuk lah satu parking ni. Separuh badan Myvi dah masuk dalam kotak parking tu, tetapi tiba-tiba orang dalam kereta di sebelah kiri membuka pintu keretanya dan gedegang !!! hubby mana sempat brek. Korang rasa sapa yang bersalah kalau dalam situasi ni.
Hubby aku tengok cool je masa tu, dan keluar dari kereta dengan harapan dapat berbincang dengan owner kereta sebelah tu.
Orang kereta sebelah tu pun keluar juga tapi dia langsung tak pandang hubby yang tegak berdiri di depannya ala ala penyanyi nasyid. Dia cuma ketuk2 pintunya supaya dapat tutup balik. Pintu sebelah kiri depan Myvi tu pun kemek juga dan langsung tak boleh buka. 
Lepas orang tu puas hati ketuk pintu keretanya, dia masuk dalam kereta dan berlalu gitu sahaja tinggalkan hubby yang setia berdiri di depannya. 
Hubby aku cakap, biarlah. Bukan rezeki kita agaknya lagipun pemandu tu orang tua. Huhu
Nasib baik kawan aku tolong ketukkan pintu kereta Myvi tu, dapat juga buka balik.

Kes 4
kata pemandu berhemah tapi sampai 4 kes...huhu
Ok yang ni jadi masa bulan puasa tapi tak ingat tahun bila. Hubby yang drive masa tu, gara-gara mengelak orang yang tiba-tiba melintas jalan, hubby tersondol bontot kereta yang ada di depan. Rasanya double cab pickup. Kemek juga keretanya tapi Myvi teruk sikit kali ni sebab side mirror sebelah kiri tu patah. Hubby dah bersedia dimarahi pemandu pickup tu sebab ikut undang2 kami yang bersalah. Tapi pemandu tu cakap takpa...dia punya kemek pun sikit saja, tak payah bayar. Dia ok saja. Boleh pula gitu, mungkin berkat bulan puasa kami tak diminta satu sen pun bayaran. :)


Moral of the story ... jangan marah2 ye, anggap jak apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. 
Peace !

16 comments:

  1. hehe..chill chill je kan kak..
    menabung invest smart untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  2. betul. setiap yg berlaku tu kita anggap je elak bencana yg lebih besar.
    sabar aje la...

    ReplyDelete
  3. nie mesti kes CDM25...cik nor xpernah marah walaupon penutup rim kna kebas n kereta kena calar ngn budak2..huhu

    ReplyDelete
  4. Kalau perkara kecil tak perlu lah mo marah2 bah kan... klu boleh bincang, bincang lah dengan baik.. kita kan kaya dengan adab & budi bahasa... hehe
    apa pun sllu percaya, setiap kejadian pasti ada hikmah.. kan Mia?? :)

    ReplyDelete
  5. setakt ni.. rasa mcm tak de lg kemlngan.. mintk jauhlah..
    x de sapa yg nak..

    ReplyDelete
  6. raya 2 tahun lepas..kereta honda lama sondol bontol viva saya..dia bg 250..ok jek..wp kos nye lebih..tak mau kecoh2 hari raya lagi pun..biarlah hepi2

    ReplyDelete
  7. ye2 sabo byk2.. :D jemput singgah ke blog SM kalau sudi :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html

    ReplyDelete
  8. yg cerita mamat naik motor tu pecut lari, dia tgk muka awak garang kot, walaupun awak tak marah? bahahahaha

    ReplyDelete
  9. Bagus akak Mia. semoga boleh dijadikan iktibar untuk kita semua. Dalam ke-2 tu Alhamdulllah orang tu tak marah-marah. Takut juga dia marah dan buat apa-apakan.

    ReplyDelete
  10. kes motor langgar ko tu... ermmmm kalau dia say sori pon da cukup kan...

    ReplyDelete
  11. Namanya pun malang tak berbaukan Mia.... Myvi mmg suka bercium tu namanya hehe...
    Okje suka kereta Myvi cantik...

    ReplyDelete
  12. aduh bah Mia..nda pn dmarah cabut larI terus..sabar jak la..

    ReplyDelete
  13. macam mana akak boleh cool ni. share skit kak. kalau sy berangin jugak la haa. hehe

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!