Pesanan dari PDRM sebelum balik kampung

Assalamualaikum
 
Tak sedar kan, hari ni adalah Jumaat terakhir kita di bulan Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Lagi dua hari kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal pula.
Aku masih bekerja hari ni tapi anak-anak dan hubby dah start bercuti. Mungkin ada yang sudah pun memulakan perjalanan balik ke kampung halaman yang dirindui.
Ingat....pandu cermat, jiwa selamat. Biar lambat asalkan selamat. Sebelum balik ke kampung pun, pastikan keadaan rumah dalam keadaan yang selamat. Jangan lupa pula kunci rumah tu hehe.
 
Ni ada sedikit pesanan dari PDRM, aku kongsikan di sini. Untuk perhatian kita bersama. :)
 
 
 
PDRM menasihatkan anda untuk mengambil langkah-langkah keselamatan berikut sebelum meninggalkan rumah:

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang
diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:

- Nama dan alamat
- Nombor telefon yang mudah dihubungi
- Tarikh berlepas dan balik
- nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti

9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.
 
Sumber : Facebook
 
 
 
 
Selamat balik kampung !!
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin
 
 
 


8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin yer Mia.. =D

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya maaf zahir dan batin Mia..

    ReplyDelete
  3. musim raya ni memang banyak jenayah yang berlaku,kan.semua orang kena hati-hati. salam aidilfitri kak..maaf segala salah silap.

    klik promoted content untuk akak..

    ReplyDelete
  4. p/s
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA TERKASAR BAHASA SEPANJANG PERKENALAN DAN PERSAHABATAN KITA MESKIPUN DI ALAM MAYA SAHAJA...

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aidilfitri buat mia sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. Seamat hari raya mia. Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  7. Mekasih atas peringatan.

    Alam Aidilfitri dan maaf zahir batin buat mia & family.

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya aidil fitri Mia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post