Sunday, July 6, 2014

Tahukah anda ??

Assalamualaikum

Sharing is caring gitu so kongsikan sedikit maklumat yang aku baca untuk manfaat bersama :)


  1. Tahukan anda walaupun bawang putih baik untuk kesihatan tetapi hukumnya makruh jika memakannya kerana menyebabkan mulut berbau.
  2. Apabila memakan daging (yang cam steak tu lah), jangan memotongnya dengan pisau di atas pinggan, seeloknya siatkan dengan jejari kerana rasanya lebih enak dan bahan enzim dalam jejari akan membantu menghadamkan daging ketika masuk ke dalam perut.
  3. Telur burung merpati, jika diberi makan kepada kanak-kanak akan membantu mereka bercakap lebih awal.
  4. Lelaki yang berjalan kurang daripada sebatu sehari mempunyai 71% risiko mendapat dementia sejenis penyakit mental berbanding lelaki yang berjalan sejauh dua batu sehari.
  5. Antara kandungan bahan kimia untuk membuat sebatang rokok juga digunakan untuk membuat bahan-bahan berikut -> cuka, pembuang pengilat kuku, agen pencuci, racun serangga, bateri, alkohol, ubat gegat, bahan api roket, pelarut industri dan paip plastik............emmmm 
  6. Jangan minum dengan gelojoh (sekali teguk untuk satu gelas) kerana ianya mendatangkan penyakit.
  7. Saiz perut bayi yang baru lahir hanya sebesar cawan telur. 
  8. Cirit birit berpunca daripada racun yang dihasilkan oleh beberapa jenis organisma seperti bakteria, parasit dan kulat.
  9. Wanita akan lebih kuat makan kira-kira 2 minggu sebelum datang haid. Ini kerana kandungan hormon progesteron pada masa ini meningkat dan secara tak langsung kadar metabolisme juga meningkat. Sebab tu sentiasa lapar. :)
  10. Tiga perkara mengelakkan penyakit lupa iaitu selalu bersugi (berus gigi), berpuasa sunat dan membaca Al-Quran.


Sumber : Buku Rahsia Minda Hebat



8 comments:

  1. Wah...macam2 rahsia yang baru SA tahu hari ni..thanks for sharing ye...

    ReplyDelete
  2. Tidak tahu Mia....inilah baru tahu hehe...
    Hish teruknya bahan buat rokok tu....mmg nak suruh org gol cepat tu gayanya...

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang berguna. cantik gambar baru yang akak adit kat atas ini. Saya baru perasan. :-)

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!