Monday, August 4, 2014

Cerita Raya 2014

Assalamualaikum

Salam Syawal yang ke 8 ... Rata-rata dah mula bekerja hari ni kan. Samalah dengan aku..dah seminggu bercuti raya, berehat sakan, menambahkan lelemaks yang sedia ada....hari ni kembali ke rutin biasa. 

Raya tahun ni, seperti biasa kami sambut dengan penuh sederhana. Biar semuanya seperti biasa, yang penting semua adik beradik dapat berkumpul. Dapat makan bersama-sama juadah yang mak masak di pagi raya.  Ketupat pulut, rendang daging, kuah kacang, sambal bilis dan kacang, mee goreng serta kuih muih wajib ada di pagi raya. :)

Dan acara wajib aku, hubby dan anak-anak di pagi raya. Mesti lah ambik peluang pose dengan baju raya yang tak seberapa tu. Yang penting background mesti kekampungan, baru ada feel raya gitu :)


Berlatar belakangkan kebun pisang bapa depan rumah dan juga pokok mangga yang dah tumbang serta rumpun bambu yang besar itu. emmmm rindunya suasana kampung ku. 


Shamzi, Damia dan Shumi .... model cilik Umi dan Baba



Emak dan Bapa. Susah sebenarnya dorang ni nak gambar berdua. Hari tu mood agak baik dan memberi kerjasama...hehe Bapa dah berapa kali rotate baju melayu hitamnya tu. Banyak2 baju melayu yang dibelikan untuknya, kaler yang ni juga dia paling gemar memakainya.


Dan buat julung kalinya....memperkenalkan tiga 'dara' pingitan yang dah jadi mak budak...kihkihkih. Dari kiri adik aku yang no 3, yang tengah kakak aku merangkap anak yang sulung dan yang baju kurung cekelat tu pemilik blog ni, anak no 2. Muka kitaorang tak berapa nak sama kan ?? Aku ada 5 beradik jak, yang ni tiga2 dah kahwin. Tinggal adik aku yang no 4 dan yang bongsu tu belum kahwin. 


Ok lah. Tu jak serba ringkas cerita raya kami hari tu. Sekarang nak sambung kerja yang menimbun ni. Happy working k!!!



13 comments:

  1. alohai.. jeles nya gmbr..
    kita gmbr atas kerusi jer..

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya beraya berkumpul semua kan mia..adik bradik ko seiras jer..:)

    ReplyDelete
  3. cantiknya gambar raya.. suka tgk.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya mia...kita sama anak kedua juge ^_^

    ReplyDelete
  5. serius cantik gambar raya tu dengan background yang menghijau..thumbs up..heheh..

    ReplyDelete
  6. Suasana kampung yg nyaman dan mendamaikan Mia..
    Berfoto macam ini memang cantik, tak payah ke studio photo.

    ReplyDelete
  7. Salam Aidilfitri...
    Mmg cantik background pokok tumbang + pohon buluh tu..menghijau!

    ReplyDelete
  8. comelnya backgorund. gambar raya pun comel. anak-anak pun comel. semua comel hehe


    selamat hari raya . :D

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Mia....
    Cantiklah gambar depan pokok buluh tu mmg nampak nyaman bahhhh....
    Wah... en Somi pakai serban yeh tahun ni...
    Nmapak cantik dan ayulah 3 dara pingitan tu......

    ReplyDelete
  10. saya pun tangkap gambar depan semak..konon nak bagi effect kampung.padahal kat KL..hehehe

    ReplyDelete
  11. Cantiknya depa berphotoshoot di pagi raya.. =D

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!