Tuesday, August 19, 2014

Lain tempat, lain seleranya

Assalamualaikum

Lain orang lain seleranya gitu. Kadang2 tu memang ikut tempat kelahiran seseorang tu. Apa yang biasa dimakan sejak kecil lagi. 

Macam hari tu bila aku postkan tentang acar timun santan tu, tak sangka ramai yang tak tahu acar jenis ni terutamanya rakan-rakan dari semenanjung. Tapi bagi aku ni sebenarnya makanan yang biasa kami makan. Acar jenis ni kalau di tempat aku merupakan salah satu hidangan semasa kenduri kendara selain daripada acar timun berempah tu. 


Ku tepekkan lagi acar timun itu.
 

Salah satu lagi makanan popular yang ada di Sabah. Jeruk bambangan.

Bagi aku kalau tak ada jeruk bambangan, tak terbuka selera untuk makan nasi. Jeruk ni kiranya sama dengan mangga yang dibuat kerabu untuk dimakan bersama nasi panas disamping lauk yang lain. Emmm sangat membangkit selera sehinggakan pabila aku menaip ni pun dah kecur air liur. 
Sejak seminggu dua ni, aku dan hubby bagaikan mengidam jeruk bambangan sehinggakan hari ini, sudah masuk 5 mangkuk (semangkuk kecik harga RM5.00, nak buat sendiri tak berapa nak pandai) jeruk bambangan kami makan. Hehe makan tengahari dan malam wajib ada jeruk bambangan. :P
 
 
Walaupun selera aku selera orang Sabah, tapi tak semestinya makanan dari tempat lain aku tak makan. 
Sebelum ni aku pernah teringin nak makan gulai tempoyak ikan patin sebab selalu tengok kat tv tu. Di Sabah jarang orang makan tempoyak. 
Dan buat pertama kalinya aku makan gulai ni semasa singgah di kawasan RNR (aku kurang pasti di mana sebab dah malam) sewaktu dalam perjalanan ke Terengganu pada tahun 2006. Dah lama sebenarnya. Tapi aku boleh ingat rasanya. Memula makan tu ganjil juga rasanya. Cam rasa masak lemak tapi ada aroma lain yang datang daripada tempoyak tu. Suap dua tiga kali, emmm sedap juga.
Dan selepas tu tiap kali berkesempatan pergi ke KL aku cari juga gulai ni tapi kadang2 tu ada juga rasanya yang tak sedap. Mungkin orang tu kurang mahir memasaknya.

Lepas ni nak try makanan yang lain pulak. Nak cuba makan budu, nak tahu cammana rasanya, adakah sehebat belacan. Emmmm budu dan cencaluk ?? mana yang lebih sedap ??


10 comments:

  1. Budu sedap, cencalok blom pernah try lg..

    ReplyDelete
  2. Setuju kata Mia tu. Kita makan biasa disebabkan makanan itu yg dah sinonim dgn kehidupan harian kita. Tapi macam kakak ni walau duduk semenanjung kakak hanya tahu makan sambal belacan. Tempoyak, budu, cencaluk kakak belum pandai walau kadang teringin nak cuba tapi macam tak termakan juga...

    ReplyDelete
  3. Mia... secara jujur, aku balun jer budu & cencaluk tp x tau nak beza... makan jer pandai he3...

    ReplyDelete
  4. Memang sedaplah akak. Nampak pun dah membuka selera.

    ReplyDelete
  5. Jeruk tuhau bah! muahahaha I rindu la jugak makanan kat sabah, expecially kepak ayam, kat kl tak sama.

    ReplyDelete
  6. Acar timun santan tu Mia, aku pun mcm belum pernah makan bah.. hahaha..jarang ada di Tawau & LD.. kalau jeruk bambangan tu selalu lah juga merasa... hehe

    ReplyDelete
  7. Jeruk bambangan....mmg lagilah tak pernah makan....sedap yeh.....Yelah benda yg biasa kita makan dari kecik....mestilah lazat

    ReplyDelete
  8. acar tu nampak menyelerakan sangat

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!