Friday, August 29, 2014

Mood bercuti sudah mari

Assalamualaikum

Mood bercuti sudah mari gitu. Sebelum tu, salam jumaat ye semua. Mesti ada yang tengah berpikir2, cuti 3 hari ni nak buat apa kan ... yang dah berkeluarga tu mestilah ada program yang akan dibuat bersama suami/isteri tercinta dan juga anak-anak tersayang. :)
Yang masih solo tu, mesti dah terpikir2 nak makan-makan atau menonton wayang bersama-sama dengan si dia. Maklumlah cuti hujung minggu extra sehari gitu. 

Aku ??? haruslah kalau ada cuti panjang sedikit dah rancang awal-awal ke mana kami nak pergi atau apa yang kami sekeluarga akan buat. 
Aku dan hubby dah rancang nak stay semalam kat satu resort ni. Oooopppss bukan di Kundasang tau, dekat2 dengan area KK ni jak. Tapi resort ni kami belum pernah stay lagi. Nampak cantik, view resort yang berhadapan dengan laut pun nampak menarik. 


Ni aku pinjam gambar dari website rasmi resort ni. Cam nampak menarik kan. :)


Urusan booking bilik memang kerja aku dari dulu lagi. Hubby katanya tak berapa nak pandai booking2 segala ni. Dan aku telah selamat membook satu bilik kat resort ni. Semalam jak, cuti kan 3 hari jak...cukuplah bersuka suki kat resort ni 2 hari, yang sehari tu lepak-lepak kat rumah jak. 
Aku ambik superior room, besar sikit untuk berkeluarga macam aku ni. Semalam harga dia dalam RM260 net. Emmmm agak mahal juga, tapi tengoklah nanti keadaan bilik tu, berbaloi ke dengan harganya. 

Ok lah. Nanti kita sambung ceritanya minggu depan ye...Lepas aku stay kat resort ni. Harap-harap cuaca elok esok hari, maklumlah dah seminggu hujan di KK ni. 




12 comments:

  1. cantik nampak resort tuh mia..dekat ngan pantai senanglah depa nak berulang alik main air laut gitu kan...selamat bercuti mia...semalat menyambut ari merdeka..:)

    ReplyDelete
  2. waahh bestnya. dah tau nak gi mana. yg kiter ni suka booking last minit. taknak gi jejauh nak gi dalam selangor jugak. sekali semalam booking dah fully book pulak. sedih.. hehhe

    ReplyDelete
  3. Tempat kakak ni pun hujan tiap hari Mia
    Tapi bila dah kata nak berjalan tak kisahlah hujan ke panas
    Hujan dtg berteduh sekejap bila dah tak hujan teruskan aktiviti..

    ReplyDelete
  4. wahhh view mmg nmpk menarik sgt....

    selamat bercuti & have fun ya...

    ReplyDelete
  5. Kat mana tu? Karambunai ke? Hehe.. Lama dah tak jalan2 di Sabah.. =)
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  6. Salam jumaat mia :)
    Cantik resort tu, slmt bercuti...

    ReplyDelete
  7. Selamat bercuti kak Mia..tak ke mana pun sebab nk attend wedding

    ReplyDelete
  8. Cantiknya tempat ni. Happy holiday noks.

    ReplyDelete
  9. Selamat beristirahat ya Mia, I pun dah lama tak bercuti ni.

    ReplyDelete
  10. Mia rupanya promotion resort tu bukan main banyak lagi.....hehe tau sebab okje baca mengundur hihi

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!