Thursday, September 18, 2014

Bayar guna Syiling?

Assalamualaikum

Korang pernah bayar apa yang dibeli menggunakan duit syiling ?? Memanglah pernah kan. Apa punya soalan lah si Mia ni. Tak kan lah harga barang 50 sen, bayar guna duit kertas 50 ringgit. Gila ke apa atau sengaja nak tunjuk yang ko tu banyak duit. 

Ok lah bagi lengkap soalan. Korang pernah ke bayar harga barang yang mahal dengan menggunakan syiling. Contoh beli esbok ke tv ke harga ribu2 ko bayar guna syiling....pernah ke  ??

Pernah ada undang2 ke yang kita dilarang menggunakan syiling untuk membayar benda yang mahal. Macam tak ada kan (betulkan aku kalau salah).
Kalau tak boleh kenapa pernah ada artis yang satu tu bayar saman ke apa yang puluh ribu tu guna syiling. Mahkamah terima cuma artis yang menerima tu jak yang tak mahu. 

Sumber : Facebook

Tetiba cerita pasal ni bukan apa....ternampak foto yang dikongsikan di Facebook ni. Yang ni berlaku di China yang mana salah seorang pesalah telah membayar wang saman dengan menggunakan syiling. 

Tak tahulah apa motif dia bayar guna syiling tu. Samada dia sengaja nak menyusahkan orang untuk kira duit tu atau memang itu saja duit yang dia ada, hasil tabungan syiling agaknya.

Yang aku heran kenapa pula orang2 tu semua tak guna mesin kira duit syiling tu???




17 comments:

  1. perghhh memang 8hari 8malam ndak habis mo kira duit syiling tu Mia... hahaa..
    tapi betul lah, mana ada undang2 yg melarang kita guna duit syiling untuk membayar apa2...kan?
    hak pembeli lah utk bayar... hehe

    ReplyDelete
  2. Sue pun terpikir knp x guna mesin kira duit syiling tu kan...

    ReplyDelete
  3. Haah kan... Awat x pinjam mesin duit siling kat bank eyh... Fengsan nak kira...

    ReplyDelete
  4. Kenapalah mereka tak kira di bank aje kan Mia guna mesin mengira kan ke mudah
    Sengaja nak pecah rekodlah sebenarnya..

    ReplyDelete
  5. Mereka saja nak bagi kerja kat orang yang kira-kira tu kot. Bagi nampak ada kerja nak dibuat :-)

    ReplyDelete
  6. teda kerja cari kerja la tu.. hahahah.. tp, kalau brg harga 50sen, byr pakai RM50.. sengaja mau tukar duit pecah la tu.. hahahah

    ReplyDelete
  7. saya pernah nak bayar roti harga inti yg sembilan poh sen tu.. guna 20 sen 10 sen x 2 dan yang lain 5 sen.. kedai tak nak amik.. hahahahaha.. kesian anak saya.. time tu yg tu je yg ada utk bagi anak.. kebetulan dah selongkar semua tempat nak bayar hanya itu je yg dpt.. sampai hati.. mcm nak gi lapor ke KDNKK je.. eh betui ke sebut ni..

    ReplyDelete
  8. Kalau kat Jerman ni ada had nyer kalau nak bayar guna syiling kat kedai, tak berapa sure sampai berapa banyak.

    ReplyDelete
  9. Betullah ....pakai ajelah mesin kira syiling tu ye dak..... ni nak mengira seketul seketul....Tak ke berpinar biji mata haha

    ReplyDelete
  10. Jenuh nsk mengira camni..pelik jugs spsal x guna mesin eh

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!