Friday, September 26, 2014

Burger Bakar Cheese Meleleh!

Assalamualaikum

Ni nak cerita tentang restoran yang jual burger bakar kat KK ni.....hari tu rasanya dah pernah kongsi tentang burger bakar yang kami makan di sebuah gerai di Plaza Tg Aru. 
Yang ni pula kat restoran. Bukan pemilik yang sama so taste burger pun berlainan rasa.

Restoran ni dekat jak dengan kawasan perumahan yang kami tinggal tu. 
Dah lama buka tapi baru kali berkesempatan untuk mencuba burger bakarnya. So pergilah kononnya berdinner di situ semalam.

First time pegi memanglah tak tahu apa yang nak di order. Minta menu, pelayan tu bagi kemudian dia tinggalkan kami gitu saja. Orang kalau nak berniaga, suggestlah apa menu yang sedap dan bagus untuk diorder. Ni tak hampir 15 minit kami belek2 menu tu, pelayan tengok dan lalu jak. 
Last2 panggil pelayan tu dan kami tunjuk jak lah mana yang kami nampak menarik. Tak tahu burger tu sedap ke apa ... tunggu dan lihat sajalah....

Selesai mengorder, tak lama minuman pun sampai tapi burgernya pula dekat 20 minit pun tak sampai2 lagi.
Damia dah membebel cakap lapar! lapar! sebab dah bosan menunggu agaknya.

Ni budak 3 orang yang tak sabar menunggu burger....Shamzi dah tak hiraukan minuman....dia setia menanti orang yang sedang menggril patties burger tu ... huhu


Dan akhirnya setelah hampir sejam menunggu sampai juga burger yang kami order tu .... ingatkan lama lagi, yalah manalah tahukan dorang nak pegi sembelih lembu ke ayam ke untuk ambik dagingnya buat patties burger huhu (tanda2 tak puashati ni).





Antara burger2 yang kami order. Cheese meleleh gitu. Kitaorang order 4 set berlainan rasa. Kita orang just potong2 kan sebab saiz burger yang besar. Takut tak terhabis pulak.......dan memang tak terhabis pun....tapau balik rumah lah jawabnya.

Nampak menarik kan burger tu.....rasa dia bagi aku ok ok lah. Tak berapa nak minat dengan pattiesnya yang terlalu tebal dan agak kering di dalamnya. 
Tapi hubby aku nampak berselera pula. Agaknya ngamlah dengan tekak dia. 
Restoran ni yang lain cam Environment tu semuanya ok cuma tinggal nak upkan lagi sikit mutu servis mereka. 
Barulah pelanggan puas hati kan (^__^)




12 comments:

  1. burger bakar mmg biasa lambat sikit tp paling riso kalau patties nyer x masak penuh sbb tebal hu3... (pernah terkena gitu)

    ReplyDelete
  2. sedapnye...telan air liur tgk gambar ^^

    ReplyDelete
  3. kat mana ni kak mia... nampak sedap! kalau dekat nik nak pergiii

    ReplyDelete
  4. Nampak macam sedap Mia... tapi kalau service lambat memang spoil mood lah....kesian anak2 yg menunggu.. huhu

    ReplyDelete
  5. walau sedap macam mana pun tapi kalau lambat malas jugak nak datang lagi..sebab kita datang nak makan..kan??bukan saja2 datang nak duduk2..heheh..agaknya ramai sangat kot orang kat situ..

    ReplyDelete
  6. :kiranya servis part layanan tu x best la.. sbb buat planggan ttunggu.. tmpoh siapkan pom tlalu lma. Nk amvk order pom lama. Burger tu nmpk sedap.. cuma rsanya sos tu cam tlalu byk.

    ReplyDelete
  7. lama sgt nk tggu tu, kalau anak ok takper, yang tak best bila bdk2 ni buat perangai, mmg hot la mamanya..hehe

    ReplyDelete
  8. Belum cuba lagi masuk kedai berger macam ni...Rasa nak try le pulak.
    Nampak mcm sedap jer daging berger dia yg gemuk tu...sure puas makankan Mia...
    Ni sama jer kisah ngan si MD yg makan bergerbyte tu lambat nak sampai makanan...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!