Kenapa aku berblog??

Assalamualaikum

Salam isnin korang.
Tajuk post cam klise je kan. Napa aku berblog??
Camlah ada orang nak tahu

Memandangkan aku tetiba jak muncul pada tahun 2012 yang lalu,
rakan blog yang lain tak berapanya nak kenal aku dan blog ni.
Aku je yang buat tebal muka berkunjung ke blog rakan2 yang
dah ada nama.
So ni kiranya macam post memperkenalkan DIRI dan BLOG.

Mula2 berblog pada tahun 2007.
Ni pun sebab terikut kawan2 yang lain berblog.
Orang ada blog, aku pun nak juga. :P Macam best jak
Masa ni blog terhad untuk kawan2 yang terdekat jak. Aktiviti BW untuk tambahkan rakan2 blog memang tak tahu. Waktu ni juga rasanya iklan Nuffnang pun belum popular lagi.
So blog aku memang tak ada tepek2 iklan ke apa.

Mula berblog entri pun ntah apa2 ntah.
Bila aku baca balik pun, macam malu dengan diri sendiri.
Tersangatlah poyo! Siap ada entri bahasa
orang putih lagi.
Bukan apa, masa tu ingatkan blog mesti dalam english gitu, nanti orang tak baca memang tak ada pun orang baca hehe

Rating pengunjung pun tak kira masa tu. Unique Visitor ke apa haram tak tahu
Post entri setiap hari, tapi yang bacanya hanya kawan aku yang 2 3 orang tu dan aku.
Kiranya ni post syok sendirilah. :D
Sendiri tulis, sendiri baca....

Blog ni pun terhad untuk pembaca di Sabah. Sebab aku tulis entri ikut slang sabahan.
Selepas aku tahu entri tak semestinya bahasa omputeh.
Kalau aku tulis camtu lagi macam tu mesti korang (blogger semenanjung) pening kepala memikirkan apa benda yang ditulis oleh si Mia ni bah!
Banyak juga post yang awal2 dulu aku telah delete. Tak sesuai, tak bermanfaat dan sangat the poyos.. kihkihkih

Bila aku dah tahu pasal Nuffnang, nak juga daftar, katanya boleh dapat duit.
Dah lama juga aku daftar Nuffnang ni.
Tapi langsung tak masuk sen pun. Macam mana nak masuk kalau pengunjung pun tak ada kan.

Memula tu semangat tapi lepas tahun 2009 ke tahun 2011,
aku sunyi dari dunia blog. Kawan2 aku yang memula berblog pun terus sepi.
So aku pun tak ada mood dah. Siapa yang nak baca post aku kan.
Sangat sempit pemikiran aku masa ni huhu

Tapi selepas aku melahirkan Damia pada bulan Oct tahun 2011 yang lalu,
aku kembali aktif berblog.
Itu pun aku sikit lagi terlupa password untuk log in ke blogspot aku ni.
Maklumlah dah lama tak masuk.

So mulalah bergiat aktif sedikit demi sedikit.
Post entri setiap hari walaupun aku tahu belum ada yang membacanya.
Dan rajin ber blogwalking.
Buat tebal muka, BW ke blog yang dah pemes,
kemudian bagi tahu dah follow dan ajak singgah blog aku.
Menjadi jugalah cara aku tu,
Ada juga yang sudi berkunjung balik dan follow blog ni.
Dan ada juga yang tidak.....huhu
Aku sedar diri juga, siapalah aku ini

Masa mula bergiat aktif follower cuma 8 orang jak.....sadis kan
Dari tahun 2007 - 2011 cuma 8 orang jak ikut blog ko....huhu
Tapi hari ni dah meningkat ke 435 orang.....boleh lah bagi blog picisan seperti aku ni.
Follower untuk Google+ aku pula dah meningkat ke 1,174 orang.
Sekurang-kurangnya aku tahu orang dah mengenali blog ini.
Tak lah ada entri post syok sendiri :D
Duit hasil Nuffnang pun aku dah rasa. Dah cash out kan sekali.
Sekarang ni rasa nak gatal lagi nak cash outkan balik. Tapi aku tunggu jugalah hingga hujung tahun ni.

Dah kenal kan...hehe
Blog ni dah berusia 7 tahun. Dah masuk darjah satu gitu. :P
Usia Puan punya blog pula dah 30-an. Dah jadi remaja purba dah bak kata Okje
Memula blog baru ada anak satu, sekarang ni dah anak 3.
Cerita blog masih sama, kenangan suka duka pemiliknya + karya dari Tuan Rumah
Masih seperti dahulu juga, berblog sebab aku suka menulis.
Blog sebagai sumber pendapatan ?? mungkin ya mungkin tidak.
Rasa2nya tidak....UV belum cukup gitu....plus kekurangan masa dan kekangan lokasi.
Kebanyakkan aktiviti blogger dan lain-lain event berpusat di KL....huhu

Tapi apa-apa pun....Thanks a lot! untuk mereka yang rajin bertandang ke blog ni
HainomOkjeKak ZakieFizaAnumCik NorAtiey dan yang lain-lain tak tersebut namanya,
tapi korang tahu kan siapa korang :D......terima kasih banyak-banyak sebab setia membaca coretan blog ini.


Last sekali, terima kasihlah korang sebab sudi baca post ni sampai abis.... :)


Puan punya blog




15 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Lama juga tu. Aku start berblog tahun 2009.

    Kasihmu ku terima ☺

    ReplyDelete
  2. usia blog saya baru masuk 4 thn...

    ReplyDelete
  3. aku pon suka berblog utk syok sendiri @ lebey kepada memori sendiri wpon x ramai follower mcm ko ;p

    ReplyDelete
  4. salam dear, adakah kita sebaya.. ? hihi..

    lama jugak tu dah berblog, tahniah.. ;)

    ReplyDelete
  5. saya suka kesini sebab gambar-gambar menariksss :)

    ReplyDelete
  6. sama2..
    eh terasa terharu plk bc dedicasi ni..
    rasa seronok jugak kenal Mia..
    kalau ikutkan, x tau bila bolh pergi sabah..boleh berkawan dgn org sabah, tgok tmpat2 menarik kat sabah.. seronok sungguh dpt kenal mia..dan sudi jugak bertandang ke blog kita.. oh, sekarang aku dah rasa ko macam kawan blogger aku yg agak rapat..selain mereka2 yg ko sebut kat atas. terima kasih masukkan aku dlm blog kau juga..walaupun aku br sngat aktif berblog..

    ReplyDelete
  7. wow, lama juga mia suda start blogging ni kan..sya baru start 2012, masih banyak lagi mau di belajar tentang dunia blog..^_^

    ReplyDelete
  8. Tahniah! 7 thn tu kira dah lama la tu...sue baru lg dlm dunia blog ni. Masih byk yg harus dipelajari.

    ReplyDelete
  9. Tahniah. Semoga lebih maju jaya lagi dengan blog akak.

    ReplyDelete
  10. Wah.....glemer mak Jilap hari ni......2x orang tu sebut. Baek punya promote ni hehe....
    Sama jer Mia okje pun sama...tgk entri awal awal mmg poyo...sendiri tulis sendiri baca....La ni alhamdulilah....bolehlah senyum sikit hehe

    ReplyDelete
  11. Assalamaulaikum.. lama jgk nisah tak kunjung ke sini kan..

    #very the poyos tu hahhaa reminder me to my oldest entries. samadengan giteww :)

    ReplyDelete
  12. samaa laaa... mmg entry poyos ja dulu.. haha.. blog sy dr thn 2008.. nmpk mcm bnyk follower tp sbb dulu buat contest. hahaha.. BW pun jarang.. huhuhu... Chayok2! :p

    ReplyDelete
  13. lama jg sd Mia berblog kn..tahniah Mia..
    tq ya Mia sbb sll jenguk blog sy wlpn jarang update n berkunjung bls..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post