Langkah Syabas Beach Resort

Assalamualaikum

Oklah nak cerita tentang resort yang kami stay sempena cuti merdeka hari tu.... dekat jak sebenarnya dengan area Kota Kinabalu, lebih kurang 1/2 jam perjalanan dari rumah kami tapi itupun kalau jalan tak jammed. Kalau jammed mengambil masa sejam cam tu.

Resort ni terletak di area Kinarut, sebelah kanan jalan kalau dari Kota Kinabalu. Bersebelahan dengan Sea Side Travellers Inn yang pernah kami stay tahun lalu. 
Sign board resort ni memang nampak dari jauh ..... Langkah Syabas Beach Resort.
Aku sebenarnya first time stay sini, selalu limpas jak. Tengok dari luar, resort ni nampak macam biasa. Tapi bila book bilik hari tu agak mahal juga ratenya RM260.00 nett semalam. Yang ni untuk superior room. Kalau yang deluxe room pula RM300.00 nett. Semua harga termasuk dengan complimentary breakfast untuk 2 orang. 

So 30hb tu kami pergilah check in dan memang sangat surprise. Luar nampak biasa tetapi dalam memang cantik dan puas hati. 


Ni semi detached chalet yang kami book. Dalam bilik ada satu king size bed dan satu single bed. Memang luas untuk kami 5 orang ni. Biliknya pun luas, bersih dan wangi. Dorang ada bubuh daun pandan kering kat dalam bilik. Wangi jak, bersih jak...tu yang aku suka.

Ni pula view depan chalet kami. Menghadap swimming pool gitu. Boleh duduk2 santai di beranda chalet sambil tengok orang mandi manda oppppss.. Hari tu anak2 berkubang di pool, Baba dorang yang temankan. :) Umi macam biasalah jadi pemerhati jak. Huhu

Di resort ni memang ada cafenya sendiri tapi harga korang sendiri pahamlah. Memang agak mahal. So makan malam kitaorang pergi ke restoran yang ada di area Putatan. 
Breakfast kita dapat 2 free, anak2 yang umur 7 tahun ke atas dorang caj dalam RM 20 ++ , tapi hari tu mungkin rezeki kami, dorang tak caj pun. :).
Breakfast dia standard lah, mee goreng, nasi goreng, kentang, sosej, buah2an, telur, bread dan sewaktu dengannyalah. So aku malas nak snap. Hehe

Kalau korang tengok dalam gambar yang share sebelum ni, resort ni nampak lengang dan tiada orang kan. Ni yang best sebenarnya. Chalet dalam resort ni ada dalam 20 lebih biji ( biji ke buah hehe) sahaja. Masa kami stay tu semua chalet dah fully book. Tapi kawasan sekitarnya luas tu yang nampak agak lengang. Swimming pool pun kitaorang tak payah nak bersesak2. 
So sapa2 yang nak privacy gitu boleh lah stay kat resort ni. :)

Kalau pegi resort ni, korang jangan terkejut kalau terserempak dengan beberapa ekor kambing biri2. Haiwan peliharaan tuan punya resort katanya. Hehe. Tapi kan walaupun kambing tu bebas berkeliaran di kawasan resort tu, sebiji buangan kambing tu pun korang tak akan jumpa sebab kebersihan sangat diutamakan di resort ni.

Secara keseluruhan memang puas hati. Nanti ada peluang dan rezeki nak stay lagi kat resort ni.

Last sekali aku selitkan wajah anak dara kecik aku ni. Tak de kaitan pun, sekadar selingan. Hehe





22 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. menarik tempat ni mia, aku terberkenan pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko yg jauh pun terberkenan ... ni kan aku yg dekat ni. Klu boleh hari2 nak stay sana hehe

      Delete
  2. cantek weh tmpt ni. aku tunggu anak besar skit, nak repeat kk. jom jumpa nnt eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik bebs ....
      Nak jumpa ... boleh bah kalau ko hehe

      Delete
  3. Sya memang tau betul tempat tu mia.. Bakal mak dan bapa mertua kerja di sana sebagai assistant chef dan kapten bot dan sya pun pernah kerja di sana satu ketika dlu..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah nanti klu kawin, honey moon sanalah kau konon ni.... pakej free hehehe

      Delete
  4. resort ni tempat shooting filem yang bront palarae berlakon ngan daphne iking tu ke?lupa lak tajuk filem tu..

    ReplyDelete
  5. bestnye...kang nak hanimun lagi boleh ajak hubby g sini & boleh jumpa mia skali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jak hanimun berulang kali .... hehe
      Nak jumpa boleh saja :)

      Delete
  6. Replies
    1. Best tempat ni Anum .... ko honeymoon lah kat sini pula hehe

      Delete
  7. jom g lg Mia..
    ko jd touris guide blh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom....boleh jak jd tourist guide, tp caj aku mahal tau hahaha

      Delete
  8. Replies
    1. Mmg berbaloi. Sapa yg suka privacy dan nak tenang relaks gitu, tpt ni sesuai.

      Delete
  9. Mampu tengok jer lah. Pergi nya tak tau bila. Tapi cantik tempat ni.

    ReplyDelete
  10. best nya..pemandangn pun cantik,

    ReplyDelete
  11. balik sabah nnt.. mmg bnyk tmpt kena explore ni.. huhuh..

    ReplyDelete
  12. Bilalah nak sampai sini agaknya Okje ni Mia.....
    Tengok gambo pun tau dah mcm damai jer keadaan kat sana tu Mia...Damia gak untuk memanjang tidur hotel hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post