Tuesday, September 9, 2014

Manuk Wraps by me!

Assalamualaikum

Aku bukanlah penggemar makanan jenis wraps2 ni, sangat kebaratan gitu (kononlah). Aku kan tekak orang sabahan :P....teringat terus jeruk bambangan di rumah (aku dah top up sebalang lagi, hari tu dah abis 5 mangkuk aku kerjakan dengan hubby kihkihkih).

Ok balik cerita wraps tadi. 
Tapi kan sesekali makan ni memang lah sedap. Tetiba teringin pula nak makan wraps ni semalam. Nak beli di kfc, malas pula singgah. Lagipun rasanya menu tu bermusim kan. So pikir punya pikir, singgahlah di Giant membeli bahan2. Roti wraps tu, cheese, ayam (aku beli Ramly's burger tu jak) dan mayonis. Tak dapat cari salad pulak. So no vege lah dalam wraps ni.

Wraps dia aku guna jenama ni. Sedap juga selepas di grill atas kuali panas ... hehe

So bila dah dibalut2 dan dilipat dengan rapinya, inilah hasilnya. 

Manuk wraps by me!:D extra mayo sebab aku suka. Sampai meleleh keluar mayonya....

Shumi dan Shamzi bukan main eksaited makan. Siap kononnya minta buatkan satu lagi. Tapi tak sangka pula sekeping wraps yang telah dibalut bersama intinya tadi cukup mengenyangkan. 

Tak terabis dorang sebiji wraps tu. Hehe. Aku pun hanya mampu makan satu jak. Hubby haruslah lebih dari satu, kata orang tengok perutnya kihkihkih.

Walaupun simple, hubby cakap sedap. Kalau dah dia cakap gitu memanglah aku puas hati kan. Nanti nak buat lagi. :)


Note : Mesti korang tertanya2 kan apa tu Manuks..... Manuks is Ayam :)








13 comments:

  1. Manuks pansuh biasa la dengar. Ayam ya maksudnya..

    ReplyDelete
  2. uina, manuk wraps..bkin terliur ba meninguk tu mia..tambah lagi mayo yang meleleh..adei..

    ReplyDelete
  3. memang nampak sedap bah Mia.. aduii.. kalau aku ni, mmg failed mo masak sendiri.. haha

    ReplyDelete
  4. Oooo manuks is ayam...wrap nmpk sedap sgt mia...

    ReplyDelete
  5. wahhh kalau husband memuji tu, harus ulang byk2 kali tu ;p

    ReplyDelete
  6. Aku klo buat suka pakai hotdog atau chicken meatloaf. Pastu letak salad & thousand island mayo...perghhh...ko buat aku nak ber wrap dinner ni ☺

    ReplyDelete
  7. Kalau kami 3 wraps sorang baru kenyang hahahaa dasar, tapi memang kenyang lama makan wrap ni.

    ReplyDelete
  8. wraps ni nak kata 100% kebaratan, tak lah jugak..sebab ada jugak unsur2 turki..hihih

    bambangan tu apa? timun? :P

    ReplyDelete
  9. Ingatkan manuks tu jenama, ayam rupanya...
    Kat sini saya pun selalu juga buat wrap... tapi kat dalam tu letak kebab....
    Mmg mengenyangkan dan puas hati... saya suka letak cheese dan mayo byk2.. kolestrol letak tepi dulu... huhuhu

    ReplyDelete
  10. Tetiba teringat roti kebab dpd brand yg sama dlm esbok...dah nak expired 15 hb ni....harus buat jugak esok lusa ni

    ReplyDelete
  11. manuk tu rasanya sarawak pun ckp manuk gak, kat unimas dulu ramai kwn sabah sarawak, smpai confuse mana satu bahasa yg betul

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!