Selera besar!

Assalamualaikum

Kami sekeluarga sebenarnya agak jarang juga makan di luar. Hubby katanya lebih suka makan di rumah, lebih suka makan makanan yang dimasak oleh isterinya ni....hehe
Walaupun tak sehebat mana, kadangkala setakat telur dadar dan sawi tumis....sudah cukup membuka selera katanya.....

Tapi sekali sekala tu kepingin juga makan di luar. So bila namanya makan makanan yang bukan dimasak sendiri dan dibayar, haruslah order makanan yang kononnya sedap dan jarang makan di rumah (maklumlah aku kan kurang sikit kepakaran memasak...huhu)

Dulu masa anak2 belum berapa nak membesar, usia 1-3 tahun gitulah.....kalau makan kat luar, aku dan hubby akan order masing2 seorang satu menu, manakala Shumi dan Shamzi, kami orderkan sepinggan nasi dan dibahagi dua. Budak kecik kan selalunya tak berapa nak kuat makan. 

Tapi sekarang ni bila anak-anak dah semakin membesar, masing2 punya selera yang berlainan. Nak order makan ikut pilihan sendiri. Bukan main dorang mengorder, termasuklah anak dara kenit aku tu...tak mo nya kongsi makanan dengan aku, lain taste katanya.


Soto Urat untuk Baba.......manakala Damia pula soto kosong bersama dengan telor rebus


Untuk Uminya....Kue Tiaw Goreng Seafood


Nasi Goreng Pattaya Ayam tetap menjadi pilihan Shamzi setiap kali makan di luar


Selera paling besar antara kami ...... Shumi! satu set Nasi Briyani Ayam Goreng. Shumi ni memang tekak orang India agaknya. Nasi mesti ada unsur2 kari...kalau tak, tak selera makan katanya :P





16 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Sekali sekala mkn kt luar best juga. Reward diri...nmpk semuanya sedap ^^

    ReplyDelete
  2. Sedap-sedap semuanya. Boleh rehat-rehatkan badan dan ubah selera rasa masakan kat luar pula kan Akak.

    ReplyDelete
  3. wah..memang selera besar ni Mia...kami pun jarang makan di luar, sesekali boleh lah..hehe..
    Nasi beriyani hero2 tu memang menyelerakan...

    ReplyDelete
  4. sedap tu soto urat mia..memang habis semangkuk ni kalau makan..

    ReplyDelete
  5. he3 anak2 makain ada selera sendiri, end-up kita gak x order apa2 tp tukang perabis makanan anak2, dari membazir da doasa kan he3

    ReplyDelete
  6. Sekali sekala bawa anak2 keluar makan memang best...mereka dah besar dah ada citarasa masing2...

    ReplyDelete
  7. sekali sekala memang best..kalau hari2 cemuih jugak..lagi2 ada anak2 kan?/depa pun nak jugak rasa air tangan kita...

    ReplyDelete
  8. Amboi, masing2 ikut selera anak tekak masing2.... Sekali sekala boleh lah kan... Habis ke mereka makan semua tu? Kalau anak2 saya, mmg masih kongsi lagi... lagi pun portion makanan kat sini besar... Saiz orang eropah katakan.. kikiki

    ReplyDelete
  9. anak2 saya pulak, kalau makan kat luar mesti orderkan nasi ayam je. sbb diorg x brp gemar masakan kt luar, diorg lagi suka kalau mommy dia ni yg masak. tu yg setiap hari perah otak dok pk nak masak ape la setiap kali balik keje..hehehe

    ReplyDelete
  10. Sama le Mia.....OKje lagilah...perut memasing sebakul haha...memang tak de istilah kongsi dah....
    Tu yang bila nak makan kekadang tu fikir banyak kali jugak.... Okje pulak bila dah selalu masak jemu mak tau makan masakan sendiri hihi...Biar le roti canai pun tp hujung minggu mesti nak makan luar gak daa...

    ReplyDelete
  11. masakan ynag dimasak dari rumah terutama bila isteri masak untuk suami dan anak-anak..walaupun masakan itu simple ia tetap best.. :)

    apa2 pun kelapangan singgah ke blog kami yer :)
    http://izzium2u.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post