Thursday, October 16, 2014

Biabas

Assalamualaikum



Sapa yang kenal dengan buah ni ?? Semua kenal kan terutamanya mereka yang zaman budaknya duduk di kampung. 
Kami di Sabah panggil buah ni, buah biabas.....jambu batu yang kecik2 tu kan. Masa dulu banyak tumbuh meliar di kebun2 atau hutan2 kecil belakang rumah.

Aku, kakak dan adik serta sepupu sepapat kalau balik dari sekolah tengahari tu, petangnya berkeliaran mencari buah ni di kebun2 orang ... hehe
kitaorang panjat jak....pastu petik dan makan buah kat situ juga. Kiranya itulah snek ringan yang paling sedap bagi kami masa tu ...
Duduk2 kat atas pokok sambil krup krap gigit buah biabas.

Buah ni, bahagian yang paling sedap dimakan ialah bijinya... isi dibahagian biji tu kaler putih, lembut2 dan manis.
Kadang2 ada yang berwarna merah...so sapa yang termakan biabas yang bijinya kaler merah masa tu kira orang bertuah. Kononnya satu dalam seribulah dapat biabas biji kaler merah tu...(^_^)

Bestnya bila dikenang semua tu....
Sekarang pokok buah biabas ni jarang jumpa dah. Hutan2 kecil pun dah banyak dibersihkan. Kebun cina seberang jalan tempat kami selalu 'ceroboh' dulu pun dah dimajukan, ada workshop dan kilang kecil.

Anak2 zaman sekarang pun dah tak kenal apa buah ni. Hari tu balik kampung, aku tunjuk dan tanya kat dorang, blurrr jak muka dorang tak tahu nak jawab apa. 1st time nampak kan..hehe
si Damia lagi lah buah langsat dia panggil buah anggur. 
Sebab buah yang selalu dia nampak hanya buah anggur dan epal di 'kebun' Giant. :P 

Nampak gayanya nak kena selalu balik kampung aku lah ni, nak kenalkan anak2 buah-buahan kampung (alasan untuk kerap balik kampung aku, hubby mak bapa duduk kat bandar ... tak ada pokok buah hehe).



12 comments:

  1. Ohhhh biabas yeh orang sana panggei....betul Mia mmg ni lah snek kita dulu dulu kan....okje pun sama panjat pokok makan atas pokok! Prrgh......nikmat seyh!!! Suka yg masak sikit sebab lembut .....

    ReplyDelete
  2. ooo...buah jambu ye..kita suka buah jambu yang isi dalam wane pink

    ReplyDelete
  3. Mmg nmpk mcm pokok jambu. Oooo panggil biabas..sue first time dgr ni..

    ReplyDelete
  4. Oh di sana panggil biabas. Kakak panggil buah jambu batu juga. Ada dua warna Mia. Ada yg kuning dan ada yg pink. Kakak dulu lebih kurang Mia juga sebab rumah arwah atok akak ada pokoknya. Kami panjat dan makan atas pokok hihi... best. Suasana tu dah susah nak jumpa sekarang..

    ReplyDelete
  5. Naa..Betul tu mia..memang dulu2 selalu makan biabas ni..kalau dekat rumah nenek..main petik ja..makan dekat pohon dengan kakak dan sepupu2..best oh!!^_^

    ReplyDelete
  6. Sedap wei. AKu suka yg kuning² sket. Dulu masa jaman skolah siap panjat lagi pokok ni nak amik buahnya.

    ReplyDelete
  7. oo..biabas..saya baca tajuk jadi biabos..hahaha..lepas ni kena pakai tajuk font biasa je la..maklum la saya sekolah tak tinggi.ekekek...nampak macam jambu batu pulak..

    ReplyDelete
  8. Jambu batu kan.. I pernah bergyaut kat dahan pokok ni, terjatuh and kaki kena kaca, sampai sekarnag berparut hahaha.

    ReplyDelete
  9. Lamanya ndak makan buah ni mia... last makan kali masa kecil2 dulu sbb ada tumbuh depan rumah..hehe.. mmg skrg susah lah mo cari, anak2 pun ndak kenal ni... hahaha lucu plak Damia panggil langsat buah anggur... hihik

    ReplyDelete
  10. orang sabah panggil biabas je..saya pun suka, kalau kat kampung memang banyak

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!