Cucur Sayur Mayur

Assalamualaikum

Semasa zaman budak-budak dahulu, mak selalu gorengkan kami cucur kosong aka jemput2 untuk hidangan sarapan pagi atau pun minum petang. Cucur kosong, tepung gandum yang disimpan garam sedikit dan dibancuh dengan air, lalu digoreng. Sangat sedap dimakan, nak2 lagi jika dicicah dengan sos cili. 

Kegemaran aku tu diwarisi oleh anak-anak, Shumi, Shamzi dan Damia. Berebut dorang makan bila aku siap menggorengnya. Kata dorang sangat sedap walaupun sekadar dicicah dengan sos cili sahaja. Hubby pun sama, walaupun ringkas tetapi dia sangat menggemarinya. 

Aku yang masak ni rasa biasa jak pun. Mungkin sebab aku yang goreng, kemudian aku yang makan...taste dia tak berapa nak sedap bila kita sendiri yang memasaknya....walaupun pada masa tu hubby puji, makan sehingga  menjilat jari katanya. :P

So cubalah goreng cucur versi lain. Cucur sayur mayur katanya. Aku sebenarnya malas sikit nak potong-potong, cincang-cincang sayur bagi halus, sesuai saiznya untuk dibuat cucur. Tetapi memandangkan dah jemu makan cucur kosong tu, so sabtu tu aku menggigihkan juga (macamlah potong sayur tu berat sangat hehe).
Habis mencincang-cincang, bancuh-bancuh tepung, tambahkan perisa dan goreng.....siap untuk dihidang :D


Walaupun rupa tak seindah mana, tapi hubby kata percubaan yang sangat baik. Sedap katanya.


Bahan-bahan cucur sayur mayur aku tu tak banyak mana pun. Rembat sayur yang ada dalam esbok masa tu jak. Sayur kobis, kacang panjang dan juga cili hijau. Perisanya pula aku tambah garam dan serbuk kunyit sedikit. Gaul dalam tepung dengan sedikit air, kemudian goreng. Kejap jak sepinggan aku habiskan dengan hubby. Anak-anak kurang sikit dalam bab sayur mayur so seperti biasa aku gorengkan mereka cucur kosong warisan turun temurun (^_^)






15 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. iskk..saya pulak terliur..jawab nyer sabtu ni kene buat la jugak >_<

    ReplyDelete
  2. my mom till now suka buat tu cucur tepung.. sy pnya faveret. Anak2 pun suka.. Yg mcm lempeng tu pun feveret kami. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Kalo blk kg mak suka buat cucur...semua cucur sue suka..

    ReplyDelete
  4. yummy...nk try gak la wat tuk ank bujang....

    ReplyDelete
  5. kl skang tiap petang hujan. maka menu yang enak dibuat sementara tggu malam haruslah cekodok. smlm pun kite buat cekodok bilis.

    ReplyDelete
  6. baus ni sebab ada sayur
    bertambah khasiat :)

    ReplyDelete
  7. kalau tambah udang kering sikit, mesti rasanya sedap sikit... hehehe

    ReplyDelete
  8. kami pun kadang suka cucur yg biasa jak Mia.. just tepung letak garam..nti makan dgn sos cili... Pa'e mmg suka lah... cucur sayur ni nti mo cuba jgk lah... sedap sbb byk sayur kan... :)

    ReplyDelete
  9. Kakak selalu juga buat macam ini Mia tapi biasa kakak letak taugeh dan udang...

    ReplyDelete
  10. owhh semua sayuran yang u rembat tu adalah mahal di sini, so I better buat cucur ayam instead hahahaha. apapun, cubaan yag terbaik la to u.

    ReplyDelete
  11. Selalu buat guna kangkung.
    Kalau x de, apa2 pun boleh digoreng.

    ReplyDelete
  12. Aku selalu juga buat cekodok tepung ni. Memang anak2 suka. Haishhhh,,,pepetang tgk cekodok ko ni rasa lapar plak.

    ReplyDelete
  13. kalau masa kecik2 dulu opah buat cucur ni kami makan dengankuah kari...masa kecik dulu jarang makan apa2 dengan sos.agaknya sebab tula sampai besar ni tak berapa suka sos.heheh

    ReplyDelete
  14. Tak pernah pulak buat cucur kosong gitu Mia...Nanti nak trylah buat cucur turun temurun Mia hehe....tp kalau cicah sos tak meletop ler....cicah sambal tu sedap gak tu mcm makan lempeng...Okje kalau buat cucur sayur tu buh perasa ikan bilis Knor Mia.....sedap!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post