Kawan bapa

Assalamualaikum

Di kawasan apartment kami tinggal ni, ramai student yang menyewa. Antara sebab tu aku kurang sikit bergaul dengan mereka. Adalah juga dua tiga keluarga yang tinggal berhampiran lot kami ni...aku ada juga bertegur sapa tapi kalau sampai tahap bergosip tu tak adalah pulak ... :)

Hubby aku pula selalu berbual2 dengan sorang jiran ni. Lelaki lingkungan 40-an, tinggal dengan isteri dan 3 orang anaknya di tingkat 2 kalau tak silap aku. Anaknya ada 2 orang lelaki hampir sebaya seperti Shumi dan Shamzi. Adik mereka mungkin baru 8 ke 9 bulan gitu.
Mereka panggil hubby 'kawan bapa'. Mungkin sebab hubby berkawan dengan bapa mereka agaknya.

Tiap petang aku memang perasan 2 beradik ni selalu bermain2 di bawah apartment sambil ditemani bapa mereka. Suara ketawa dan jerit mereka memang dengar satu apartment. Lebih kurang Shumi dan Shamzi gitu. 
Hubby pun kalau kebetulan di luar selalu berbual2 dengan bapa mereka.

Tetapi dalam 2 minggu yang lalu, kami tak nampak lagi 2 beradik tu bermain2 di bawah apartment. Hubby pun tak pernah terjumpa lagi dengan bapa budak2 tu.
Kereta mereka memang ada diparking, tak beralih langsung.
Mungkin balik kampung agaknya. 

Sehinggalah hari tu, semasa kami pergi mandi di kolam apartment tu, dua beradik tu tiba2 muncul. Tetapi ditemani oleh seorang remaja belasan tahun. Bukan bapa mereka seperti kebiasaannya.
Dua beradik ni seperti biasa ketawa dan bermain. Terjun ke kolam dengan gembiranya.
Tiba2 salah seorang daripada mereka menghampiri hubby, aku agak yang abang sebab besar sedikit.
"Kawan bapa, kawan bapa", dia memanggil hubby.
"Kawan bapa .... tiada suda bapa ku. Sudah meninggal di kampung ... "
Aku dan hubby tersentak dan berpandangan sesama sendiri.
Belum sempat hubby bertanya, budak tu dah berlari ke arah adiknya. Gembira berenang seperti tiada apa yang berlaku. 

Aku dan hubby terpinga2. Aku cakap kat hubby mungkin budak tu hendak bagitahu yang bapanya ada di kampung. Kami tak pula fikir yang bukan2 sebab 2 beradik tu kami tengok gembira seperti biasa.

Tetapi apa yang kami fikirkan tu memang salah sama sekali. 
Hubby berpeluang bertanyakan bapa budak tu dengan neneknya yang kebetulan datang bertandang ke rumah mereka. 
Memang budak tu berkata benar. Bapanya memang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Aku kurang pasti dengan perasaan aku bila mendengar berita tu. Walaupun aku tidak berapa rapat dengan keluarga mereka, tetapi rasa sedih dan terkejut memang ada. Sedih sebab melihat anak2nya yang masih kecil. Sedih bila mengingat kembali bila mana anaknya memberitahu hubby yang bapanya telah meninggal. Rasanya dua beradik tu belum faham apa itu 'meninggal'.
Terkejut sebab baru beberapa minggu yang lalu masih melihat bapa budak tu membaiki keretanya sambil anak2nya bermain2 gembira di hadapannya.

Tapi itu semua sudah ketentuan dariNya. Masa kita akan menyusul jua. Hanya yang kita mampu sekarang berdoa agar dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari segala bencana.
Semua ibu bapa mempunyai harapan yang sama, agar dapat melihat anak2 membesar, berjaya dan bahagia. (-___-)



19 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Sedih sgt bila mengenangkan ank2 arwah masih kecik & belum faham. Smg ank2 jiran mia ni membesar dgn sihat dan menjadi org yg berjaya. Amin...

    ReplyDelete
  2. ajal tidak menunggu kita, Al Fatihah kepada kawan bapa. semoga rohnya sejahtera di sana

    ReplyDelete
  3. Sedihnya Mia... budak-budak tak faham lagi.
    Kalau dah besar kakak rasa tak adanya mereka nak bermain-main macam tu lagi.
    Tapi dia tahu hubby Mia tu kawan bapa dia..

    ReplyDelete
  4. sedihnya..anak2 usia kecil macam tu belum lagi paham erti kehilangan..al-fatihah..

    ReplyDelete
  5. Salam Mia.. ya Allah, sedihnya.. tiba2 pla kan.. Ajal memang datang tiba2 tanpa dijangka.. moga keluarga mrk tabah... mgkin anak-anak masih tak faham lagi kan.. :(

    ReplyDelete
  6. sedihnya bila pikirkan nasib anak2 kecik yg belum paham apa2 lg tuh mia...dah jd anak yatim..semoga mereka sentiasa dibawah lindungan Allah..

    ReplyDelete
  7. Sedihnya..semua tue ketentuan dariNya..Al-Fatihah buat arwah...

    ReplyDelete
  8. hmm..sedihnya..kesian diorg kan, masih belum memahami lagi...

    ReplyDelete
  9. Moga ditempatkan di kalangan org beriman

    ReplyDelete
  10. Al Fatihah..
    Mereka masih kecil...belum faham...:(

    ReplyDelete
  11. Allah.... takziah to them. tu la kan kecik lg tak paham lg meninggal tu aper, or mungkin belum terasa.

    ReplyDelete
  12. Sedihnya. Mereka masih belum faham lagi. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  13. sedihnya..anak2 kecik lagi..dah tak de ayah..Semiga diaorang membesar dengan baik..

    ReplyDelete
  14. Sedih sgt baca. Dorang masih x paham erti sebuah kehilangan. Mudahan mudahan hidup mereka dioermudahkan walaupun sudah tiada bapa.

    ReplyDelete
  15. Sedihnya Mia....al fatihah buat arwah.... Kalau boleh sapalah yg mahu dipanggil awalkan Mia...tapi itulah takdirnya moga kita yg masih hidup ni dapat menambah amalan untuk dibawa bekal nanti..
    Pandai pulak budak tu bagi tau kat hubby awak mIa.... Hubby awak sure lagi terasa kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post