Friday, October 3, 2014

Nak panah juga!

Assalamualaikum

Ni kisah sabtu lepas. Kitaorang ber JJCM di 1B katanya. Round punya round ternampak satu tempat ni. Ala-ala macam tempat main bowling gitu tapi yang ni orang tak main bowling tapi memanah katanya. Hubby dulu ada bagi tengok gambarnya sedang memanah di pusat ni dan tunjukkan kat anak-anak. Aku dan anak-anak pula first time datang sini.

Shumi bila masuk tempat ni dah eksaited semacam. Katanya nak juga memanah macam Baba. So bagilah dia main satu game. Memanah ni dorang caj RM 13.00 untuk 15 batang anak patah. So Shumi akan memanah sebanyak 15 kali lah tu. 


Sebelum memanah, dorang pasang pengalas lengan dan sarung tangan khas untuk pegang panah tu. Ni memang saiz kanak-kanak. Pastu dorang tunjuk ajar sedikit cara-cara nak pegang panah dan memanah. Nasib baik Shumi cepat faham apa yang diajar oleh pekerja tu. Hubby pun kononnya nak mengajar juga tu. Mentang-mentang dah pernah pergi ke sini :P



Aksi Shumi sedang memanah. Bukan main dia aim siap kecikkan mata lagi. 


Dan hasil panahan Shumi. Ada yang terkeluar landasan juga. Tapi bolehlah untuk orang yang baru first time pegang panah. Ada juga yang hampir2 masuk ke bulatan kuning. :D




Aku, Shamzi dan Damia jadi penonton jak hari tu. Shamzi kami tanya nak main ke tak, dia tak mo. Rasanya dia tak berminat agaknya atau pun dia takut nak pegang panah yang besar tu ... hehe 
Aku tengok best jugalah tempat ni. Ramai juga yang datang ke sini, bawa anak-anak untuk cuba memanah. Dorang memang dah sediakan tempat khas untuk dewasa dan kanak-kanak. Tapi itulah sekali sekala pergi ke tempat ni oklah. caj mahal sikit katanya.....:P



11 comments:

  1. seronok memanah nie..saya sampai belikan set utk syahmi bagi dia belajar memanah.

    ReplyDelete
  2. Well done shumi. Berani mencuba. Memanah ni tuntutan dr Rasulullah kan^^

    ReplyDelete
  3. Baguslah Mia. Kalau Shumi suka teruskan bagi peluang buatnya. Adik-adik masih belum minat tapi kalau dah selalu tengok abang buat lama-lama akan suka agaknya.

    ReplyDelete
  4. bagus tau klau kita bagi galakan. saya dulu masa sek men dan uitm, jadi wakil pemanah wanita. mmg best sgt2. mula2 tu mcm cuak gak, tapi bila tau teknik dan caranya, mudah je :)

    ReplyDelete
  5. memanah ni best wpon pernah merah berbekas lengan sbb lupa pakai pengalas ha3

    ReplyDelete
  6. wah.. bagus nya Shumi... boleh di asah lagi ni... :)

    ReplyDelete
  7. Tak pernah bawak kimi memanah lagi. Nnt nak try bawak.

    ReplyDelete
  8. sukan yang menjadi sunnah ni... bagus kalau di amalkan kak mia..hehehe

    ReplyDelete
  9. best memanah ni, permainan yang disukai nabi kita Muhammad SAW

    ReplyDelete
  10. Si lelaki kat rumah ni ada sekali try memanah masa gi shopping . Mall mana tak ingat dah tapi ada aktiviti cengginilah. Nak ceritanya Si Pak Jilap lepas tu lenguh tangan . Shumi tak lenguh ke?

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!