Monday, October 27, 2014

Sama tak serupa

Assalamualaikum






Hampir sama kan tapi sebenarnya tak serupa......yang atas tu limau nipis atau kalau di Sabah kami panggil limau kapas. Yang bawah tu pula sapa yang tak kenal limau kasturi. Sedap makan dengan asam boi.....emmmm nyamannya, kecur air liur pulak.

Kedua-duanya boleh dijadikan minuman yang sedap, untuk penambah perisa dalam masakan dan banyak lagi kegunaannya. Untunglah sesiapa yang ada tanam pokok limau ni di rumah, tak payah nak beli di pasar, harga kedua2 jenis limau ni dah makin mahal. Terutamanya buah limau nipis tu, hari tu ke pasar sebungkus RM 2.00 yang hanya beberapa biji di dalamnya. Saiz pula kecik jak dan belum tentu menghasilkan jus yang banyak bila diperah nanti.

Kedua pokok limau ni ada di belakang rumah di kampung. Mak yang tanam. Senang, mudah dan jimat....tak payah nak beli di luar. Petik jak bila nak guna, segar dari ladang gitu. 
Untung yang tinggal di kampung kan. (^_^) 




11 comments:

  1. dekat rumah atok sue, dua-dua pokok ni ada. bila nak guna petik je. untung sgt org yg berbudi pd tanah.

    ReplyDelete
  2. Mia kita pun boleh juga tanam pokok limau ni. Kakak tanam dlm pasu
    Mia boleh minta mak tut ranting. Bila dah tumbuh akar alih masuk dlm pasu
    Hmmm.... memang best kalau ada pokok sendiri senang bila-bila nak guna

    ReplyDelete
  3. mahal juga ya mba limau nipisnya hehehe
    dirumah saya nggak ada mba limau yang kaya gitu :(
    jadi pengen jeruk nih ahh :p

    ReplyDelete
  4. kalau buat air sirap limau, saya lebih suka rasa yg guna limau kasturi

    ReplyDelete
  5. Assalam singgah
    Buat sambal belacan bersama asam limau kasturi sedap sekali..

    ReplyDelete
  6. limau kasturi kapit asam boiii

    sedap oiii

    ReplyDelete
  7. betul tu mia..senang kalau tanam dekat rumah..petik ja bila mau guna..kalau wana selalu petik di rumah makcik..heheh..

    ReplyDelete
  8. saya ada tanam pokok limau tapi sampai sekarang tak bebruah..dah 5 tahun tanam..

    ReplyDelete
  9. Limau Nipis tu kalau buat air rasanya lagi sedapkan Mia....
    Ada gak limau kasturi tu kat kebun tapi bila dah banyak sangat tak de sapa nak petik....

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kalau dapat limau makan ngan asam boi.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!