Friday, November 14, 2014

Jangan lupa keluarga mu

Assalamualaikum

Sumber : Facebook

Kan ... sangat-sangat terkesan dihati ayat-ayat di atas tu. Aku bukan datang dari keluarga yang senang. Kami adik beradik tidak pernah merasa kemewahan atau kesenangan seperti anak-anak kita ada sekarang ni. Setiap apa yang bapa berikan kepada kami adik beradik, kami akan kongsi bersama-sama terutamanya makanan.

Jika bapa membeli sebungkus buah langsat, mak akan mengiranya terlebih dahulu dan membahagikannya sama rata kepada kami. Biar semua merasa. Hujung bulan bila bapa mendapat duit gaji, dapatlah kami merasa makan ayam. Itu pun sama juga. Mak akan bahagikannya untuk kami. Seorang dapat seketul ayam goreng.

Kebiasaan tu kami bawa hingga ke besar. Tak salah bila kita ada kelebihan sedikit atau dilimpahi dengan rezeki, berkongsilah dengan adik beradik yang lain :D
Jangan lupa dengan kedua orang tua mu juga. Mereka banyak berkorban untuk kita semasa kecil dahulu, apa salahnya kita berkorban dengan senangkan hati mereka sekarang ini.



Note : Terkenang kembali zaman kanak2 aku dan adik beradik yang lain, riang selalu, ada mak bapa yang penyayang walau kami hanya duduk di rumah yang usang.



10 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    td breakfast apa?

    ReplyDelete
  2. Betul juga tu mia..anak2 zaman sekarang lebih untung dr anak2 zaman dulu..anak masa kini hidup nda brapa susah suda.apa yg dimau dpt ja kan..

    ReplyDelete
  3. tacing lah sis..mmg pn ingat blk zmn dlu2.. sy pn bkn drp keluarga senang..huhu

    ReplyDelete
  4. betul tu kak...kena ajar anak-anak sekarang susah, macam kita dulu-dlu

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn mia. Itu yg cuba sue praktikkan utk ank2 sue skrg. Kalo nk sesuatu brg kene menabung jgn hanya asyik meminta.

    ReplyDelete
  6. tiba2 terasa rindu dekat arwah makpak saya

    ReplyDelete
  7. Arwah mak kakak dulu pun sama Mia
    Mesti bagi sama rata apa lagi kami miskin
    Kalau buat telur dadar tu potong macam pizza sorang sebahagian... sedih bila ingat

    ReplyDelete
  8. Bagus ni. sedekah untuk ahli keluarga terdekat dulu kan.

    ReplyDelete
  9. setuju tu..sedekah dengan utamakan kelaurga kita dahulu, saudara mara, jiran..

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!