Rehat sekejap

Assalamualaikum

Tak muncul semalam, muncul lagi hari ni. 
Baca berita, cerita-cerita yang dikongsikan di Facebook membuatkan hati tersentuh, terkecil dan juga sedih. 

Aku selalunya hanya membaca, jarang sekali memberi komen ... tetapi kadangkala akan tekan butang like dan juga share. Share apabila kisah itu patut dikongsi bersama dan dijadikan pengajaran. 

Pelbagai 'kisah' yang aku terbaca ... daripada kisah suami yang curang sebab isteri tak jaga kecantikkan dan diri untuk si suami ... faham, si isteri patut jaga penampilan dan diri untuk si suami, tetapi itu bukan alasan suami untuk melakukan dosa. huhu
Kisah si anak yang bawa keta pijot, cerita yang tersebar si anak menjadi seorang tanggang moden. Harap kisah tu tak benar, berpelajaran tinggi, tak kan tak tahu hormat ibu bapa kan. 

Tetiba motorsikal kapchai menjadi femes. Tak mo ulas panjang-panjang. No komen tapi yang pastinya terasa hati gitu. 

Dan yang paling sedih, kisah anak kecil 3 tahun yang tidak berdosa itu. Manusia apa yang sanggup 'merampas' nyawa anak kecil hanya kerana kanak-kanak itu berbuat bising ketika bermain!

Rasa sesak di dada bila baca semua kisah dan berita tu. Adakalanya malas aku nak ambik tahu perkara2 yang terjadi di sekeliling kita sekarang ni. Tapi bila tak ambik tahu, nanti seumpama katak di bawah tempurung pula ... huhu

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tapi rasanya tak salah kita 'rehat' daripada semua tu kan. Ambik masa untuk tenangkan diri bersama keluarga tercinta. 


Sumber : Celyn Resort Official Website



Sumber : Kiram's Village Official Website


Dah tepek gambar, korang fahamlah kan. Memang akan rehatkan diri bersama suami dan anak-anak Umi tercinta.




7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. cantikkan kiram village tu mia..wana teringin betul ni mo pi sana..last year mo cek in sana tapi full sudah..sadey..selamat bercuti mia..:)

    ReplyDelete
  2. aarrghhh..best nya...cantiknya Celyn Resort tu...

    ReplyDelete
  3. Wah syoknya...mcm kat cameron highland..nmpk sejuk je kt situ. Happy holiday mia & family.

    ReplyDelete
  4. tu yang saya malas nak buka news, sebab berita yang mostly buat kita geleng kepala. have fun, selamat beristirehat :D

    ReplyDelete
  5. Cerita kat FB tu semua alasan jer tu Mia..... Eleh awak mmg nak berehat sambil bercuti cutiankannnnn haha....Happy holiday Mia,

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post