Thursday, November 13, 2014

Tipikal yang menyusahkan!

Assalamualaikum

Kebiasaan aku gerak dari rumah pagi2 pergi hantar anak2 ke sekolah dan kemudian ke tempat kerja adalah sebelum jam 7.00 pagi. Maknanya dalam jam 6.40 atau 6.45 pagi aku kena bertolak dari rumah untuk elakkan terstuck dalam jammed!

Tapi semalam keluar seperti biasa sebelum jam 7 pagi, tapi kereta punyalah panjang. Sangat perlahan geraknya. Aku dah suspect mungkin ada accident atau pun kereta rosak kat depan tu.
Habislah lewat ni sebab nak hantar anak-anak lagi ke sekolah. Balik-balik jeling jam kat dashboard. Lambatnya kereta depan ni bergerak.

Setelah hampir 15 minit gerak cam kura-kura, dari kejauhan aku nampak lampu siren ambulans dan juga kenderaan polis. Memang sah ada kemalangan. 

Dan bila menghampiri tempat tu, memang aku nampak ada kenderaan dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan. TAPI bukan berlaku di jalan yang aku lalu untuk menuju ke Kota Kinabalu ni, accident di sebelah jalan arah bertentangan! Pasal apa pula jalan ke KK ni jammed padahal kat depan clear je pun, tak ada accident, tak ada kereta rosak.

Dari jauh aku nampak semua kereta di depan ku, memperlahankan kenderaan sewaktu melintasi tempat kemalangan tu. Semua pun pakat-pakat nak tengok accident tu. 
Pasal tu lah jalan jadi sesak. Orang depan tak bertanggungjawab. Tipikal rakyat Malaysia ni! bila ada sesuatu kejadian pasti ramai yang nak jadi busy body dengan melihat. Huh!sangat menyusahkan ...




Gigih ni melukis scene tempat kejadian ... hehe Korang jangan ketawa pula! Tengok betapa clearnya jalan menuju ke Kota Kinabalu tu. Stuck seakan ada yang berlaku padahal semua nak jadi reporter.



9 comments:

  1. Tapi inilah kes biasa yg terjadi di negara kita Mia..
    Perasaan ambil tahu yg tak sepatutnya..

    ReplyDelete
  2. cantik lukisan mia..
    rakyat malaysia mmg gitu mia, jln sesak sbb pakat berhenti tgk accident.. x kira la kt lebuhraya atau jln besar sama je.

    ReplyDelete
  3. humang aihhhh gigih melukis, chantek lak tu...

    standard mmg gitu tp tensen la kan...

    ReplyDelete
  4. Itulah rakyat Malaysia..
    Sangat " concerned"....concern melihat kemalangan, walaupun yg eksiden ialah jalan sebelah! Lagi sakit hati kalau jem bukan sebab eksiden, tapi sebab ada 2 biji kereta berhenti, pemandu2 nya berhenti utk berborak, dan org2 lain slow kan kereta kepoh nak tgk apa yg terjadi !!

    ReplyDelete
  5. tambah lagi semua ada phone canggih boleh rekod semua tu nak up kat fesbuk twitter..lagi la.... eh I sangat jaki melihat orang yang sibuk nak rakam semua benda instead of menolong. Sedih pun ada.

    ReplyDelete
  6. mmg typically mcm tu akak..kekdg sakit hati pun ada..kang xpsal2 lane tu pulak yg xcident..huhu..

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!