Friday, January 31, 2014

CNY...aku pun cuti

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Pagi ni bangun agak kemengantukkan sikit jangan tiru perkataan yang takda dalam kamus dewan tu ye adik2 hehe sebab semalam tidur tak berapa nak nyenyak sebab asyik dengar bunyi kedegang kedegung! bunyi mercun. Orang nak sambut CNY, terpaksalah kita tahan kan je lah....Selamat tahun baru untuk mereka yang menyambutnya :D

Semua pun cuti hari ni kan.....so aku nak ucapkan selamat bercuti dan selamat balik kampung.....cuti 3 hari ni ambik kesempatan lah jenguk mak bapa di kampung...aku pun sama sebenarnya...rasanya dah lama tak balik...last balik bulan 12 yang lalu...nak dekat sebulan dah...selalu berhubung melalui telepon jak...

Masa korang baca post ni, mungkin aku dalam perjalanan balik ke kampung dah....:D
Blog mungkin akan sunyi sehari dua ni....kalau berkesempatan online di kampung, pelan2 aku jenguk korang ye.

Ok see u all.....TaTa!


Sutera Harbour, Kota Kinabalu


Note : Perut dah lega sikit, walaupun masih ada lagi ceriberi.....thanks untuk korang yang sudi doakan aku...:D


Thursday, January 30, 2014

CeriBeri yang tidak sedap!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Semalam ada bagitahu kepala pening berpusing2 kan.....punyalah seksa menahan pening kat opis, balik2 menguap, balik2 masuk tandas sebab perut rasa tak sedap. Asyik memulas tapi bila masuk tandas tak ada apa2 pulak yang nak keluar.

Kalau ikut hati nak juga ambik half day semalam tapi pikir punya pikir, masih dapat tahan, teruskanlah juga sampai petang....
Akibatnya sampai jak rumah terus lembik.....demam dan sakit perut. Lepas minum ubat terus tertidur. Nasib baik hubby tolong masakkan untuk anak2. Dapat jugalah anak2 makan walaupun berlaukkan telur dadar.....makan je lah nak....baba dah masak dengan penuh kasih sayang tu...

Ingatkan hari ni dah ok lah, sakit perut semalam berlarutan pulak menjadi ceri beri. Terpaksalah juga ambik emergency leave hari ni. Nasib baik opis hari ni buka setengah hari sebab esok CNY kan....jadi cuti aku pun potong setengah hari je lah.

Ni tengah menaip ni, perut rasa masih memulas2 lagi. 
Lepas ni tobat tak nak makan daging lagi. Gara2 nafsu makan menyeksa diri namanya ni. huhu



Image from Google

Yang ni ceri beri yang sedap :D





Wednesday, January 29, 2014

Cek Pertama Nuffnang!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!



 
Cek dah sampai semalam dan sudah selamat di bank in kan. Happy sebab ni hasil pertama dari Nuffnang setelah dikumpulkan selama setahun so harus postkan dalam blog Berapa amount tu??? emmm korang boleh anggarkan lah berapa agaknya blogger seperti aku akan dapat....hehe sekadar blogger picisan kan. Alhamdulillah....memang mencapai ratus. :D

Ok nak sambung keja. Nak habiskan keja2 sebelum cuti tahun baru cina ni. TaTa!


Note : Sejak semalam kepala pening berpusing2...rasa nak muntah pun ada. opppss bukan yang tu ye. Mungkin agaknya dua malam berturut2 aku makan lauk daging. Aku sebenarnya dari kecik lagi tak boleh makan banyak daging. Mulalah nak pening, nak muntah....huhu Ada tips ke nak bagi hilang pening kepala berpusing ni???



Tuesday, January 28, 2014

Shamzi yang cengeng

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!








Shamzi Dzukifly. Anak kedua dari tiga beradik. Bulan jun nanti akan masuk 6 tahun umurnya. Sangat berbeza sikapnya dari si abang. Sangat berani, keras hati (dalam istilah lelaki, kira jantan lah kunun tu...hehe), berdikari.....tetapi satu jak perangai yang susah nak diubah dari baby lagi....Cengeng aka kuat nangis!

Kalau sehari tak nangis tu bukan namanya si Shamzi. Bergaduh dengan Shumi...nangis, berebut mainan dengan Damia...nangis, aku marah...nangis, babanya marah...nangis. Memang sikap cengengnya tu kadang2 menghilangkan sabar tapi kadang2 sikap cengengnya tu juga membuatkan aku tertawa...hilang penat bekerja tengo perangainya tu..


Love my anak-anak.....muaaahhhh



Note : Pernah post tentang tabiat cengeng si Shamzi dulu tapi terdelete lah pulak....Gambar ni rasanya di ambil tahun 2012. Umur Shamzi masa tu baru 4 tahun.



Monday, January 27, 2014

Jangan biarkan monyet itu jatuh

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Happy monday semua! Jangan nak berblues ok padahal ada juga sedikit rasa blues tu hehe
Belum ada idea di awal2 pagi ni. Tak tahu nak tulis apa... huhu

Tajuk tu kenapa pula gitu ye, dah macam cerita dongeng kanak-kanak pulak. Bukan apa just nak share aktiviti Shumi, Shamzi dan Damia serta umi dan babanya di hujung minggu. Main game ni lah



Cabut kayu tu jangan tak cabut. Tapi jangan sampai monyet-monyet tu semua jatuh pulak. Aktiviti nak menghabiskan masa bersama dengan keluarga kan... :D



Note : Sangat tidak berpuas hati dengan denda 'makan rumput' tu. Yang aku rasa tak puas hati ada sesetengah rakan guru yang lain sentap, bukan tak boleh denda langsung murid tapi biarlah denda yang munasabah dan beretika. huhu Hubby aku pun guru juga dan aku tahu tanggungjawab seorang guru. Ok....peace!  

Sunday, January 26, 2014

Gambar lama

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Semalam tengah godek2 gambar lama dalam album FB tu, ternampak pulak gambar budak berdua ni. Shumi dan Shamzi. Masa gambar ni diambil Shumi berumur 3 tahun, Shamzi pulak baru nak masuk setahun. 

Rasanya gambar ni aku pernah kongsikan kat blog ni tapi masa tu aku belum berapa aktif nak berblog, so rasanya tak ada yang baca post tu...kira post syok sendiri..hehehe



















Shumi dan Shamzi. Dorang ni dari kecik memang mesra kamera. Suruh jak dorang action, macam2 gaya yang dorang bagi. Adik dorang si Damia tu pulak beza sikit. Tak suka kena gambar. Gambar2 Damia yang aku post tu, kebanyakkan gambar curi dan tunggu mood dia betul-betul baik. 
Abaikan jaklah background yang agak kucar kacir tu. Masa ni kami masih tinggal di rumah sewa sebelum pindah ke rumah sekarang ni. 




Saturday, January 25, 2014

Bila jadi bapa-bapa nanti

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Setiap hari aku memang akan bagi Shumi duit saku ke sekolah sebanyak 3 ringgit. Dia tak bawa bekal makanan dari rumah sebab selepas sekolah agama pada waktu pagi tu, dia akan makan tengahari di sekolah agama sebelum pegi ke sekolah rendah petangnya tu. 

Rutin harian Shumi, pagi aku hantar ke sekolah agama, lepas tu pihak sekolah agama akan menyediakan makan tengahari untuk mereka yang membayar yuran makanan. Lebih kurang jam 11 lebih, Shumi akan dihantar ke sekolah rendah menggunakan van pihak sekolah agama. Petang baba yang akan ambik dari sekolah.
Seharian Shumi di sekolah, bimbang kalau bekalkan makanan, takut basi pulak. 

Yang aku nak cite sebenarnya, wang saku si Shumi. Tiap kali bagi kat dia, mesti aku akan pesan. Duit yang tak abis guna, simpan dalam tabung. Selalunya Shumi hanya angguk kepala jak tanda paham tapi hari tu dia bagitahu yang dia simpan duit seringgit setiap hari dari duit bekalnya dalam beg lusuh babanya. Beg lusuh tu sebenarnya dah rosak tapi Shumi nak simpan katanya. Rupanya dia nak guna untuk simpan baki duit sakunya tu.


Duit yang Shumi simpan dalam beg lusuh babanya....seringgit setiap hari, jumlahnya dah 36 ringgit. Duit 50 dua keping tu pulak, bantuan persekolahan sebanyak seratus. Rasanya semua murid sekolah kerajaan dapat bantuan ni. 
Shumi bagitahu aku, Umi, saya simpan duit saya banyak-banyak. Jadi bila saya jadi bapa-bapa nanti, duit saya sudah cukup untuk beli rumah dan kereta...emmm jauh betul pemikiranmu nak.....



Friday, January 24, 2014

Minggu yang sejuk

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Rasanya dah seminggu hujan turun dan cuaca mendung di Kota Kinabalu. Subuh membawa tengahari, hujan. Petang pulak cuaca mendung jak, berawan dan berangin. Petang hujan turun kembali.
Walaupun hujannya tidak lebat tetapi keadaan persekitaran oleh hujan yang berpanjangan tu menyebabkan suhu jatuh mendadak. dah macam laporan cuaca pulak aku
Udara lembab dan sejuk. Sejuk daripada kebiasaannya.

Subuh amatlah sejuk. Sangat terasa malas untuk bangun pagi. Anak2 pun liat untuk bangun. Minggu ni hampir setiap hari hantar anak2 ke sekolah dalam keadaan hujan renyai. Siang sejuk, apatah lagi di malam hari...tidur, selimut berlapis2. Kipas semua tutup, tak seperti selalu mesti on sepanjang malam dengan kelajuan yang maksimum.
Jemuran seminggu ni memang lambat nak kering, kalau kering pun sebab aku halakan kipas kat jemuran. Kering lembab, sejuk jak semua baju bajan tu. 


Sumber : AccuWeather.com

Ni suhu di Kota Kinabalu semalam. Memang hujan dan sangat sejuk. Rasanya dah macam duduk kat Kundasang jak. Cuma bezanya pemandangan kat Kundasang bergunung ganang, kat KK ni tanah mendatar dan laut jak....Tempat lain pun sama juga kan...dengar berita semalam, kat Kelantan ada tempat yang bukan tanah tinggi suhunya jatuh sehingga 17'c. 

Macam malas jak nak keja hari ni kan.....bestnya kalau dapat membuta lagi kat rumah...hehe



Note : Jangan terganggu dengan entri yang banyak menggunakan perkataan 'sejuk'. Tu nak bagi penekanan cerita dan tajuk post...hehehe

Thursday, January 23, 2014

Info mengenai makanan segera

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Sedikit info mengenai makanan dan minuman segera yang aku nak kongsikan hari ni tetiba rajin baca buku semalam

Tahukah anda ?? ada yang tahu, ada yang tak tahu :p


  1. Milk Shake - ada 5oz susu di dalam 10oz shake. Proses menghasilkan shake paling banyak menggunakan bahan kimia seperti bahan pemekat, penstabil, pengemulsi, perisa dan pewarna. Segelas milk shake mengandungi 8 sudu teh gula.
  2. Cola - amat kaya dengan gula. Segelas besar minuman cola mengandungi 14 sudu teh gula.
  3. Daging untuk burger - daging cincang untuk sebiji burger mengandungi 50% hingga serendah 25%  daging sebenar, yang selebihnya adalah ramuan bukan daging seperti biskut, tepung kacang soya dan serbuk bawang yang disebatikan dengan pengemulsi/pemekat makanan serta diperisakan dengan gula, pewarna kimia, MSG, garam dan tartrazine.
  4. Pai Epal - yang saiz kecik tu mengandungi 3 sudu gula.
  5. Kentang Goreng - ubi kentang sebenarnya membekalkan protein dan vitamin C. Yang menyebabkan ianya tidak sihat apabila kentang digoreng menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Selalu kalau kita makan kat fast food restaurant mesti nampak menu dorang yang menyatakan kandungan zat disetiap makanan yang dorang hidangkan kan......betul ke makanan segera tu mengandungi zat dan vitamin ??


Makan 4 biji burger seberat suku paun setiap satu untuk mendapatkan cukup zat besi.

Makan 15 peket kentang goreng untuk mendapatkan cukup vitamin C.

Minum 10 gelas milk shake untuk mendapatkan kalsium secukupnya.


kesimpulannya, pandai2lah korang simpulkan...hehe mampu ke korang nak makan dan minum begitu banyak semata2 untuk mendapatkan zat dan vitamin dari restoran makanan segera.... Zat vitamin ntah kemana, penyakit lain pulak yang timbul...

Sama-samalah kita kurangkan pengambilan makanan dan minuman segera tu semua ye..Aku dan family jarang juga ke restoran fast food ni....nak kata stop terus dari memakannya...lagi baik sebenarnya....emmmm tapi aku ??? nda mampu bah aku.....hehe nafsu makan sukar dikawal. Benda sedap kan...teringat double cheese burger, ayam goreng kepsi :P




Sumber : Buku Rahsia Minda Hebat




Wednesday, January 22, 2014

Wordless Wednesday # 43

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam rabu semua


budak baru balik sekolah sedang bermain di tepian pantai katanya :D




Note : terima kasih lah kat korang semua yang tak pernah lupakan daku ini....entri semalam lah tu..hehe Tu bukan entri merajuk tau tapi salah satu teknik nak jemput melawat ke blog picisan ini dengan cara halus-halusan...kihkihkih

Tuesday, January 21, 2014

Jangan lupa daku !!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Sejak dua menjak ni kan aku tak sempat nak buka blog kat opis.
Hari tu dah pernah bagitahu, blogspot dah kena blocked kat opis. Hanya dapat buka sebelum 8.30 pagi dan setengah jam semasa rehat, pukul 12.30 hingga 1.00 petang.
Memang tak sempatnya aku nak ber bw di siang hari.
Post aku sehari-hari sekarang ni adalah entri autopublish yang aku siap2 taip di waktu malam selepas abis semua kerja rumah, sebelum tidur.

Dulu aku rajin ber bw di tengahari, waktu lunch kat opis.
Sekarang ni dah jarang benar. huhu
Bukan aku tak sudi, jauh sekali nak sombong tapi kan memang tak sempat huwaaa
Keluarga didahulukan, kerja diutamakan.....gitu

Kat rumah, hanya sempat on lappy di malam hari setelah abis kerja dibuat. Hubby dan anak2 dah makan. Damia dah tidur. Kadang2 berblog sambil cuci baju bajan.
Adalah juga sempat berbw kat blog kawan2 yang mana aku sempat. Ikut ketahanan mata dan juga kelajuan line.

Motif sebenar cerita semua ni, cuma nak pesan Jangan Lupa Daku........!




Note : Entri berkaitan dengan traffic blog yang turun naik turun naik sejak kebelakangan ini...hehe Ni motif sebenarnya



Image from Google


Monday, January 20, 2014

Songkok o Songkok

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam isnin semua.
No monday blues ok, walaupun pagi ni memang blueeess sikit sebab hujan dari subuh lagi.
Agak sejuk dan mata pun semacam ja beratnya..huhu

Aku tiap pagi memang hantar anak ke sekolah dulu. Hubby mesti bertolak awal sebab sekolahnya agak jauh dari rumah. Takut terlewat pulak. Petang baru giliran hubby ambik anak-anak dari sekolah.
Nak cite sikit pasal anak bujang aku sorang tu, si Shumi. Alkisahnya, songkoknya tertinggal dalam keta babanya dan hubby pulak awal lagi dah bertolak pegi keja.
Aku termarah juga dia tadi sebab dah pesan banyak kali, setiap hari sebelum tidur kena ingat semua barang yang hendak di bawah ke sekolah. Songkok memang dia selalu simpan atas meja belajarnya...ni kali pulak dia terlupa.

Mukanya dah monyok sebab takut kena marah ustazah nanti masa di sekolah. Kesian juga tengo dia duduk2 di sudut sebab berfikir apa alasan nak dia bagi nanti masa kat sekolah agama.
Last2 pujuk dia, nanti Umi yang akan bagitahu kat ustazahnya sendiri, yang dia tak sengaja tertinggal songkok. Baru lah dia mo bergerak keluar rumah.
On the way pegi sekolah, Shumi diam jak. Kesian juga aku tengo. Memang dia pernah bagitahu aku, ustazah yang mengajar dia tu memang sangat garang. tu agaknya dia takut sangat.
Tapi pernah juga aku tanya dia, mana yang lebih garang ustazah tu ke atau Umi.....Umi lah yang lagi garang.......hehe
Garang-garang pun tapi sayang nak oiii.....

Sunday, January 19, 2014

Mandi Minyak

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Opppppsss...mandi minyak yang aku maksudkan bukanlah aku dah beralih kerjaya menjadi seorang pesilat. No No No..
Kan pesilat2 tu ada sesetengahnya mengamalkan upacara mandi minyak dimana dalam upacara ni dorang akan menguji ketahanan mereka terhadap minyak panas. 
Jangan tanya macam mana aku tahu, korang google jak actually baru tahu semasa menaip entri ni sebab tajuk aku bubuh cam lain sikit kan, so mengoogle lah kalau ada cerita tentang mandi minyak ni, tu pasal aku tahu..hehe

Mandi minyak yang aku maksudkan, emmm korang tengoklah anak dara sapa lah di bawah ni...huhu




Dah kenyang dan masih dibiarkan depan makanan, beginilah jadinya. Kan semalam brekpes kami bihun goreng dan bubur, dicampurkan semua tu dalam satu mangkuk dan tuang lagi segelas air. Air minum abangnya yang tak abis masa tu Rasa2 dah sebati semuanya, abis dilumur kan satu badan dan muka....ish ish ish...sabar jak lah Umi ko ni Damia. 
Aku terus angkat Damia ke bilik air tapi lepas abis snap gambar dia lah, harus dijadikan entri dalam blog ni hehe dasarrrrr, terus mandikannya . Satu badan dah bau bihun goreng..huhu 

Sabar je lah. Dah perangai budak2, semua benda pun nak dieksperimenkan..hehe



Saturday, January 18, 2014

Morning from Kota Kinabalu!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Morning semua! Ni baru siap brekpes bihun goreng dengan hubby dan anak2. Masakkan bubur juga untuk anak2 sebab dorang tak berapa sihat. Shumi sakit perut, balik2 ke tandas, Shamzi baru abis demam, sekarang ni masih tarik2 ingus lagi. Dan babanya pulak masih demam....huhu

Sedang taip entri ni, Damia masih lagi duduk makan tapi aku tengo makanan tak masuk mulut dah. Main masak2 dah dia. Sabar je lah tengok makanan dan minuman yang tertumpah tu..huhu

Semalam rasanya semua dah tahu kan, hampir keseluruhannya Sabah takda elektrik. Ada gangguan katanya....jam 11 lebih gitu bekalan terputus.....aku dan kawan2 kat opis punyalah lama menunggu sampai rasanya dah jadi ampap kat dalam opis tu. Panas berlengas...huhu Last2 dekat jam 4.30 tu, boss suruh balik sebab dah tak boleh buat apa2 kan. 

Sampai kat rumah elektrik belum ada lagi.....terpaksa cari lilin di kegelapan rumah. Nasib baik ada, Damia siap nyanyi Happy Birthday To You lagi masa aku pasangkan lilin tu..hehe Dalam jam 7 lebih gitu bekalan elektrik dah kembali pulih....alhamdulillah... :D






Note : Aku kalau bekalan elektrik terputus rasanya boleh survive lagi tapi kalau bekalan air yang terputus.....huwaaa nak o o pun susah. Mana nak cari sungai tengah2 bandar ni, air laut banyaklah....

Friday, January 17, 2014

Hening

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Tajuk 'Hening' adalah untuk gambar di bawah ni. Hubby yang bubuh caption tu mungkin sebab gambar2 tu ada ciri2 hening baginya.





~~Selamat bercuti untuk yang ada Public Holiday hari ni, Sabah tak cuti. dan Selamat berhujung minggu~~ 

Thursday, January 16, 2014

Aquaria & Suria KLCC

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Masih lagi cite tentang course aku minggu lalu.
Orang kata sambil menyelam sambil minum air. So aku ambik kesempatanlah jjcm kat KLCC hari jumaat tu. Abis course jam 5 lebih tu, balik hotel sekejap, pastu aku dan kawan bergerak ke KLCC. 
Yalah, nak juga tengok menara berkembar tu dari jarak dekat, selalu tengok kat tv je pun.

Aku dan kawan jalan kaki je guna laluan pejalan kaki yang ada kat Pavilion tu. Senang sikit, tak payah tanya orang sebab di setiap laluan tu ada arah tunjuk jalan ke KLCC.
Lebih kurang 15 minit gitu, kitaorang sampai kat Aquaria KLCC tu. 

Memula tu tak nak masuk, tapi alang2 dah pegi dan dah tak tahu mana tempat nak pegi, kitaorang redah je lah walaupun harga tiketnya....ya ampun, mahal bangeettt. Sekali masuk untuk orang dewasa RM 38.00 seorang. huhu




Antara gambar2 kelam aku kat dalam aquaria tu. Kat dalam tu memang boleh ambik gambar tapi tak boleh guna flash. Agaknya takut menganggu haiwan dan ikan tu semua. Tu pasal lah semua gambar agak malap. Tapi aku tengok ada juga pengunjung yang pura2 tak baca dan faham arahan, memancar2 flash kamera dorang...huhu 

Dekat 2 jam jugalah kami kat dalam tu. Bukan sebab terlalu banyak ikan yang nak di tengok tetapi nak memaksimakan sehabis mungkin harga tiket tu supaya berbaloi...hehe

Abis kat Aquaria, kita orang gerak ke Suria KLCC ikut jalan KLCC Park tu. Punyalah ramai orang kat depan Suria KLCC tu, ada yang duduk2 tengok air pancutan tu, ada yang gerak sana sini....agak sibuk aku tengok. Masuk kat dalam mall tu lagi lah ramai orang. 

Kita orang just round2 sekejap dalam tu dan cari food courtsnya sebab dah lapar sangat. Belum makan malam lagi. Lepas makan, kami terus bergerak balik tapi naik teksi lah sebab tak berapa nak berani balik berjalan kaki. Teksi memang kena yang main letak harga juga.....10 ringgit jugalah kami kena bayar walaupun dekat. huhu

Memang rata2 teksi kat KL ni tak mo guna meter ye walaupun telah diwajibkan huhu. 
Next time aku ke KL lagi dan guna teksi yang suka hati main letak harga, siaplah kena report ni. Bukan nak halang dorang mencari rezeki tetapi biarlah yang beretika dan jujur. Barulah rezeki yang kita dapat tu berkat. 


Wednesday, January 15, 2014

Akhirnya

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam rabu korang...
Hampir seminggu tak masuk opis sebab ada course kat KL dan sambung cuti sehari isnin tu. 
Duduk jak, tengok kat atas meja opis, bertimbun 'keja' yang nak diselesaikan..
Semua pun nak kena settlekan sebelum 25hb ni sebab company kami close account sebelum hari tu...huhu

Tapi aku yakin pasti dapat siapkan....yakin boleh je Mia....chaiyok chaiyok nak up kan semangat ni hehe

Tapi kan banyak pula tapi aku ni ada berita yang sedikit menggembirakan aku...actually bukannlah berita besar pun, semalam buka email ternampak satu email yang agak rasmi dari HSBC...payment advice katanya





Jumlah jangan ditanya lah ye.....tak banyak tapi cukuplah untuk makan seafood sekeluarga di Restoran Masakan Sedap tu..hehe




Note : Check acc Nuffnang semua BE yang ada semua dah dicreditkan. Nampaknya en.Nuffnang belum ada mood nak bagi BE baru untuk tahun 2014 ni. Belum ada rezeki lagi agaknya....



Tuesday, January 14, 2014

Mulakan hari dengan Bismillah

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Kita sangat-sangat mengeluh bila datangnya hari isnin dan hari-hari berikutnya, tetapi sangat gembira bila datangnya hari sabtu.

Apa kata kita ubahnya dari sudut yang berbeza. In sha Allah, kita akan lebih bersemangat menghadapi hari ini dan seterusnya.



Image from Whatapps


~~~SALAM MAULIDUR RASUL~~~


Monday, January 13, 2014

100 Doraemon Expo di Viva Mall

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam isnin korang....
Hampir seminggu blog tak terusik, dapat update blog pun guna hp je, so nak berblogwalking memang tak boleh..
Check traffic tadi memang jatuh merudum......dah jadi adat blogger picisan, bila ada post menarik baru orang nak datang tapi kalau blog sunyi sepi biarpun sekejap, takde sudi yang kunjung. ada tanda merajuk di situ, korang abaikan je lah...

Sebenarnya minggu lalu aku ada course 3 hari kat HQ di KL. Flight hari selasa ke KL, course pula 3 hari berturut-turut dari hari rabu hingga jumaat. Balik KK hari sabtu tu. 
Course memang padat dalam masa 3 hari tu tapi sempat jugalah jjcm kat KL sekejap lepas training petang tu.

Hari pertama course aku dan sorang teman dari cawangan Tawau hanya sempat pegi ke Pavilion dan Sungei Wang. Shopping sikit2 je sebab bulan 11 hari tu baru je turun KL kan.
Hari kedua course, aku sempat pegi ke Expo 100 Gadget Doraemon di Viva Mall tu.

Mula2 kononnya nak naik teksi jak pegi sana sebab jauh sedikit dari opis kami di Jalan Sultan Ismail tu. Tapi teksi sini banyak yang tak guna meter, main letak harga jak. Lebih2 lagi bila dengar slang kami yang ketara2 memang orang luar. huhu
Nasib baik ada sorang opismate kat HQ aku tu, hantar kami ke Viva Mall dengan Monorail dan LRT. Ni kali kedua aku guna perkhidmatan Monorail dan LRT. Jadi agak kekok sedikit juga tapi jimat duitlah. Harga tambang dari Bukit Bintang hingga ke Stesen Miharja cuma 2 ringgit lebih. Jimatlah, daripada bayar teksi yang caj sampai puluh2 ringgit tu...huhu

Sebenarnya kawan aku tu yang beria2 sangat nak tengok pameran doraemon tu so aku ikut je lah kan. Pameran ni sudah bermula sejak 14 Dec 2013 yang lalu dan akan berakhir 23 March 2014 ni. Harga tiket untuk orang dewasa pula RM25.00 sorang. Memang mahal sedikitlah..huhu Harga untuk kanak2 lupa pulak nak tengok.

Kat pameran tu korang boleh tengok kesemua gadget dan patung doraemon serta kawan-kawannya. Kalau budak2 memang eksaited lah nengoknya. Aku tak lah teruja sangat pun tapi bila masuk kat barangan Doraemon tu, rasa nak borong semua....sangat comel2 belaka. Nasib baik mahal. T-shirt doraemon sehelai harganya RM60.00 sehelai...mahal gilak...huhu

Lepas tengok pameran, round2 sekejap kat Viva Mall tu dan makan kat Kenny Rogers sebab tak jumpa food courts kat sini. Lebih kurang jam 9.00 malam gitu, kami bergerak balik kat hotel. Terpaksa naik teksilah sebab tak tahu jalan balik guna LRT tu semua. Nasib baik dapat teksi yang guna meter kalau tak, ntah berapa puluh ringgitlah kami bayar teksi malam tu.












Friday, January 10, 2014

Esok balik!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam jumaat semua...
Last day course hari ni, lega....esok balik jumpa anak. :D
Kalau ikut hati malam ni nak balik tapi course abis jam 5 lebih so agak kelam kabut sikit...huhu


Semalam lepas course, rajin pegi tengok pameran kucing biru gemuk yang comel itu...
Nanti aku cite ye... :-)
Dah beli ole2 untuk Shumi, Shamzi dan Damia. Rasa nak borong jak semua barangan doraemon tu, comel2 belaka...hehe


ok lah...bersemangat nak sambung course sebab last day kan..hehe


Wednesday, January 8, 2014

3 hari merindu

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Tajuk cam buku novel plak...huhu
Bukan apa, ni kes merindu anak-anak nun jauh di sana.

Semalam tepon anak2, Damia memang hanya jawab apa yang aku tanya dan dia takkan tanya balik punya...umur baru 2 tahun, pelik pula kalau tetiba dia pandai tanya itu ini kan...

Tapi bila giliran Shumi dan Shamzi, masing2 tanya Umi di mana sekarang? napa Umi tidak balik rumah? huwaaaaa sedihnya hati ini..
Apa boleh buat, dah namanya keja...sesekali memang terpaksa berjauhan dengan anak2 dan en.hubby. Tapi kan 3 hari rasanya macam 3 tahun nak abis course ni...
dah rindu nak dengar Damia menyanyi lagu tanya sama pokok, rindu mendengar Shumi dan Shamzi ketawa bermain pastu gaduh....rindu pada en.hubby ahaks! :p

Minggu ni memang tak sempat nak bw blog korang....nanti pelan-pelan aku lawat 'rumah' korang ye...

ok lah nak pegi sambung course lagi ni sambil feeling merindu...huhu


Wordless Wednesday # 42

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!



~Hanya persinggahan~




Note : Foto menarik di Worldsofcolours
Entri Auto Publish

Tuesday, January 7, 2014

Restoran Masakan Sedap kali ke 2

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari sabtu tu, kita orang pegi makan malam ke Restoran Masakan Sedap tu lagi. Baca entri di sini kalau yang belum tahu kisah restoran ni :D

Tapi kali ni hubby ajak sekali mama bapanya makan bersama. Aku ok je. So dalam jam 7 lebih tu kami ke sana. Nampak restoran dari jauh memang agak ramai, rata2 semua meja dah penuh. Tapi nasib baik juga kami malam tu dapat jugalah tempat duduk.

So kami pun mengorderlah makanan. Mula2 tu aku dan hubby suruh mama dan bapa yang pilih sebab takut menu yang kami pilih tak memenuhi selera dorang. Tapi dorang kata ok jak, biar kami yang pilih cuma kata mama, dia tak boleh makan belacan sebab allergik sikit.



So pilih punya pilih, ni lah yang menjadi hidangan makan malam kami sabtu tu. Sayur Kang Kung masak bawang putih, udang stim, tauhu special dan Talapia Manggo Chilli.



Yang menjadi menu feveret malam tu adalah udang stim. Udang segar yang hanya di stim tanpa ada apa2 perisa. Makan cicah dengan sambal kicap cili tu.....perggghhh nyaman. hehe. Kami ambik yang saiz medium malam tu. Saiz medium dalam anggaran setengah kilo, harga RM38.00. 



Aku punya PIL sedang sabar menunggu hidangan :D.....Haji Amit dan Hajah Saimah. Kedua2nya dah pencen pun. Semoga mereka sihat2 selalu hendaknya.


Semua yang kami order malam tu licin, selamat masuk ke dalam perut. :P Alhamdulillah, kenyang. Mama dan bapa pun katanya sebelum ni tak pernah menambah nasi semasa makan, tetapi kali ni agak sedap, tu yang terbuka selera kata mereka. Lain kali memang akan datang makan ke sini lagi. 



Note : Entri Auto Publish


Monday, January 6, 2014

Mr Mama

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hubby selalu cakap kat aku, dia memang tabik dengan orang pompuan.

Katanya pompuan dapat buat pelbagai keja dalam satu masa. 
Dia kata pompuan sambil dukung anak boleh cuci kain guna washing machine lah hehe, kemas rumah, masak. 
Pastu tu di antara waktu masak dan cuci kain tu boleh pulak mandikan dan pakaikan baju anak.
Tu hubby aku yang kata....mungkin sebab dia tengok cara aku buat keja kat rumah

Kadang2 hubby keluar ada urusan tinggal aku dan 3 orang budak kecik di rumah. Hubby agak risau juga kalau keluar camna aku nak handle 3 orang anak sambil uruskan rumah.

Tapi bagi pompuan tu jadi perkara biasa kan. bukan nak cakap besar tapi sifat azali pompuan dalam mengurus anak dan rumah
Pagi hubby keluar, tengahari balik, anak2 dah siap mandi, dah sarapan, siap ada makan tengahari lagi tersedia ... gitu :D

Opppsss jangan meluat dulu dengan entri ini. 

Ni bukan entri masuk bakul angkat sendiri. tu baru pembuka entri.
Lelaki pun kalau diasah bakatnya bakat mengurus rumah tangga, kadang kala boleh mengalahkan keja kaum pompuan. 
Pompuan kalau kemas rumah mungkin ada sedikit bahagian yang tertinggal tapi kalau lelaki yang dah jadi mr.Mama, berkilat segala kerusi dan meja.

Napa tetiba cite pasal ni ? ok sebenarnya ada sedikit berkait dengan aku.

Cuti sekolah lalu, yang sebulan tu, nursery Damia tutup sebab dorang nak renovate something katanya.
Aku dah risau, sapa yang nak jaga Damia, kalau Shumi dan Shamzi tu, hubby boleh jagakan sebab budak berdua tu agak berdikari sedikit.
Berdikari maksudnya boleh mandi sendiri, berpakaian sendiri. Dah boleh terima arahan.
Damia pula baru masuk 2 tahun, semuanya masih sepenuhnya dijaga.
Aku pula tak pernah tinggalkan Damia dengan babanya untuk dijaga. Takkanlah pulak aku nak ambik sebulan cuti...huhu 
Nak hantar Damia kat kampung tinggal dengan opahnya, aku pulak yang merindu nanti. 

Pikir punya pikir.....akhirnya ambik keputusan, hubby yang akan jaga budak kecik 3 orang tu semasa aku pegi keja. Hubby cuti sebulan sebab dia cikgu sekolah kan :D

Memang agak keraguan juga, dapatkah hubby handle 3 orang anak yang berbeza peelnya tu. Tapi aku percaya hubby, walaupun sebelum ni dia tak pernah jaga dorang bersendirian.
Lagipun hari siang jak aku takde di rumah kan.
Aku dah pesan awal2 kat hubby, Damia mandikan jam berapa, sukatan susu Damia, pakaian Damia ambik kat mana, pampers kat mana......maklumlah sebelum ni memang aku yang buat tu semua.

Minggu pertama, hubby jaga dorang Shumi, Shamzi dan Damia......ok.

Minggu kedua pun ok dan minggu seterusnya hinggalah tamat cuti sekolah :D
Aku balik rumah semuanya ok jak.......memang ada jugalah yang bersepah sikit tapi aku boleh bagi full mark kat hubby sebab dah boleh jadi mr Mama.....hehe

Sebab tu lah aku kata awal2 tadi, lelaki ni sebenarnya kalau tak diasah bakatnya kita tak tahu kan.....hehehe :p





Image from Google


Note : Seminggu ni hubby nak jadi mr.Mama lagi sebab aku nak pegi out station. Hopefully anak2 tak buat perangai, sian hubby sorang2 urus.