Friday, February 28, 2014

Biarkan Anak Bergerak

Assalamualaikum

Salam jumaat semua.
Hari ni aku duduk rumah je sebab ambik sehari cuti tahunan....nak rehat katanya.
Tengahari sikit ada urusan kat luar, tunggu big boss balik dari mengajar.
Sekarang tengah golek2 dengan Damia kat ruang tamu sambil layan channel kartun sebab Shumi dan Shamzi sekolah kan....:D

Nak kongsi sedikit apa yang aku baca. Sharing is caring kan...

Pergerakan Fizikal dapat Menggalakkan Perkembangan Otak Kanak-Kanak

Kanak-kanak sangat aktif dan mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Biarkan anak anda bermain dan bergerak bebas untuk menggalakan perkembangan otak mereka. 
Terlalu banyak duduk dan diam kurang membantu perkembangan kanak-kanak di bawah 6 tahun kerana ianya mengganggu perkembangan otak secara semulajadi. 
Berilah masa kepada anak untuk bermain di atas lantai, bergolek, beraksi dan merangkak

Kalau tengok sekarang kan, kanak-kanak zaman moden dah kurang bergerak berbanding dulu. Dahulu kanak-kanak sangat banyak aktiviti di luar, bermain dengan kawan-kawan, memanjat pokok, berkejar-kejaran, mandi sungai......memang sangat banyak pergerakan.
Tapi kalau kita lihat sekarang, kanak-kanak masing2 dengan gadgetnya....duduk diam kat kerusi sambil tunduk menghadap benda tu. Yang bergerak hanya jari telunjuk jak pun. emmmmm

Sama-sama pantau perkembangan anak-anak kita......:D


Sumber : Buku Rahsia Minda Hebat






Thursday, February 27, 2014

Shumi sudah 8 tahun!

Assalamualaikum

Tahun 2006, doktor memberitahu yang aku akan dijangka bersalin pada 25 Mac 2006. Tetapi agaknya anak ini tidak sabar untuk melihat keindahan dunia ciptaanNya, telah keluar lebih awal daripada yang dijangkakan. Shumi Dzukairy lahir pada 27 Februari 2006, lebih kurang jam 4.30 pagi. Lahir sebagai seorang bayi pra matang secara vacuum kerana air ketuban aku telah pecah namun belum ada tanda2 bukaan. 

Shumi cuma 3 hari berada di rumah, kerana selepas itu dia terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mendapat jaundice yang agak tinggi. Seminggu aku dan Shumi di hospital, ada penurunan sedikit, doktor benarkan kami pulang ke rumah tetapi terpaksa pergi ke hospital setiap hari untuk periksa bacaan jaundice. Dua hari kemudian, sekali lagi Shumi ditahan dihospital, bacaan jaundice kembali naik....hampir seminggu juga kami dihospital....kemudian dibenarkan balik. 

Dalam sebulan itu aku dan Shumi berulang alik ke hospital untuk pantau tahap bacaan jaundicenya. Sehinggakan aku lambat untuk kembali pulih selepas bersalin kerana tidak cukup rehat dan terpaksa juga dirawat dihospital.........

Tapi itu sudah berlalu....Shumi sudah membesar dengan sihat seperti kanak-kanak yang lain. Dan hari ini 27 Februari 2014, anak sulungku ini sudah pun berumur 8 tahun. 
Selamat Hari Lahir anakku.....semoga menjadi anak yang soleh, anak yang berjaya di dunia dan akhirat, semoga sentiasa menjadi kebanggaan Umi dan Baba mu ini. 



Shumi semasa memasuki darjah satu tahun lalu :D



Belajar rajin-rajin nak. Semoga menjadi orang yang berguna, dapat menjadi contoh kepada adik-adikmu. 




Wednesday, February 26, 2014

Referrers

Assalamualaikum




Antara referrer aku bulan lalu. 
Pembaca cari blog ni melalui link2 kat atas tu.
Kebanyakkannya datang daripada Google. Ada juga yang cari blog ni melalui Yahoo.

Ada juga pembaca yang tahu blog ni melalui komen-komen yang aku tinggalkan kat blog rakan-rakan.
Nampak kan, betapa pentingnya Blogwalking dan tinggalkan Komen. Aku pun kadang-kadang cari kawan blog yang baru melalui ruangan komen. 

Pembaca blog ni juga ada yang datang melalui laman ping.busuk
Dah itu memang tujuan laman tu kan. Memudahkan orang lain mencari blog anda. 

Tersenarai juga adalah link blog rakan blogger Ummu Aidan-Arissa dan juga Mamaelly.
Pembaca blog dapat mencari blog ni melalui senarai blog mereka. Thanks sebab simpan link blog ni kat list korang !

Happy Blogging !!




Wordless Wednesday # 45

Assalamualaikum

Teman di kala ria
Teman di kala duka
Teman di kala suka
Teman di kala luka


Dan yang teristimewanya, teman penghilang boring di tempat kerja. 

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^




Krup Krap Krup Krap.....tak sedar habis satu balang (^_~)




Tuesday, February 25, 2014

Awak hempas telefon i!

Assalamualaikum

What !!!
Awak hempas telepon i!!
Awak tau ke, ni pemberian dari daddy i.....huhuhuhu

aku nanges tau bila barang yang aku sayang, tetiba dengan sengaja dirosakkan oleh orang yang ko sayang. Sakitnya hati....
Main hempas telepon pulak....padahal dia yang salah.
Dah pecah tembelang sebab ada gambar dengan perempuan lain, berdiam diri pulak.
Ego! cara nak cover.... hempas telepon si isteri.
Dah hempas, pecah berderai, boleh pulak tinggalkan isteri sorang2 menangis.......sedih tau...huhu

Sabar ye Husna......nanti aku tengok sampai mana ego si Zahrain tu minggu depan.


Kihkihkih.....
Korang debar2 lah tu. Apasal hal laki bini aku cerita dalam blog ni pulak.
Tidak....tidak sama sekali. Yang tu hanya aku dan hubby saja yang tau......hehe
Ni gara-gara drama Projek Memikat Suami semalam tu. Sian si Husna, si Zahrain tu ego sangat....kalau sayang dan cinta bini ko tu, cakap jak...tak payah nak ego sangat...isshhhh
Emosi pulak aku tengok drama ni. (^_~)



KoKum ku KoKum anakku

Assalamualaikum

Apasal pelik benar bunyi tajuk post ku hari ni...
Tak kan lah korang tak tahu kan, KoKum bahasa singkatan untuk Ko Kurikulum.....salah satu aktiviti wajib kat sekolah tu.

Timbul cerita ni bukannya apa, semalam on the way balik ke rumah dalam kejammedan yang agak melampau (serius semalam jammed teramat sangat, aku ambik Shumi pun dah lewat, selalu sampai kat sekolah jam 6.00 petang, semalam sampai jam 6.30 petang...nasib baik Shumi tak nangis sorang2 di bus stop mengenang nasib sebab Uminya ambik lambat...huhu)

Ehhh bukan jammed yang aku  nak cerita tapi disebalik kejammedan itu.....untuk menghilangkan boring, aku cerita2 lah dengan Shumi. Shumi bagitahu, tahun depan dia dah darjah 3 so boleh pilih nak masuk aktiviti kokum yang mana satu. Dia cakap nak masuk Pengakap, aku cakap ok je, asalkan dia suka aktiviti pasukan pengakap tu. Lepas tu dia nak masuk Persatuan Bulan Sabit Merah pulak katanya nak tolong orang sakit. Diam sekejap lepas tu tetiba pulak tanya Persatuan Puteri Islam tu apa?
Cepat aku jawab, tu untuk murid2 perempuan jak nak.....(^_~)

Korang masa sekolah duuuuuuulu, masuk unit beruniform apa?
Aku? haruslah Pasukan Pandu Puteri. Join pasukan ni masa form 2 sebab sekolah rendah zaman aku dulu belum menitik beratkan lagi kokum2 ni.
Bukan main aku bersemangat pakai baju Pandu Puteri ni, rasa cam polis pulak pakai baju seragam.
Lagi tambah bersemangat bila ikut acara perbarisan semasa acara sukan sekolah.
Berkobar2 ni tiap2 petang buat latihan perbarisan. Kri Kanan Kri Kanan Kri Kanan.......hehe yang 'kiri' tak berapa nak jelas nak sebut sebab dah semangat nak jalan berbaris kan..

Tiba hari perbarisan tu, bangun awal pagi sebab tak nak lewat ke padang.
Acara perbarisan dimulakan, kemudian tu semua pasukan unit beruniform berbaris di tengah padang sebab nak dengar pengetua berucap.
Masa tu dah dekat jam 10 lebih, panas terik. Aku dah mula rasa semacam, kepala berdenyut-denyut, masa tu aku tunduk sebab panas sangat kan, tapi bila aku dongak jak tengok sekeliling padang, semua nampak gelap dan aku jatuh terjelepok kat situ juga......memanglah kat situ takkanlah kat sana

Nasib baik Persatuan Bulan Sabit Merah datang membantu ahli biasa Pasukan Pandu Puteri yang pitam ini. Buat malu jak....hehe tapi itu salah satu sweet memory masa zaman sekolah dulu.
Dan ahli biasa Pasukan Pandu Puteri masa form 2 ni kekal dalam pasukannya sehinggalah masuk ke form 6, tapi bukan sebagai ahli biasa lagi, dah jadi Pengerusinya tau...kihkihkih

Best pulak ingat kenangan mengusik jiwa ni kan...








Monday, February 24, 2014

Kemas Kini Blog

Assalamualaikum

Perasan kan, ada sedikit perubahan kat blog ni?
Sedikit jak, bukannya perubahan yang besar pun. Aku tambah 'Pages' kat blog ni agar ianya nampak kemas sedikit. Memudahkan pembaca blog ni katanya ada ke pembaca blog hehe




Letaklah konon page-page yang berkenaan. Korang klik je mana yang berkenan. Nak berkenalan dengan Puan punya blog ke, nak ke blog warna warni tu ke atau nak buat ibadah qurban? dipersilakan mengklik. 
Page2 tu akan sentiasa dikemaskini kan.




Note : Jangan lupa juga klik kalau ternampak iklan liptip tu ye......Thanks!



Jangan sebarang komen

Assalamualaikum

Mesti selalu korang terbaca status2 ni yang dishare dalam Facebook, restoran ni hidangkan makanan yang kotorlah, perkhidmatan kedai ni tak baguslah, si polan ni ada buat sesuatu yang salah lah ..... pernah kan ??
Korang mesti pernah like, share dan comment kan ?? ngaku jangan tak ngaku. Aku kadang-kadang tu pernah juga like dan share tapi comment rasanya adalah sekali dua.

Mengapa tetiba cerita tentang ni....
Bukan apa, hari tu tetiba ada satu kawan tu mengadu, dia jadi mangsa fitnah dan gambarnya tersebar dalam Facebook yang kononnya dia adalah seorang pencuri.
Mulanya dia memang langsung tak tahu yang dia sudah 'femes' kat Facebook dan ada berpuluh komen negatif ke atas status itu. Sehinggalah dia diberitahu oleh seorang kawan tentang penyebaran status itu.

Dia terus pergi ke SKMM dan minta pandangan daripada dorang. Pihak SKMM menasihati dia membuat laporan polis tentang status itu dan orang yang postkannya ke dalam Facebook. SKMM juga menasihati juga dia agar menyenaraikan mereka yang memberi komen dalam status itu untuk tindakan saman.

Dan kawan tu dah buat laporan polis ke atas individu yang postkan status tu kat Facebook dan juga laporan polis ke atas pengomen2 status tu. Nasib baik dia cepat print screen status tu sebab selepas dia buat laporan polis tu, malamnya status tu dah kena delete.

Habislah...orang yang komen pun turut terbabit....huhu
Memang akan kena sebenarnya sebab kawan aku yang seorang lagi ni (bukan yang jadi mangsa fitnah tu) ceritakan sendiri pengalaman anak buahnya. Anak buahnya terkejut bila satu hari tu dapat surat dari peguam yang mengatakan dia telah disaman dan kena hadir dalam perbicaraan kes di mahkamah. Bila masa pula katanya dia buat kesalahan sampai kena saman segala.

Ingat punya ingat, kata kawan aku tu, anak buahnya pernah bagi satu komen kat satu status mengenai kedai yang tidak sepatutnya wujud di satu shopping complex tu. Akibat dari status di Facebook tu, rasanya kedai tu mengalami kerugian dan terpaksa tutup sebab orang dah boikot ke apa, lebih kurang lah gitu ceritanya.
Dan akibat daripada itu, tuan punya kedai itu telah mengambil tindakan dengan menyaman orang yang postkan status itu dan juga mereka yang telah mengeluarkan komen kat status itu.

Lepas ni nak kena berhati-hatilah bila nak bagi komen kat apa-apa status yang di postkan dalam Facebook tu. Nanti tak pasal-pasal pulak datang surat saman. Tak ada duit tau nak bayar saman yang memang kita tahu jumlahnya bukan sedikit kan.


Ok lah....selamat bekerja di hari isnin. Nanti nak pegi check lah status2 Facebook aku...huhu



Credit to www.cuddlycomments.com


Tapi kan kalau dah benda comel macam kat atas tu minta komen, kesianlah pulak kalau kita tak komen hehe


Sunday, February 23, 2014

Post Pilihan Pembaca

Assalamualaikum 

Yang paling kita rasa terharu bila ada yang suka baca apa yang kita tulis dan postkan.
Samalah juga aku. Ertinya ada jugalah yang berminat dengan post2 yang aku publishkan kat dalam blog ni.
Really appreciated it!

Nak kongsikan post aku yang kononnya menjadi pilihan pembaca itu 




Post mengenai Nissan Almera Impul masih berada di senarai atas dengan jumlah view sebanyak 20,713. Sementara post Ayat-Ayat Cinta berada di kedudukan kedua dengan jumlah view sebanyak 12,134. Kemudian diikuti oleh post Rahsia Telapak Kaki Kita, Beranak dalam kubur dan Khasiat Lobak Merah

Nampak pageview yang tinggi tu pun sebenarnya bukannya datang daripada isi cerita post tu. Mungkin adalah 20% ke 30% yang berminat dengan apa yang diceritakan. Selebihnya korang pun tentu tahu kan, rasanya teknik SEO aku berkesan. :D
Tajuk-tajuk post tu semua selalu berada disenarai paling kerap orang search kat google. 

Tapi kan SEO SEO juga, jangan pula main letak tajuk yang bercirikan SEO tapi isi post ke laut......tak bestlah camtu kan. Biarlah isi cerita seiringan dengan tajuk yang SEO itu...barulah adil untuk kita dan pembaca. Kita dapat view yang tinggi dan pembaca dapat maklumat yang dia mahu...gitu

Happy blogging !



Note : SEO - Search Engine Optimization





Saturday, February 22, 2014

Misi jahit lencana

Assalamualaikum

Salam sabtu semua.
Duduk2 di rumah sambil buat keja rumah apa yang patut. Tak pasti mo keluar ke tidak. Maklumlah dah hujung2 bulan gini ni kena jimat cermat sikit, ada lagi 3 hari nak gaji ni...huhu

Lainlah mereka2 yang sedang happy giler sebab duit free masuk hari ni...di harap gunakanlah duit tu dengan betul. Belanja dapur ke, belanja anak punya persekolahan ke, atau simpan dulu, bila ada kecemasan ada jugalah back up kan.

Memandangkan hari ni mungkin stay di rumah je, kononnya nak menjahit lencana baju sekolah Shumi tu. Bukan jahit guna mesin sebab tak ado mesin di rumah, jahit guna jari jemari ku yang halus ini. hehe

Tengoklah kalau jahitan ku berjaya, kalau tak nampaknya hantar kat tukang jahit jugalah. Jahit satu lencana RM5, 2 helai baju dah RM10. Harap2 berjayalah misi aku ni, maklumlah takde bakat seni menjahit gitu.....

Ok lah. Happy Weekend!






Friday, February 21, 2014

Segmen Review DJH Sampai Lebam

Assalamualaikum



Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join 


Low Blood Sugar

Assalamualaikum

Sebelum aku nak berangkat balik ke rumah bersiaran dari opis ni, nak kongsi kan apa yang aku terbaca kat Facebook tadi. Dah namanya Sharing is Caring kan.



Tanda-Tanda Low Blood Sugar



Sumber : Facebook
 

Baca semua simptom2 tu kan, aku pernah rasa berpeluh, tangan bergegar dan lapar gilak pada masa yang sama. Rasanya dah beberapa kali kena. Tapi selalu aku biarkan gitu jak sebab dalam masa 15 ke 20 minit gitu, aku rasa ok dah. Takut pula aku tergolong dalam mereka yang mempunyai kandungan gula rendah dalam darah ni. huhu


Ok. Tata dan Selamat berhujung minggu !



   

Entri sedih dan sayu ??

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua.
Tak sedar dah sampai kita di penghulu hari. Syukur masih dapat menikmati udara segar hari ini.

Mesti orang tertanya-tanya ada ke, apasallah kebanyakkan entri blog ni asyik post yang sedih jak kan.
Bukannya apa, aku suka menulis apa yang bermain di fikiran berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga apa yang aku lihat di sekelilingku.

Semua post kat blog ni ikut mood Puannya.....kalau datang mood gembira, maka cerialah entri itu, kalau mood lucu, maka lawaklah entri itu, jika datang mood sedih dan sayu, maka terhasillah entri yang pilu, yang kadang-kadang boleh membuatnya aku sendiri mengalirkan air mata semasa menaipnya. isk isk isk

Memang kadang-kadang, jika hendak berblog, tulisan hendaklah memenuhi selera pembaca. Betul itu aku akui. Tapi kan aku susah untuk menjadi seperti itu, menjadi seorang yang bukannya diri aku. Pada aku biarlah entri yang aku postkan untuk pembaca, lahir daripada diri aku sendiri dan bukannya sengaja diada-adakan. Asalkan entri itu tidak meninggalkan kesan buruk kepada pembaca, aku rasa ianya sudah memadai.

Tapi biar apa pun entri yang aku kongsikan di blog ini, diharap korang jangan jemu membacanya. (^_^)

Sayang korang!


Thursday, February 20, 2014

Sangat emosi bila...

Assalamualaikum

Aku kan sangat emosi bila lihat perkara sedih berlaku depan aku.
Bukan setakat depan mata, tengok drama tv pun, kalau ceritanya tentang anak di buang ke, mak bapa terbiar ke, cerita orang susah ke, aku sangat emosi, kadang-kadang boleh menangis.

Shumi aku tengok memang mengikut emosi Uminya ni. Hari tu tengok cerita bapa cuba selamatkan anaknya daripada dibunuh oleh alien, aku tengok dia macam cacing kepanasan dah. Bila bapa budak dapat selamatkan anaknya, aku lihat Shumi tersenyum seorang, ada air mata bergenang kat matanya. Anak teruna aku ni, dalam hati ada taman....

Kalau sedang berjalan-jalan tiba-tiba ternampak peminta sedekah bersama dengan anak kecil, aku cepat emosi. Sedih sangat. Kesian dengan anak kecilnya yang terkena panas matahari dan hujan tu. Memang aku ingin membantu. Bagi kediaman yang selesa, makan yang cukup, pakaian yang lengkap....tapi tu semua di luar kemampuan aku. Aku hanya dapat memberi wang untuk mereka membeli makanan.

Isnin tu semasa balik dari kerja, dari jauh aku nampak seorang ibu muda dalam lingkungan umur 20-an mendukung seorang bayi dan ada seorang anak kecil lagi lebih kurang setahun umurnya aku rasa. Mereka seperti sedang menunggu bas sebab duduk di perhentian bas tapi bila aku melihat mereka melalui cermin pandang belakang kereta, aku nampak ibu muda tu berjalan meninggalkan perhentian bas, bayinya dikendong, sambil memegang tangan anak kecilnya yang sedang berusaha untuk melangkah. Aku kira anak itu baru sahaja pandai berjalan. Hati ibu mana yang tak sedih melihat situasi begitu. Mana bapa budak tu, ke mana dorang hendak pergi bila mana hari sudah mulai beransur malam, kenapa dorang tidak menaiki bas......banyak persoalan sudah timbul di kepala ku......

Dan kelmarin, juga dalam perjalanan balik ke rumah setelah mengambil Shumi di sekolah. Aku berbual-bual dengan Shumi, apa yang dia belajar di sekolah, Shumi seronok bercerita mereka bermain musang dan ayam semasa dalam kelas pendidikan jasmani. Sedang mendengar cerita Shumi, tiba- tiba mata aku tertumpu di sebelah kiri jalan. Kereta masa tu memang agak bergerak perlahan, sesak, orang lain semua berpusu2 balik ke rumah. Jelas kelihatan, walaupun hari sudah semakin gelap, aku nampak seorang bapa yang agak berumur sedang berusaha mengayuh basikal sambil anak perempuannya dalam lingkungan 6 7 tahun membonceng di belakangnya. Ada sebuah beg sekolah di raga depan basikal. Aku lihat basikal tu tidak mempunyai lampu untuk menyuluh jalan, kiranya mereka hanya bergantung kepada lampu jalan.

Betapa jauhnya perbezaan aku dengan bapa tua itu......tujuan kami sama, balik ke rumah setelah mengambil anak dari sekolah tapi dalam keadaan yang berbeza. Aku dan Shumi duduk selesa dalam kereta yang berhawa dingin, manakala bapa tua itu dan anaknya hanya menaiki basikal yang agak usang dan bila-bila masa saja basah sekiranya hujan turun..

Aku memang sangat sangat sangat emosi bila berdepan dengan keadaan sedemikian. Sangat sedih hingga boleh menangis walaupun aku tidak mengenali mereka. Mungkin sebab hati seorang perempuan atau hati seorang ibu yang amat sensitif dengan perkara seperti itu. Dan mungkin juga sebab aku pernah melalui masa kesusahan seperti itu........tapi yang aku tahu, aku memang sangat emosi bila......



Wednesday, February 19, 2014

Entri Review by Farah Bubblynotes

Assalamualaikum

Hari tu kan ada join Segmen Best Entry yang dianjurkan oleh  Puan Farah kita tu.
Dan alhamdulillah terpilih sebagai salah seorang pemenang dan aku telah kongsikan dalam post ni.

Dan isnin tu, Farah dah postkan review untuk the best entry by Mia - Memories of Mine ni...hehe
tak adalah best entry pun, post biasa2 jak.
Boleh baca post tu kat sini

Antara review Farah : -

Dari entri Mia, apa yang Mia yang nak sampaikan jadi seorang ibu dan isteri ni bukan mudah yer peepss.... siapa kata mudah...bukan mudah menjadi seorang ibu dan juga isteri, semua orang boleh jadi ibu, semua orang boleh jadi isteri...tapi tak semua orang boleh jadi 'ibu' dan tak semua orang boleh jadi 'isteri'... Faham tak permainannya dan mesej yang saya cuba sampaikan??? Nak pegang title tu dan berbangga, gebang2 sana sini memang boleh, tapi perlaksanaannya??? Mama saya pernah cakap, sebelum jadi isteri kita takkan merasa apa maksud dan rasanya isteri tu yang sebenarnya, sebelum jadi ibu kita takkan merasa apa maksud dan rasanya ibu tu yang sebenarnya... Memang betul... 

Dan Mia bukan merungut tau uolss...cuma dia share experience dia dan apa yang dia rasa...he he he...setiap dari kita yang bergelar wanita, isteri, ibu pasti akan merasa fasa2 ini dalam kehidupan... 
Part yang ni memang betul........aku bukannya merungut ke apa......nanti tak ikhlas jadinya kan Farah hehe
Cuma nak kongsi pengalaman menjadi seorang Umi beranak 3, seorang isteri yang berkerjaya dan menjadi suri rumah pada masa yang sama.....:D

Yang belum berkahwin tu janganlah pulak takut ye.......best apa jadi seorang isteri dan menjadi mak kepada anak-anak yang comel. Walaupun penat tetapi ianya amat amat amat berbaloi dan ianya merupakan pengalaman yang paling indah dalam hidup kita.

Nak baca lebih lanjut review tu, boleh baca kat sini

Thanks Farah for the good review ! :D






Tuesday, February 18, 2014

CPUV 2 2014 # Sharp AC

Assalamualaikum

Bukan entri mengada2 atau menunjuk2....
Hanya nak berkongsi hepi dan buat promosi sikit untuk tambahkan tabung anak-anak Umi tu.... (^__^)

Baru jak buka account Nuffnang tadi dan terpandang lagi satu CPUV melekat kat blog.....masih baru, panas-panas lagi macam pisang goreng.





Iklan ni baru muncul kat blog ni, tu yang terus check account Nuffnang, mana tahu iklan melekat kan....hehe
Rasa-rasa kalau korang tertarik dengan Doraemon yang cute cam di atas tu, boleh jak klik link kat bawah ni 




Penawar Ulser

Assalamualaikum

Ni sambungan daripada post semalam.
Post tentang Ulser tu. 
Terima kasih banyak2 kepada mereka yang sudi bagi tips nak sembuhkan cepat ulser tu. Banyak tips yang dorang kongsikan. Berguna untuk aku dan rakan2 lain kan.

Si Fiza suruh try bubuh hirisan epal hijau kat ulser tu dan makan eskrim vanilla. Begitu juga Lia, suruh makan eskrim vanilla dan minum air banyak-banyak.
Pakar masak si Sue Bee pulak suruh kumur2 guna listerine. Puan Farah Bubblynotes kita ni pula suruh pegi farmasi beli Oral Aid.

Ibulala pun suruh pegi farmasi beli serbuk biji buah tembikai. KakZakie pula suruh beli Glister Spray dari Amway. Katanya cepat sembuh ulser tu. Cik Nor pula katanya letak bonjela walaupun pedih...huhu 

Tabik dengan adik Zara , sebab katanya guna garam lebih cepat kesannya walaupun sakit......auuuuchhhhh tak sanggupnya aku. Terbayang aku kepedihan tu....hehehe

Banyak2 tips yang dorang kongsikan tu, yang satu tu aku paling berkenan..... :P dan aku telah pun mencubanya semalam. Nak bagi ulser sembuh dengan cepat katanya, haruslah bertindak dengan segera. Lagipun ada jual dekat dengan area opis aku ni. Tak boleh lengah-lengahkan kalau nak sembuh cepat kan....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Tada !


Penawar ulser yang sangat sedap. Makan ni memang ulser tak sakit langsung. Nyaman jak terasa. Hari ni nak kena beli lagi ni sebab ulser masih terasa sakit sedikit...hehe




Monday, February 17, 2014

Terlalu obses?

Assalamualaikum

Salam petang korang..
Ada yang sedang berfacebook ke?? Fb2 juga, jangan terlampau obses sudalah kan..hehe

Noindamaan Mokirayou - terlampau kegilaan/terlampau minta puji


Sumber : Facebook/Whatapps

Ulser ooo Ulser

Assalamualaikum

Salam isnin korang..
Mesti happy sebab hujung minggu tu ada yang balik kampung, ada yang jalan2 tepi pantai, ada yang shopping2 dengan family.....best kan.
Aku...emmmmm menepek kat rumah jak sebab tak berapa nak sihat.
Cuaca yang agak tak menentu kat KK ni, sekejap panas, sekejap hujan, dah bagi kesan kat kesihatan aku....gitu.

Balik keja jumaat hari tu dah lembik, tekak perit, kepala berdenyut2.
Esoknya lagilah lembik. Demam plus ulser mulut pulak menyerang.
Sakit berdenyut2 sampai nak bercakap pun tak centre dah.

Nasib baik hari ni dah ok sikit...kalau tak, tak tahu macam mana nak bercakap dengan customer nanti...huhu
Ubat ?? aku tak ke klinik....ni memang tabiat buruk aku, malas nak ke klinik, korang jangan ikut ye.
Aku minum banyak air jak. Lepas tu dalam 2 hari tu, aku extrakan masa tidur....means rehat banyak2 lah tu. Nasib baik Damia tak banyak perangai hujung minggu tu...Shumi dan Shamzi pun lega lah tu tak dengar Uminya membebel sebab sakit mulut huhu...

Ok lah nak sambung keja dulu.....kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Ulser Mulut ni, boleh baca kat Link ni. TaTa !!



Sumber : www.mda.org.my



Note : Aku dah berapa kali kena ulser ni tapi tidak pernah sekali pun try letak garam walaupun garam salah satu cara untuk menyembuhkannya.......tak sanggup weeeiiiiii. Sakitnya tu luka ditabur garam....huhuhu




Sunday, February 16, 2014

Menangis dalam senyuman

Assalamualaikum

Salam hujung minggu semua.....sekadar renungan bersama (^__^)


Sumber : Facebook

Saturday, February 15, 2014

CPUV 1 2014 # McDonald's 2014

Assalamualaikum

Dah masuk pertengahan bulan Feb...
Macam menunggu buah yang tak gugur-gugur
Dan akhirnya....yeah!
CPUV pertama untuk tahun 2014 ni.
Ingatkan Nuffnang dah lupakan blog picisan ni..... :D
Rezeki tak kemana kan.



Sudi-sudikanlah klik-klik ye...hehe




Kalau nak tahu lebih lanjut apa yang dorang promosikan, jom klik 



Friday, February 14, 2014

Petua ibu bapa

Assalamualaikum


Sumber : Facebook


Nak jadi ibu bapa yang cemerlang dalam mendidik anak-anak, harus bermula dari ibu bapa itu sendiri. Dalam menangani anak-anak yang mempunyai pelbagai karenah, ibu bapa kena bersedia dari segi fizikal dan emosi. 
Oleh itu, rehat yang cukup, kesihatan yang terjaga, mambantu ibu bapa mengendali karenah anak-anak dengan cara yang lebih positif.



Note : Ni nasihat untuk aku sendiri sebab aku kadang2 kalau tak cukup rehat dan mengantuk sehingga sakit kepala memang akan TERmarah anak-anak. Lepas marah rasa menyesal pulak padahal dorang bukannya buat apa pun, dah namanya budak2 bermain-main sambil ketawa terjerit-jerit. 



Thursday, February 13, 2014

Tempias kegembiraan

Assalamualaikum

Semalam company kat tempat aku keja ni buat satu majlis makan malam ringkas sempena CNY yang akan habis jumaat ni. Agen Insurans dan staff dijemput ke majlis makan malam yang di adakan di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu.

Majlis dia cam biasa lah, standard jak, ucapan ringkas dari boss, kemudian penyampaian bonus keuntungan kepada agen2 yang layak dan acara wajib adalah makan-makan...hehe yang ni memang wajib. 




Dinner abis kira2 jam 9.15 malam. Agen-agen yang dapat bonus tu semua bukan main lagi senyum sampai ke telinga. Masyuk masyuk kata dorang. 
Dan yang bestnya....hehe aku pun kena tempias juga dari pemberian bonus tu...
syukur, dah namanya rezeki kan. 





Mood : Shopping ! (^_________^)



Wednesday, February 12, 2014

Ada yang lebih susah

Assalamualaikum

Ada yang lebih susah....

Sumber : Facebook

Copra

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!






Pendapatan sampingan bagi kami sekeluarga di waktu kecil dulu.
Bapa yang selalu melakukan tugas memungut, membelah, menjemur dan mengopek.
Tapi kami anak-anak yang tahu hidup susah. Balik dari sekolah, seorang satu membawa sehelai karung guni untuk diisi buah kelapa yang berjatuhan di kebun sekitar rumah.

Umur baru mencecah 10, 11 tahun tapi kami mampu memikul seguni besar buah kelapa. Mungkin ada 10, ada 20 atau 30 biji di dalam satu2 karung itu. Biarpun nampak bahaya, kami sudah mampu membelah buah kelapa, kadang-kadang bapa ada juga menolong. Dibuang airnya lalu dikeringkan di bawah sinaran matahari.

Ketika membuat kerja sekolah di beranda rumah, hujan turun, maka bertempiaran lah kami menutup semua buah kelapa yang dibelah tadi. Jika isinya basah dan lembab pasti akan tumbuh kulat dan tidak berapa elok untuk dijual.

Isi kelapa yang agak kering, kami kopek keluar dari tempurung dan disusun di atas jemuran kelapa yang bapa buat daripada papan. Jika hujan berterusan, bapa akan buat unggun api di bawah jemuran kelapa untuk cepatkan isi kelapa kering agar dapat dijual dengan apek cina si pemborong kelapa.

Sekarung isi kelapa dapat kami jual dengan harga RM5.00 hingga RM10.00. Sangat besar jumlahnya waktu itu. Bapa tidak ambil duit itu, diserahkannya kepada kami sebab dia tahu kami yang bersusah payah memungut, mengopek, menjemur sehingga boleh dijual. Buat belanja sekolah kata bapa.

Dan tugas itu diulang semula.....



~~Adakalanya kesusahan membuatkan kita lebih cekal untuk menempuh masa hadapan~~





Note : Copra - Isi kelapa kering yang diperah untuk mendapatkan minyak kelapa


Tuesday, February 11, 2014

Portable Wi-Fi hotspot

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Internet dan aku tak dapat dipisahkan...gitu
Memang susah sangat nak dipisahkan, kalau internet terputus sehari cam orang yang frust bercinta. Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena...hehe
Mana tak, kalau tak ada internet camna aku nak update blog, macam mana aku nak ber BW...nak balas komen ? betul kan....

Internet Line ? 
Ada yang guna Celcom, ada yang guna DiGi, guna Maxis, guna Unifi.....dan lain2.
Aku guna DiGi Broadband. Internet Prepaid Service. Yang reload-reload tu jak. Reload RM10.00, boleh guna internet selama 5 hari. Aku lupa pulak berapa kelajuannya tapi bolehlah kalau nak update blog, buka facebook dan search2 di Google tu. Tapi kalau nak download atau ber Youtube, kelajuan line akan berkurangan dengan cepat tapi masih dapat guna internet sehingga 5 hari. Ok kan...?
Jimat sikit daripada yang bayar bulanan tu. Dulu kami pernah guna broadband DiGi yang bulan2 tu. Sebulan kami bayar RM68.00. Cam mahal kan, sedangkan kelajuannya lebih kurang jak dengan yang reload ni. Sekarang dalam sebulan kami cuma belanjakan dalam RM 40.00 untuk internet. Murah tak murah :D

Tapi kan kalau dah guna Broadband ni, selalunya hanya seorang yang boleh guna dalam satu2 masa. Tak best kan...terpaksalah aku dengan hubby bergilir2 guna internet sebab kami hanya ada satu broadband jak kat rumah. huhu
Sehinggalah kami mengetahui fungsi Portable Wi-Fi hotspot yang ada dalam henpon pintar tu. Setakat ni yang aku tahu dalam henpon Samsung...tak tahu kalau model yang lain.
Fungsinya macam portable Wi-Fi yang lain, cuma bezanya dia menggunakan henpon sebagai pemancarnya. Cara dia senang jak, guna simcard internet dan pegi ke bahagian setting henpon tu.



Tekan setting dan pilih Wireless and networks



Dalam setting, pilih Tethering and portable hotspot



Kemudian pilih Portable Wi-Fi hotspot dan aktifkan. Nampak kan tanda Wi-Fi biru sebelah kiri kat atas tu. Itu menandakan Wi-Fi sudah berfungsi. Boleh lah aku dan hubby guna internet sesuka hati, tak payah nak berebut. Tapi ingat, jangan lupa setting password kat portable Wi-Fi untuk mengelakkan jiran-jiran anda tidak tumpang sekaki guna internet free... :p


Yang belum tahu mengenai portable ni, selamat mencuba yek...TaTa!




Monday, February 10, 2014

Blogging dan Fotografi

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Aku memang suka menulis.
Dulu ada hati juga nak menulis cerpen atau novel.
Pernah taip cerpen, adalah lebih kurang dalam 10 muka surat tapi ntah tetiba terbantut gitu sahaja.
Sebabnya idea nak taip tu datang sekali sekala plus mungkin memang takda bakat menulis. Bila idea dengan banyaknya muncul di kepala, boleh taip sehingga satu atau dua muka surat dalam masa lebih kurang 20 minit tapi apabila idea sangat-sangat kekeringan, nak taip sebaris ayat pun susah. Asyik taip delete, taip delete, taip delete, last2 closed terus.
Macam mana lah agaknya, mereka yang tulis novel yang tebal2 tu. Berapa lama masa yang dorang ambik untuk siapkan satu buku novel tu yek?

Tapi minat menulis tu tetap diteruskan.
Berjinak2 dalam dunia blog kononnya. Mula berblog tahun 2007 tapi masa tu belum berapa nak serius lagi. Target blog pun belum luas lagi, cuma di kalangan kawan2 rapat jak. Bahasa yang digunakan adalah bahasa rojak di Sabah. Sebab cerita dengan kawan2 jak kan. hehe
Masa tu belum tahu apa itu follower, blogwalking, Segmen, Giveaway, Nuffnang.......
Kiranya macam blog SS lah..hehe

Dalam blog aku tulis macam2. Tapi lebih kepada personal, tentang anak-anak aku, kampung, bapa, mak, JJCM dan macam-macam lagi lah.
Dalam erti kata lain, ni bukan blog informasi atau hiburan atau blog tips.
Tapi kadang-kadang ada jugalah aku berkongsi resepi walaupun aku bukan seorang tukang masak yang hebat.
Dan yang paling baru, aku suka kongsikan gambar-gambar yang diambil oleh en.Hubby. Dia sangat minat dalam bidang fotografi. Banyak gambar2 yang telah dia ambil dan kongsikan dalam laman Facebooknya. Gambarnya selalu mendapat komen positif daripada rakan-rakan fotografinya. Jadi rasanya tak salah aku kongsikan dalam blog aku pulak kan.

Hubby suka gambar yang ada cerita. Lebih kepada gambar pemandangan, Human Interest, landskap dan juga candid picture.
Aku pula selalu mendapat idea daripada gambar-gambar yang hubby ambil. Dan rasa sangat terharu bila kadang2 cerita dan gambar yang aku postkan mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan blogger yang lain. Terima kasih untuk semua yang tidak jemu berkunjung ke blog ini....(^______^)

Banyak gambar-gambar hubby yang telah aku kongsikan dalam blog ini.
Selebihnya boleh lah berkunjung ke Worldsofcolours.

Thanks again and TaTa!



Note : Baca entri baru di Tips Mengambil Gambar




Nuffnang dah kembali ??

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam isnin semua.
Hari tu ada buat entri kecewa kat Nuffnang di post ni.
Nuffnang belum ada iklan baru untuk tahun 2014 ni. Kenapa kah? tak kan belum ada syarikat yang berminat nak menggunakan khidmat Nuffnang untuk mengiklankan produk mereka.

Tapi kan.....betul cakap Cik Nor. Iklan Nuffnang dah kembali.
Memang dah ada keluar iklan baru kat blog ni. Cuma tak banyak kali keluar dan masa dia 'menari' cuma di waktu malam jak. Adalah dalam beberapa kali keluar bila blog ni dibuka. Yang selebihnya burung biru tu jak yang muncul. huhu





Ni siap print screen lagi nak bagi tengok iklan baru Nuffnang tu.
Harapnya lepas ni banyaklah lagi iklan baru yang muncul kat blog ni. Dapat CPC pun kira oklah kan. Tapi kalau dapat CPUV tu lagilah ok. hehe



Sunday, February 9, 2014

Timbang Berat Blog

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Dulu masa mula berblog, tak pernah nak ambik tahu tentang berat2 blog ni. 
Tengah eksaited kan so semua benda pun nak simpan di blog. Segala widget ntah apa2 ntah tempekkan kat blog. Tengok blog orang ada widget ni, nak juga tempek kan...kononnya nak bagi blog cantik dan ceria gitu.

Tapi tahukah anda cehhhh segala widget2 yang anda tempekkan kat blog tu boleh menyebabkan masa untuk loading blog anda akan menjadi terlalu lama. Lambat jak semua perkataan dan gambar2 di blog anda keluar. Jenuh nak menunggu kan. Terus korang mesti salahkan line internet yang lembab....kan kan kan

Aku pun faham apa perasaan korang bila buka sesebuah blog, masa loadingnya teramatlah lama. Mesti kadang2 tu korang jadi tak sabar dan terus klik butang closed kat penjuru screen tu kan. Malas nak menunggu huhu.

So daripada aku menjadi mangsa sedemikian, aku pun menitik beratkan 'keberatan' blog itu dan masa untuk loadingnya. Aku buang lah widget mana yang aku rasa tak patut. Biar senang orang nak buka blog ni dan membacanya. Jadi taklah aku post entri SS aka syok sendiri...hehe

Semalam cari website untuk menimbang berat blog. Terjumpa link ni http://www.pagescoring.com. Ni pun dapat daripada blogger2 lain yang telah menimbang berat blog mereka. 
Dan keputusannya ;-





Kenapa kelajuan sesuatu laman web itu penting ?
Mengikut kajian yang dibuat, hampir 50% pengunjung mengharapkan sesebuah laman web itu dapat dibuka dalam 2 saat atau kurang. Manakala 40% pengunjung pula akan meninggalkan laman web yang mengambil masa lebih daripada 3 saat atau lebih untuk membukanya. 
Sumber : link di atas


Kalau ikut kajian dorang tu, maknanya blog ni masih berat lagi kan. Terlebih 0.17 gitu. So nak kena diet lagi lah nampaknya blog ni. Apa benda lagi yang aku nak buka...huhu
Korang yang selalu berkunjung ke blog ni, lambat ke blog ni nak load ??


Saturday, February 8, 2014

Santai macam Damia


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!








~~~ Nama aku Damia. Budak perempuan umur 2 tahun lebih. Bulan 10 tahun ni baru genap umur 3 tahun. Birthday kita sama bulan dengan Umi dan Baba tau. Best sebab boleh sambut birthday dengan dorang. Aku suka hari sabtu dan ahad sebab tak payah pegi taska, aku boleh santai-santai tengok rancangan kartun kesukaan ku. Bangun pagi, Umi mandikan, bagi minum susu dan makan roti bakar. Lepas tu aku boleh lepak2 depan tv. Tak payah buat apa2 sebab aku masih kecik lagi. Biar Umi buat semua...hehe Tapi Damia janji nanti besar, Damia akan tolong Umi buat keja....best kan santai-santai cam Damia ~~~ 



Motif  Entri : Jeles dengan budak kecik ni yang relaks habis di hujung minggu...kihkihkih




MINI GIVEAWAY NOVEL OH NOVEL


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Tetiba rajin pulak join segmen dan giveaway ni. Aku kalau syarat2 segmen/giveaway tu senang dan mudah memang akan dijoin...hehe malas nak klik dan like :P

Mini Giveway oleh Nao Mei 



Syarat-syarat dia mudah jak. Kalau nak join klik jak di sini




Friday, February 7, 2014

Menang Segmen : My Best Entry Bubblynotes.com


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!





Tak sangka terpilih sebagai seorang pemenang dalam Segmen Cik Farah  hari tu. Terima kasih daun keladi yekk Farah dan juga pakcik random...hehe
Sekarang ni tengah godek2 entri lama yang paling besssttt untuk cik Farah reviewkan. Harap-harap cik Farah kita tu tak pening lah membaca entri aku yang ntah apa2 tu kan.....



Note : Ini blog rojak so entri nanti yang akan direview pun haruss entri rojak :p hehehe



Siapa di belakang ?


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Bila membaca entri seram di Blog JR semalam, terus teringat satu peristiwa seram sejuk yang jadi bulan 12 tahun lalu. Baru lagi kejadian tu sebenarnya..huhu
Tapi sebenarnya tak tahu masa tu cuma perasaan aku atau sebaliknya.....
Alkisahnya begini..

Tiap-tiap petang aku akan memandu seorang balik ke rumah daripada kerja kira2 jam 5.30 petang.
Weekday jalan raya memang agak sesak so nak balik rumah mengambil masa sejam, kiranya jam 6.30 petang baru sampai ke rumah. Kalau kat KK jam 6.00 gitu hari dah agak gelap.

Setiap hari aku akan ikut jalan yang sama.
Jalan raya biasa yang memang selalu digunakan oleh orang ramai. Dalam keta aku mesti dengar radio, Radio Klasik Nasional. Kalau tak mesti aku boring sebab keadaan yang jammed.

Tapi hari tu, aku lalu jak kat roundabout, tepinya ada hutan kecil berbukit. Sapa yang tinggal di KK, kat area KKYS dekat dengan jalan Dewan Undangan Negeri tu....tiba-tiba aku jadi macam seram sejuk semacam.
Jantung pulak berdegup kencang. Dup dap dup dap jak.....
Mungkin perasaan aku jak. Aku kuatkan sikit volume radio, kononnya nak menghilangkan rasa seram sejuk mainan perasaan aku tu...huhu

Tapi aku rasa semakin tak tentu. Macam takut pun ada. Ehhh kenapa lah pulak dengan aku ni. Selalu pun drive sorang2 ok je. Makin deras dup dap jantung, tetiba bulu tengkuk aku pula rasa cam meremang.....dan secara automatiknya aku terasa seperti ada sesuatu di tempat duduk belakang.
Memang masa tu drive sangat tidak keruan.
Betul2 masa tu aku terasa ada sesuatu di belakang aku. Tak berani pulak aku nak tengok cermin pandang belakang tu. Aku mula terbayangkan cerita seram, bila orang tengo belakang nampak rupa yang menyeramkan lagi hodoh...isshh tak nak aku
Tak pasal2 aku pengsan dalam keta, tak ke naya tu...huhu

Radio aku offkan...dah tak tenang mendengarnya..
Tiba2 aku terpandang ayat Kursi yang aku lekat kat dashboard keta. Apalagi, terkumat kamitlah mulut aku membacanya. Aku rasa adalah lebih kurang 10 ke 15 kali aku ulang ayat Kursi tu.
Dalam 10 minit gitu, aku rasa cam dah tenang sikit. Jantung pun tak dup dap dup dap lagi.
Perasaan seram tu pulak dah hilang sedikit. 15 minit kemudian aku sampai ke rumah.
Tapi aku tak ceritakan kejadian tu kat hubby. Lepas seminggu baru aku ada keberanian ceritakan peristiwa seram sejuk tu kat hubby....huhu

Tak tahu apa atau siapa di belakang aku hari tu.


Image : Google





Note : Baca di sini untuk pengalaman seram yang lain.




Thursday, February 6, 2014

Bapa

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Bapa seorang pesara kerajaan.
Baru jak pencen tahun lalu di usia 58 tahun.
Seingat aku bapa suda bekerja sejak mak melahirkan kakakku, anak yang pertama.
Mengikut kata mak, dalam ramai2 yang memohon jawatan itu, bukan jawatan besar, hanya sebagai pembantu am rendah di jabatan kerajaan....bapa berjaya mendapat pekerjaan itu.
Menyebabkan timbul rasa iri hati di kalangan rakan-rakan bapa pada waktu itu. Manusia, memang tak akan lari dari sifat hasad dengki.
Tak sedar masa berlalu begitu pantas, sudah 36 tahun bapa berkerja.




Sekarang bapa berehat di rumah sahaja.
Tapi bapa bukan orang yang hanya duduk diam. Ada sahaja kerja yang hendak dibuatnya.
Katanya kalau dia hanya duduk diam di rumah, badannya akan sakit2 sebab tidak bergerak.
Halaman rumah kami sentiasa rapi, rumput semua di potong menggunakan mesin rumput. Daun2 kering yang gugur disapu dan dikumpul lalu dibakar. 
Aku suka sangat mencium daun2 kering dibakar, bagiku itu adalah haruman kampung yang selalu aku rindui.
Kadang2 bapa akan memungut kelapa tua yang berjatuhan di sekitar rumah kami. Kelapa2 ini akan dikumpulkan, dibelah lalu dikeringkan isinya. Isi2 yang kering ini nanti boleh dijual kepada pemborong kelapa. Ada juga duit poket kata bapa sementara menunggu duit pencennya. 

Aku kagum dengan bapa. Walau susah mana sekalipun, dia tidak pernah mengeluh. Walau penat mana sekalipun, dia tidak pernah mengadu.......




Nota : Gambar diambil secara spontan oleh hubby. 



Ini bukan spam?


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!




Korang pernah ke dapat komen camni? Blog tu wujud ke? nampak gaya cam spam tapi awal2 komen siap bagi tahu lagi This is not a spam...huhu
Dah tu siap suruh follow blog dia lagi. We follow your blog! Please follow mine. Nampak sangat cam memaksa...huhu

We only ask you to follow the blog. Thank you for your understanding...


Note : Dah check blog url tu. Macam blog luar yang aku tak pasti isi kandungannya.



Wednesday, February 5, 2014

Wordless Wednesday # 44


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!


Apa yang ada di sekeliling rumah di kampung ?

Buah Sukun....seperti yang aku gambarkan dalam post semalam...memang semua pun tahu, salah satu makanan peberet orang kampung. Goreng pun sedap bah!
Ada 4 batang pokok di belakang rumah kami. Setiap kali berbuah, memang tak akan lepas peluang masak sukun goreng, selebihnya pulak mak akan jual buahnya dengan mereka yang buka gerai kuih muih. 



Anak2 pokok buah delima. Kata mak dia nak jual kat tamu hari minggu.




Antara pokok bunga mak. Pokok bunga kertas. Ada banyak lagi bunga yang mak tanam tapi malas pulak nak ambik gambar. Tak tahan kena gigit nyamuk. Maklumlah rumah dekat dengan hutan kecik, haruslah jadi habitat nyamuk.



Ni pulak tak tahu pokok apa. Rupa bentuk cam pokok pandan tapi besarlah pulak. Tetiba jak aku nampak tumbuh tepi rumah. huhu



Macam bukan WW lah pulak, tak sengaja terbanyak ayat dalam post ni...hehe




Tuesday, February 4, 2014

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!



http://www.bubblynotes.com/2014/02/segmen-my-best-entry-bubblynotescom.html


Dah lama sangat kot Bubblynotes.Com tak melancarkan segmen...dan kini Tora datang lagi... ooopsss... salah pula... dan kini dengan ini saya lancarkan segmen ini khas buat rakan2 blogger di luar sana. *_^

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com pernah dilakukan dulu sekali di SINI dan hari ini...segmen ini bermula dari, 4/2/2014 SEHINGGA 5/2/2014, jam 1.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org... 

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 7/2/2014.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^



Goreng pun sedap bah!



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!



Salah satu hasil tuaian dari kampung.
Aku suka bila ianya digoreng dengan tepung. Sedap dimakan sambil minum teh di waktu petang. 
Semua mesti tahu apa ni kan :D




Nuffnang yang sepi

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hari tu dah cerita di post ini tentang cek Nuffnang yang telah pun selamat aku bank in kan...tinggal nak tunggu dibelanjakan saja.. :D

Dah masuk bulan Februari, log in acc Nuffnang , hampeh...belum ada BE yang melekat untuk tahun 2014 ni. Rasanya bukan aku saja yang komplen tentang BE ni, aku ada juga terbaca post blogger yang lain tentang Nuffnang yang sedikit kedekut memberi BE pada tahun ni.
Rasanya macam betul juga, tahun lalu setiap bulan aku pasti akan menerima BE baru daripada Nuffnang.

Rasa kecewa tu memang ada, tapi kena berpikiran positif je lah.
Tak juga lah aku sampai nak bertukar syarikat yang lain pulak...Mungkin belum ada rezeki dari Nuffnang agaknya.





Selepas di cash out hari tu, jumlah yang tinggal hanya RM 25.02
BE terakhir yang aku dapat bulan 12 yang lalu, itu pun dah dicreditkan.
Belum ada rezeki BE untuk dinantikan hasilnya. Cuma bergantung kepada CPC. Jika bergantung semata2 kepada CPC, alamatnya bertahun lah baru dapat cash out kan balik...huhu

Sepi sungguh Nuffnang kali ni kan.....