Monday, March 31, 2014

1 Jam Tak Cukup

Assalamualaikum

Salam isnin korang.
Rata-rata semua dah balik kerja kan setelah seminggu anak-anak bercuti sekolah.
Ibu bapa pun tumpang sekaki bercuti, yalah nak gembirakan anak-anak sambil2 tu gembirakan diri sendiri apa salahnya kan :D

Aku pun sama, setelah 4 hari bercuti, hari ni kembali bekerja. Sunyi blog aku 2 hari kan. (^_~)
2 hari di kampung dan satu malam 2 hari stay kat salah satu resort di luar Kota Kinabalu ni. Nak puaskan hati anak-anak kan. Walaupun jadual padat untuk 4 hari dan memang terasa penatnya, tapi berbaloi bila melihat senyum gembira anak-anak.

Ok tu cerita pasal cuti sekolah.
Yang ni cerita tentang shopping. Aku sebenarnya bukanlah seorang kaki shopping.
Aku beli bila ada keperluan. Cam baju, kasut atau beg tangan tu semua, aku tengok keadaan. Selagi boleh dipakai, selagi tu aku tak akan beli yang baru. Aku jenis yang shopping sekali setahun. hehe

Tapi kan bila aku dah mula menyopping, memang sehari pun tak cukup.
Bukan sebab banyak sangat barang yang hendak dibeli tetapi proses pemilihan barang tu, kalau aku
1 jam pun memang tak cukup . Sebab tu kalau aku menyopping, aku tak berapa nak ajak hubby dan anak2. Aku suka pergi sorang2 sebab tak tertekan semasa proses pemilihan, ada orang yang tak sabar2 menunggu di luar kedai...huhu

Aku kalau nak beli barang contohnya sandal ke, kena tengok harganya, lepas tu kena tengok designnya, belek2 sekeliling sandal tu. Ok ke tak, tahan lama ke tak. Kaler cantik ke tak, matching ke dengan semua baju yang aku pakai. Selesa ke tak. Harga berbaloi ke tak dengan kualiti. Ada saiz ke tak. Cari beberapa sandal buat perbandingan untuk puaskan hati. Belek-belek lagi sandal tu.............Hubby aku dah bagi signal suruh cepat. Dah aku kata, 1 jam pun tak cukup nak belek2 sandal tu.

Hari tu kan dapat voucher free dari Zalora so semalam mulalah pencarian apa benda yang nak dibeli.
Aku ambik keputusan nak beli hand bag. Sebab kalau beli baju atau sandal online ni, agak berisiko seikit. Yalah takut saiz tak ngam pulak. Aku pula jenis yang malas nak tukar2 saiz segala, leceh. So tak nak ambik risiko, beli barang yang tak payah naik saiz2.

Belek-belek hand bag dari jam 3.00 petang. Semua yang berkenan masuk ke dalam wishlist.
Ambik masa nak pilih mana satu. Sekali confirm order jam 9.30 malam. Kan aku dah kata....hehe






Friday, March 28, 2014

Pais Jagung dan Kuih Merah

Assalamualaikum

Salam jumaat.
Bersiaran dari kampungku.
Bestnya kalau dapat balik selalu tapi apakan daya.

Anak-anak sedang bergembira dengan sepupu sepapat. Sekali sekali jumpa memang riuh dibuatnya kan.
Dah macam hari raya pulak kan :D

Semalam singgah sekejap kat pasar malam. Nak cari kuih pais jagung katanya. Kuih ni sedap sangat ala ala lepat pisang gitu tapi yang ni dibuat daripada jagung yang dibungkus dalam kulit jagung dan dikukus. Sedap sangat. Mak memang selalu buat tapi kali ni stok jagung tak ada, terpaksalah mencari di pasar malam.
Tapi malangnya pais jagung takda jual pulak. Emmmm. Beli je lah kuih yang lain. 


Kalas Kacang, Puding Jagung Kastard dan Kuih Merah (tak tahu sebenarnya apa nama kuih ni, tau makan je hehe. Sedap kuih ni dibuat dari tepung pulut berintikan kacang tanah). Korang tau ke apa nama sebenar kuih merah ni 😊)




Thursday, March 27, 2014

Yess cuti!

Assalamualaikum

Hari ni aku cuti...😊
Saja nak kasi jeles korang hehe
Khamis Jumaat Sabtu Ahad.....bestnyaa

Nanti aku lawat korang ye. TaTa


Wednesday, March 26, 2014

Wordless Wednesday # 47

Assalamualaikum
 
 
Sumber : Facebook


 
Besar dugaan si isteri. Kehilangan seorang yang sangat dikasihi dalam sekelip mata tanpa ada sebarang tanda. Semoga si isteri tabah menghadapi ujian ini. :'(
 
 
 
 
 
 
 



Tuesday, March 25, 2014

PM Najib Razak's Press Statement on MH370

Assalamualaikum


Sumber : Facebook/PMNajibRazak

~~ Bukan berita ini yang ingin kita dengar setelah hampir 2 minggu lebih mencari kemana menghilangnya pesawat MH370. Tetapi itulah hakikat yang harus kita terima walaupun terasa amat berat mengakuinya. Ya Allah, Kau tabahkanlah dan kuatkan semangat keluarga mangsa-mangsa yang terlibat. Berat sungguh dugaanMu, Ya Allah. MH370 lenyap ditelan arus gelombang Lautan Hindi. Jika begitulah kehendakNya, kami terima dengan redha. Damailah kau di sana MH370. Seluruh Malaysia, malah satu dunia menangisi kehilanganmu~~   





Monday, March 24, 2014

'Aku' dan Aisbox tak dapat dipisahkan

Assalamualaikum

'Aku' dan esbok tak dapat dipisahkan. 

Maaf gambar kurang jelas sebab snap di waktu kelam gitu. Ni ambik gambar dulu baru bebelkan Damia...hehe

Setiap minit mesti budak ni buka esbok. 
Jenguk kejap, belek2 benda kat dalam tu, pastu tutup. 
Tak lama kemudian buka lagi, jenguk, belek2, tutup.
Itulah keja dia setiap hari selain daripada bermain dan tengok tv.
Uminya ni dah jemu asyik membebel kat budak ni sebab hari-hari buka esbok.
Kalaulah esbok tu boleh bercakap rasanya dia pun dah naik fed up tengok 
budak kecik ni.Tak tahu apa benda lah yang dicarinya dalam esbok tu.
Sampai ke satu tahap, kedapatan ni, syok2 dia duduk kat dalam esbok tu..huhu

Aku kadang-kadang heran juga dengan budak kecik camni,
banyak-banyak tempat yang dia boleh explore, esbok ni juga yang digemarinya.
Mak-mak budak yang lain pun aku tahu hadapi masalah yang sama camni.
Kalaulah esbok tu aku boleh simpan kunci mangga, memang lama dah aku buat.
Tapi adakah kunci untuk esbok ni ?? huhu


Note : Tapi kan kadang-kadang bapa budak pun suka buka tutup esbok ni...hehe



 

Fesyen Tudung Terkini

Assalamualaikum

Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan sentiasa harmoni dengan nilai-nilai murni yang terjalin dalam komunitinya aku bangga tau jadi anak Malaysia (^_~). Setiap kaum di Malaysia membawa corak budaya daripada segi pakaian yang berbeza. Kalau korang lihat, walaupun ISLAM adalah Agama Rasmi negara, penganut agama lain bebas mempraktikkan ajaran agama mereka. Yang penting saling hormat menghormati antara satu sama lain gitu, barulah wujud keamanan dalam negara kan. 

Majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam, oleh itu tak hairanlah kat mana-mana jak pun korang dapat lihat mereka yang berpakaian tradisional terutamanya golongan wanita yang memakai baju kurung dan bertudung. 

Kepelbagaian etnik dan agama ni memberi kesan yang cukup significant terhadap pasaran industri fesyen tanahair. Fesyen baju muslimah dilihat sebagai antara yang terbesar dalam pasaran disebabkan permintaan yang cukup tinggi daripada orang ramai. Bila dah ada permintaan yang tinggi, pengeluar pun berlumba-lumba akan mengeluarkannya. Harus juga bersaing untuk mengeluarkan fesyen-fesyen yang menarik bagi menepati citarasa pengguna kan.
Sebagai contoh, FESYEN TUDUNG TERKINI semakin berkembang daripada segi rekaan dan corak yang lebih moden. Malah kini terdapat banyak jenis tudung yang boleh didapati dengan warna-warna yang pastinya menggoda hati yang melihat. tak salah berfesyen, asalkan ianya menepati adab kita dalam menutup aurat (^_^)









Antara yang menjadi faktor kenapa trend tudung semakin mendapat perhatian adalah atas penglibatan golongan hijabista. Wanita2 muslimah muda yang gemar bergaya dan sentiasa mengikuti berita fesyen yang sedang hangat di pasaran. Muslimah zaman kini semakin bijak dalam berfesyen malah lebih kreatif kerana menggabungkan elemen kotemporari bersama unsur moden untuk mencipta suatu penampilan gaya muslimah yang lebih segar tetapi dalam pada masa yang sama masih dapat menjaga aurat mengikut tertib yang sepatutnya.

Jika korang nak cari video tutorial cara memakai tudung dengan stail yang berbeza layari sahaja internet. Di laman sosial seperti Youtube terdapat banyak video yang dimuatnaik oleh fashion blogger mengajar cara-cara mengenakan fesyen tudung yang berbeza. Google sahaja dan pastinya memberikan korang sedikit inspirasi dalam penggayaan tudung yang sesuai. Aku pun kadang-kadang tu menggoogle juga, yalah nak jugalah tahu camna dorang pakai tudung yang terbelit-belit tu tapi hasilnya cantik...hehe

Beli tudung dan shawl secara atas talian di website online shopping Malaysia yang terdapat banyak di internet. Mereka menawarkan koleksi tudung dengan pelbagai fesyen dan stail yang berbeza. Malah ada sesetengahnya daripada jenama terkemuka namun dengan harga yang cukup menarik. Zalora misalnya mempunyai koleksi tudung eksklusif daripada Jovian Mandagie iaitu JHijab. Jika korang masih ragu-ragu lawati laman sesawang mereka dan cuba lihat koleksi hijab di sana yang mungkin sesuai dengan cita rasa korang.

Pelbagai koleksi shawl dan tudung yang boleh korang beli dari Zalora ni. Antara yang menarik perhatian ku


Hajar Umaiyaa Reversible Cotton ShawlHijab HimahraJudaisaa Chiffon Tudung



Jangan risau, ada banyak lagi koleksi tudung dan shawl yang mungkin menepati citarasa korang. Cepat-cepat lah ke Zalora dan membeli belah di sana. (^_~)





Sunday, March 23, 2014

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Salam ahad korang.
Cuti sekolah dah mula kan, so apa perancangan?  nak bawa anak-anak pegi mana?
Mungkin ada yang balik kampung, mungkin ada yang bawa anak-anak berjalan ke tempat yang menarik atau mungkin ada yang melancong. Apa pun yang korang rancang semoga semuanya berjalan lancar.

Tapi rasanya ada juga duduk kat rumah. Mungkin cuti tak diluluskan oleh boss.
Memang hampeh kan camtu, sian anak-anak, terpaksa duduk kat rumah sebab mak bapa terpaksa bekerja.
Aku agak bernasib baik sedikit sebab hubby cikgu sekolah kan. So kalau anak-anak cuti, dia pun bercuti juga. So tinggal aku je yang apply cuti tahunan khas untuk anak-anak dan hubby.
Cuti sekolah ni aku dah apply 2 hari cuti tahunan.

Perancangan cuti sekolah ni aku dah buat.
Aktiviti wajib cuti sekolah untuk kami sekeluarga.
Balik kampung halaman ku di Kota Marudu. Anak-anak selalu jumpa atuk dan nenek sebelah hubby sebab MIL kan tinggal kat KK juga. So musim cuti sekolah lah baru ada peluang anak-anak jumpa dengan atuk dan opah di Kota Marudu tu.

Aku dah pun booked bilik kat satu resort ni.
Kali ni kami tak ke Kundasang tempat wajib kami kunjungi , sebab anak-anak katanya nak mandi kolam.
Kat Kundasang manalah ada kolam, ada pun kat Ranau sana tu, Poring.
Tapi tempat tu terlampau pack kalau musim-musim cuti begini. Tak privacy langsung.
So booked lah kat resort ni. Kat luar KK juga tapi tak lah jauh sangat. Nanti aku cite dalam post yang akan datang ye.

Tak sabarnya nak bergembira dengan anak-anak dan hubby (^_^). Semoga apa yang aku rancang berjalan dengan lancar.



Note : Teruskan berdoa untuk MH370. Masih mengharapkan keajaiban berlaku walaupun misi pencarian telah masuk minggu yang ke-3





Saturday, March 22, 2014

Apa dalam beg tangan ?

Assalamualaikum

Sumber : Facebook/Sabah Troll

Rasanya para suami2 di luar sana pernah mengalami situasi camni kan....hahaha
Bagi mereka beg tangan wanita merupakan salah satu tempat yang paling susah nak cari barang-barang kat dalamnya. 

Tapi kan aku ok je pun cari barang kat dalam beg tu. Hari tu minta tolong hubby ambik kunci rumah kat dalam beg tangan, hampir 15 minit juga dia godek2 dalam beg tu sambil mulut membebel2 sebab banyak sangat benda dalam beg tangan tu. Aku cari kunci tu tak sampai seminit dah jumpa...pelik kan...hehe


Note : taru - simpan, mija - meja, tantu - tentu



Friday, March 21, 2014

Berita baik (^_~)

Assalamualaikum

Salam jumaat.
Sebelum tu, sama-samalah kita berdoa untuk MH370 yang sudah pun masuk minggu ke-2 pencariannya.
Semoga dipermudahkan urusan mencari pesawat itu olehNya...amin

Ok, nak cerita apa yang jadi minggu ni.
Hari tu dah cerita tentang Surat Penting Itu kan.....semalam surat tu dah selamat sampai ke tangan ku.
Alhamdulillah, syukur ke atas rezeki yang diterima.
Naik pangkat ?? belum tahu lagi sebab surat yang dapat tu hanya pemberitahuan bonus dan kenaikkan gaji.
Korang doa-doakan lah ye...hehe (^_^)

Itu tentang surat penting, sekarang nak cite tentang email.
Aku sebenarnya malas nak buka email segala. Sampai bertimbun dah dalam inbox email ntah apa-apa, aku belum clearkan lagi.
Tetiba rabu tu, aku tetiba rasa cam nak check je email tu.
Ternampaklah satu email yang aku rasa cam menarik bunyinya Invitation to collaboration with......
Lebih kurang lah bunyinya.
Baca email, cam tak percaya pun ada juga. Sebabnya tak pernah sangka ada company yang besar camtu baca blog picisan ni. hehe Tapi tu lah, dah rezeki namanya kan. Alhamdulillah walaupun ianya cuma kerjasama kecil-kecilan sahaja.

Dah selamat reply email tu kat dorang, dan email tentang apa yang aku perlu buat pun dah aku terima semalam. Nanti aku cerita dengan lebih detail dalam post yang akan datang ye.
Gembira tau, maklumlah, kali pertama dapat peluang camni, haruslah happy dan agak kejakunan sedikit.. :P

Ok, nak sambung keja dulu. TaTa!




Note : tak sabar pula nak tunggu refund dari LHDN, dengar2 Vna dah dapat refundnya. Cepat pula LHDN buat pembayaran balik....ni sudah bagus (^_^)






Thursday, March 20, 2014

McDonald's Spicy Chicken McDeluxe

Assalamualaikum

Aku kalau makan kat McD wajib order menu ni......Spicy Chicken McDeluxe. Bun yang gebu, isi ayam yang digoreng penuh perisa. Pedas menyengat tapi itu yang menyebabkan nak order lagi..hehe
Jangan tak percaya, anak aku si Shumi tu pun minat makan ni. Katanya sedap walaupun pedas. Yang pedas itu umppphh.. (^_~)

Dan baru2 ni McDonalds memperkenalkan lagi satu versi Chicken McDeluxe ni, sensasi lada hitam katanya, Memperkenalkan Spicy Chicken McDeluxe Black Pepper
Bayangkan dah lah pedas, tambah lagi lada hitam, makan pasti melatup!!...:p

Sumber : Google Image



Nak tahu lagi tentang menu ni, klik je kat link bawah ni

Spicy Chicken Mcdeluxe


Dan kalau berminat nak dapatkan voucher percuma dari McD, jangan segan, jangan malu, terjah link ni

Menang RM5 Mcdonald Voucher!




Note : Tetiba mengidam nak makan berger pulak...hehe



Wednesday, March 19, 2014

Fullhouse @ Suria Sabah Shopping Mall

Assalamualaikum

Rabu minggu lalu tu, aku dengan 2 orang opismate aku, sekali dengan boss makan tengahari bersama-sama dengan salah satu broker insurans yang berkerjasama dengan company tempat aku keja ni. 

Tempat lunch kami tu di Restoran Fullhouse, Suria Sabah Shopping Mall. Jangan tak percaya kat Sabah pun ada suria shopping mall cam kat KLCC tu...hehe Tapi tak lah sebesar Suria KLCC tu

Credit to www.skyscrapercity.com

Aku baru pertama kali makan kat restoran ni. Hiasan dalam restoran ni bagi aku sangat santai dan kreatif. Sesuai kalau nak lepak2 dan chitchat dengan rakan2. 


 
Hiasan dalam restoran. Cantik kan, siap ada sebijik mini cooper lagi kat depan pintu masuk restoran tu.


Restoran ni menghidangkan makanan Asia, Western dan juga makanan dari Korea. Rasanya restoran ni ada kat semenanjung kan. Yang kat KK ni cawangan dia je.  

Hari tu aku pilih hidangan set, ada sup, minuman dan main course. Wok-Seared Chicken Chop. Chicken Chopnya oklah bagi tekak aku. Tapi kalau kata menarik tu, rasanya cam chicken chop yang biasa aku makan. Supnya pula, emmm langsung tak sentuh sebab agak berminyak dan bertimbun bawang besar kat dalamnya. Aku bukan seorang penggemar bawang...huhu dan minuman ice lemon tea tu, aku tak pasti samaada tea dia memang kaler camtu atau sengaja jimat tea. Rasa tawar semacam je...hehe

Bagi aku, makanan kat sini, ok jugalah cuma harga dia ada sedikit mahal...huhu Kalau nak makan dengan family, mungkin kena fikir 2 3 kali gitu....hehe 



Tuesday, March 18, 2014

Ada apa dengan Ulu Kukut?

Assalamualaikum

Semalam check lah konon Keyword dalam Nuffnang tu. Sedikit hairan sebab tetiba ada yang berminat tentang Jalan Ulu Kukut tu... emmmm



Sangsi juga sebab tetiba orang sibuk nak baca mengenai misteri jalan ulu kukut ni...Memang aku pernah postkan entri Jalan Ulu Kukut ni dulu. Sapa yang belum baca, boleh baca kat sini.

Aku cubalah kononnya search dalam carian Google entri tu


Tersenarai dalam top 3 carian google untuk tajuk carian Misteri Jalan Ulu Kukut. 

Kalau nak cerita pasal kemisterian jalan ni, tak ada apa yang misteri pun. Aku rasa biasalah kan jalan sunyi yang tepi2nya hanya hutan belantara memanglah agak menakutkan sedikit terutamanya di waktu malam memang menakutkan sebab pernah terkena 
Yang belum tahu tempat ni, ianya jalan penghubung Kota Marudu, Kudat dan Pitas dengan Kota Belud. Korang tengok peta Sabah dan cari Kota Belud dan Kota Marudu. Sempadan antara dua tempat ni, di situlah terletaknya Jalan Ulu Kukut. 

Oklah...tak payah nak misteri-misteri sangat, pegi sambung keja balik :P





Surat Penting itu

Assalamualaikum

Surat apakah itu ??
Minggu ni tengah tertunggu-tunggu surat itu. Debar-debar rasanya cam menunggu surat dari kekasih gayanya..hehe Mana tak, surat tu yang akan menyatakan masa depan aku adakah telah berjaya untuk melangkah ke depan atau tidak ??

Yang keja2 kat company swasta tu, tahu surat apa yang aku maksudkan tu.
Rata-rata keputusan tahun kewangan company swasta adalah pada bulan Mac. Untung ke tidak ??
Bagi pekerja pula, rasa berdebar-debar sebab diberi sekeping surat putih bertanda tangan CEO, yang mengatakan anda layak untuk diberi BONUS sekian sekian jumlahnya.
Dan anda layak untuk dinaikkan pangkat dengan gaji baru sekian sekian jumlahnya berkuatkuasa pada 1 April ni.....

Tak ke ko berdebar-debar ??
Aku tertanya-tanya berapa bonus yang akan diterima ?? berapa gaji baru yang akan aku terima ?? naik pangkat ke aku ??
Dengan kenaikkan harga barang sekarang ni, rata2 kesemuanya pun mahal, memanglah aku berharap sangat untuk mendapat kenaikan gaji kalau naik pangkat lagilah baik.
BONUS tu aku tak kisah tapi kalau ada kiranya ianya sebagai sagu hati untuk penat lelah kita semasa membuat kerja. Tapi bagi aku, aku lebih pentingkan kenaikan gaji sebab akan kita terima setiap bulan bukannya seperti bonus yang hanya sekali kita nikmati.



Sumber : Google Image

Tapi kalau gini dah company nak bagi, siapa yang tak nak kan....hehe


Nanti aku cite lagi kalau suratnya dah sampai ye......(^_^)





Monday, March 17, 2014

Nissan Almera - The Review

Assalamualaikum

15hb Mac hari tu, genap setahun aku guna alputih ni sebagai kenderaan rasmi aku pegi keja, pegi pasar, pegi Giant, hantar dan ambik anak di sekolah, balik kampung, pegi Kundasang....pendek kata ke mana2 aku dan anak beranak pegi mesti guna si alputih ni. Keta hubby tu relakslah konon kat parking tu tak digunakan. Habis2 pun jadi kenderaan rasmi cikgu sekolah je hubby lah tu

Misi pencarian pengganti Myvi aku tu bermula pada penghujung 2012. Mula2 tu memang ada hati nak beli keta Toyota Vios tu. Tapi masa tu tengah hangat iklan Nissan Almera kat tv so aku dan hubby pun pegilah survey2 keta ni dan terus jatuh cinta pandang pertama.......bila aku dan hubby puas hati dah semuanya..terus book dan urusan membeli pun bermula. Dan 15 Mac 2013, sebijik keta Nissan Almera kaler putih pun bertukar daripada salesman ke tangan hubby. Siap ada nama lagi Shumi dan Shamzi berikan, Alputih






Setahun guna Alputih ni, bagi aku setakat ni memang berpuas hati. Secara ringkas aku reviewkan kat sini :-

  1. Ruang dalam dan bonet yang luas untuk sebuah kereta jenis sedan. 
  2. Sistem spring dan penyerap hentakan (suspension) yang amat baik menyebabkan kereta ni amat selesa untuk dipandu. Pendek kata lalu bonggol pun ok je, smooth je berjalan.
  3. Jimat minyak untuk kereta yang berkelajuan 1.5 cc ni. Hari tu pegi Kundasang, Ranau - Kota Kinabalu, kita orang guna RM 50.00 je. Jimat kan. Tapi bukanlah juga aku nak kata ianya jimat seratus peratus, kalau jalan jammed, bila kita pijak brek dan minyak banyak kali tu, bar minyak cepat menurun. emmm rasanya keta auto model yang lain pun cam gitu jugakan.
  4. Daya pecutan aka acceleration keta ni agak kureng sedikit tapi top speed dia memang best. Bawa 120km sejam cam bawa 80km sejam. Tak terasa sebab keta meluncur laju je...hehe Tapi jangan risau, aku paling laju pun memang 80km sejam je, sebab had laju jalan raya kat KK ni paling laju pun 90 km sejam. Tak boleh lebih dari itu...tak pasal2 datang surat saman pulak.
  5. Servis kereta hanya guna 3 liter motor oil...model lain dalam kelasnya guna sampai 4 liter.

Tu lah serba sedikit pengalaman setahun aku guna Almera ni. Walaupun ada juga kekurangan sedikit tetapi secara keseluruhannya aku memang berpuas hati. (^_~)


Note : Ni pandangan peribadi aku ye, tak tahu lah kata orang lain. 



Sunday, March 16, 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Assalamualaikum




En.Zamani Abe nak hadiahkan Power Bank ni dalam segmen mininya. Jom ramai-ramai join segmen ni. Syarat dia teramatlah simple ni aku suka, sebab malas nak follow bagai hehe,  anda buat satu entri dengan tajuk Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe, save & muat naik banner di atas ke dalam entri, & letak link entri segmen ini pada banner tersebut. Akhir sekali, tinggalkan link entri anda di ruangan komen di bawah. Ayat copy paste dari segmen hehe

Tak dapat tekan banner tu, klik je link kat bawah



Tarikh tutup, kata Zamani bila-bila masa je :D






Cerita hari ni

Assalamualaikum

Entri di taip jam 1.20 am tadi.
Mata belum mengantuk sebab risau Damia tiba-tiba petang semalam. Jumaat tu dia ok je, tapi pagi sabtu dah batuk2 dan selsema. Petangnya badan dah panas, suhu mencecah 38'c.
Tengo dia tidur pun cam tak selesa, hidung tersumbat akibat selsema.

Petang semalam sebenarnya nak pegi kenduri pakcik yang masuk rumah barunya. Tapi last minit cancel sebab Damia yang kurang sihat. Risau juga sebab Damia baru jak baik demam minggu lalu. Ini dah demam balik. Agaknya cuaca yang agak panas dan kering sekarang ni.

Semua mesti dah dengar berita semalam tentang MH370 tu kan.
Kata PM kita dalam sidang akhbarnya, berkemungkinan kapal Mas tu dirampas. Ada bukti menunjukkan kapal itu berpatah balik dan sistem transporter sengaja dimatikan.
Masih banyak tanda tanya tentang kehilangan pesawat MH370 ni, tak perlu nak buat spekulasi. Hanya mampu tunggu, lihat dan berdoa untuk keselamatan mereka yang ada dalam kapal tu.

Moga ada keajaiban yang berlaku dan terus berdoa untuk keselamatan mereka.


Sumber : Facebook



Note : Moga anak Umi, Damia cepat sembuh dari demamnya....







Saturday, March 15, 2014

The New Herbal-Essences : Japan Series

Assalamualaikum

Salam sabtu semua!

Tercari-cari shampoo yang sesuai dengan rambut anda? Rambut yang lembut dan berbau wangi sentiasa terutama mereka yang mengenakan tudung. Memperkenalkan New Herbal-Essences : Japan Series 




Meniti beratkan aroma dan struktur rambut yang cantik, Herbal Essences memperkenalkan 2 jenis syampoo yang berbeza, Smooth Series untuk rambut yang agak kering dan tidak terurus, manakala Moisture Series untuk yang mengalami rambut rosak. 

Untuk mengekalkan haruman sepanjang hari, syampoo ini didatangkan dengan jenis haruman, Sweet and gentle rose dan juga Soft and creamy floral. Kedua-duaanya berasakan bunga-bungaan yang berbau segar dan semulajadi.

Nak tahu lebih lanjut lagi mengenai syampoo ni, klik je link kat bawah ni :D



Psssttt, untuk para Nuffnangers2 di luar sana, ada yang menarik menanti anda. Ada hadiah menarik bagi mereka yang sangat sukakan make up, fesyen dan juga hairstyles. Nak info lebih lanjut, jom terjah kat sini











Friday, March 14, 2014

Damia berselfie!

Assalamualaikum

Anak dara kenit aku ni, nak jugalah berselfie2 konon. Korang layan je lah rupa kusut masai dia ni yang sedang bersantai2 dalam bilik dengan Uminya.



 

Yang penting senyum mesti nampak gigi..... :D




Doa untuk MH370 # Hari -7

Assalamualaikum



Sumber : Facebook/Dato Ustazah SNB


Genap seminggu kehilangan MH370. Semoga dihari jumaat yang berkat ini, ada berita yang akan kita terima. Ya ALLAH, Kau permudahkanlah urusan mencari pesawat ini. Kau lindungilah orang-orang yang berada di dalam kapal ini. Amin....





Thursday, March 13, 2014

Mama - Mother's Love is Forever

Assalamualaikum


Image from Google


Filem ni dah lama ditayangkan di pawagam. Januari tahun lalu. Tapi aku baru tonton filem ni melalui saluran HBO HD sabtu tu. Maklumlah dah tak pernah pegi wayang lagi selepas beranak pinak ni. So tunggu tayangan kat tv, tak pun beli vcd nya je. 

Napa aku tetiba review filem ni? sebab bagi aku cerita ni menyentuh naluri ibu walaupun pada masa yang sama agak seram. Penamat cerita ni agak sedih tau, cam nak nanges pun ada. Yang dah tengok filem ni akan faham apa yang aku maksudkan, bagi mereka yang belum tonton, cepat2 cari vcdnya. 

Sinopsis

Selepas membunuh rakan kongsinya dan isterinya, Jeffrey membawa lari dua orang anak perempuannya yang masih kecil lagi. Dalam perjalanan kereta yang dipandu Jeffrey kemalangan dan terjunam ke dalam gaung. Jeffrey dan anak-anaknya terselamat tetapi mereka masuk ke dalam hutan pulak. Kemudian terjumpa sebuah kabin yang usang yang tidak berpenghuni.

Dalam kabin ni, Jeffrey dibunuh oleh makhluk misteri (roh) semasa cubaannya untuk membunuh anaknya. Mayatnya hilang secara misteri. Dua orang anaknya yang masih kecil dan belum memahami apa2, tinggal di kabin itu selama 5 tahun hinggalah dijumpai kembali atas usaha mencari yang dilakukan oleh bapa saudaranya Lucas yang tidak henti2. 

Keadaan Victoria dan Lily pada masa dijumpai agak menyedihkan. Kedua2nya sangat kurus dan berperangai seperti haiwan kerana hidup bersendirian dan tidak ada makanan. Lucas dan teman wanitanya Annabelle mengambil keputusan untuk menjaga kedua2 anak saudaranya itu. 

Semasa di bawah jagaan Lucas dan Annabelle kisah seram ini bermula. Victoria dan Lily selalu memanggil nama 'MAMA'. Siapa kah Mama?? Siapa yang menjaga mereka selama 5 tahun di kabin tu??


Filem ni memang bergenre seram tapi aku nangis bila tengok penamatnya.
Aku bagi 8/10 untuk filem ni sebab kisahnya yang menarik :D




Note : Sudah masuk hari yang ke-6. Belum ada sebarang petunjuk lagi di mana beradanya kapal MH370. Semoga hari ini ada berita baik yang akan kita terima. Semoga semua urusan di permudahkan olehNya.....






Wednesday, March 12, 2014

Doa untuk MH370 # Hari ke-5

Assalamualaikum



Semoga urusan mencari MH370 dipermudahkan olehNya...amin



Note : Minggu ni blog aku rasanya sunyi sepi. Aku tidak ada mood untuk bercerita seperti hari-hari biasa. Aku cepat emosi bila terjadi hal-hal sebegini walaupun aku tidak ada kaitan dengan mereka. Nanti aku bw 'rumah' korang pelan2 ye. Emosi tak stabil plus line tenet yang tersangatlah slow.
Sekarang ni hari-hari bila bangun pagi, apa yang aku terpikir selain family dan anak2, sudah dijumpai kah kapal MAS MH370 tu ?????







Tuesday, March 11, 2014

Doa untuk MH370 # Hari ke-4

Assalamualaikum

Sudah masuk hari ke-4
Kita belum tahu apa nasib MH370
Masih tertunggu-tunggu berita dan khabar penumpang di dalamnya
Walaupun harapan semakin tipis TAPI jangan putus berdoa
Moga ada keajaiban berlaku

Tak dapat bayangkan kesedihan keluarga para crew dan penumpang MH370
Kalau aku di tempat mereka, mampukah aku bertabah seperti mereka ??
Ya Allah, Kau kuatkan semangat mereka dalam menghadapi dugaan ini, Kau permudahkan urusan mencari kapal ini....amin

Tadi semasa mendengar berita di radio, penyampai memberitahu bahawa pakar kaunseling menyatakan perkataan 'SABAR' tidak sesuai dikatakan di depan keluarga penumpang MH370 yang sedang kerisauan. Ini kerana mereka akan terus membayangkan bahawa mereka akan mendapat perkhabaran berita yang buruk yang akan menganggu emosi mereka.

Perkataan 'SABAR' pun sudah mengguris hati keluarga mereka, apatah lagi berita2 yang tidak sahih dan 'permainan' Twitter yang sangat tidak beretika. Diharap hentikanlah.

:-(



Monday, March 10, 2014

Doa untuk MH370

Assalamualaikum

Minggu ni rasanya semua memang tak ada mood.
Kita masih lagi tertunggu-tunggu berita nasib Kapal Terbang MAS yang hilang semasa dalam perjalanan menuju ke Beijing pagi sabtu lepas. 

Semoga berita baik yang akan kita terima walaupun sudah memasuki hari yang ke-3. Harapan memang agak tipis tapi terus berdoa untuk mereka yang berada dalam kapal tersebut.


Sumber : Facebook


Note : Banyak versi berita yang kita terima melalui media sosial mengenai kehilangan MH370. Diharap mereka yang menyebarkan berita yang tidak sah ini, hentikanlah. Hormatilah perasaan keluarga mereka yang sekarang ini sedang kerisauan menanti anak, mak, bapa, kakak, abang mereka yang berada di dalam kapal itu. Jangan tambahkan lagi kesedihan mereka.
Kepada rakan-rakan blogger, jangan sebarkan berita yang belum pasti kesahihannya semata2 untuk meraih pengunjung.




Sunday, March 9, 2014

Rezeki di hari sabtu

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua!
 Semalam ada jemputan makan tengahari dari agen insurans kat company aku tu di salah satu restoran sea food di KK ni. So jam 12.30 lebih tu hubby hantar aku kat restoran tu dan sementara tu hubby dan anak2 lepak kat Pantai Tg Aru sebab aku tak lama pun, dalam sejam je.

Ni antara menu lunch semalam

Pumpkin Soup with Chicken & Bamboo Chicken


Garoupa Chilli Manggo & Butter Prawn



Iklan selfie Umi dan Anak :D


Note : Walaupun menu lunch tu sedap2 belaka tapi aku tak makan banyak sebab perut tak berapa selesa. Sebelum balik rumah,aku tapau nasi ayam penyet untuk anak2 dan rojak mee untuk hubby. Lebih sedap makan dengan family sebenarnya. Selera lebih terbuka. :D



Saturday, March 8, 2014

'Menu' Bahaya!

Assalamualaikum

Sumber : Facebook/KKM

Lepas ni terpaksalah kurangkan makan ayam goreng. huhu takut juga kan. Makan kentaki sebulan sekali rasanya ok lah. hehe



Note : Sama-sama kita doakan keselamatan kesemua penumpang & anak kapal MAS yang hilang semasa dalam perjalanan menuju ke Beijing tadi pagi. 



Friday, March 7, 2014

Jom berbelanja di LINE Shopping

Assalamualaikum

LINE Shopping ni khas untuk pengguna LINE yang mendaftar dalam LINE Shopping Official Account. Pelbagai barangan yang boleh anda beli melalui LINE Shopping ni seperti pakaian, gadget, aksesori, barangan kecantikan dan macam2 lagi.

Nak tahu lebih lanjut klik je Official Account LINE Shopping




Atau boleh je pegi ka Facebook page LINE Shopping di LINE Shopping/Facebook





Jom sama2 menyopping di 






Bulan Bayar Cukai !

Assalamualaikum

Salam jumaat semua.
Dah declare cukai ??
Belum ke, lebih baik buat cepat2 sekarang. Untuk mereka yang tidak ada punca pendapatan dari perniagaan, means korang dapat pendapatan bulat2 dari gaji bulanan tu, cepat-cepatlah declare cukai korang. E-Filing dah buka mula 1 Mac hari tu hingga hujung bulan April.

Tak tahu gaji kena cukai ke tidak ?
Rasanya dulu, mereka yang mendapat gaji bersih RM2,500.00 ke atas akan dikenakan cukai pendapatan. Sekarang rasanya RM3,000.00 ke atas baru dikenakan cukai (kalau salah tolong betulkan ye).

Pernah masuk e-Filing kan.
Senang je nak isi form tu. Masukkan jumlah pendapatan tahunan yang ada dalam penyata pendapatan tahunan yang korang dapat daripada majikan tu dan lepas tu tolak lah dengan segala rebat yang ada.
Nanti sistem tu akan kira sendiri berapa cukai yang korang kena bayar untuk tahun lalu.

Nanti cukai tu bolehlah bayar kat kaunter LHDN atau bank2 berdekatan.
Tapi aku lebih suka buat potongan cukai setiap bulan. Meaning, tahun lalu, 2013, aku siap2 buat potongan gaji untuk bayar cukai dari bulan Jan hingga Dec.
So sekarang, aku hanya tinggal declare pendapatan dan tengok samaada aku terlebih bayar atau terkurang. Ikut pengalaman aku sebelum2 ni, selalunya aku terlebih bayar cukai.
Tapi korang jangan risau, LHDN akan kembalikan duit yang terlebih tu samada melalui cek atau bayaran terus ke bank kita.

Nak kongsi antara rebat cukai yang ada selain daripada KWSP dan Zakat :-
  1. Pembelian buku/majalah (yang berbentuk ilmiah ye)
  2. Pembelian komputer peribadi
  3. Tabungan bersih SSPN
  4. Pembelian peralatan sukan (ikut akta sukan)
  5. Yuran langganan perkhidmatan jalur lebar
  6. Faedah pinjaman perumahan (yang ni LHDN agak cerewet sedikit, korang kena siapkan dokumen2 yang dorang minta awal2 sebelum klik rebat ni)
  7. Insurans Nyawa
  8. Insurans Pendidikan dan Perubatan
  9. Anak-anak yang ditanggung
  10. Yuran pendidikan sendiri

Ok selamat mendeclare pendapatan. Tata!



Thursday, March 6, 2014

Bual Bicara dengan Shumi

Assalamualaikum

Aku hari-hari sekarang ni memang ambik Shumi dari sekolahnya.
Dulu babanya selalu ambik tapi mo jimat kos kunu, aku yang memikul tugas tu sekarang.

Kami memang lama dalam kereta sebab jammed yang agak melampau di waktu petang. Semua orang nak balik cepat kan. Jadi, untuk menghilangkan keboringan, aku pun berbual bicara lah dengan Shumi.

Persoalan yang lama suda aku mau tanya dengan Shumi...

Umi : Shumi, mana yang lebih garang? Umi kah atau Baba?
Shumi : Babalah. Umi nda garang pun.
Umi : Kalau Umi dengan Baba marah Shumi ngan Shamzi bah, Shumi marahkah ?
Shumi : Nda.
Umi : Shumi tau napa Umi ngan Baba marah Shumi sama Shamzi?
Shumi : Tau....sebab Shumi degil nda dengar cakap Umi.
Umi : (dalam hati, lega sebab takut juga Shumi jawab marah. Tau lah kan budak2 ni selalunya dorang akan jawab yang jujur. Aku kan mempunyai sifat azali wanita, suka membebel, takut pula dorang Shumi 'benci' dengan bebelan aku tu...huhu bebel untuk kebaikan)
Umi : Itulah, Umi ngan Baba bukan suka-suka hati marah. Umi marah ada sebab. Umi ngan Baba sayang Shumi, Shamzi sama Damia. Umi nda mau anak2 Umi nanti besar nda pandai, Nda dengar cakap orang tua....
Shumi : diam jak sambil angguk2.
Aku dan Shumi diam sekejap.
Shumi : Umi, Saya mo naik kapal terbang bah. Mo pegi Kuala Lumpur tengok ikan di Aquaria tu.
Umi : (dalam hati...sian Shumi, dah berapa kali cakap dia mo naik kapal terbang. Itu pun sebab dah berapa kali hantar Uminya ke airport sebab nak pegi kursus di KL).
Umi : Bah nanti kalau ada rezeki kita pegi a'a. Nda berani aku janji dengan Shumi. Takut tak tertunai pulak mesti dia hampa. In sha Allah nak, kalau ada rezeki lebih kita naik kapal terbang ye...

Sebab tu pentingnya kadang2 kita mesti cari ruang untuk berbual dengan anak-anak dari hati ke hati kan. Barulah kita faham apa yang mereka nak, apa yang mereka tak suka, apa yang dorang suka buat, siapa kawan dorang di sekolah.......



Note : Sekarang ni sedang gigih check tambang flight ke KL. Harga tiket pegi balik KL untuk 5 beranak dekat RM1,600.00 (mahalnya).  Hari tu ada promo free seat Air Asia. Try masuk memang tak dapat2. Kawan aku cakap, selalunya kalau Air Asia buat promo camtu, kena tunggu tengah malam baru try book. Kalau yang peak hour memang susah nak dapatkan yang free tu, orang berebut..huhu





Wednesday, March 5, 2014

Sirap Limau Satu!

Assalamualaikum

Musim kemarau memang panas...
Jalan 5 langkah pun dah berpeluh-peluh..
Habis lunyai kertas buat kipas...
Rasa nak duduk jak dalam opis 24 jam ber air con dengan suhu 16'c.
Berdiri di luar sana, confirm habuk seinci tebal menepek kat muka. Tak payah nak simpan bedak dah..huhu
Bestnya kalau dapat berendam kat kolam sambil minum sirap limau ais.....






Pengajaran : Sentiasa bersyukur dengan keadaan sekarang. Hujan, kemarau, ribut petir segala itu suda ketentuanNya......jangan asyik nak mengeluh je :D



Wordless Wednesday # 46

Assalamualaikum



Source : Facebook/Whatapps


Renung-renungkan dan fikirkan.....moga kita tak termasuk dalam kategori kat atas tu ye.


TaTa! nanti pelan2 aku BW korang ye (^_~)




Tuesday, March 4, 2014

Susulan Operasi Pembersihan

Assalamualaikum

Hari pertama selepas operasi pembersihan ahad tu, Hubby cakap dia tak terserempak lagi dengan 'cik ti'.
Yalah, hubby orang yang pertama balik rumah selepas mengajar.
Selalu sebelum tu, bila buka pintu dapur mesti akan terserempak dengan 'cik ti' yang kelam kabut lari melalui pintu belakang. huhu

Mungkin cara kami berkesan, dengan memasang jaring kat pintu dapur belakang tu. Kan situ pintu keluar masuknya. Tak tahu pulak kalau lepas ni 'cik ti' tu berani ikut pintu depan lah pulak kan.

Post tentang ops 'cik ti' semalam tu, ada juga rakan2 blogger yang prihatin bagi idea. Thanks korang.
Doktor kita si Daddy Ziyyad tu siap ajar cara nak perangkap 'cik ti' guna perangkap jenis gam melekat tu.
Boleh tu boleh, tapi kan yang kami nak basmi ni 'cik ti' yang sesat dari luar. Tempat tinggalnya kat dalam lubang longkang kat luar tu. Saiz dah macam anak kucing.
Tak dapat pulak aku bayangkan bila esok pagi jumpa 'cik ti' saiz camtu punya besar melekat kat perangkap tu. Jauh sangat beza saiznya dengan 'hasil tangkapan' si Si Daddy Ziyyad tu. Yang tu pun aku dah geli geleman. yaikkkss.

Cik Puan pula suruh pelihara kucing katanya.
Bukannya tak nak....aku memang suka kucing terutamanya anak2 kucing tu semua. Comel sangat (^_^).
Tapi kan masalahnya, aku tak tahan dengan bulu kucing tu. Aku tak ada asma tapi aku memang tak boleh tahan dengan bulu kucing. Rasa cam semua bulu2 tu berterbangan masuk kat dalam mulut dan hidung aku. Nak kata alergik, tak juga cuma memang aku tak selesa. huhu

Buat sementara waktu ni, aku gunakanlah dulu cara kami tu, sembur serai wangi banyak2.
Sekiranya tak mendatangkan hasil, barulah cara yang kat atas tu diguna pakai....:D



Note : Orang tua-tua cakap, jangan sebut nama 'cik ti' dalam rumah nanti semakin banyak yang datang. (tak tahu betul ke tidak tapi sampai sekarang masih aku praktiskan)

Note Tambahan : Aku suspect 'cik ti' tu boleh sampai kat belakang dapur rumah kami tu sebab dapat jiran yang tak prihatin. Bukan apa, kat tingkat atas kami tu ada jiran yang baru masuk. Rasanya student yang menyewa tempat tu. Yang tak seronoknya, sisa2 makanan dorang just buang ke bawah belakang dapur. So korang boleh bayangkan keadaan kami yang tinggal kat ground floor ni. huhu
Ada satu hari tu, dorang buang isi perut ikan ke apa, busuknya menusuk hidung.
Dah buat aduan kat management. Tak tahu dorang ada tegur ke tidak budak2 tingkat atas tu. Nyampah betul bila dapat jiran camni. Menyusahkan orang. 
Terpaksa tahan je lah. Adat rumah apartment, nasib baik ada 3 tingkat je. Bayangkan kalau ada 10 tingkat dan 5 ke 8 tingkat buang sisa2 tu semua kat bawah, tak ke kes naya tu...huhu




Monday, March 3, 2014

Operasi Pembersihan

Assalamualaikum

Semalam aku tak keluar pegi mana2 pun.
Ada perancangan juga nak keluar beli barang dapur sikit tapi cuaca kat luar panas sangat, hubby yang keluar sekejap pun katanya tak tahan, panas terik sangat.

So duduklah kat rumah sambil tengok ragam anak-anak dah macam tarzan, gelak kuat2 sambil lompat sana sini. Nak marah pun tak guna, dah itu sifat azali kanak-kanak kan. Bersabar je lah Uminya ni.

Disebabkan kami tak keluar kemana2, Hubby cakap dia nak buat 'operasi pembersihan' kat dapur rumah kami. Bukan apa seminggu dua ni ada 2 3 kali terserempak dengan 'cik ti'. Dah lama dah tak nampak kelibat 'cik ti' semenjak mula2 kami pindah masuk rumah ni. Mula2 masuk rumah dulu memang banyak kali terserempak dengan 'cik ti', tapi lepas buat aduan dengan pihak pengurusan, orang pest control datang, dah tak nampak lagi kelibat binatang tu.

Aku ok je, lagipun hubby yang cuci2 tu lantai tu semua. Aku tukang tengok je dan jaga Damia daripada turut 'membantu'. :P
Nasib baik 'cik ti' cuma tinggalkan jejak t***nya kat bawah tepi mesin basuh. Belum sampai bongkar segala makanan kat rak dapur tu semua. Tapi demi keselamatan, bersihkan jugalah rak2 tu.
Abis cuci tu semua, hubby pasang jaring kat pintu belakang dapur sebab 'cik ti' masuk dari sana. Dah berapa kali kami nampak. Pastu sembur dengan air serai wangi tu. Harapnya lepas ni binatang tu lagi sesat masuk ke rumah kami. Geli tau, dah lah kotor, bahaya bawa penyakit...huhu




Harijadi di Pizza Hut

Assalamualaikum

Salam Isnin semua.
Hari tu ada post tentang hari lahir Shumi yang ke-8. Dah besar anak Umi ni. Kita orang takdelah sambut birthday yang besar2an gitu, cukuplah kami 5 beranak je. 
Dan hari sabtu tu, kami sekeluarga sambut birthday Shumi di Restoran Pizza Hut. Beli kek yang ready made tu kat Southern Bakery dan tak lupa 3 mini cup cake untuk Shumi, Shamzi dan Damia.
Kenapa tak sambut 27hb tu ? bukan apa, kan tu masa sekolah. Shumi sehari di sekolah, balik rumah dah penat, nak buat kerja sekolah lagi. Kesian pula dia tak seronok nak celebrate sebab penat. 


Birthday Boy yang dah masuk 8 tahun. Bukan main dia nak bergambar dengan keknya. Abis teleng kepala nak bagi pose yang menarik konon.



Ni adik-adik birthday boy tu. Damia kalau dah nampak makanan, ok je perangai dia. Makan cup cake tak payahnya nak guna sudu. hehe
Shamzi yang relaks. Shumi dan Damia riuh rendah dalam keta, dia bukan main syok membuta....(^_~)



Kek yang tak seberapa rupanya. Dah namanya kan ready made. Tapi kan walaupun hiasan dia out, taste dia terbaeekkk. Shumi pilih Fresh Cream Chocolate Cake. Dan pilihan dia tepat sebab sedap!



Yang kami order di Pizza Hut. Kira cam pembuka seleralah konon. Hari sabtu hidangan ni separuh harga, daripada 20 lebih, selepas diskaun cuma 12 ringgit lebih ja. Sedap tau, especially yang ala ala breakie wrap tu. 



Kalau dah makan di Pizza Hut, haruslah order pizzanya kan. Kami pilih Tuna Spicy dan Hawaian Chicken. Tak silap dulu Tuna tu tak pedas tapi sekarang dorang dah ubah suai menu menjadi pedas. Dan memang pedas tau, aku pun tak tahan. 



Dan sebagai memenuhi permintaan OKje @ Mama Zir hari tu, ni dia wajah birthday boy semasa baby dahulu. Puas godek2 gambar, gambar ni je yang ada, sebab kan dulu rajin cuci dan simpan dalam album...hehe




Sunday, March 2, 2014

Sayang Korang # 1

Assalamualaikum

Yang ni bukan entri klise ye. Orang lain buat post ni, ko pun nak tulis juga. Tak kisahlah apa orang nak kata kan, blog aku, aku suka lah nak tulis apa, asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada yang membacanya....bukan marah, nak bagitahu jak....hehe

Bukan post apa pun, saja nak senaraikan mereka-mereka yang rajin komen di blog ni. 
Terima kasih daun keladi, sayang korang 


1. Cik Puan - 62 komen
2. Hainom Okje - 60 komen
3. Atiey - 57 komen
4. Ummu Aidan-Arissa - 39 komen
5. Fiza Rahman - 37 komen
6. Anum - 37 komen
7. Kak Zakie - 36 komen
8. Mrs.Eady - 28 komen
9. Cik Nor - 25 komen
10. Mama JJ - 23 komen


Jom ramai-ramai terjah blog mereka yang peramah ni... (^_~)





Biar Ceria macam Damia!

Assalamualaikum

Macam mana hujung minggu korang ?? ada yang masih berehat2 kat rumah dan ada juga yang sudah memulakan kerja. 

Tak kisahlah kan, apa yang sedang korang buat di hujung minggu yang agak cerah ini....yang penting semuanya gembira. Biar ceria macam Damia (^___^)



Gadis kecil si hitam manis yang ceria di hujung minggu 




Saturday, March 1, 2014

Hujan Rintik-Rintik

Assalamualaikum

Sapa yang suka lukis benda ni sambil menyanyi masa sekolah dulu ?? sila angkat kaki dan tangan



Sumber : Facebook



Aku suka lukis benda ni, habis satu muka surat buku aku lukis kepala orang ni. Ada yang bulat, ada yang senget, ada yang lonjong....tapi tetap muka orang yang sama...hehe
Cuma lirik aku beza sikit kat rangkap kedua tu, atas tu air bergelombang tapi versi aku pulak ombak ombak ombak.
Sekarang ni tengah turunkan 'ilmu' ni kat Damia pulak....and guess what, dia pun suka juga. (^_~)





Note : Dah seminggu tak de hujan rintik-rintik kat KK ni......emmmm








Nasib baik tak kena telan?

Assalamualaikum

Semalam siap dah urusan yang aku nak buat.
Bukannya urusan besar pun, nak ambik Kad Kereta Alputih tu, dah masuk setahun umurnya, 13 Mac nak kena belikan hadiah harijadi si Alputih kat JPJ tu..hehe
Nanti aku nak buat entry review tentang Alputih tu, tapi ada yang baca ke (^_~)

Lepas tu, terus korek gaji sebab nak bayar segala hutang piutang yang ada.
Lepas bank ini, pegi ke bank itu pulak...
Sampai ke bank itu, berbarislah aku dalam barisan panjang.
Ada 2 barisan sebab hanya 2 CDM je yang boleh guna.
Tunggu dengan penuh kesabaran, tempat tu sangat panas sebab rasanya air-con kat machine semua tu, bank tu off kan. Berpeluh2 aku tengok orang yang berbaris kat situ, termasuk aku le tu.
Bank tu pun satu, kot ye pun nak jimat letrik, takkan off kan air-con tempat di mana orang ramai selalu masuk untuk gunakan perkhidmatan mereka. Sangat-sangat tidak selesa langsung. huhu

Tengah sabar menunggu tu, tetiba dengar suara orang bercakap agak kuat, abislah duit aku kena telan
Rupa-rupanya lepas orang tu masukkan duit kat CDM, tetiba CDM tu off, tergendala perkhidmatan.
Sian lelaki tu, dah  lah berpeluh2 menunggu giliran, tiba giliran dia pula CDM tu buat hal, duit pulak dah dimasukkan. Nasib baik masa tu staff bank tu masih ada yang belum balik. Lelaki tu terus buat aduan. Staff bank tu kata, boleh dapat balik duit, kena isi borang dan tunggu seminggu baru duit dikembalikan.
Seminggu baru dikembalikan! kalau orang nak guna duit tu camna. Katakan orang nak guna duit atas sebab2 kecemasan, tak ke menyusahkan orang namanya tu....

Dah puas menunggu, tiba giliran aku pulak...
Takut juga CDM yang tinggal satu tu, tergendala juga. Habis aku. Nak bayar hutang, due datenya sebelum 1hb, dah lah bulan ni sikit je harinya, esok dah masuk 1 Mac...
Siap doa2 lagi tu, baca bismillah masa masukkan duit.
Alhamdulillah, urusan berjaya. Nasib baik duit aku tak kena telan. Payah pulak nak tunggu sampai seminggu.



Note : Tapi kan hari tu duit en.hubby dah kena telan....cucuk ATM, nak ambik duit, duit tak keluar2, resit pun sama tak keluar. Semak baki, dah kena potong. Sama kes cam si Izwa hari tu. Bank yang sama pulak tu. Hubby malas nak report kat bank, katanya halalkan je lah. Bukan rezeki kami agaknya..huhu
Nasib baik seratus, kalau seribu, tak pasal2 aku yang mengamuk kat bank tu pulak....penat2 kita cari duit, senang2 je dorang nak telan....hehe aku pulak yang emosi