Wednesday, April 30, 2014

Makanan yang perlu dielak oleh bayi

Assalamualaikum

Terbaca ni di majalah Mingguan Wanita.....walaupun anak aku yang kecik tu dah pun berumur 2 tahun lebih tapi apa salahnya kongsikan maklumat yang berguna ini untuk bakal-bakal ibu di luar sana.

Bayi, semua orang pun memang tahu kan, sangat sangat sangat sensitif. Sensitif dengan persekitaran, sensitif dengan apa yang mereka pakai dan sensitif dengan apa yang mereka makan. Apa yang kita makan tidak semestinya sesuai dengan bayi kita kan. Semasa mengandung dan awal kelahiran pun kita dah diberitahu oleh doktor dan jururawat tentang cara pemakanan bayi yang betul.

Antara makanan yang tidak sesuai diberikan kepada bayi :-

  1. Garam - Buah pinggang bayi belum cukup matang untuk memproses garam pada usia ini.
  2. Gula - Menyumbangkan tenaga tetapi tidak mempunyai nutrisi yang baik.
  3. Madu - tidak digalakkan diberikan kepada bayi kerana takut kemungkinan wujudnya bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi.
  4. Jus Buah Pekat - boleh diberikan tetapi nisbah 1 bahagian jus : 10 bahagian air.
  5. Putih Telur - berkemungkinan menimbulkan reaksi alergik kepada bayi.
  6. Susu Lembu - boleh diberikan bila bayi berusia 12 bulan ke atas. Susu lembu dikatakan tidak mempunyai vitamin dan mineral penting yang cukup untuk pertumbuhan bayi.
  7. Susu Rendah Lemak (susu dietlah ni) - susu jenis ini tidak akan memberi tenaga yang cukup untuk pertumbuhan bayi.


Tapi kan jujurnya aku pernah bagi anak-anak aku makan madu semasa mereka bayi dahulu. Actually bukan makan tapi just letak sedikit madu kat atas lidah dorang. Ni sebenarnya petua orang tua nak hilangkan kerak susu yang melekat kat atas lidah bayi tu. 

Dan susu lembu tu......emmm aku termasuk dalam golongon ibu yang tidak berkemampuan untuk berikan susu sepenuhnya kat anak-anak. Tiga2 anak aku semuanya sama, hanya dapat merasa susu ibu dalam 2 hingga 3 bulan sahaja. Lepas tu susu 'kering' sendiri. :( 

Siapa kata aku tak cemburu bila melihat ibu-ibu yang lain dapat susukan anak mereka cukup 2 tahun. dah banyak usaha dibuat tapi rezeki nak bagi susu sendiri kat anak-anak sampai tahap tu jak. 
Susu lembu sebagai pengganti.....nak buat macam mana. 



Note : Kadang2 aku kecik hati juga bila dikatakan sengaja tak nak susukan anak. huhu orang tak akan faham selagi mereka tak mengalaminya sendiri.



Wordless Wednesday # 51

Assalamualaikum


Cuba lihat dan renungkan sejenak


Sumber : Facebook

Macam ada betulnya kan ??? (^_~)

Umi sudah siap masak, lapar bah...Umi tolong cari baju saya...Umi boleh saya itu....Umi boleh saya ini....bla bla bla
Kadang-kadang tu ada juga minta tolong dengan Baba tapi jawapannya, kamu cuba tanya Umi....Baba nda tahu cari baju kamu......:p

Bukanlah nak kata, si Baba tak menolong Uminya ni...tapi anak-anak selalunya akan lebih senang meminta daripada si ibu kan......ibu kan berhati lembut....cam aku lah tu....hehe kadang-kadang terus cair bila anak-anak sudah mula merayu....bukan seperti Baba yang garang tegas tapi baik hati...


Note : banyak cakap pula.....wordless apa ke benda...hehe





Tuesday, April 29, 2014

Darlie Expert Fresh

Assalamualaikum

Siapa yang tak mo gigi putih cantik berseri dan pada masa yang sama berbau segar. Bila senyum nampak gigi putih tersusun gitu kan dan bila bercakap kita relaks jak sebab yakin tak ada bau yang tak menyenangkan. Keyakinan nak berdepan dengan orang ramai pun terus meningkat. Nak-nak lagi cam aku yang hari-hari berhadapan dengan customer.

Selain daripada mendapat rawatan penjagaan kat klinik-klinik gigi, kita juga ada pilihan untuk menjaga gigi di rumah dan pada masa yang sama mengekalkan nafas berbau segar. Antaranya ialah Jenama Darlie. Darlie memperkenalkan produk terbaru mereka yang dirumus khas mencegah bakteria yang menyebabkan nafas berbau. 

Darlie Expert Fresh








Untuk makluman yang lebih lanjut mengenai produk baru dari Darlie ini, boleh jak klik di sini


TaTa! :D





Koki Bandung lagi

Assalamualaikum

Memandangkan hari tu hubby dah bawa aku pegi bershawarma berdua.....hari sabtu tu giliran Mam Besar pula membawa anak-anak dan hubby menjamu selera...hehe

Aku tak bawa ke tempat yang sama hubby bawa sebab aku tahu selera anak-anak aku...dorang tak berapa gemar makan nasi yang berempah-rempah ala ala beriani tu. Jadi kitaorang pegi ke satu restoran ala ala indon ni.

Kami sebenarnya dah tiga kali makan di sini....so yang ni ke 4 kalilah kiranya....



Restoran Koki Bandung....menghidangkan makanan ala ala Jawa gitu. Menu utama tentulah Nasi Ayam Penyet yang menjadi kegemaran Shumi dan Shamzi. Nasi Kambing Penyet juga menjadi menu special di restoran ni. Sebab tu lah rasanya ianya menjadi restoran pilihan JJCM TV3 tu.



Ni aku tak tahu pose versi apa......versi kepala lentok agaknya. Bila aku snap, cam berjanji jak tiga beradik ni



Antara menu-menu pilihan hari tu


Suda semestinya Nasi Ayam Penyet



Ni pula Pecel Lele ataupun Ikan Keli goreng 



Ni yang menyebabkan Ayam Penyet dan Pecel Lele menjadi ummpphh bila dimakan dengan nasi panas. Pedas dan juga manis pedas

Dan ni yang menyebabkan aku dan hubby teringin nak makan di sini lagi.....

Sup Ekor Lembu....Semangkuk untuk dua orang makan ni berharga RM16.00
Tapi berbaloi dengan rasanya.....sedap, rempah ratus semuanya cukup. Dagingnya pula lembut jak. 




Note : Terapi yang menyenangkan untuk aku bila melihat anak-anak gembira dan makan dengan penuh selera :D






Monday, April 28, 2014

Biasakan yang sebetulnya

Assalamualaikum

Terjumpa ni dikongsikan di Facebook. Tanpa sedar kita selalu menyebut perkataan yang biasa seperti di bawah ni. Aku pun kadang-kadang ada juga menyebutnya.....emmmm

Tapi apa kata kita tukarkan yang biasa itu kepada yang sebetulnya


Sumber : Facebook


Mom I LoVe U

Assalamualaikum


  


Ni yang membuatkan hati seorang ibu menjadi sebak gitu.......terjumpa kertas ni semasa mengemas meja belajar Shumi hari tu. Kertas yang dibuat seakan sebuah kad ucapan dan di dalamnya tertulis ayat ini. Walaupun ayatnya berterabur tetapi aku faham maksudnya.......
Sangat tacing tau baca ayat ni....tersentuh naluri hati seorang ibu tau....huhu

Nampak kesungguhan Shumi membina ayat ni sebab kalau ayat ni cantik dan tersusun sudah tentu Shumi main salin jak apa yang cikgunya tulis kat white board tu. 

Saya sayang kamu, Mak.....saya sangat gembira kerana Mak telah memberikan kegembiraan dalam hidup saya....terima kasih Mak

sob sob sob (T___T) nangis tau.....Umi pun gembira sebab ada Shumi, Shamzi dan Damia dalam hidup Umi. 


Note : Lebih menggembirakan lagi bila mendengar Shumi membaca Al-Quran semalam seorang diri di dalam bilik. Aku dan Hubby berpandangan sesama sendiri. Aku sebak tau, sambil menjahit, aku tahan-tahan air mata jatuh sebab gembira. Aku tanya kepada Hubby bagaimana bacaan Shumi sebab secara jujurnya aku juga masih belajar memperbaiki bacaan Al-Quran...... kata Hubby bacaan Shumi semuanya baik cuma Tajwid masih perlu diperbaiki. 
Usaha lagi nak......Umi doakan semoga Shumi menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat...amin




Saturday, April 26, 2014

Yang ke-400

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu korang semua. Hari ni tetiba tak da idea, tak tahu nak update apa. Nak bagi tahu apa yang aku buat hujung minggu ni, mesti semua pun tahu kan. Kalau dah bergelar mak mak ni, haruslah dengan rutin hariannya. Cuci baju bajan, kemas rumah, masak (ni pun kalau tak malas lah...hehe sebab hujung minggu kan hari makan di luar...:P)

Ok....sekadar nak berkongsi jumlah Followers blog picisan ni.....baru mencecah yang ke 400. Korang jangan gelak ye.....ye lah blog yang lain followernya dan mencecah ribu riban.....:D

Jom kita lihat follower aku yang ke 400 tu. Cik Adik Manis kita ni Liyliz YuSof 




Oklah TaTa......happy weekend!



Friday, April 25, 2014

Sebelum kita ...

Assalamualaikum
 
 
Sekadar renungan di hari Jumaat



Sumber : Facebook
kan.......renungkan dan fikirkan
 
 
Note : Selamat berhujung minggu :D
 
 
 

Bershawarma di tengahari

Assalamualaikum

Pelik ke tajuk tu...... Bershawarma gitu....hehe
Alkisahnya semalam tetiba hubby call aku kat tempat kerja, nak pegi lunch sama2 ke ?? so aku ibarat orang yang ngantuk disorongkan bantal, ok je...dah orang ajak makan kan. :D

Jam 12.30 tu hubby datang ambik kat opis. Tapi kali ni aku lebih berhati2 masuk keta sebab tak nak pisang berbuah dua kali kan.....tak mo lah ada entri kedua pasal Tersepit Jari tu...huhu auuuchhhh!

Ingatkan hubby nak bawa makan kat area2 dekat opis aku tu jak...tempat yang biasa yang kami makan tapi dia melencong kat tempat lain. Aku tanya hubby nak pegi makan kat mana ?? hubby kata makan kat tempat murah2 jak. Kalau murah apasal nak pegi tempat jauh2, dahlah lunch hour aku sejam jak, jammed pulak masa tu. huhu
Aku dah start membebel buruk kan perangai, dahlah ada orang nak bawa makan huhu

Tapi aku ikut je lah mana hubby nak bawa....rupa-rupanya dia ajak makan kat satu restoran arab ni...katanya kawan dia yang suggest, sedap....ooooo gitu rupanya....makanya ber ya abibi ya maulana lah kami tengahari tu...hehe


Nama restoran tu Al Andalus Arabian Restaurant, lokasinya di Warisan Square depan Centre Point tu...



Avocado Jus untuk hubby dan Oren Jus untuk aku......sedap hirup ni di cuaca yang terik masa tu
 Dan inilah dia rupanya Shawarma tu


Shawarma Chicken with Rice untuk aku
 
Dan Shawarma Lamb with Rice untuk hubby

Shawarma ni boleh juga dimakan dengan roti tapi tekak orang Malaysia kan...nak juga makan nasi. Rasa dia bagi aku ok lah....tapi yang hubby punya tu memang sedap...aku yang tak makan kambing pun terus terpikat dengan rasanya....bau kambing memang tak ada....dipanggang dengan sempurna gitu...
Mungkin nanti nak pegi sini lagi sebab nak cuba menunya yang lain. (^_^)




Thursday, April 24, 2014

Clinique New Even Better Essence Lotion

Assalamualaikum

Memperkenalkan produk baru daripada jenama kecantikan terkemuka Clinique. Diformulasikan khas untuk kulit wanita asia. 

Dengan penggunaan yang teratur kulit akan menjadi lebih lembut, licin dan bersinar dalam masa 4 minggu sahaja :D

Didatangkan khas untuk kulit kering dan juga kulit berminyak. Harga RM125.00 untuk 100ml. Mahal?? sepadanlah dengan jenama terkenal dan juga keberkesanannya...gitu

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ni ??? klik je link kat bawah ni (^_~)









Tak cuba kita tak tahu kan....bak kata Clinique Kulit yang cantik boleh dimiliki tak kira usia 





Penjaram kenapa nak diperam

Assalamualaikum


Ni sapa punya kerja lah mencari jawapan tentang 'Penjaram kenapa nak di peram' ish ish ish. Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan.....Penjaram adalah salah satu kuih tradisional suku kaum Bajau di Sabah dan ianya TIDAK diperam tetapi digoreng seperti kuih-kuih yang seangkatan dengannya...

Kuih penjaram tradisional diperbuat daripada tepung gandum, tepung beras, gula, air untuk membancuhnya. Kesemuanya dicampur dan digaul sehingga menjadi adunan separa cair. Ianya digoreng dengan menggunakan acuan khas. Kalau dahulu, aku selalu nampak nenek menggunakan tin kecil bekas sambal bilis tu untuk dibuat acuan kuih penjaram ni.
Sekarang ni penjaram dah dipelbagaikan rasanya. Ada yang dicampurkan dengan perisa pandan dan ada juga yang dicampurkan dengan gula melaka. Aku lebih suka yang ada gula melaka tu, sedap.....nak2 lagi kalau makan yang panas2. yummmy

Dulu masa zaman budak2 aku tak berapa suka makan kuih ni....tapi aku suka makan kat tepi-tepi kuih penjaram tu....yang kelim2 dia tu. Sedap, ada rasa hangus2 sikit tu. Mak selalu membebel kat aku, baik tak payah makan kuih penjaram tu kalau togelkan kat tepi2 dia tu jak .....hehe

Ada yang belum tahu lagi macam mana rupanya kuih penjaram tu ?? ni aku pinjam jap beberapa keping gambar dari encik Google tu. 


Sumber : akusijebat.blogspot.com


Sumber : akusijebat.blogspot.com


Note : Tuan punya blog akusijebat.blogspot.com, aku pinjam kejap gambar kuih penjaram mu ye. Thanks. :D


Wednesday, April 23, 2014

Wordless Wednesday # 50

Assalamualaikum
 
 
Let the picture tell you
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Happy wednesday (^_^)
 
 
 


Tuesday, April 22, 2014

Bila tak dapat tidur

Assalamualaikum

Dua tiga hari aku selalu jak tidur lewat
Tak dapat nak lelapkan mata...bukan sebab ada masalah ke apa
Cuaca kat KK ni bila malam hari lebih kurang jak dengan siang hari..panas
Badan melekit sebab berpeluh. Selagi mata tak ngantuk selagi tu lah aku malas nak 
baringkan badan. Tak selesa bila berpeluh-peluh.
Tak kan lah pula nak mandi tengah2 malam buta, nak cari penyakit ke apa ??

Jangan tanya kenapa tak on kan air-con ??
Rumah aku, aku tak pasang air-con sebab aku tak suruh hubby pasang.
Hari tu beria-ia hubby nak pasang air-con tapi aku tak nak.
Bukannya apa, bila duduk dalam air-con ni walaupun semalam jak, kulit aku memang cepat kering, Pastu bibir mulalah mengelupas kulitnya, bila sapu gincu terus jadi 'bida' sebab kalernya tersangkut2 kat kulit kering tu. Sebab tu aku tak suka ber air-con. Cukup lah kipas syiling dan kipas meja tu.

Bila tak dapat tidur tu mulalah aku terpikir2 nak buat apa....
Nak tengok tv, rancangan tak best pulak, ASTRO tiap hari makin mahal bilnya tapi 
siaran tu juga diulang-ulang berpuluh kali. Ni kalau ASTRO baca ni, dengarlah teguran pelanggan mu ini......Jangan sampai customer cabut lari tau...kitaorang tengok berbayar bukannya free. huhu
Nak baca novel terasa malas pula nak menghayati dalam keadaan bilik yang cam sauna ni.
Aku kalau baca novel mesti dalam keadaan yang selesa barulah dapat memahami dan menghayati cerita tu :D
Nak kemas2 dapur, malas dah nak bergerak-gerak....tambah melekit badan. 
Semua pun serba tak kena.....




Image from Google 

Tak kan nak kira kambing biri2 pulak.huhu









Note : Tapi kan lepas tulis post ni, terus tertidur....hehehe Terima kasihlah sebab baca cerita kosong ku ini :P
Extra Note : Alhamdulillah, hujan sudah mula turun semalam....:D




Citarasa Sabah Food Festival 2014



Assalamualaikum

Selepas aku, hubby dan anak-anak puas bercanda di tepian pantai membina istana pasir yang tak berapa nak menjadi, kitaorang singgah ke Citarasa Sabah, Food Festival 2014 yang di adakan di KK Times Square pada 18 - 20 April 2014, bermula dari jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam.

Pameran makanan tradisi suku kaum yang ada di Sabah ni diadakan sempena Visit Malaysia 2014 . Kitaorang pegi sana dalam jam 7.30 malam gitu, so banyak gerai yang dah nak tutup. Tapi aku dapat jugalah snap beberapa keping gambar yang nak aku kongsikan di sini. 



Pintu masuk pameran tu. Actually tempat pameran ni di adakan adalah sama dengan tempat aku berkerja. So masuk parking free jak sebab aku guna season park card aku tu. Abaikan jak budak dua orang yang nak juga interprem masuk dalam gambar ni. 



Antara gerai-gerai makanan mengikut suku kaum yang ada di Sabah. Yang berbungkus tu, makanan daripada suku kaum Melayu Brunei di Sabah iaitu tapai nasi. Makanan ni rasanya semua pun makan kan. Yang dalam bekas bertutup merah tu, semuanya adalah jeruk2 yang dibuat daripada buah-buah tempatan yang ada di Sabah. Yang paling terkenal sekali dan rasanya semua kaum di Sabah ni makan adalah Jeruk buah Bambangan. 



Ni makanan daripada gerai suku kaum Dusun. Dari sebelah kiri, Mangga Tinutuk atau lebih kurang cam mangga tumbuklah. Mangga muda yang dicampur dengan belacan, cili padi, bawang merah dihiris dan ikan bilis yang ditumbuk. Di sebelahnya pula ialah Hinava , makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun ni diperbuat daripada ikan, air limau nipis, cili padi, hirisan bawang merah dan juga halia. Kesemua bahan dicampur dan diperam. Air limau nipis tu akan membuatkan isi ikan itu masak dan rasanya memang sedap dimakan dengan nasi putih. Dan yang disebelah kanan sekali tu ialah Noonsom Bambangan ataupun Jeruk Bambangan. Jeruk ni diperbuat daripada buah bambangan dimana isi buah bambangan yang berwarna kuning tu dihiris-hiris, manakala bijinya yang berwarna putih tu diparut. Kemudian keduanya dicampurkan bersama garam dan diletakkan dalam bekas yang bertutup dalam masa seminggu. Selepas seminggu ianya siap untuk dimakan bersama dengan lauk pauk yang lain. Dan jangan lupa letak cili padi untuk menambahkan umpphnya....perghhh mo meleleh air liur aku nak terangkan semua makanan tu. hehe



Dan yang ini, korang jangan nak tutup mata ye.....aku snap gambar ni dah kembang semacam bulu roma. Damia yang aku dukung masa tu, dah menggigil kegelian melihat 'benda' ni bergerak-gerak di dalam bekas yang dilapisi daun pisang tu......yaiiikkksss
|
|
|
|
|
|
|
Tada !!!! ni lah salah satu juga makanan tradisi suku kaum Sabah.....tapi yang ni aku tak makan ye.......nak tengok pun rasa geli geleman. Tapi tu lah ni juga menjadi salah satu makanan suku kaum Kadazan di Sabah. Kiranya dalam kategori Exotic Food di Sabah ni.  Gambar yang di atas tu adalah Butod ataupun ulat rumbia.Ulat ni tinggal di dalam batang pokok rumbia yang sudah reput. Dikatakan ulat ni mempunyai khasiat kerana mengandungi kandungan protien yang tinggi. Ulat ni boleh dimakan begitu sahaja ataupun dimasak ala ala stir fry gitu....hehe
Gambar yang bawah tu pulak ialah Tutumakon ataupun cacing laut. Yang ni aku pertama kali nampak secara realnya...rupa lebih kurang macam cacing tanah tu tapi yang ni agak gemuk dan sihat. Aku tak tanya pula macam mana diorang makan....tak sanggup aku bayangkan ye.



Ok cukup cerita tentang exotic food tu semua. Nanti korang tak lalu makan pula ye. Sebenarnya banyak lagi makanan tradisi yang ada di Sabah ni, Ambuyat, Penjaram, Sinagul, Kuih Cincin, Amplang dan banyak lagi. Jangan lupa mencubanya bila korang datang ke Sabah nanti ok (^_^)





Monday, April 21, 2014

Throwback # Yang sudah berlalu

Assalamualaikum

Antara entri yang aku post pada 16 November 2009.


Yang suda berlalu.............
Sedar atau tidak, kita suda sampai ke penghujung tahun 2009...tinggal sebulan lebih lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2010....ertinya usia kita akan bertambah....garis halus di wajah juga akan menambah bilangannya....banyak peristiwa pahit manis yang suda berlaku dalam diri kita dan peristiwa ini akan menjadi kenangan yang akan kita ingati sampai bila2..dari zaman kanak-kanak, ke zaman remaja, ke zaman dewasa.............seakan baru semalam saya meninggalkan zaman sekolah....masih teringat saya mengenakan baju kurung putih biru dan berkasut putih....emmm alangkah seronoknya masa-masa itu.....tidak payah memikirkan apa2 masalah kecuali tanggungjawab belajar hingga lulus berjaya...yang selebihnya di tanggung oleh orang lain yakni ibu bapa.....

meninggalkan alam persekolahan di waktu remaja, melangkah ke alam awal dewasa....masih meneruskan tanggungjawab yang sama ; belajar hingga berjaya tanpa memikirkan apa-apa masalah.....Universiti Malaysia Sabah.....tempat saya menimba ilmu untuk di buat bekalan semasa menempuh alam pekerjaan.....UMS....akan saya ingati sampai bila2...kerana di sini saya mula belajar erti kehidupan yang sebenar...saya mula merasa bebanan yang di tanggung oleh ibu bapa untuk melihat anak2 mereka berjaya...saya mula merasa gerun memikirkan saingan sengit semasa di alam pekerjaan nanti....dan saya mula memikirkan masa depan saya ; adakah saya akan bertemu dengan teman hidup yang akan menemani saya di kala susah dan senang..................

eemmmm.....itu apa yang suda berlalu.....sekarang suda masanya saya membayar balik segala kesusahan ibu bapa semasa membesarkan saya.....dan mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memastikan anak-anak saya menjadi orang yang berguna.....dan sentiasa menjadi teman yang setia kepada suami tercinta di kala senang dan susah.........


Hidup kita terlalu berharga untuk disia-siakan




Bercanda di tepian pantai

Assalamualaikum

Ni cerita petang sabtu tu....anak-anak katanya nak bermain pasir di pantai. So bawalah dorang ke Pantai Tanjung Aru petang tu. Nasib baik cuaca elok je, terang dan tak berapa panas. 

Biar gambar je lah yang bercerita 



Asyik benar anak dara kecik aku yang seorang ni bermain pasir



Tak tahu apa yang dibincangkan oleh tiga beradik ni. Ada pakatan rahsia ni nampaknya...emmm



Apa bendalah yang dicangkul tu Shumi ??



Antara istana pasir yang tak berapa nak menjadi tu...hehe



Shumi sedang bercanda ditepian pantai....hehe


Lepas dari Pantai Tanjung Aru tu, kami singgah kat satu tempat ni. Nantilah aku cerita dalam post yang lain. Hehe ada sambungan pulak. (^_~)




Sunday, April 20, 2014

Bila tangan dah gatal

Assalamualaikum

Bila tangan dah gatal
mulalah tergaru-garu......
mulalah nak cari krim salap sapu kat tangan agar lega rasa gatal
sapu-sapu sampai tangan dah jadi merah-merah
garu-garu sampai tangan dah ada kesan darah-darah....

emmm kalau tangan gatal yang tu memang ubatlah jawabnya

tapi bila tangan aku yang gatal
mulalah tertekan mouse cari ruangan design tu
mulalah try tukar font mana yang lebih kemas
mulalah tengok background colour yang lebih menarik
mulalah mencari template kononnya nak tengok blog lebih menyerlah
mulalah tukar sana sini kononnya nak tengok apa yang akan jadi kat rupa blog ini

dan hasilnya bila dah gatal tangan, blog dah berubah rupa
dah malas nak kembali ke wajah asal sebab ambik masa lama nak ubah sana sini
terima je lah dengan wajah baru blog yang tak seberapa ini

ni lah jadi bila tangan dah gatal (^_~)


Note : Happy sunday !



Saturday, April 19, 2014

DiGi Wwwow Workshop

Assalamualaikum





Mungkin ramai blogger yang terima undangan daripada DiGi ke DiGi Wwwow Workshop yang akan di adakan di Mindvalley pada 30 April dan 8 Mei ni. 

Workshop ni diadakan sempena DiGi Wwwow Award yang menawarkan hadiah lumayan untuk blogger-blogger yang bertuah. Award Nights akan diadakan pada 20 Jun 2014 ni. Siapalah agaknya blogger yang bertuah tu ye ???

Aku dah dapat undangan camni memanglah teringin untuk join tapi tu lah....tempat tu agak jauh..nak menyeberang laut china selatan lagi hehe. Mungkin bukan rezeki aku, tengok dari jauh je lah. (-__-)


Note : Bilalah agaknya ada blogger event kat area KK ni






Friday, April 18, 2014

Sayang Korang # 2

Assalamualaikum

Entri khas untuk pengomen-pengomen tegar blog ni. Terima kasih daun keladi buat korang selalu berkunjung ke blog ini dan tak jemu-jemu tinggalkan komen yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk berblog....gitu

Walaupun tidak ada sebarang hadiah istimewa daripada aku mungkin lain kali, akan ada hadiah khas untuk pengomen tegarku, in sha Allah , sudilah kiranya terima ucapan RIBUAN TERIMA KASIH dari aku, si Puan punya blog Mia - Memories of Mine

Jom ramai-ramai terjah mereka yang cute lagi peramah ini (^_~)


1. Cik Puan - 68 komen
2. HainomOKje - 56 komen
3. Anum - 51 komen
4. Atiey - 43 komen
5. Fiza - 38 komen
6. Kak Zakie - 35 komen
7. Lia - 33 komen
8. Mama JJ - 33 komen
9. Petak Bunga - 30 komen
10. Ummu AidanArissa - 30 komen


~~ Sayang Korang ~~




Peristiwa di hari khamis

Assalamualaikum

Alkisahnya
Semalam semasa keluar lunch dengan hubby.
Hubby ada urusan di KK, so singgah jap kat opis aku keluar lunch sama2 kononnya.
Macam biasa lepas hubby parking keta, dengan ayunya hehe
keluar dari keta. Ntah cam mana masa keluar dari keta tu, kaki aku terpeleot,
dan hilang keseimbangan nak berdiri. Untuk menyeimbangkan diri cehhh perkataan tu aku peganglah kat tepi pintu keta tu. Tapi ntah camna juga pintu keta tu tertutup dan ibu jari aku masa tu ngam2 ada di celah pintu keta tu..........................................hubby pula bila dah nampak pintu keta dah tutup, sangkanya aku dah sedia, apalagi terus lock keta..........

Weeeiiiiiiii, sakitnya.
Korang bayangkan ibu jari aku tersepit kat celah pintu keta tu,
pastu tak boleh tarik keluar sebab hubby dah lock keta.
Terjerit jugalah aku bagitahu hubby yang jari tersepit kat pintu......huhu
Apalagi hubby kelam kabut buka pintu keta.......aduuhhhhhhh memang sakit teramat sakit.
Ibu jari aku masa tu dah penyek. Makin kelam kabut lah hubby tengok, sampai hubby suruh aku ambik MC
sebab takut aku tak dapat drive keta masa balik keja nanti. Sakit2 tu aku lucu juga, adakah tersepit jari nak
ambik MC pulak...hehehe

Lebih 10 minit lah kami dalam keta tunggu jari aku lega sikit dan balik ke posisi asal....kan tadi masa
tersepit tu dah jadi penyek...tunggu dia kembung sedikitlah....hehe
Aku dan hubby teruskan juga nak lunch sama2 tu. Masa kat restoran tu aku minta ais dan letakkan kat ibu
jari tu. Legalah juga sedikit.

Sekarang ni, jari dah ok sedikit. Masih bengkak dan berdenyut tapi tak sesakit semalam.
Hubby pun heran, camna aku dah besar panjang camni boleh tersepit jari...sebab selalunya budak2
jak yang terkena. Ish ish ish.....tu lah namanya malang tak berbau kan.....macam mana pun kita berhati-hati tapi kalau benda tu nak jadi tetap akan jadi.



Note : Petua tersepit jari, cepat2 letak ais, jari tak terlalu bengkak dan kuku tak menjadi hitam.
Note extra : Hari ni Sabah cuti. State Holiday sempena Good Friday iaitu perayaan untuk mereka yang beragama Kristian. 




Thursday, April 17, 2014

3 masalah semasa hamil

Assalamualaikum
 
Wah tetiba bercerita tentang kehamilan pula...
Jangan terkejut pula....sekadar nak kongsikan pengalaman seorang Umi beranak 3 ni..semasa hamil kan rajin cari info-info tentang pregnant ni, apa salahnya dikongsi bersama sedikit pengetahuan tu :D
 
Ada 3 masalah yang sering di alami oleh ibu-ibu mengandung ni. Mungkin ada yang pernah mengalami salah satu masalah ni dan ada juga yang mengalami ketiga-tiganya sekaligus. Namun begitu bukan semua wanita hamil menghadapinya. Ada yang relaks je semasa mengandung tanpa mengalami masalah2 itu.
 
 
Buasir
 Memang sakit terutama ketika membuang air besar dan juga duduk. Masalah ini berlaku disebabkan oleh jumlah darah yang meningkat dan rahim menekan pelvis. Pembuluh darah dalam rektum mungkin membesar seperti rangkaian buang anggur. Keadaan ini mungkin menimbulkan kesakitan ketika membuang najis. Malah, kadang kala boleh berlaku pendarahan. Jika ia disertai dengan masalah sembelit, buasir akan membuatkan anda tigak gemar ke tandas.
 
Urat timbul
Masalah ini biasa berlaku di kaki dan kemaluan apabila kolam darah dalam pembuluh darah membesar disebabkan oleh hormone kehamilan. Masalah ini akan hilang selepas hamil tetapi anda boleh mengurangkannya dengan mengelakkan daripada berdiri atau duduk terlalu lama dalam satu masa, pakai pakaian yang longgar dan amalkan pemakaian stoking.
 
Sembelit
Ini sememangnya masalah biasa sepanjang kehamilan kerana hormone mengurangkan kadar penghantaran makanan ke saluran gastrointestinal. Di penghujung kehamilan, rahim akan menekan usus. Jadi, ia menyukarkan anda membuang najis. Cara terbaik untuk mengatasi masalah sembelit dan buasir adalah mengamalkan pemakanan yang kaya serat, minum air yang mencukupi dan melakukan senaman.
 
Sumber : Majalah PaMa
 
 
Aku semasa mengandung dulu pernah menghadap masalah sembelit dan buasir.
First & third pregnant...anak kedua pulak ok je...si Shamzi tu...langsung tak ada masalah.
Sapa2 yang pernah mengalami masalah ni, memang akan faham 'kesengsaraannya' hehe....
Duduk tak senang, berdiri ke lagi.....huhu
 
Tapi itulah, semua kesengsaraan tu hilang bila kita selamat melahirkan seorang bayi comel ke dunia.
Hilang segala sakit yang dialami. Orang kata, sakit yang sangat berbaloi........:D
Alhamdulillah......
 
 
 

Wednesday, April 16, 2014

Simple itu Sedap !

Assalamualaikum
 
Bagi aku yang simple itu sedap.
Mudah dan ringkas tapi mampu membangkit selera.
Dalam masa 5 minit dah siap. Tak penat nak prepare itu ini.
Bak kata mak aku, koncang kancing dalam kuali, siap !!! Maknanya kejap jak nak masak.
Apa yang simple tapi sedap itu....
Sambal Tempe.....makanan orang Jawa gitu. Kan mak berdarah Jawa, wajiblah dia dan anak-anaknya ini tahu makan tempe... :D
 
Sambal Tempe versi yang aku masak ni simple jak...
Aku tak guna cili kering segala, just guna benda yang ada dalam dapur aku masa tu...hehe
Bahan-Bahan Masak
Tempe yang digoreng, bawang besar, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis (aku suka guna kicap manis ABC tu), cili padi untuk rasa pedas, minyak masak untuk menumis. Tak payah nak letak garam ke ajinomoto sebab semua rasa dah lengkap. Manis, Masam, Pedas....
Cara-Cara Masak
Mudah je, main campak jak semua dalam kuali...hehe Tumis bawang besar dan cili padi hingga naik bau. Kemudian masukkan segala sos tadi, tambah sedikit air untuk elakkan hangus. Pastu bolehlah masukkan tempe goreng tadi. Kacau2 jap, siap !!! sedia untuk dihidang (^_~)
 
 
Hubby pun seorang penggemar tempe juga :D 
 
 
 
 

Tuesday, April 15, 2014

Keciknya dunia ni......

Assalamualaikum

Pernah ke tiba-tiba korang berdepan dengan situasi di mana...
selama ni korang tak tahu rupanya korang bersaudara dengan rakan karib anda.
Atau boyfriend atau bakal suami/isteri korang ada bau-bau bacang dengan korang.
Atau pun rakan sekerja korang yang korang selalu berhubung melalui telefon, tetiba bila bertemu muka, ehhhhh rupanya sahabat lama korang semasa sekolah menengah dulu........mesti korang akan cakap, ish ish ish keciknya dunia ni, jumpa juga kita di sini......kalau dalam bahasa pasar aku di rumah, mana-mana pun pegi, situ2 juga berkulut..hehe

Hari tu aku ada lunch dengan brokers insurance kan
Selalu aku hanya berhubung melalui telefon dengan satu staffnya ni dan masa lunch tu baru kami bersua muka
Masa lunch tu happylah konon akhirnya dapat berjumpa sebab selama ni hanya berbual melalui telefon jak.
Sekali kawan aku tu cakap, eehh bukan dulu ko sekolah di ........ kan.
Aku memang tak berapa cam dia, tapi sekali dia sebut satu-satu rakan-rakannya semasa sekolah menengah
dulu.....oooo barulah aku tahu.....rupa-rupanya dia lah salah satu geng budak perempuan kat sekolah dulu yang ada konflik dengan kakakku dan secara tak langsung terbabit dengan aku. Biasalah kan zaman muda remaja dulu, gaduh2 tu biasalah, rebut2 boyfriend.....hehe Bila kami ingatkan kisah dulu, sama-sama tertawa ni. Yalah teringat zaman-zaman darah muda dulu......
Keciknya dunia ni

Adik aku nurse tu, selalu berbual dengan seorang doktor ni di hospital tempat kerjanya....sekali masa beraya hari tu, terjumpa dengan doktor tu kat rumah nenek .... lahhhh sepupu rupanya....hehe Tapi yang ni bukan kes keciknya dunia, ni kes belum kenal semua sedara mara...hehe

Lepas ni korang checklah kawan2 di sekeliling, ye lah manalah tahu sedara mara ke, kawan2 masa zaman sekolah dulu (dulu kecik, sekarang comel dan montel :P), ataupun orang yang korang call2 selama ini rupa-rupanya ex ex ex korang...jeng jeng jeng.....



Monday, April 14, 2014

Buat Anak-Anakku

Assalamualaikum
 
 
 
 
gitu...bermadah ni di hari isnin. (^_~) 
Aku bukannya seorang yang berjiwa Kopratasa , sastera dan puitis
tetapi sekali sekala tak ada salahnya kan.
 
Gambar ni membuatkan aku tiba-tiba menjadi sayu. lebih-lebih lagi aku berdiri dengan anak-anak memandang laut. We dont know what will happen tomorrow..... tak tahu ianya akan membuatkan kita suka ataupun duka.
 
 
 
Ok....no jiwa sendu lagi......pergi sambung kerja balik :D
 
 
 
Note : kadang-kadang gambar boleh membuatkan emosi kita berubah kan
 
 
 
 


Sunday, April 13, 2014

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum

Semalam merupakan hari lahir mak aku yang ke-53 tahun. 12 April 1961.
Tiada sambutan yang istimewa sekadar panggilan telefon dari aku dan cucu-cucunya mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' untuk opahnya tu. In sha Allah hujung bulan ni akan balik ke kampung buat majlis kecil-kecilan untuk mak. (^_^)



Walaupun mak tak ada Facebook tetap nak postkan tentang hari istimewa mak. 





Mak aku muda ?? orang memang akan heran setiap kali aku bagitahu tahun kelahiran mak aku. Tahun 1961. Bermakna sekarang umur mak masuk ke 53 tahun. Beza umur kakak dan mak aku cuma 16 tahun. Bermakna mak melahirkan kakakku pada usia 16 tahun......emmmm kalau zaman sekarang ni orang memang dah heran sebab budak tingkatan 4 dah ada anak....huhu

Tapi tu lah, zaman dulu lain. Kaum wanita tak ramai yang berpendidikan tinggi. Sekadar sekolah darjah 6, kemudian berhenti dan hanya menunggu orang masuk meminang. Mak aku pun gitu, dia berkahwin pada usia 15 tahun. Tapi zaman dulu, kahwin awal merupakan perkara yang normal. Tak ada apa yang nak diherankan kan......:D 


Saturday, April 12, 2014

Bangun Pagi, Gosok Gigi

Assalamualaikum

Bangun Pagi, Gosok Gigi, Cuci Muka dan Mandi......gitu
Anak-anak kena diberi tunjuk ajar mengenai kebersihan diri mereka. Kena ajar bagaimana nak mandi, nak cuci muka, bagaimana nak berus gigi. 
Dari kecik-kecik kena disiplinkan dorang tentang bab bab kebersihan ni.

Macam aku kan, aku sangat pantang kalau anak-anak tak berus gigi. Masa anak-anak mula tumbuh gigi aku akan tolong bersihkan gigi susu yang baru tumbuh dengan kain lembut. Bila dah mencapai umur dekat 2 tahun, rasa-rasanya gigi dah banyak tumbuh, aku belikan berus gigi untuk kanak-kanak tu. Kena pilihlah berus yang bersesuaian dengan umur mereka.

Lepas tu, biar anak berus gigi mereka sendiri.....memanglah tak bersih tapi biar mereka serasi dengan berus gigi tu dulu.....bila mereka kata dah siap berus, barulah korang tolong gosokkan pula. Tiga-tiga anak aku tu, aku lakukan cara begini untuk biasakan dorang dengan penjagaan gigi ni dan rasanya berkesan.



Anak-anak ribena ku....alhamdulillah belum ada yang mengalami kerosakkan gigi lagi. Shumi anak aku yang sulung baru sahaja tanggal gigi susunya pada usia 8 tahun. Sekarang nak tunggu gigi kekal tumbuh. Itu yang nampak ruangan kosong sedikit...hehe



Ni bukannya entri nak bagitahu aku pandai jaga gigi anak-anak pulak ye.....sekadar nak berkongsi gitu. Sharing is caring kan. Selain pendedahan awal tentang berus gigi ni, kena kawal juga pengambilan makanan manis. Terutamanya gula-gula. Aku memang tak biasakan anak-anak aku dengan gula-gula ni semua. Tapi bukanlah tak bagi mereka makan langsung......tak kan lah aku nak sekat saat indah zaman kanak-kanak mereka, yalah gula-gula dan kanak-kanak kan tak dapat dipisahkan. Aku bagi makan juga tapi secara terkawal. Dalam sebulan tu bolehlah makan sebiji dua lolipop. Oklah kan daripada tak bagi rasa langsung...hehe


Friday, April 11, 2014

Google Analytics

Assalamualaikum

Lambat bersiaran hari disebabkan ke bz an yang melanda gitu....
Hari tu aku register lah konon di Google Analytics. Nak juga lah tengok statistik trafik blog ni walaupun aku tahu tak berapa ramai yang nak singgah....hehe

Dengar kata, data dalam Google Analytics ni lebih accurate dari data yang dalam Nuffnang tu. Tak tahu betul ke tidak....


So setelah mengumpul data lebih kurang 3 minggu yang lalu.....ini lah lebih kurang statistik trafik blog yang tak seberapa ini. Tapi yang ni tak tahulah per day ke per week. Kena tingkatkan usaha untuk naikkan trafik lagi... :D




Thursday, April 10, 2014

Perangi Denggi

Assalamualaikum

Perangi Denggi !!! Ni hari sabtu yang lepas. Ada fogging dibuat untuk hapuskan nyamuk. Kawasan perumahan tempat aku tinggal tu dekat dengan kawasan pembinaan. Haruslah ada nyamuk berterbangan terutamanya waktu maghrib. Takut juga kan sebab nyamuk Aedes
kan suka berkeliaran di waktu pagi dan senja. 

Hari tu mak aku terkena demam Chikungunya yang disebabkan oleh nyamuk juga. Gejala dan sakit hampir sama dengan demam malaria dan denggi, sakit sendi, demam, timbul ruam2 merah kat badan.......nasib baik mak dapat rawatan awal. Alhamdulillah. Mak sembuh seperti biasa cuma kesannya berpanjangan, mak selalu sakit2 di lutut. Kata doktor kena minum banyak susu. 

Dalam Majalah 3 beberapa minggu yang lepas  ada rencana khas mengenai bahaya nyamuk aedes ni. Banyak maklumat berguna untuk mencegah nyamuk ni dan juga pengalaman mereka yang dijangkiti wabak pembunuh ni. Aku baru tahu juga, nyamuk aedes tertarik dengan pakaian berwarna hitam dan merah. Emmm kena check lah baju2 tu semua..hehe

Bila dengar pengalaman mereka yang pernah terkena penyakit ni dan juga mereka yang kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata akibat wabak ni, memang agak menakutkan. Kena banteras lebih awal kawasan pembiakan nyamuk ni. Tapi itu tidak akan terhasil jika ada satu dua keluarga yang melakukan, kena ada kerjasama dari semua pihak untuk menjayakan usaha perangi denggi ini. 






Wednesday, April 9, 2014

Wordless Wednesday #49

Assalamualaikum
 
Tak mo cakap banyak hari ni.....yang penting korang jangan ketawakan rupa gadis pingitan kat bawah ni...hehe
 
 
 
 
 
 
 
 
Berjaya mendaki Puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2000. Dah lama kan, tak sedar 14 tahun dan berlalu. Banyak cabaran dan pengalaman semasa mendaki puncak tertinggi di Malaysia ni. Nanti aku kongsikan di entri yang lain.  
 
 

Tuesday, April 8, 2014

Permainan yang semakin dilupakan

Assalamualaikum
 
Ingat tak semua permainan yang ada dalam gambar ni ?? Mana satu yang menjadi feveret korang ??
Aku ?? of coz lah yang nombor 9 tu....Zero Point....hehe
Tinggi melangit ko lompat getah tu.....walaupun dah 3 jengkal kat atas kepala tu. :P . Aku masa kanak2 kan kurus dan kecil jak, haruslah senang2 jak boleh 'terbang' hehe. Tak mainlah jadi 'anak bulan'...Anak bulan tak tahu....alah kira macam pemain simpanan yang tak berapa nak dapat melompat tinggi. Aku gigih ni kumpul getah ikat sayur tu untuk jadikan getah zero point...:D
 
Yang No 2 tu pun aku suka. Itu aku selalu main dengan adik lepas balik sekolah. Tengahari buta kita orang main. Mak memang panjanglah bebelan dia tapi tu lah dah terlampau syok main kan...hehe
 
 




Sumber : Facebook/OhMedia


 
Tak pasti samada kanak-kanak zaman sekarang tahu permainan ni. Anak2 aku masih main permainan nombor 5, 7 & 8 tu. Yang nombor 3 selalu muncul di hari raya sahaja. Tapi sekarang jarang dah orang main sebab agak berbahaya sedikit.
Emmm bestnya bila ingat zaman kanak-kanak dulu (^___^)
 
 
Note : permainan kanak2 yang semakin dilupai. huhu
 
 
 
 

 

Monday, April 7, 2014

Isnin vs Bantal Busuk

Assalamualaikum
 
Salam isnin semua. Dah 2 hari rehat tu ok lah kan......cukuplah nak tambahkan tenaga untuk mulakan 5 hari bekerja balik. No monday blues !!! walaupun ada terasa sedikit juga hehe
 
Apa ??? masih ada yang teringatkan bantal kat rumah. Nak nak lagi bantal busuk yang sangat disayangi itu. Kata orang kalau tak ada bantal ni, tak lalu tidur dibuatnya.
Cuba ngaku, dah besar panjang gini pun, dah beranak pinak sapa yang masih ada bantal busuk kat rumah.......???? angkat tangan kaki
 
Aku ??? tak da lah pulak. Tapi anak dara kecik aku memang ada. Tak lena tidur dia, kalau bantal ni tak ada. Kalau ke mana2, balik kampung ke, ke Kundasang ke, wajib bawa bantal ni. Kalau tak mengamuk sakan lah dia.
 
Tengoklah betapa bestnya dia melayan bantal busuknya itu...hehe
 
 
Dia suka sangat gentel2 dulu hujung2 bantalnya tu kat hidung.  
 
 
Lepas tu kat mulutnya pula... 
 
 
Akhir sekali hidu sekuatnya 'harum' semerbak bantalnya tu. Barulah boleh lena tidurnya. 
 
 
 
Note : Gambar bantal busuk tak boleh diclose up kan....nanti korang terkejut pulak, nampak peta dunia kat atasnya.... :P