Saturday, May 31, 2014

Kabus pagi di kampung

                          Assalamualaikum

Salam sabtu. Pagi2 bila bangun di kampung, duduk di beranda rumah, pemandangan ni yang akan aku lihat. Nyaman, hijau, sejuk, kabus... masih belum terusik dengan arus kemodenan. Sangat berharap pemandangan sebegini kekal dilihat untuk generasi ku yang akan datang :)



Friday, May 30, 2014

Under Value dalam istilah Insurans Kenderaan

Assalamualaikum

Entri agak serius sikit dan ada unsur-unsur ilmu pengetahuan gitu. hehe
Baca baik2 ye. Aku kiranya nak kongsi sedikit ilmu yang aku dapat sepanjang kerjaya aku dalam bidang 
insurans yang dah nak masuk 10 tahun ni :)

Apa itu Under Value ??
Under Value terjadi bila jumlah yang diinsuranskan untuk kenderaan korang kurang daripada nilai semasa/pasaran kenderaan tersebut. Contoh, harga semasa kereta korang pada masa itu adalah RM50 ribu tetapi anda meletakkan jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM30 ribu. Bermakna insurans kenderaan anda telah Under Value dimana pihak insurans tidak akan membayar baki RM20 ribu jika terdapat tuntutan insurans nanti. 

Apabila tiba masa hendak membuat tuntutan insurans nanti, bila terjadinya kes Under Value ini, selalunya pengguna akan salah faham. Jarang berlaku masalah apabila pengguna membuat tuntutan Total Loss iaitu kes kecurian atau kerosakan teruk dimana kereta tidak boleh diperbaiki lagi. Pihak Insurans akan terus membayar pengguna jumlah yang Under Value tadi iaitu RM30 ribu kurang 40% daripada RM50 ribu tadi. 

Tetapi masalah selalunya akan berlaku apabila pengguna membuat tuntutan untuk pembaikan kenderaan yang rosak akibat kemalangan. Ayat yang selalu aku dengar , "kenapa company insurans ni menipu, aku kasi insurans 30 ribu, kos pembaikkan kereta cuma 10 ribu...kan cukup tu. kenapa mesti aku kena tambah bayar lagi"
Part ini lah kami sangat susah terangkan kepada pengguna. 
Kos pembaikan berjumlah RM10 ribu tetapi ingat yang pengguna tadi sudah under value kan kereta dia daripada harga semasa sebanyak 40%. Oleh yang demikian, kos pembaikan tadi juga ditolak 40% daripada RM10 ribu iaitu hanya tinggal RM6 ribu. Pihak insurans hanya akan membayar RM6 ribu dan selebihnya iaitu RM4 ribu akan dibayar oleh pengguna itu sendiri. 

Sebab itulah pentingnya membaca kontrak insurans. 
Rasanya 3 daripada 10 orang pengguna sahaja yang membaca kontrak insurans mereka dan selebihnya diperam begitu sahaja. Dulu aku pun begitu, malas nak baca kontrak2 ni tetapi bila dah ada pengalaman macam mana ni barulah rajin sikit baca kontrak2 yang aku pernah tanda tangani terutamanya kontrak2 sewa beli kereta ataupun pembelian rumah :)

Hope korang pahamlah dengan penerangan aku ni ye. 
Kalau rasa-rasa masih tak faham juga, cepat-cepat pegi ke company insurans korang dan minta penjelasan 
lebih lanjut daripada mereka. :)

Ok tu jak....TaTa


Note : Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri, jika ada yang rasa aku tersilap terangkan, sila jangan segan tolong betulkan (^_^)



Tinggal dengan mertua ??

Assalamualaikum

Kawan aku selalu mengadu kat aku...
Mak dan bapa mertua dia selalu campur dalam hal rumah tangga dia
Kadang-kadang tu, dia pendamkan dalam hati jak demi menjaga hati si suami.
Kawan-kawan dialah ni yang jadi tempat dia mengadu, melepaskan segala tekanan yang ada....hmmmm

Dia sejak kahwin tinggal dengan ibu bapa mertuanya.
Mula-mula tu memanglah aman bahagia, tetapi sejak dah beranak pinak,
ada saja yang tak kena. Kami ada juga nasihatkan dia, supaya pindah dan duduk di rumah sendiri bersama suami dan anak  sahaja. Tapi katanya bukan dia tak mahu tetapi suami yang berkeras nak tinggal bersama ibu bapanya.

Kalau dah macam tu, kami pun tak boleh nak kata apa dah...huhu

Korang macam mana ??? duduk sendiri atau dengan keluarga mertua ?

Aku lepas kahwin jak duduk sendiri. Nak berdikari katanya.
Aku dan hubby sanggup sewa sebuah rumah, kongsi dengan rakan2 yang sama2 belajar dahulu di UMS.
Memang mak bapa mertua tinggal di KK, yakni rumah hubbylah
tapi aku dan hubby lebih suka hidup berdikari.
Bukannya aku nak kata tinggal dengan ibu bapa mertua selepas berkahwin tu tak bagus.
Ada juga tinggal bersama-sama dengan mertua tapi dapat hidup aman dan bahagia.
Terpulang pada pembawaan masing-masing kan. Ibu bapa dapat menerima menantunya dan menantu
dapat menerima ibu bapa mertua seadanya.

Tapi aku dan hubby memang tak boleh.
Kami sudah terbiasa hidup berdikari. Tinggal sendiri. Tak mahu menyusahkan sesiapa pun.
Memang hujung-hujung minggu kami akan menjenguk mak bapa hubby yang duduk kat KK ni juga,
dan bila ada cuti panjang, kami akan balik ke kampung pula jenguk mak bapa aku. Dan begitulah seterusnya
hinggalah aku dah ada anak 3 ni.

Aku susah sikit nak tinggal sama2 dengan mentua ni, terasa diri diperhatikan sepanjang masa (padahal tiada apa pun). Nak buat sesuatu dalam rumah sendiri pun rasa lain. Masak pun kena masak dengan sehabis baik. Nak bincang2 sikit dengan hubby pun terasa janggal, apalagi nak bergurau senda ahaks! :P
Anak-anak pun bila ada atuk nenek, manja gilak sebab ada orang back up dorang bila Uminya ni marah. huhu

Tapi secara kesimpulannya, baik tinggal dengan mak pak mertua atau tinggal sendiri, masing2 ada pro kontranya gitu. Terpulang pada individu masing2 kan. (^_~)

Ok TaTa!


Note : Hari ni Sabah cuti. :)



Thursday, May 29, 2014

Lunch Mewah di Pacific Sutera, Sutera Harbour Resort

Assalamualaikum
 
 
Yessss....hari ni last keja, esok cuti sambung sabtu dan ahad...hehe Esok cuti untuk orang-orang Sabah bah, sempena Pesta Kaamatan. Actually state holiday 2 hari tapi tarikh dah terngam2 hari sabtu huhu rasa rugilah sikit...bab2 cuti aku mengira tau hehe
 
Shumi dan Shamzi belum berapa kebah dari demam.....baiklah cepat2 nak, esok kita nak balik kampung ni jumpa atok dan opah. Semalam Damia bukan main lagi bila dah baik demam, kata hubby lasak sorang2 bermain....abang2nya kan dan terbaring2 jak tidur.
 
 
Ok nak story pasal lunch aku semalam....lunch mewah gitu. Company belanja sebab nak kita orang nak 'date'2 dengan CEO kami yang baru dilantik. Hari tu kan dah dinner dengan CEO kami yang bersara tu, company belanja juga..hehe.
Bukan makan dengan CEO saja tapi lunch dengan mat salleh seorang ni, merangkap Mr.Country President aka boss besar seluruh Malaysia. Orang Australia gitu. Orangnya memang sangat-sangat humble dan baik dengan semua staffnya. Memang sporting abislah boss besar ni.
Yang new CEO tu kita orang belum berapa kenal lagi, so tunggu dan lihatlah macam mana dia melayan staff2nya nanti. Tapi setakat yang kami jumpa semalam, orangnya oklah juga, kira peramah juga. (^_^)
 

 
Yang baju putihlah Mr.Country President. Pilih menu pun asyik tersenyum jak...
 
 
 
Antara menu mewah kami semalam......harga Fish & Chip yang aku makan tu RM38.00++ ye, dan Green Apple Juice RM21++ ......gulp.....memang tertelan sebab bukan aku yang bayar...hehe kalau sendiri makan, memang tak nak lah aku. Makanan biasa2 jak pun boleh dapat restoran kat luar tu.
 
 
 
Tapi view tempat kami makan tu yang mahal. Nampak tak, sangat cantik dan mewah. Kalau petang-petang duduk santai sambil minum kopi dengan hembusan angin laut...perrghhh nyaman gilak.
 
 
Ok tu jak kisahnya.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan  
 
 
 

Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wednesday # 54

 Assalamualaikum
 
Hari dah kerja balik. Damia dah ok, kebah dah dari demamnya. Yang risaunya abang2nya pula yang sakit. Serentak dua-dua demam. Terjangkit dari Damia. Nasib baik hari ni dah mula cuti sekolah. Ada hubby yang jaga dorang di rumah.....
 
Agak-agaknya dorang ni demam terkejut sebab pagi ahad tu, anak-anak request lagi mandi kolam. Tengoklah aksi Damia buat terjunan tu, penuh dengan sopan santun gitu :)
 
 
Ambik posisi yang sesuai
 
 
Sedia untuk melompat.....satu dua tiga !!!! 
 
 
kedebus !!! penuh dengan keayuan gitu :P
 
 
 
 
 
 

Tuesday, May 27, 2014

Krem Kuku Kaki Ku

Assalamualaikum

Tajuk post bukan main lagi ..... hehe saja aku nak suruh korang sebut laju laju....buat senaman mulut petang-petang ni .... sila sebut laju laju ye .... Krem Kuku Kaki Ku Krem Kuku Kaki Ku 

Dah abis senam kan...actually bukan itu yang aku nak cerita....alkisahnya semalam balik kerja jam 5.15 petang tu, memula tu aku drive smooth saja....tak ada tanda2 nak jammed. Tapi lepas satu traffic light ni, nampak dari jauh keta gerak perlahan jak. Aku ingat jammed yang normal jak (jammed tapi keta gerak juga). Tapi dalam 10 minit gitu, keta depan tak juga gerak2. Aku dah start risau sebab nak ambik Shumi kat sekolah lagi. Tengok jam dekat jam 6.00 petang dah. Sepatutnya aku dah nak sampai kat sekolah Shumi. Ni aku masih jauh lagi nak gerak ni. 

Tak boleh jadi ni, kol hubby. Ambik Shumi kat sekolah. Kalau tunggu aku alamat bermalamlah Shumi kat pondok pengawal tu sorang2. huhu Tak lama lepas kol hubby, hujan turun, lebat mencurah2 gitu. Aku dah lah rabun malam, pakai spek pun tak ada gunanya sebab silau jak nampak oleh air hujan tu. Keta pula punyalah lambat gerak cam kura-kura. Asyik2 tekan brek minyak, brek minyak, brek minyak. Kaki dah krem sebab tekan banyak kali 2 benda tu. Nasib baik keta auto, kalau manual, mau tercabut kaki hehe

Aku sampai kat area sekolah Shumi dekat jam 7.00 malam. Bayangkan kalau aku tak kol hubby suruh ambik Shumi, mau meraung Shumi sorang2 kat sekolah. huhu
Aku sampai kat rumah dekat jam 8.00 malam. Rasa nak patah pinggang aku duduk lama dalam keta. Kaki pun dah rasa kebas. Perut pun rasa krem jak sebab 'bendera merah' sedang berkibar masa ni. 
Kalau hari-hari gini, mau pengsan aku dalam keta sorang2. Minggu ni rasanya hari-hari terpaksa meredah jammed sebab petang mesti hujan lebat.



Note : Hari ni tak payah meredah jammed sebab ambik EL. Damia belum berapa sembuh dari demam. Demam dari hari ahad tu. Ni gara2 berendam dalam kolam lah...huhu


Extra Note : Nak senaman mulut lagi....sebut laju laju Ular Lari Lurus Ular Lari Lurus Ular Lari Lurus konpem lepas ni percakapan aka pertuturan korang akan lebih jelas lagi kihkihkih




Kari ayam istimewa di hujung minggu

Assalamualaikum

Aku hujung-hujung minggu baru ada masa nak 'berperang' di dapur. Walaupun kadang2 tu memang minta simpati ajak hubby makan kat luar hehe (^_~)

Hari jumaat tu ntah angin apa hubby aku beli ayam sepeket yang 2kg tu. Kalau korang nak tahu, selama ni hubby teramat jarang beli barang basah yakni ayam-ayaman dan ikan-ikanan tu semua. Tu memang keja aku dari dulu :)
Tanya dia nak masak apa ayam tu, katanya nak makan kari. Jemu makan kari kat luar jak. Sian hubby aku ngidam kari rupanya. Aku pula punyalah jarang masak kari kat rumah, asyik-asyik kalau beli ayam, masak kicap, sup, goreng...sekali sekala kata hubby tukar selera dalam bahasa lain hubby dah jemu katanya hehe

So hari ahad tu, mulalah aku jadi ala ala master chef kat dapur tu. Potong-potong ayam, kupas-kupas bawang, kentang, blend semua, bancuh kari, hehe dalam sejam gitu terhasillah Kari Ayam Special dari aku untuk Hubby yang mengidam itu.



Tada......korang abaikan dua batang kayu balak tu, malas nak belah-belah. Campak jak kat dalam kuali. Yang penting ada rasa. Tongkeng @ buntut ayam yang tersesat tu khas untuk hubby hehe. Hubby cakap sedap. Shumi yang memang gila kari tu pun cakap sedap. hehe terharu aku tau, jarang2 masak kari, tengok Hubby dan anak-anak makan bertambah nasi (^_^)

Nak resepi....?? ala korang mesti terror lagi masak kari dari aku. Yang aku punya ni simple jak. Yang ni kari ala ala india sebab tak guna santan. 

Bahan-Bahan :-
Ayam (3 bahagian peha ayam tu, sukuan depan ke apa tu)
Serbuk Kari (aku guna kari Baba's)
Rempah Ratus (cengkih, kayu manis, bunga lawang dsb)
Halia, Bawang Merah, Bawang Putih (diblend)
1 biji Bawang Besar dihiris halus
4 biji Tomato dibelah 4
Ubi Kentang
Daun Kari
Garam
Serbuk Perasa
Minyak Masak

Cara-Cara Masak :-
Panaskan minyak. Tumis rempah ratus, bawang besar dan tomato sampai layu. Lepas tu masukkan bahan2 yang diblend dan daun kari. Kemudian masukkan ayam dan air. Masak lebih kurang 10 minit. Lepas tu masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air panas dan juga ubi kentang. Biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga ayam masak dan ubi kentang menjadi empuk. Siap dihidangkan. :D




Monday, May 26, 2014

Tumix - Cabaran Kuah Rasa

Assalamualaikum

Aku, selain minat kat blog ni, memang suka ikut2 contest. Saja nak cuba nasib kan. Mana tau jadi orang bertuah menang hadiah hehe sapa yang tak mo kan. 

Tapi aku pilih jugalah contest apa, kalau terlalu banyak rulesnya memang tak mo lah aku. Contest yang senang-senang jak. hehe malas nak beli barang segala lepas tu post2. Aku kan kerja 5 hari seminggu, mana sempat nak keluar ke post office (alasan semata2 ni)

Selama aku join contest2 ni pernahlah menang juga. Menang kecil-kecilan jak. Hadiah yang paling besar aku terima, aku menang Loket Emas dari Habib Jewel tu. Yang lain kecik2 jak. (^_~) Nasib baik semua hadiah dihantar ke Sabah. Sebab kebanyakkan peraduan, jika menang hadiah hendaklah dituntut sendiri, maknanya ko kena ambik kat tempat dorang sendiri. emmmm kadang2 cam tak berapa adil jak contest2 ni kan (ni aku punya pandangan lah). Kalau bagi mereka yang menang tinggal di tempat jauh, camna nak ambik sendiri. Kos untuk ambik hadiah tu lebih mahal daripada nilai hadiah tu sendiri. Cam tak berbaloi pulak kan...huhu
Tapi kalau ianya dah ditentukan olehNya rezeki untuk kita, tetap akan jadi milik kita juga kan (^_^)

Dan baru-baru ni aku dengar ada peraduan yang dianjurkan oleh Tumix, Tumix - Cabaran Kuah Rasa katanya. Korang kena minta sample kuah rasa tu dari Tumix, lepas tu dorang akan postkan kat korang bersama2 dengan borang peraduan. Borang peraduan tu actually boleh juga dapat kat website Tumix tapi syarat peraduan bungkusan Kuah Rasa tu kena kepilkan bersama2 dengan borang peraduan tu nanti, So mesti juga nak dapatkan sample tu. 

Pastu nanti korang masak dan campurkan serbuk penambah rasa kuah ni kat masakan korang, ambik gambar yang wow bersama masakan korang, kemudian hantar. Gitu jak. 


Dah sampai pun sample tu minggu lalu. 



Tumix bagi 3 bungkus berserta borang peraduan. Tapi sampai sekarang aku belum lagi buat apa2 dengan serbuk perasa tu. Belum ada mood lagi nak ambik gambar yang wow! hehe
Contest ni bermula 19 mei yang lalu dan akan berakhir pada 20 Julai nanti. Sapa2 yang nak join tu, cepat2lah dapatkan sample penambah rasa kuah tu :D




Saturday, May 24, 2014

Lactacyd Love Your V - Bold Phantasies

Assalamualaikum


Lactaycd Love Your V katanya.....Yang belum tahu apa benda Lactaycd ni, ni aku nak bagitahu.....Lactacyd merupakan produk pembersih intim wanita agar sentiasa bersih dan lebih yakin gitu. 
Produk ni berasaskan bahan-bahan semulajadi yang tidak mendatangkan kesan sampingan kat miss V kita. Faham-faham je lah tempat tu kan sensitif. 

Sekarang ni produk Lactaycd mengadakan satu contest yang bertemakan Bold Phantasies dimana wanita-wanita yang sukakan cabaran akan berpeluang merasa antara pengalaman-pengalaman yang extrem dan mencabar......antaranya 

- Drive on the F1 Track
- Wakeboarding
- Skydiving
- Fly a Plane
- Feed a Shark
- Bungee Jumping

So kepada wanita-wanita di luar sana yang suka kan aktiviti mencabar cam di atas tu, apalagi, jom lah join contest Lactacyd ni.

Untuk maklumat yang lebih detail katanya, korang klik jak link kat bawah ni (^_~)









Friday, May 23, 2014

Pengomen Tegar ku

Assalamualaikum

Ni post khas untuk pengomen tegarku...hehe. Dia tak pernah terlepas komen setiap post yang aku publishkan di blog ni. Seminggu entri aku dia terlepas baca, sekali dia berkunjung, seminggu punya entri tu juga yang dikomennya. 

Tu strategi dia ke atau memang stail dia. Seminggu sekali datang tapi tak miss apa yang aku bebelkan. Tak kisahlah apa pun kan, yang penting aku sangat-sangat-sangat menghargainya. 

Terima kasih daun keladi dari aku untuk Puan Okje kita ni.





Tak percaya dia pulun komen semua post aku .... ni aku print screen kan lagi. Rajin betul mak zirafah seorang ni ...hehe




Note : Bilalah ada rezeki bersua muka dengan Okje ni ye....(^_~)




Kerja itu yang engkau pilih so berhenti merungut !

Assalamualaikum

Dulu masa budak2 bukan main kita bercita2 nak jadi itulah, nak jadi inilah
Ada yang katanya nak jadi cikgu, ada katanya nak jadi doktor, nak jadi askar, nak jadi itu, nak jadi ini.
Bila dah dewasa, alhamdulillah ada yang berjaya juga mencapai cita2.

Memula masa dapat kerja, bukan main seronok lagi. Bangga, satu kampung dicanang, nak2 lagi kalau dapat kerja yang bergaji besar. Bulan pertama, bulan kedua, ketiga, keempat .... bukan main semangat.
TAPI masuk bulan yang keenam, ketujuh, kelapan, semangat dah mula kendur. Mulalah keluar ayat-ayat berunsur rungutan. Penat, banyak kerja, tak cukup tangan, bla bla bla.....

Aku bukannya apa....
Aku tak kata yang aku ni tersangatlah perfect sampai tak keluar perkataan merungut.
Kadang2 tu ada juga mengeluh, tetapi mengeluh bukan sebab apa, bila terlalu stress disebabkan kerja yang menimbun. Bukan sebab aku tak suka dengan kerja aku. Aku suka.
Dulu memula tu aku bukan main nak jadi cikgu sebab kawan2 aku semuanya apply kerja cikgu, tapi ntah bila dapat panggilan temuduga, aku macam tak ada semangat pula sebab aku tak berapa nak minat.
Aku lebih suka kerja duduk kat depan komputer dan menaip. Aku suka sangat kerja macam tu. Walaupun sesetengah orang kata, kerja tu tak mencabar tapi aku suka. Aku suka ketuk2 keyboard, bagilah aku kerja menaip, aku memang suka. (^_^)
Dan Kerja aku sekarang memang bertepatan dengan minat aku plus blogging hehe

Post ni terkeluar sebab aku kenal dengan satu orang ni yang tiap kali aku jumpa mesti akan merungut.
Merungut pasal kerjanya, penatlah, hasilnya tak seberapalah, itulah, inilah......banyaklah yang dirungutkannya. Aku tak kisahlah kalau dia merungut pasal kerjanya....tapi dia akan comparekan pula dengan kerja aku dan rakan-rakan di office. Bukan macam kamu orang, duduk di opis saja, beraircon, nda payah sibuk2 diluar, nda payah jumpa2 client, senang2 sini opis...bla bla bla....
Banyak lagi yang dibebelkannya, sampai nak bernanah telinga aku mendengarnya.

Aku tak paham dengan orang yang macam ni. Dia merungut2 penat lepas tu bebelkan kerja orang lain. Bukannya ada orang yang paksa dia pun buat kerja tu. Tak ada siapa pun yang paksa dia pilih kerja tu. Dia sendiri yang nak kerja bidang tu tapi dia merungut pulak. ishhhh kami duduk di opis sebab kerja ni yang kami pilih sendiri, kalau dia nak kerja cam kami, kenapa tak apply jak job macam kami.....huhu

Aku tak dapat nak lawan balik cakap dia sebab polisi company. Tak pasal2 aku kena buang kerja pula bergaduh dengan si polan ni. Tapi kalau dah tiap kali dia datang opis, rungutkan benda yang sama, memang tak boleh tahan. Tapi itulah susah nak nasihatkan orang yang bersikap camtu. Hanya yang mampu buat sabar sabar dan sabar......

So pengajarannya, jangan sampai jadi cam si polan ni.....dah itu kerja yang ko pilih, berhenti merungut.
Tak ada orang yang paksa ko kerja camtu kan.




Note : Masih terngiang2 bebelan si polan tu. Kalau 2 3 jam dengar rungutan dia, mau muntah darah aku di situ....stresss. Bukan stress pasal kerja, stress dengan rungutan dia!



Thursday, May 22, 2014

Masa yang tepat untuk telor rebus

Assalamualaikum
 
Aku, nak kata penggemar telor rebus, tak jugalah. Tapi sesekali layan memang sedap. Bubuh kicap, black pepper sikit, makan panas-panas, pergggghh memang layan juga.
 
Tapi masalahnya aku tak berapa nak terror masak telor rebus ni. Memanglah senang, jerang air kat periuk, pastu masukkan telor. Tapi nak timing masa tu yang tak pandai. Aku masak kadang2 tu telor tak jadi apa pun...kadang2 pulak telor dah jadi telor rebus yang bulat keras tu.
 
Yang ni aku jumpa kat Facebook. Masa nak masak telor rebus. Pasni ni nak trylah.
 
Sumber : Facebook 
 
Tapi kan aku pernah dengar juga, masa juga bergantung kepada suhu telor tu. Telor yang baru keluar aisbox tu, ambik masa sikit kalau direbus terus berbanding dengan telor yang memang bersuhu bilik.
 
Ok selamat memasak telor rebus ! :D
 
 
 

Wednesday, May 21, 2014

Bercanda di kolam renang

Assalamualaikum

Hujung minggu baru ni kami tak kemana-mana. Hanya duduk2 di rumah. Tapi anak-anak sejak dua tiga hari request nak mandi kolam. Minggu lalu dorang beria-ria nak pegi tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Dan sabtu pagi tu, cuaca pun elok terang jak, aku dan hubby tunaikanlah permintaan dorang Shumi.....sefamily pegi mandi kolam. 

Bukan main eksaited dorang Shumi, Shamzi dan Damia. Padahal bukannya jauh pun, kat area apartment tu juga. Apartment yang kami tinggal sekarang ni ada swimming poolnya sendiri. Tapi kami jarang gunakannya. Renew kad penghuni setiap tahun tapi tak guna kemudahan yang disediakan. hehe


Payah benar nak suruh Damia tengok kamera, terpaksa babanya yang tolong pegangkan kepalanya supaya tak goyang...hehe Shamzi dah buat hal sendiri kat belakang tu. 



Sedia untuk terjun ala pandelela .... :D



Mereka yang disayangi. Abis snap2 giliran Umi pula terjun gaya bebas sambil berenang kuak lentang..hehe


Bila dah lama tak turun berenang, terasa sangat penatnya. Aku sebenarnya tak lah terror sangat berenang ni, setakat terapung dan berenang ala ala katak tu boleh lah. Shumi siap tanya lagi, napa pula Umi boleh terapung sedangkan Umi lebih besar daripada Shumi.....



Note : Nasib baik masa kami pegi tu belum ada orang yang datang berenang, kalau tak malu juga aku nak buat aksi terapung2 tu, dah macam dugong berenang lah pulak...hehehe



Wordless Wednesday # 53

Assalamualaikum



Dapat 2 biji mangga besar dan bulat. Elok jak isinya dan tak berulat. Sedang2 masaknya.

Hati tak tahan tengok, air liur dah kembang, macam nak meleleh jak........lantas sorang2 dihujung minggu melayan benda ni (^_~)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|





Tuesday, May 20, 2014

Khasiat Minyak Sapi dan cara penyediaannya

Assalamualaikum

Korang memang kenal kan dengan benda ni ??? minyak sapi. Selalu juga jadi salah satu bahan tambahan dalam resepi terutamanya kuih muih dan pastri. Aku gunakan minyak sapi bila membuat kuih makmur. Lebih wangi dan sedap berbanding menggunakan marjerin yang biasa.


Image from Google

Selain menjadi salah satu bahan masakan, minyak sapi juga mempunyai khasiatnya sendiri, antaranya :-
  1. Memecahkan bisul di permukaan kulit.
  2. Melegakan sakit kerongkong dengan mencampurkannya dengan sedikit madu dan buah badam.
  3. Menyembuhkan penyakit batu karang.
  4. Menjadi penawar keracunan dan juga sengatan kala jengking dan ular. 
  5. Ianya juga menjadi perawat kepada hati, membasmi penyakit lupa.

Cara penyediaan minyak sapi :-

Dihasilkan dengan mereneh mentega tanpa garam dalam satu periuk sehingga semua air dan protein mendap di dasar. Di India, minyak sapi dihasilkan daripada susu kerbau kerana ianya lebih putih daripada susu lembu. 


Sumber : Buku Rahsia Minda Hebat



UMS Aquarium & Marine Museum

Assalamualaikum

Kisah bangas lagi......korang layan je lah ye. Seminggu yang lalu punya cerita. Kitaorang sefamily pegi melawat ikan-ikan di UMS Aquarium & Marine Museum tu. Lepas beranimal planet dua minggu yang lalu, tiba masanya menyelam ke dasar laut pula....cehhhh

Tempat ni sebenarnya pusat penyelidikan marine UMS tetapi dorang buka kepada pelawat luar juga. Bayaran masuk murah jak, RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Bukan main eksaited lagi dorang Shumi, Shamzi dan Damia bila aku dan Hubby bawa ke sini.....kan dorang angan-angan nak pegi Aquaria KLCC tu....kat sini pun ok lah. Kira tak kempunan lah nak nengok ikan besar. Cuma kat sini tak ada ikan jaws cam di Aquaria tu. 


Antara hidupan laut kat aquarium ni. Tak banyak tapi ok lah juga untuk tontonan Shumi, Shamzi dan Damia.



Tengok, eksaited dorang meninjau2. 



Sebelum balik, bergambar kenangan di sini. Comel tak penyelam-penyelam dasar laut ni ??


Ok tu je lah kisahnya....TaTa!



Monday, May 19, 2014

Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum

Hari guru yang lalu tu bukan main Shumi beria-ria ingatkan jangan lupa belikan hadiah untuk cikgunya. Shumi minta dua hadiah, satu untuk guru kelasnya di sekolah rendah dan satu lagi untuk ustazah di sekolah agamanya. 

Kad untuk cikgu kelasnya di sekolah rendah. Betulkan Shumi ni, luaran lasak tapi dalam hati ada taman



Hadiah yang Shumi minta. Satu mug dan satu lagi minyak wangi. 



Dah siap balut. Tukang balut memang Umi lah



Dan ini hadiah hari guru yang paling istimewa. Shumi, hari jumaat tu minta extra dua ringgit sebab nak beli hadiah ni katanya. Hadiah hari guru untuk cikgu tersayang .... surprise untuk Baba....Guru sepanjang masa. 



Dinner @ Grand Port View Seafood Restaurant

Assalamualaikum

Hari khamis baru-baru ni, aku dan rakan opis yang lain buat satu farewell dinner untuk former CEO kami yang datang ke KK untuk lawatan sambil bekerja beliau yang last sebelum dia bersara. 

Disebabkan Mr.CEO ni suka makan seafood kat KK ni, kitaorang pilihlah salah satu feveret seafood restaurant di sini. (^_^)


Grand Port View Seafood Restaurant...... sapa-sapa yang datang melawat kat KK ni, lokasi restaurant ni betul-betul berhadapan dengan Suria Sabah, sebaris dengan Farmasi Kementerian Kesihatan yang berhadapan dengan Jeselton Point.......rasa-rasa korang faham ke dengan arah yang aku terangkan ni...hehe



Sementara menunggu jemputan yang lain, kitaorang dihidangkan dengan kudapan ni. Jeruk betik dan juga kacang goreng masin. Tak lah juga boring menunggu kan.



Dah puas menunggu dengan penuh kesabaran, akhirnya masa untuk menyantap. Menu yang aku paling suka ikan siakap goreng dengan sambal tu....sangat sedap. Licin dikerjakan. Kalau korang singgah kat restaurant ni, jangan lupa order menu ni, berbaloi sangat. Prawn Salad tu pun tak kurang hebatnya.....lembut jak isi udangnya. Pendek kata kenyang dan puas hati. 


Ok berbalik kepada cerita Mr.CEO tu, orangnya memang sangat humble. Baik dengan semua staffnya dan tidak sombong. Orang cha ya nun alif, tapi tidak pernah memilih kasih. Faham-faham je lah bangsa dorang selalunya mesti akan tolong naikkan sedara mara dorang dulu kemudian barulah yang lain. Aku masuk kerja kat company ni tahun 2005 dan masa tu dia baru dilantik menjadi CEO. Ertinya dekat 10 tahun jugalah dia berkhidmat dan sekarang tiba masanya untuk rehat2 bersama keluarga. Thank you Mr.CEO!



Sunday, May 18, 2014

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com

Assalamualaikum





Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.





Mamee Chef - Malacca Factory Visit Invitation

Assalamualaikum

Rasanya ramai blogger yang telah mendapat email ni. Best kan siapa yang dapat join ni, dah lah perjalanan ditanggung sepenuhnya dan dapat makan bersama-sama dengan rakan-rakan blogger yang lain.




Aku ?? dapat jemputan ni pagi semalam. Dalam hati memang teringin juga nak pegi tapi sayangnya jauh merentas lautan. Belum ada rezeki lagi, apa nak buat kan. 





Saturday, May 17, 2014

Jeragat apakah ini?

Assalamualaikum

Tiba malam bila dah abis segala kerja di rumah, anak-anak pun dah lepak2 depan tv sambil tunggu mata mengantuk, aku cam biasalah.....menghadap lappy. Blogwalking mana yang sempat, berfacebook2 dan juga menyemak hasil pendapatan seharian.....nuffnang lah tu. Yalah nak tahu juga, duit bertambah ke tidak...hehe

Lepas semak duit, semak keywords. Memang kalau kat keywords ni ada pelik-pelik orang cari. Dan hari ni baru aku tahu ada spesis baru jeragat rupanya ...... Jeragat Almera......kihkihkih

Aku tak ingat bila masa aku postkan cerita Jeragat Almera ni....hehe






Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

Selamat Hari Guru untuk semua rakan2 yang bergelar guru.....cikgu2 yang pernah mengajar aku di SK Pekan Lama, SMK Kota Marudu dan Universiti Malaysia Sabah. Terima kasih tidak terhingga, jasa cikgu akan dikenang sampai bila2.

Selamat Hari Guru juga khas untuk guru yang istimewa, yang paling dikasihi dan paling garang hehe, en.Hubby..... 'guru' ku sepanjang masa. 



Pinjam gambar majlis hari guru yang diadakan di Tabika Kemas tempat kakakku mencurahkan ilmu .... Meriah sangat pic ni, kakak yang dikelilingi oleh anak2 murid comel.

 

Seringgit 3, 80 sen sebiji

 Assalamualaikum
 
Hari Jumaat ke hari ni ??? (pura-pura blur padahal sioklah sebab esok cuti) Napa cam sekejap jak aku kerja lepas tu cuti balik (mengada-gada betul Puan punya blog ni, mentang2 dah cuti 2 hari lalu, kerja 3 hari jak) ... :P
 
 
 
Akibat ngantuk punya pasal, entri pendek jak lah hari ini. Korang layanlah gambar kuih muih ni. Ni feveret aku tiap pagi...sedap sebab adik gerai kuih tu goreng segar2 dan jual. Masih panas2 dan gebu. Nampak cam besar kan...padahal kecik jak sebenarnya. Kuih bom tu, 2 kali gigit dah abis. Kalau mulut lebar sikit sekali telan jak...hehe
 
Harga seringgit 3, sebiji 80 sen. Teringat zaman dulu-dulu, kuih 20 sen sebiji, besar saiz pinggan, puas hati makan.
 
 
Note : Selamat Hari Guru !!! nanti post tentang ni akan menyusul (kalau aku tak malas lah :P)
 
 
 

Thursday, May 15, 2014

Lok Kawi Wildlife Park

Assalamualaikum
 
 
Cerita sudah bangas orang Sabah bilang.....ni kisah dua minggu yang lalu, bawa anak-anak beranimal planet katanya, baru aku terhegeh2 post hari ni....hehe Bukan apa ni kes malas edit2 gambar segala.....kalau tempek jak bulat-bulat camtu macam tak cantik plak kan.....macamlah cantik lepas diedit kihkihkih

 
 

Lok Kawi Wildlife Park......aku dah tak ingat yang ni kali ke berapa kami ke sini. Tapi last sekali pegi, Damia rasanya masih kecik lagi...mungkin dalam umur setahun lebih gitu...masih duduk dalam stroller lagi. Binatang masih sama juga, tak ada penambahan dan ada yang kosong kandangnya....samada binatang tu bersembunyi atau binatang halimunan ataupun aku yang buta tak nampak...huhu Damialah yang eksaited sebab kali ni dia dah faham dan kenal binatang-binatang tu semua. Kan selalu tengok dalam discovery channel jak.
 
 
 
Aksi anak-anak sedang beranimal planet disamping babanya. Umi memang selalu tiada dalam gambar sebab tukang katik kamera...huhu Gambar tak berapa terang sebab guna kamera hp jak, hubby malas nak angkut kameranya besar gedabak tu....berat katanya Tapi lepas sampai zoo nyesal pulak tak bawa katanya sebab cuaca elok dan sesuai ambik gambar masa tu...huhu 
Tengok rupa-rupa adik beradik tu semuanya ikut rupa babanya....Shumi jaklah yang mirip muka aku sedikit.....Gen hubby kuat, apa nak buat, yang dominan katanya...hehe
 
 
Siapa yang nak pegi ke tempat ni, korang google jak lah map...aku tak pandai menerangkan jalannya...memang sesat korang kalau aku yang bagi tahu...hehe Yang aku tahu tempat ni kat area Jalan Lok Kawi ikut jalan Penampang. Tiket masuk, dewasa RM10 seorang, kanak-kanak ada yang RM5 dan RM3, ikut umur katanya....tapi yang ni harga warganegara Malaysialah. Orang luar memang mahal sikitlah.
 
 
Ok tu jak ceritanya....TaTa !
 
 
Note : Bangas - Basi
 
 
 


Wednesday, May 14, 2014

Melepas voucher RM5

Assalamualaikum

Gara2 tak check email Gmail aku tu, terlepas voucher mekdi RM5 yang aku menang ikut contest hari tu. Aku pun sebenarnya dah lupa tentang contest ni.

 
Nasib baik RM5 jak, kalau RM50 ke RM500 ke, mesti kecewa ni....hehe


Kenali karakter anak melalui lukisan?

Assalamualaikum

Alkisahnya semalam aku melawat PIL nak bertanya khabar.....maklumlah kedua2nya dah bersara, nak juga tanya khabar, tengok apa yang dorang buat di rumah. Tapi aku bukannya nak cerita pasal aku melawat PIL aku tu, kisahnya anak lelaki aku berdua tu, Shumi dan Shamzi. 

Dorang kalau dah sampai rumah neneknya, mesti ada bendalah dorang nak bongkar2. Dipendekkan cerita, ternampaklah timbunan kotak water colour neneknya kat almari. MIL aku tu kan bekas guru, haruslah banyak alat bantu mengajar kat rumahnya. Apalagi Shumi dan Shamzi terus membodek neneknya nak kan water colour tu, orang tua ni kalau budak2 merayu mesti dapat punya.

Dan semalam, bukan main Shumi dan Shamzi tunjukkan bakat masing2 lukis guna water colour tu. Bila dah siap, bukan main bangga dorang tunjuk kat aku.....

Hasil lukisan Shumi dan Shamzi. Boleh nampaklah apa yang Shumi lukis....tapi Shamzi aku berpikir sekejap, apa benda yang ko lukis ni nak ?? Ini kucing sedang melompatlah Umi, sambil Shamzi buat demo lagi kucing melompat. Aku terketawa juga, tapi kalau renung balik cam ya jugalah gambar kucing sedang melompat.

Kalau aku renung-renung balik gambar ni, rasanya macam ianya seolah menggambarkan karakter Shumi dan Shamzi ( dah macam doktor pakar psikologi pulak aku ...hehe)




Shumi, anak sulung ku ni seperti budak lelaki yang lain, lasak tetapi orang bilang luaran nampak keras tapi dalam hati ada taman. Mendengar arahan, selalu back up Damia kalau dibuli oleh Shamzi, Abang penyayang gitu.... Kalau bergaduh dengan Shamzi memang dia orang pertama yang selalu akan minta tolong dengan Uminya ni. Sangat emosi bila tengok drama sedih2. Penakut masuk bilik sorang2, mesti nak berteman....Shamzi lah selalu jadi mangsa temannya tu. Buat kerja rumah selalu Shamzi yang jadi bodyguard dalam bilik. Nampak lipas, jeritannya aku rasa satu blok apartment ni boleh dengar.. Sesuailah dia lukis rama-rama tu kan...hehe



Shamzi, sangat teguh dengan pendiriannya. Kalau dia tak salah, memang dia akan bela diri habis-habisan. Tidak mahunya berkongsi mainan dengan abangnya atau adiknya Damia. Tak bolehnya main sama2 dengan Damia, mesti bergaduh. Banding dengan Shumi yang selalu mengalah dengan Damia. Berani, lipas dia yang tolong pukulkan, masuk bilik gelap sorang2, tiada hal, ok jak bagi Shamzi. Memang Shamzi cengeng tapi dia mesti pertahankan diri dulu kalau bergaduh ke, atau aku marah ke, tapi lepas tu memang nangissss. Kalau gaduh dengan Shumi, kalau keluar silat karatenya segala, memang Shumi yang akan nangis sebab kena flying kick dari Shamzi (budak lelaki kan, kalau gaduh tak sah kalau tak bertumbuk, Umi dan Babanya ni lah yang terpaksa leraikan)....cam gambar kucing melompat yang dia lukis tu, dia dulu yang menerkam abangnya...hehe Tapi dalam pada keras hati tu, selalu juga bisik kat aku, Shamzi mau tidur dekat Umi bah, sebab kalau tidur dekat Umi, seleeeeesa sangat......:D


Note : Anak korang cam mana ?



Tuesday, May 13, 2014

Liebster Award dari OKJE

Assalamualaikum

Lamanya aku tak buat benda 'tag'2 ni...hehe tup tup tetiba nampak nama tersenarai dalam list yang di tag oleh si Hainomokje kita tu. Kalau ikutkan hati memang dah bersara daripada 'soalan berantai' ni tapi demi kerana menjaga hati seorang teman di alam maya, ku relakan jua membuatnya...gitu kihkihkih


Award yang aku terima dari Okje.....cantik tak cantik tak


Peraturan-peraturan yang korang kena baca sebelum aku bagi award pula :-

Rules 1: Berterima kasih kepada orang yang nominated korang. Korang juga kena letakkan link blog dia dalam blog korang
Rules 2: Letakkan gambar Liebster Award dalam blog korang
Rules 3: Jawab 11 soalan yang dikemukan oleh orang yang nominated korang.

Rules 4: Senaraikan 11 fakta pasal diri korang secara rawak 
Rules 5: Calonkan 5 ke 11 blog yang korang rasakan layak dan mempunyai kurang daripada 
1000 followers

Rules 6: Senaraikan 11 soalan baru untuk blogger yang korang nominated kan
Rules 7: Senaraikan kembali rules ni dalam blog korang
Rules 8: Beritahu orang yang korang nominated tu dan sertakan sekali link entry korang! 

11 Soalan dari Okje itu ialah

1)  Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa?
Mia jak. Sebab memang tu lah nama aku pun. hehe

2)  Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca?
emmmm....semua entri boleh ke...ok bah kalau ko Okje

3)  Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu?
Macam jawapan angkat bakul sendiri ni. Peramah....hehe

4)  Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?
Cepat marah....huhu

5)  Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?
Mata.....hehe sebab tu terpaksa cover guna cermin mata.

6)  Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang?
OKje....boleh ke

7)  Peristiwa paling best dalam hidup korang?
Bila ada keluarga sendiri.

8)  Impian korang yang masih belum tercapai?
Jadi jutawan...hahaha

9)  Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?
Makan - Nasi Ayam Penyet, Minuman - Air Bandung

10)Kalau korang jadi kaya?
Aku belanja semua.....

11)OKje di mata korang? Nak kritik pun OK ..... mak OK jer!

Seorang remaja purba yang awet muda, mak yang sempoi, isteri mithali yang pandai ambik hati suami (selalu dapat apa yang diminta...hehe) ni ikut pemerhatian dan pembacaan entri Okje...jangan marah ye

11 fakta mengenai diri-sendiri secara rawak

1) Anak kedua dari 5 beradik

2) Pernah belajar Bahasa Mandarin tapi tak ingat dah. Setakat kira sampai sepuluh tu, tanya nak makan ke, tanya sapa nama tu boleh lah....hehe

3) Paling lambat makan. Macam tercekik pula kalau makan laju2.

4) Pernah panjat Gunung Kinabalu walaupun sebenarnya seorang yang gayat. Tak boleh tengok bawah dari tempat yang tinggi, cam terasa nak jatuh jak.

5) Terlampau teliti. 

6) Cepat marah tapi lepas tu akan cool down sendiri.

7) Aku kalau orang baik dengan aku, aku balas baik, tapi kalau tengok aku macam aku ni kuli dia...siaplah. Ambik ko bebelan aku...huhu

8) Pantang dengan orang yang 'bagaikan melepaskan anjing yang tersepit'. 

9) Nak cari side income tapi tak tahu macam mana nak mula.

10) Tidak boleh makan di restoran mamak/India....confirm besok mesti ceri beri.

11) Suka tengok filem SRK....hehe


Mesti korang debar2 kan, abislah aku ditag...hehe Memandangkan mengikut firasat hati korang akan ditag oleh rakan-rakan yang lain, maka aku dengan senang hati bagi award ni buat korang yang sedang membacanya. Korang nak buat, dipersilakan, soalannya?? korang ceritakan saja serba sedikit tentang diri korang. Tapi kalau korang tak mo buat, aku ok je...hehe



Note : Siap juga buat segmen tag2 ni...hehe diharap OKje berpuashati dengan jawapannya :P