Wednesday, July 30, 2014

Raya yang nostalgik

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri .... maaf zahir dan batin :)
Baru jengah blog setelah sepi 2 hari ni.
Ada yang mula bekerja ke hari ni ?? Aku masih bercuti lagi, minggu hadapan baru mulai bekerja. Masih lagi relaks2 di kampung yang permai. Kejap lagi nak bergerak untuk memenuhi undangan rumah terbuka rakan2 hubby. 

Raya aku tahun ni seperti biasa. Sederhana tapi tetap meriah. Perut pun dah meragam sebab kejutan, banyak benda masuk ke dalam setelah sebulan berpuasa tu hari. Syukur alhamdulillah dengan nikmat yang diberiNya. (^_^)


Gambar raya sekeluarga aku tahun ni. Tema hijau daun pisang + coklat. Raw picture belum transfer dan edit. Sangat suka dengan gambar ni, nampak klasik kan kihkihkih
Hubby rotate baju 2 tahun yang lalu (masih muat nampaknya hehe), aku mulanya nak pakai baju lama juga tapi ternampak baju kurung pahang ni di Kamdar tu hari. Cantiklah pula so terbelilah...nasib baik harga RM45.00 jak. Anak2 memang baju baru sebab tahun lalu punya memang sah-sah tak muat. Semua last minute tapi tak sangka kaler termatch pulak :). Dan buat pertama kali aku pakai shawl ye. Hehe. Shawl tak beli, hadiah raya dari kawan..tak pernah pakai shawl tau, 2 3 hari sebelum raya asyik mengoogle tutorial pakai shawl jak. Nasib baik pakai terus menjadi. :)


Ok lah. Nanti kita sambung cerita lagi ye. Yang dah kerja, selamat bekerja. Yang masih bercuti, jangan sia2kan masa cuti korang. Masa ni masa untuk korang bersama keluarga :)



Sunday, July 27, 2014

Ephyra....terbukti berkesan

Assalamualaikum

Aku kenal Ephyra ni bila terbaca blog rakan-rakan. Rata-rata kesemuanya menyuarakan rasa puas hati setelah mengamalkan produk Ephyra. Bila terbaca testimoni2 dengan hasil yang memuaskan, aku teringin jug untuk mencubanya....bukan apa, kulit wajah aku sebenarnya agak kusam. selama ni ambik gambar guna bantuan 360 tu kihkihkih. Walaupun aku tak berapa mengalami masalah jerawat yang teruk tetapi bila jerawat mula tumbuh terutamanya di bahagian pipi, ianya meninggalkan bekas yang agak ketara. 
Nak nak lagi bila nak dekat period, mesti timbul sebiji dua di pipi. Besar pulak tu huhu

Aku pula mempunyai kulit yang agak sensitif, tidak boleh menggunakan produk kulit sebarangan. Silap pakai mesti jerawat bertubi-tubi akan muncul dan paling teruk bernanah. Lepas tu susahlah nak hilangkan bekas-bekas jerawat tu semua. Hinggalah aku terbaca testimoni pengguna Ephyra ni. Apa salahnya aku mencuba kan. Mulalah aku kononnya survey harga Ephyra ni. Harganya lebih kurang sama dengan produk saingannya yang lain. Ok juga kan.

Sehinggalah, agaknya rezeki aku terpilih sebagai seorang pemenang dalam Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat dan Bertenaga yang telah dianjurkan oleh blogger Mialiana. Dapat sekotak Ephyra dan juga sehelai T-Shirt dari Ephyra. 
Dapat sahaja Sekotak Ephyra hari tu, aku terus mengamalkan sehari 2 kali iaitu di waktu pagi dan juga malam sebelum tidur. Sebenarnya boleh juga minum sehari sekali tetapi jika ingin mendapatkan hasil yang lebih cepat, minum 2 kali sehari disamping minum air kosong yang secukupnya. 

Gambar sikit dengan Ephyra dan t-shirt

Dan setelah hampir 2 minggu minum Ephyra ni, aku boleh melihat tanda-tanda perubahan pada kulit wajah aku. Nampak lebih cerah (kawan satu office pun tegur, kulit cerah berbanding sebelum ni) dan parut-parut serta bintik-bintik hitam di pipi mula pudar dan berkurangan. 


Nampak lebih cerah dan ceria kan. :D


Aku close up kan sikit terutamanya di bahagian pipi tu.  Nampak tak perubahannya. Parut jerawat dan juga bintik-bintik hitam semakin berkurangan. 


Ephyra ni, selain membantu masalah jerawat dan kulit kusam aku, ianya juga membuatkan aku lebih ceria dan bertenaga. Maklumlah dah masuk umur 30-an ni, tenaga makin kurang. Tak seaktif zaman muda belia dahulu, 20-an lah tu. Lebih-lebih lagi aku dah mempunyai 3 orang anak dan juga seorang ibu yang berkerjaya. cehhh kerjaya gitu. Penatnya....korang sendiri boleh bayangkan kan.....
Tapi bila aku mula mengamalkan Ephyra ni, waktu malam aku seakan ada tenaga sampingan untuk habiskan kerja-kerja di rumah seperti membasuh baju dan masak untuk suami dan anak-anak. Sebelum ni Selalunya balik kerja mesti dah flat.....silap sikit boleh tertidur kepenatan. 

Satu lagi kesan yang aku perolehi selepas mengamalkan Ephyra ni, aku lebih teratur pergi ke tandas. Sebelum ni 2 3 hari baru aku membuang apa yang patut, tetapi sekarang hampir setiap hari aku ke tandas. Rasanya ianya telah membantu melancarkan sistem pelawasan aku. 

Banyak lagi rasanya kebaikan Ephyra ni tetapi 3 kesan ni yang aku rasakan setelah mengambil produk bermutu ni. In sha Allah, selepas ni aku akan teruskan pengambilan Ephyra ni :)



Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba produk Ephyra ni, boleh berhubung dengan mereka di 

Call / Whatsapp HOTLINE : 019 3999238 / 03 41417889








Friday, July 25, 2014

Pesanan dari PDRM sebelum balik kampung

Assalamualaikum
 
Tak sedar kan, hari ni adalah Jumaat terakhir kita di bulan Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Lagi dua hari kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal pula.
Aku masih bekerja hari ni tapi anak-anak dan hubby dah start bercuti. Mungkin ada yang sudah pun memulakan perjalanan balik ke kampung halaman yang dirindui.
Ingat....pandu cermat, jiwa selamat. Biar lambat asalkan selamat. Sebelum balik ke kampung pun, pastikan keadaan rumah dalam keadaan yang selamat. Jangan lupa pula kunci rumah tu hehe.
 
Ni ada sedikit pesanan dari PDRM, aku kongsikan di sini. Untuk perhatian kita bersama. :)
 
 
 
PDRM menasihatkan anda untuk mengambil langkah-langkah keselamatan berikut sebelum meninggalkan rumah:

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang
diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:

- Nama dan alamat
- Nombor telefon yang mudah dihubungi
- Tarikh berlepas dan balik
- nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti

9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.
 
Sumber : Facebook
 
 
 
 
Selamat balik kampung !!
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin
 
 
 


Thursday, July 24, 2014

Esok cuti bermula?

Assalamualaikum
 
Yeh yeh yeh esok cuti........................tapi untuk anak-anak dan hubby sahaja
Aku belum mula cuti lagi. Minggu depan ambik 3 hari selepas cuti raya tu. Cukuplah seminggu bercuti kan. Lama2 buat badan jadi lemau pulak sebab terlalu lama berehat...hehe
 
Anak-anak aku terpaksa bercuti awal sebab taska dan sekolah agama mereka mula bercuti esok hari. Cikgu2 katanya nak balik kampung so owner taska dan SAR bagilah dorang cuti awal. Sian nak beraya.
Aku mula-mula tu bingung juga sebab aku dan hubby kan masih kerja esok, anak-anak sapa yang nak jaga ?? huhu dilema betul. Last-last hubby dengan baik hatinya mengofferkan diri menjaga anak2. Dia kata ambik CRK ja (cikgu2 sekolah semua tahu kan apa makna CRK hehe).
 
Kenapa aku yang tak ambik cuti ?? aku kan kerja swasta. Polisi company, pekerja tidak dibenarkan mengambil cuti pada 20 hingga 25hb setiap bulan. Ni hari2 penting untuk end of month sebelum pungutan keuntungan untuk bulan itu ditutup. Kena sentiasa ada di opis untuk masukkan business dalam sistem. Nak capai budget katanya....tak capai budget nanti tak ada bonus meletup...Lagipun kami yang tahap branch ni ada 2 3 orang pekerja ja yang masukkan data.
 
Oklah...sekarang nak sambung balik kerja.
Tapi sebelum tu nak share sikit tentang post aku hari tu....Menanti berita baik tu. Boss dah panggil semalam dan syukur alhamdulillah... (^________^)
Lebar senyuman maknanya korang tau lah ye. Nanti aku dapat keputusan yang rasmi aku kongsi di sini.

Wednesday, July 23, 2014

Wordless Wednesday # 61

Assalamualaikum
 
 
 
 
Gara-gara mamai ke apa, pagi ni aku terguna Pass Card rumah untuk buka gate parking di opis. 3 kali try buka baru tersedar salah kad. huhu 
Jeling kereta kat belakang dah berderet....malunya.. :)
 
 
 

Tuesday, July 22, 2014

Raya di mana-mana sama sahaja

Assalamualaikum

Ni nak menjawab pertanyaan si Daddy Ziyyad semalam. Aku tak sempat nak reply komen post so aku up kan entri hari ni.... :)




Sama jak sebenarnya. Tak banyak jauh bezanya. Pagi raya selepas sembahyang raya, bersalam-salaman dengan mak bapa dan juga adik beradik yang lain. Lepas tu acara wajib pagi raya melantak ..... hehehe ganas benar bunyinya. Maklumlah banyak makanan best2. Kemudian ziarah kubur mereka yang telah meninggalkan kita dan akhirnya kunjung mengunjung amalan mulia. :P

Mungkin adalah sedikit perbezaan kecil terutamanya dalam bab makanan yang dihidangkan di hari raya. Setiap kaum yang ada di Malaysia ni, khususnya di Sabah dan Sarawak yang umum dah tahu banyak bangsa yang duduki negeri ni, secara tidak langsung mempengaruhi cara masakan dan apa yang dihidangkan semasa raya.... macam buat karanganlah pulak aku ni  

Ketupat dan lemang salah satu makanan wajib yang ada di pagi raya. Tapi rasanya kalau di Sabah ni, ketupat pulut lebih banyak dihidangkan untuk juadah raya berbanding dengan ketupat nasi ataupun lemang. Ketupat pula dimakan bersama kuah kacang ataupun rendang. Ketupat pulut ni pula ada yang bersantan dan ada juga tidak. Yang bersantan tu memang sedap berbanding yang biasa, tapi jenis ketupat ni tidak boleh disimpan lama memandangkan sifat santan yang cepat basi tu plus kolesterol tinggi huhu. 

Nanti kalau aku sempat snap2 gambar makanan minggu depan (masa raya), aku kongsikan di blog ni ye. :)

Ok lah tu je ... TaTa!





Note : Tapi kan suasana beraya di kampung adalah sangat berbeza dengan beraya di bandar. :)




Monday, July 21, 2014

Mesti rasa berpuasa di kampung

Assalamualaikum
 
Ni cerita 2 minggu yang lepas tapi baru hari ni dapat post entri. Kekangan masa kan.
Aku kalau tiba bulan berpuasa ni mesti tak miss balik kampung untuk berpuasa bersama-sama dengan keluarga di sana. Semalam pun jadilah. Yang penting dapat rasa suasana tu.
Feel dia memang lain tau, meriah sangat walaupun berbuka ala kadar jak.
Rugi sapa-sapa yang masih ada keluarga di kampung tak balik dan merasai suasana berpuasa di kampung ni. Lagipun bulan ramadhan cuma setahun sekali jak kan.
 
 
 
Balik hari tu, aku sempat juga menjenguk sekejap pasar ramadhan di sana. Meriah jugalah tapi tak lah sepadat pasar ramdahan di KK tu. Penuh dengan manusia. Yang ni senang jak korang nak beli, tak payah bersesak-sesak dengan orang ramai.
 
 

 
Antara menu berbuka puasa kami sekeluarga hari tu. Simple jak, kuih muih, mee goreng dan yang penting ada sambal ikan masin yang mak buat. My peberet! sampai hari ni masih lagi teringat2 sambal tu.
 
 
 
 
 
Note : Ada lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut bulan syawal. Tapi rasanya kali ni raya agak muram sedikit. Kita semua masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi dengan pesawat MH17 yang terhempas itu. Walaupun aku tidak ada saudara mara di dalam kapal itu tapi tempias kesedihan itu memang dirasai. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya.
 
 
 
 

Thursday, July 17, 2014

Nak marah...tapi

Assalamualaikum

Ni sekadar nak berkongsi pengalaman sendiri....tak berkaitan pun dengan sesiapa ye :)

Aku dah pernah ceritakan sebelum aku beli cik alputih tu, aku guna Myvi sebagai kenderaan rasmi
kami sekeluarga. Beli Myvi tahun 2006 dan masa tu kami dah ada satu kancil tapi tak berapa nak ok kalau di bawa ke mana-mana.
So mostly memang guna Myvi lah.

Aku dan hubby rasanya boleh juga dikategorikan pemandu berhemah...cehhhh pemandu berhemah ke ??
tapi tu lah kadang-kadang malang tak berbau, kemalangan semasa drive Myvi tu memang pernah jadi juga. Tapi syukur alhamdulillah cuma kemalangan kecil sahaja.

Kes 1
Hubby terlanggar bontot kereta di depannya semasa nak keluar simpang. Kancil orang tu cam nak bergerak tapi brek mengejut kembali dan bang!!
Kemek kereta kancil tu, Myvi pula hanya scratch sikit. Tapi tu tetap salah hubby sebab dia yang tersondol.....dorang berbincang baik2 dan alhamdulillah, pemandu kancil tu setuju ikut hubby ke bengkel dan hubby bayar kos pembaikannya...rasanya dalam 300 lebih gitu.

Kes 2
Aku yang drive masa tu....hantar Shumi pegi taska. Sedang elok selekoh dalam kelajuan 30km sejam (jalan kampung kan), nampak dari jauh seorang penunggang motorsikal dengan laju baring corner di depan. Dan dia tak dapat brek lalu langgar sebelah kiri depan Myvi aku.
Memang masa tu aku rasa nak marah, nak jadi orang hijau pun ada tapiiiii bila keluar dari kereta, aku kesian pula penunggang motorsikal tu, terjelepuk jatuh dalam longkang. Apa yang keluar dari mulut aku masa tu, ko nda apa-apa kah?? sebab aku tengok orang tu dah berkerut2 dahinya sambil urut dada.
Orang tu tak jawab soalan aku tapi terus berdiri dan ambik motor lalu pecut dari situ. Huh !!
Aku rasa nak nangis masa tu.... hubby masa tu memang tak tinggal dengan aku di KK sebab bertugas di daerah lain. Aku tengok Myvi abis calar sebelah kiri depan tu. Tayar kiri di depan tu pula dan koyak. Nasib baik ada orang kampung yang baik hati tolong tukarkan tayar tu dengan spare tayar yang sedia ada.
Terpaksa juga guna duit sendiri beli tayar baru....nak minta ganti rugi dengan orang tu, dia dah cabut lari. Padahal bukannya pun aku marah masa tu.

Kes 3
Semasa kami bercuti di Kundasang. Dalam perjalanan balik ke KK, singgahlah satu stesen minyak di pekan Ranau ni. Hasrat hati nak beli jajan untuk makan2 semasa dalam perjalanan. Hubby pun masuk lah satu parking ni. Separuh badan Myvi dah masuk dalam kotak parking tu, tetapi tiba-tiba orang dalam kereta di sebelah kiri membuka pintu keretanya dan gedegang !!! hubby mana sempat brek. Korang rasa sapa yang bersalah kalau dalam situasi ni.
Hubby aku tengok cool je masa tu, dan keluar dari kereta dengan harapan dapat berbincang dengan owner kereta sebelah tu.
Orang kereta sebelah tu pun keluar juga tapi dia langsung tak pandang hubby yang tegak berdiri di depannya ala ala penyanyi nasyid. Dia cuma ketuk2 pintunya supaya dapat tutup balik. Pintu sebelah kiri depan Myvi tu pun kemek juga dan langsung tak boleh buka. 
Lepas orang tu puas hati ketuk pintu keretanya, dia masuk dalam kereta dan berlalu gitu sahaja tinggalkan hubby yang setia berdiri di depannya. 
Hubby aku cakap, biarlah. Bukan rezeki kita agaknya lagipun pemandu tu orang tua. Huhu
Nasib baik kawan aku tolong ketukkan pintu kereta Myvi tu, dapat juga buka balik.

Kes 4
kata pemandu berhemah tapi sampai 4 kes...huhu
Ok yang ni jadi masa bulan puasa tapi tak ingat tahun bila. Hubby yang drive masa tu, gara-gara mengelak orang yang tiba-tiba melintas jalan, hubby tersondol bontot kereta yang ada di depan. Rasanya double cab pickup. Kemek juga keretanya tapi Myvi teruk sikit kali ni sebab side mirror sebelah kiri tu patah. Hubby dah bersedia dimarahi pemandu pickup tu sebab ikut undang2 kami yang bersalah. Tapi pemandu tu cakap takpa...dia punya kemek pun sikit saja, tak payah bayar. Dia ok saja. Boleh pula gitu, mungkin berkat bulan puasa kami tak diminta satu sen pun bayaran. :)


Moral of the story ... jangan marah2 ye, anggap jak apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. 
Peace !

Wednesday, July 16, 2014

Wordless Wednesday # 60

Assalamualaikum
 
Sumber : Facebook


Jaga tutur kata......tak kira lelaki ke atau perempuan tapi perempuan rasanya kena extra lebih jaga percakapan nak nak lagi di bulan yang mulia ni.
 
 
 
 
Note : Malu pada diri sendiri bila tengok video tu...., pemakaian dan perwatakan tidak seiring dengan tutur kata....huhu
 
 
 

Tuesday, July 15, 2014

Menanti berita baik

Assalamualaikum
 
Sangat sangat sangat sibuk kebelakangan ni.
Nak update blog pun dah tak sempat. Kat opis, kerja berlambak. Non stop gitu.
Lepas siap satu, datang lagi satu.
 
Apa boleh buat kan dah namanya kerja. Tak kerja mana nak dapat gaji. Macam mana nak bantu hubby tanggung anak-anak. Teringin juga nak rasa jadi suri rumah sepenuh masa, tapi dengan
keadaan sekarang ni, dengan kos yang semakin meningkat....kesianlah pula hubby sorang2 mencari nafkah.
 
Blog sekarang ni dah tenggelam timbul....traffic pun dah makin menurun. Memang tak sempat nak berblogwalking. Di rumah lagi lah, dengan line yang sangat slow mengalahkan siput babss. Menyampah betul. Loading blogspot pun dah makan 1 jam, tak ke tensen tu...huhu
 
Aku sekarang ni tengah menunggu berita gembira....berita gembira apa ?? ada lah berkaitan sikit dengan kerjaya. Harap-haraplah berita gembira itu dapat diketahui dalam masa terdekat ini..... :) Nanti aku share lah kalau dah dapat ye....:D
 
 
Ok lah...malas dah nak bebel lagi.....kepada yang bercuti, selamat bercuti dan Salam Nuzul Al-Quran
 

Monday, July 14, 2014

'Ustazah' Damia

Assalamualaikum
 
Salam 16 ramadhan. :) Tak sedar kan dah dua minggu kita berpuasa. Lagu raya pun dah start berkumandang di radio. Mood raya dah mari dah. hehe
 
Sabtu tu, aku balik kampung sebab nak rasa juga suasana berpuasa dengan keluarga di kampung. Tapi nanti lah aku cerita kan ye.
Nak cerita pasal budak Damia ni. Bukan main dia tetiba bongkar tudung pemberian neneknya. Dia kata nak pakai tudung cam Umi.
 
'Ustazah' Damia katanya...:) 
 
Bukan main dia bersemangat pakai tudung sebelum bergerak tu.
 
Tapi dalam kereta....dia buat apa ??
 
 
Dah taksub benar dia dengan bantal busuknya tu. Wajib bawa ke mana-mana.  

Friday, July 11, 2014

Tabung Aman Palestin

Assalamualaikum
 
 
 
 
~~ Hanya mampu titipkan doa yang tidak putus-putus untuk mereka yang berada di sana. Air mata jatuh melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa. Tak dapat aku bayangkan jika aku berada di tempat mereka. Ya ALLAH besarnya dugaan mereka....Doa dan sumbangan ikhlas dari kita sangat diperlukan sekarang ini ~~
 
 
Sumber : Facebook
 
 
 
 
Nota : Mood tidak menentu bila melihat gambar-gambar anak-anak kecil Palestin yang terkorban :'(
 
 
 
 
 
 

Wednesday, July 9, 2014

Wordless Wednesday # 59

Assalamualaikum 
 
Ni kesinambungan dari cerita Selipar Damia kena kebas tu hari. Semalam balik dari kerja, hubby bagi tahu selipar Damia dah jumpa balik. Kata cikgunya terjumpa dalam stor taska. Sapalah yang memandai menapuk selipar Damia di stor...
 
 

Ni lah rupa selipar Damia yang biasa2 ja tu.
 
 
 
 
Note : Menapuk - sembunyikan
 
 
 
 
Extra Note : Jangan sedih ye penyokong baju kuning tu....adat permainan kan, ada kalah ada menang, walaupun di tempat sendiri :P
 
 
 
 

Tuesday, July 8, 2014

The real 'Power bank'

Assalamualaikum

Nak order power bank yang confirm2 tahan lama. Sumber kuasa yang bertahan seminggu .. hehe

Sumber : Facebook

Harga boleh runding... dijamin puas hati ..kihkihkih

Note : Jangan marah ye.... gurau je


Monday, July 7, 2014

Air Sarsaparilla

Assalamualaikum

Zaman budak-budak dulu, di bulan puasa,
waktu matahari tegak kat atas kepala, memang terbayang dah minuman sejuk berais.
Nyamannya kalau diminum waktu dahaga yang amat sangat tu kihkihkih

Sekarang dah dewasa beranak pinak ni, tak kan lah masih berperangai gitu hehe
Tapi kadang-kadang tu terbuat juga, nak2 lagi kalau dah penat sangat buat kerja dan cuaca pula sangat panas.
Sedapnya bila terbayangkan air kegemaran waktu berbuka puasa.
Aku selain air bandung, aku sangat gemar minum air sarsaparilla atau lebih dikenali air sarsi.
Tapi aku tak suka yang berkarbonat tu, aku suka yang jenis kordial. Sedapnya diminum sejuk2.

Tapi kan kegilaan aku terhadap air ni cuma di bulan puasa dan raya sahaja. Wajib ada sebotol kordial
sarsaparilla di rumah. Bulan-bulan biasa memang langsung tak ada. hehe
Aku sebenarnya kurang sikit minum minuman kordial atau bergas ni, kalau tetiba teringin jak baru lah membeli. Cam air sarsaparilla ni, keinginan membuak-buak tu cuma di dua bulan ni sahaja..kihkihkih

Hubby aku ada tanya juga, pasal apa aku suka sangat minum air ni.
Lepas tu dia tanya, air ni buat daripada apa ? kalau sirap ros ke, air oren ke, lychee ke ... tu memang kita tahu asal usulnya.
Aku blur tak tahu nak jawab apa, yang aku tahu rasanya sedap dan halal....hehe

So hari ni aku rajin lah mengoogle asal usul air ni..
dan aku dapat jawapannya.

Air Sarsaparilla yang originalnya diperbuat daripada sejenis tumbuhan Smilax Regelii yang banyak tumbuh di Amerika Tengah.
Tumbuhan ni sebenarnya salah satu penawar untuk penyakit kulit dan darah. Akarnya digunakan ala ala ginseng gitu. Kata si wikipedia ni. Kalau nak tau apa jenis tumbuhan ni korang google jaklah ye.
Tapi sekarang minuman ni lebih dikenali sebagai minuman ringan dan banyak diperbuat daripada
perisa tiruan. Dan jenama minuman jenis ni yang paling dikenali di Asia ialah Sarsi.
Gitu serba sedikit tentang air sarsaparilla ni.


Harap hubby aku berpuas hati dengan jawapan aku mengenai air sarsaparilla ni...hehe :P


Sumber : www.Ishworld.com


Selipar Damia kena kebas

Assalamualaikum

Nak cerita tentang selipar si Damia ni.
Hari tu aku ada beli selipar (selipar ala selipar jepun tu) untuk Damia pakai ke taska.
Selipar biasa tapi comel sangat. Kaler pink ada gambar Dora the explorer tu.
Bila Damia pakai, aku pula yang gerigitan tengok.....cumil, jadi belikan lah untuk dia.

Tapi baru seminggu Damia pakai ke taska, hari jumaat tu, dah hilang.
Berabis ni babanya dan cikgu taskanya mencari tetapi tak jumpa juga. Cikgunya suspek mungkin ada
murid yang bawa balik ke rumah.
Heran aku tau, selipar Damia tu kecik jak....semua kat taska tu budak umur 5 dan 6 tahun....huhu
Damia seorang saja yang umur 2 tahun lebih. Jadi korang bayangkan sendiri saiz kaki Damia....kecik jak.
Kata cikgunya nanti dia dorang tanya budak2 yang lain.

Kalau mak budak tu bertanggungjawab mungkin dia akan balikkan kembali selipar yang bukan kepunyaan anaknya tu ke taska...tapi yang aku geram kalau mak budak tu terus jadikan barang tu harta anaknya...huhu
Korang yang tinggalkan anak-anak kat taska pernah kan jadi camni.
Selalu juga cikgu tersalah masuk barang kat dalam beg budak-budak. Aku pernah juga jumpa baju budak lain dalam beg Damia, kadang-kadang botol susu. Tapi aku bukan jenis yang suka ambil barang orang lain dan aku rasa lain bila anak aku guna barang anak orang lain.
Aku cuci baju tu, dan bagi balik kat taska.
Dulu selalu jadi mangsa tuala Damia lah. Selalu hilang. Kadang-kadang tu lepas seminggu baru timbul balik, kadang-kadang hilang gitu saja.
Mustahil lah kan, mak-mak tak perasan yang ada barang-barang bukan kepunyaan anak mereka semasa kemaskan beg taska anak-anak mereka kan. huhu

Tadi hantar Damia ke taska, aku tanya cikgunya lagi. Jumpa ke tidak.
Katanya hari ni dorang tanyakan kat budak-budak.
Harap-harap jumpalah balik selipar comel Damia tu.
dan harap-harap mak kepada budak tu perasan ada selipar kecik yang tak muat saiz kaki anaknya terikut dalam beg taska anaknya tu kan.

Gambar selipar Damia tak sempat nak ambik. Baru seminggu pun Damia happy memakainya dah dikebas orang. huhu





Note : Pagi ni angin dan hujan kuat di KK. Hantar anak-anak pegi sekolah tadi habis basah baju. Sekarang ni ada lembab2 sikit lagi kat bahagian lengan.



Sunday, July 6, 2014

Tahukah anda ??

Assalamualaikum

Sharing is caring gitu so kongsikan sedikit maklumat yang aku baca untuk manfaat bersama :)


  1. Tahukan anda walaupun bawang putih baik untuk kesihatan tetapi hukumnya makruh jika memakannya kerana menyebabkan mulut berbau.
  2. Apabila memakan daging (yang cam steak tu lah), jangan memotongnya dengan pisau di atas pinggan, seeloknya siatkan dengan jejari kerana rasanya lebih enak dan bahan enzim dalam jejari akan membantu menghadamkan daging ketika masuk ke dalam perut.
  3. Telur burung merpati, jika diberi makan kepada kanak-kanak akan membantu mereka bercakap lebih awal.
  4. Lelaki yang berjalan kurang daripada sebatu sehari mempunyai 71% risiko mendapat dementia sejenis penyakit mental berbanding lelaki yang berjalan sejauh dua batu sehari.
  5. Antara kandungan bahan kimia untuk membuat sebatang rokok juga digunakan untuk membuat bahan-bahan berikut -> cuka, pembuang pengilat kuku, agen pencuci, racun serangga, bateri, alkohol, ubat gegat, bahan api roket, pelarut industri dan paip plastik............emmmm 
  6. Jangan minum dengan gelojoh (sekali teguk untuk satu gelas) kerana ianya mendatangkan penyakit.
  7. Saiz perut bayi yang baru lahir hanya sebesar cawan telur. 
  8. Cirit birit berpunca daripada racun yang dihasilkan oleh beberapa jenis organisma seperti bakteria, parasit dan kulat.
  9. Wanita akan lebih kuat makan kira-kira 2 minggu sebelum datang haid. Ini kerana kandungan hormon progesteron pada masa ini meningkat dan secara tak langsung kadar metabolisme juga meningkat. Sebab tu sentiasa lapar. :)
  10. Tiga perkara mengelakkan penyakit lupa iaitu selalu bersugi (berus gigi), berpuasa sunat dan membaca Al-Quran.


Sumber : Buku Rahsia Minda Hebat



Saturday, July 5, 2014

Mangga Udang?

Assalamualaikum

Salam 7 ramadhan.....dah seminggu kita berpuasa kan. Nda sedar bah, orang Sabah bilang, pejam celik pejam celik, mo dekat sudah hari raya. Baju raya dah beli ke ??? hehe Aku......baju melayu Shumi dan Shamzi dah beli, hubby pula katanya nak recycle baju melayu tahun2 yang lepas. Masih baru lagi katanya, tak baik membazir. Aku mungkin beli, mungkin tidak sebab ada satu jubah yang masih elok dalam almari. Pakai sekali jak.....kalau malas mencari baju, mungkin tu lah yang aku pakai raya pertama nanti. Baju melayu Shumi dan Shamzi aku beli siap2 ikut kaler jubah dan baju melayu hubby.....:) Damia mungkin minggu depan baru mencari.....tunggu ehsan dari hubby yang dapat duit raya RM500 tu kihkihkih.....

Ok....stop cerita pasal baju raya.....tajuk lain, cerita lain.
Sebenarnya nak cerita pasal buah mangga. Hari tu hubby ada beli daripada kawannya (orang yang sama menjual mangga wani tu). Buah mangga ni besar, panjang. Ingatkan isi nya ok lah seperti rupanya...sekali kupas, hampeh! tak sedap. Patutlah tak wangi pun.


Nampak besar, panjang dan cantik kan

Orang sini panggil Mangga Udang. Tak tahu kenapa namanya begitu, nak cakap macam rupa udang, langsung tak ada pun. Mangga jenis ni memang tak sedap dimakan, rasa tawar jak. Tengoklah nanti aku try buat kerabu mangga, sedap ke tidak. Masih banyak baki buah tu, nak dibuang sayang pula, membazir, tak elok diikut perangai shaiiitooon. 
Kalau menjadi kerabu mangga aku tu, aku kongsikan di sini tapi kalau aku sunyi sepi jak tu, paham-pahamlah korang ye .... hehe



Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Assalamualaikum

Jarang-jarang berkongsi tentang berita artis di blog ni. Selepas bersahur tadi sambil menunggu azan subuh, buka Facebook tengok status rakan-rakan.
Rata-rata kesemuanya berkongsi berita tentang perginya seorang biduanita negara, Datuk Sharifah Aini. Innalillahhiwainnailaihirojiun.
Terkejut juga sebab semalam baru dengar berita yang beliau semakin stabil dan sembuh tapi itulah, ajal maut ditangan Tuhan....

Al-Fatihah untuk arwah dan salam takziah untuk keluarga Datuk Sharifah Aini.


Sumber : Google

Untuk cerita lebih lanjut boleh baca di sini






Friday, July 4, 2014

Bakteria Penyebab Keracunan Makanan

Assalamualaikum
 
Salam Jumaat dan Salam 6 Ramadhan. Tak sedar nak masuk seminggu kita berpuasa. :)
Ternampak ni di Facebook dan kongsikan di sini. Lebih-lebih lagi sekarang ni orang ramai berpusu-pusu ke bazaar ramadhan kan. Bukan aku nak kata makanan yang dijual tak bersih tetapi sebagai langkah berjaga-jaga kan. Sharing is caring gitu.
 
 
 
 
Nak berbuka puasa pula jangan nak gelojoh sangat...cuci bersih tangan tu. :) Bagi yang mengusahakan perniagaan makanan, titik beratkan lah kebersihan. Jangan kerana anda, orang lain yang mendapat susah.
 
 
 
 
Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook
 
 
 
 
 
 

Thursday, July 3, 2014

Kerana telor

Assalamualaikum

Cerita minggu lalu sebenarnya..
Alkisahnya Shumi nak bawa telor ke sekolah sebab cikgu BI nya suruh bawa.
Dorang nak buat aktiviti dalam kelas katanya...
Jadi sediakan lah Shumi 2 biji telor, sebenarnya sebiji jak tapi aku extra 1 sebab takut yang 1 pecah ke apa....aku simpan dalam bekas tertutup dan sumbatkan tisu agar telor tak tergoyang2 dan terhentak satu sama lain.
Sebelum pegi sekolah aku dah pesan banyak kali dengan Shumi, jaga baik-baik telor tu...jangan
sampai pecah dalam beg pula. Kalau buka bekas tu kena tutup rapat2 balik. Tak pasal-pasal pula terpecah dalam beg sekolah.

Dan petangnya semasa aku ambil Shumi dari sekolah, nampak dah air muka Shumi semacam jak.
Umi...kalau saya kestau Umi, Umi jangan marah a'a
Aku tak suspect apa-apa lagi masa tu, bah cakaplah
telor tu terpecah dalam beg sekolah saya......saya nda sengaja, tadi ada budak langgar beg sekolah saya...
Isssshhhh aku dah mula nak marah tapi tanya lagi Shumi...
macam mana pulak telor tu boleh terkeluar dari bekas tu, bekas tu kan keras, kalau ko nda buka tutupnya, tu telor nda terkeluar tu....kecuali kalau ko ada kasi kluar dan nda tutup rapat-rapat tu bekas.
Shumi diam-diam...memang dia tidak tutup rapat2lah bekas telor tu...huhu

Aku buka beg sekolah Shumi......abis!!......telor masih ada dalam poket bagnya tapi dah pecah. Abis berlendir poket bag sekolahnya. Bau.....eeee korang boleh bayangkan bau telor mentah...sangaaaat hanyir. Setengah kotak tisu aku kerjakan lap poket beg sekolah Shumi tu. Sambil mulut membebel.
Shumi diam kaku jak depan aku.
Aku bukan marah sebab begnya kotor ke apa tapi marah sebab dah pesan banyak kali dengan Shumi paginya tu. Nak ajar Shumi bertanggungjawab sedikit dengan menjaga telor tu, jangan sampai pecah.

Terkelip-kelip mata Shumi tengok Uminya membebel. Nasib baik dia dah cakap tak sengaja.
Last sekali bebelan aku kat Shumi, lain kali kena bertanggunjawab sedikit....OK..

Beg sekolah terpaksa cuci abis, siap bubuh soflan sebab hanyir sangat. Masa aku cuci pun nak termuntah...huhu
yang siannya abis buku sekolah Shumi, keriting oleh telor tu...:)



Sumber : regional.kompasiana.com/google
 



Note : Didik anak-anak bertanggungjawab biarlah dari kecil lagi .... kan





Damia

Assalamualaikum
 
Dah lama tak cerita pasal anak dara kecik aku seorang ni. Selalu tepek gambar abang-abangnya ja. Yalah si Damia ni bukan suka nak diambik gambarnya, jadi jaranglah gambarnya keluar kat blog uminya ni.
Sekarang Damia dah semakin pintar bercakap. Umur baru 2 tahun lebih, tapi cakap macam mak nenek jak. Orang kata budak perempuan lebih cepat bercakap dari budak lelaki kan. Dulu abang-abangnya dalam 3 tahun gitu baru jelas sikit sebutan mereka.
Ada sekali hari tu botol air Damia tertinggal di taska, aku tanya Damia Mana botol air?? tinggal kan... selamba jak Damia jawab alaaaa tinggal....kita beli jak umi ... tak padan dengan kecik jawapannya tu...:p
 
 
Ni senaman muka katanya 
 
 
 
Rambut Damia ada dua pusar sebenarnya.....susah sikit nak ikat atau tocang rambutnya ni. Kata orang-orang tua, budak rambut dua pusar, nanti besar pintar katanya....ada juga yang cakap nakal. Tak tahu lah, yang penting kita sebagai ibu bapa memang akan mendoakan yang terbaik untuk anak2. 
 
 
 
Minuman feveret Damia. Boleh buat iklan susu Dutch Lady ni...hehe 
 
 
 
Yang ni tabiat dari kecik. Memang dah jadi habit dia bila landing kat atas tilam. Nak tidur mesti tenyeh bantal tu kat hidung, nak tengok tv pun sama juga.
 
 
Ok tu je lah. TaTa! :)
 
 
 

Wednesday, July 2, 2014

Wordless Wednesday # 58

 Assalamualaikum
 
Ini iklan promosi IG sendiri :P
 
 
 
Minat ke ber IG ni....?? kalau minat jangan lupa follow aku ye kihkihkih, nanti aku follow korang balik...gitu 
 
@MiaKassim
 
 
 
Note : Ok nak siap2 menempuh jammed dah ni....hari ni tak tahu lagi nak berbuka dengan apa...emmm
 
 
 

Menu sahur dan berbuka

Assalamualaikum

Mesti korang akan bayangkan post ni disertai dengan gambar-gambar makanan yang menyelerakan....hehe
Tekaan korang seratus peratus..............salah! :P
Tak baik tau tayang gambar makanan di pagi hari di bulan puasa ni. Kesian orang yang membacanya termasuk aku menelan air liur tengok makanan tu semua.

Kenapa pulak nak letak tajuk cam tu ??
Saja jak, supaya korang tertarik nak baca post ni kihkihkih .... kan tajuk bercirikan SEO, haruslah ambik kesempatan nak tarik perhatian (^_~)

Aku bukan apa, saja nak cerita-cerita kosong tentang menu sahur dan berbuka aku (macam lah ada orang nak baca....)
Menu sahur aku sangat simple......tapi nasi wajib ada. Aku jenis yang mesti makan nasi waktu sahur. Lauk tak kisah, telur goreng mata lembu letak kicap pun ok.... :)
Hubby aku ??? lagi lah mudah nak sediakan sahur untuk dia. Sebab dia hanya makan oat. Dia pula jenis yang tak makan nasi atau benda lain semasa sahur. Hanya oat dan kurma serta air suam. Simple kan dan menyenangkan kerja aku hehe
Anak-anak pula, mereka ikut apa yang aku makan.....tak banyak songeh gitu.

Menu berbuka pula......
Kalau masa bekerja, yakni hari isnin hingga selasa....aku masak yang simple jak. Sebabnya aku balik jam 4.30 pm. Memanglah awal dari hari kebiasaannya TAPI aku lambat sampai rumah juga...jalan sangat jammed. Dari tempat kerja ke sekolah Shumi pun ambil masa sejam sedangkan dalam 20 minit pun dah sampai. Lepas tu dari sekolah balik ke rumah, dekat jam 6.15 pm baru sampai....Jam 6.32 pm dah buka puasa di KK ni....nak masak apa lagi....semua pun main terjun jak dalam kuali.
Bazar ramadhan ?? memang tak sempat singgah, kalau singgah pun makanan semuanya dah abis jual sebab dekat jam 6 dah kan. huhu
Hanya sabtu dan ahad saja lah dapat berbuka special sikit sebab ada masa nak masak best2 atau boleh tinjau kat bazar ramadhan tu.

Nasib baik hubby dan anak-anak jenis yang tak cerewet pasal makanan.
Korang macam mana pula ?? :)



Note : Menu peberet aku semasa berbuka......asam laksa dan air bandung....perggghh nyaman....





Tuesday, July 1, 2014

3 hari berpuasa

Assalamualaikum

Tak sedar kan, dah 3 hari kita berpuasa....pejam celik pejam celik jak...cepat masa berlalu.
Cam baru hari tu tengah eksaited tunggu pengumuman tarikh berpuasa kat tv 1 tu.
Jangan tak tahu aku yang dah beranak pinak ni pun masih lagi eksaited menunggu mengumumkan kat tv.....tapi tu lah orang yang umumkan tu tak sama lagi macam dulu tu....Sekarang cam ringkas jak dia umumkan...yang dulu tu, panjang sikit dan buatkan kita rasa berdebar2, bila nak puasa ni??? hehe

Alhamdulillah, 3 hari ni aku dan hubby dapat jalankan ibadah puasa dengan sempurna.
Shumi dan Shamzi memang aku bangunkan sahur juga. Aku dah pesan kat Shumi, makan sahur dan niat puasa sahaja...kalau dia betul2 tak tahan, aku suruh dia berbuka sahaja.
Belajar perlahan-perlahan....jangan memaksa anak2 kecil kan. Shamzi memang aku belum berapa nak suruh lagi tapi semalam katanya dia berpuasa, cuma dia ada minum air jak....makanan yang cikgu bagi di sekolah dia tak makan.... :)

Hari pertama berpuasa hari tu, aku dan hubby sebenarnya terlajak tidur......
sedar2 dah jam 4.40 pagi....minum air pun tak sempat. Subuh kat kk ni jam 4.42 pagi, nasib baik dah niat puasa. hehe Alarm dah pasang tapi langsung aku tak sedar. Adik aku yang bangunkan subuh tu....dugaan hari pertama.....puasalah aku, hubby dan adik tanpa bersahur.

Pergi bazar ramadhan semalam, tinjau2 makanan, mak aiihhh mahal-mahalnya.....nasi putih dengan ayam goreng jak dan RM6.00.....sangat melampau aku rasa. Lebih baik masak sendiri, rasanya jimat lagi. Kadang-kadang aku rasa penjual bazar ramadhan ni hanya mengambil kesempatan, makanan tak lah berapa sedap tetapi harga melampau gila. Kalau harga makanan tu seiring dengan kuantiti dan kualitinya tak apa juga.....berbaloi juga kita membelinya....ini hanya nasi putih dan ayam goreng kosong, langsung tak ada ulam ke apa...harga RM6.00!! huhu

Ok lah tu je aku nak bebel hari ke-3 puasa ni.....tak boleh cakap lebih2, puasa kan :P