Friday, August 29, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta

Assalamualaikum

Sempena Hari Kebangsaan pada ahad ni, aku juga salah seorang anak bumi bertuah Malaysia ini, ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka !!!


Sama2lah kita menjaga keamanan negara demi masa depan anak-anak tercinta .... 

Mood : semangat patriotik gitu


Mood bercuti sudah mari

Assalamualaikum

Mood bercuti sudah mari gitu. Sebelum tu, salam jumaat ye semua. Mesti ada yang tengah berpikir2, cuti 3 hari ni nak buat apa kan ... yang dah berkeluarga tu mestilah ada program yang akan dibuat bersama suami/isteri tercinta dan juga anak-anak tersayang. :)
Yang masih solo tu, mesti dah terpikir2 nak makan-makan atau menonton wayang bersama-sama dengan si dia. Maklumlah cuti hujung minggu extra sehari gitu. 

Aku ??? haruslah kalau ada cuti panjang sedikit dah rancang awal-awal ke mana kami nak pergi atau apa yang kami sekeluarga akan buat. 
Aku dan hubby dah rancang nak stay semalam kat satu resort ni. Oooopppss bukan di Kundasang tau, dekat2 dengan area KK ni jak. Tapi resort ni kami belum pernah stay lagi. Nampak cantik, view resort yang berhadapan dengan laut pun nampak menarik. 


Ni aku pinjam gambar dari website rasmi resort ni. Cam nampak menarik kan. :)


Urusan booking bilik memang kerja aku dari dulu lagi. Hubby katanya tak berapa nak pandai booking2 segala ni. Dan aku telah selamat membook satu bilik kat resort ni. Semalam jak, cuti kan 3 hari jak...cukuplah bersuka suki kat resort ni 2 hari, yang sehari tu lepak-lepak kat rumah jak. 
Aku ambik superior room, besar sikit untuk berkeluarga macam aku ni. Semalam harga dia dalam RM260 net. Emmmm agak mahal juga, tapi tengoklah nanti keadaan bilik tu, berbaloi ke dengan harganya. 

Ok lah. Nanti kita sambung ceritanya minggu depan ye...Lepas aku stay kat resort ni. Harap-harap cuaca elok esok hari, maklumlah dah seminggu hujan di KK ni. 




Thursday, August 28, 2014

Hadiah Giveaway Ephyra Fasa ke-2 dah sampai!

Assalamualaikum
 
Hadiah Giveaway Ephyra Fasa Ke-2 dah selamat sampai ke pemunyanya....hehe
Ni fresh2 lagi baru buka dari plastik poslaju tu. Terus snap dan post gitu .... tak sabar2 nak share :P
Korang abaikan je lah background dan keadaan meja yang penuh kertas2 tu. padahal boleh kemas pun sebelum ambik gambar tapi nak bagitahu kekononnya orang yang sedang snap gambar tu bz banyak kerja kihkihkih.
 
Sekali lagi terima kasih banyak Ephyra dan juga blogger Mialiana.
 
 
 
 
Note : Duit RM200 yang belum masuk ke account lagi. Sebenarnya itu yang ditunggu2, yalah pertama kali menang cash sejak join2 giveaway2 ni....tu yang terlebih eksaited. Tak sabar nak makan2 dengan anak2 dan of course lah dengan En.hubby :P 
 
 
 

Wednesday, August 27, 2014

Banjir kilat depan 1B, Kota Kinabalu

Assalamualaikum

Tadi hubby telefon, jalan yang selalu kami lalu untuk balik ke rumah dah dinaiki air.

Jalan raya tenggelam, kereta tak boleh lalu dah. Hujan lebat sejak pagi tadi di KK ni, tu yang rasanya air dari parit sepanjang jalan raya tu penuh.

Dah risau ni sebab hujan tak berhenti lagi, nak ambik Shumi di sekolah lagi. Mesti Shumi basah kuyup tunggu di bus stop sekolah yang kecik jak tu huhu


Ni gambar yang dikongsi oleh rakan2 di Facebook. Jalan raya dah ditenggelami air. Heran juga pemilik kancil tu sanggup meredah air tu...huhu

Harapnya hujan reda petang ni ....




Wordless Wednesday # 64

Assalamualaikum
 
 
Lokasi : Kampung Wakap, Kota Belud 
 
 
Lokasi : Jeti Sekudung, Tuaran 
 
 
Lokasi : Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa , Kundasang, Ranau
 
 
Lokasi : Sutera Harbour, Kota Kinabalu 
 
 

Tuesday, August 26, 2014

Gugur jua buah akhirnya

Assalamualaikum

Sepanjang aku kerja selama lebih kurang 10 tahun ni
tipulah kalau aku kata aku tak nak apa-apa daripada majikan aku.
Aku kerja makan gaji tiap-tiap bulan.
Siapa kata aku tak nak apa-apa berlaku dengan tangga gaji aku.
Memanglah kita ikhlas nak buat kerja tetapi kalau boleh keikhlasan dan kesungguhan kita sekali sekala
dihargai dengan kenaikan gaji ataupun kenaikan pangkat oleh majikan kadangkala membuatkan kita
lagi bersemangat untuk membuat kerja. :)

Kat tempat company aku bekerja ni memang setiap tahun ada kenaikan gaji.
Naik dalam 10% ke 15% tetapi yang cukup syarat jak. Maknanya bukan mereka yang suka datang lewat, suka ambik MC, ada masalah disiplin dan yang MALAS.
Alhamdulillah aku bukan terkategori dalam semua tu. Tiap2 tahun masih merasa kenaikan gaji.

Tapi kat tempat aku ni, peratusan untuk merasa kenaikan pangkat adalah amat tipis sekali.
Boss besar orang putih tu, amat cerewet dan 'kedekut' sekali dalam memberi kenaikan pangkat.
Di bawah boss besar orang putih pula adalah bos-bos kecik yang kebanyakkannya orang ca ya nun alif. Mereka kalau boleh akan naikkan orang2 mereka dahulu barulah orang yang macam kami ni.
huhuhu.
Aku terpaksa bersaing dengan rakan-rakan sekerja aku yang seramai 9 orang tu yang kesemuanya berdarah ca ya nun alif. Bukan tak pernah orang menegur, macam mana aku 'seorang diri' boleh bekerja dengan mereka. Tak kena 'buli' ke. Tak dipermainkan ke.

Tetapi bagi aku itu bukan perkara yang melemahkan semangat kita untuk bekerja.
Jika kita minat, bersungguh-sungguh dan juga ikhlas dalam bekerja, rasanya ianya langsung tidak
menimbulkan masalah pada kita.
Yang itu sebenarnya aku tekankan pada diri aku selama ini.
Aku pernah bekerja dengan hanya dibayar gaji RM2.50 sejam.
Aku pernah bekerja dengan gaji RM500 sebulan, walaupun aku berkelayakan ijazah, tetapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk memperbaiki lagi mutu kerja aku.
Kata orang bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Kesabaran itu telah sedikit sebanyak membuahkan hasil.
Aku telah pun berikan sedikit pembayangnya di menanti-berita-baik yang lalu.
Akhir sekali aku dinaikkan pangkat pada tahun 2008.
Dan setelah menunggu hampir 6 tahun ni, pada 1 ogos yang lalu berita baik itu datang kembali.
Buah yang ditunggu, gugur ke bumi jua akhirnya.

Syukur ......... alhamdulillah




Note : Bagi adik-adik yang baru memulakan alam kerjaya, kerja dengan bersungguh2, biar ikhlas, jangan banyak mengeluh, jangan banyak mengadu, kerja sepenuh hati.




Monday, August 25, 2014

Durian oooo Durian

Assalamualaikum

Agak-agaknya orang dah muak dengar buah durian ni....mana tak sejak sebulan dua ni semua pun post tentang makan buah durian. Aku juga yang ketinggalan. Bukan tak teringin, teringin gila. Feveret ni, sedap....tapi tak berkesempatan untuk meninjau gerai buah durian yang murah. 

Tapi akhirnya hari jumaat tu, hubby telefon aku di opis.....katanya dia ada beli buah durian 3 plastik besar daripada kawan sekerjanya yang ada dusun buah-buahan. Dipajaknya sekali buah belunu....murah seplastik besar, kawannya hanya jual RM3.00 
Durian pula, seplastik besar RM15.00. Hubby beli 3 plastik. Punyalah banyak, padahal yang makan hubby dan aku jak plus budak kecik Damia. Shumi dan Shamzi tak pandai makan 'raja buah' ni.
Kalau adiknya tu, bagi lah buah apa, semua pun masuk dalam mulutnya. 

Jadinya, sabtu dan ahad, pagi, tengahari, malam membedal durian jaklah kami. Sendawa pun bukan sendawa nasi, durian jak memanjang. Nasib baik aku dan hubby tak demam terkejut sebab makan durian terlalu banyak. Hari ni, masih ada tinggal beberapa biji lagi durian kat rumah tu. Nanti-nantilah ye durian.....giliran ko datang juga...kihkihkih



Saturday, August 23, 2014

Hanya ini yang mampu ku lakukan

Assalamualaikum

Tentu semua masih terasa kesedihan dengan apa yang berlaku dengan pesawat MH17 pada bulan Julai lalu. Kita yang tidak ada kaitan dengan mereka yang menjadi mangsa pun turut berasa pilu dengan kejadian itu, apatah lagi dengan keluarga mangsa itu sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... Al Fatihah ku sedekahkan untuk mereka......
Kepada semua keluarga mangsa yang terlibat, tabahkan hati, seluruh Malaysia bersama-sama dengan kalian semua. 





Sumber : Facebook



Nota : Aku rasa nak meraung melihat anak-anak kecil yang kehilangan emak atau bapa mereka dalam tragedi MH17. Semalam ketika menonton sejam buletin TV3 khas mengenai MH17, rasa nak pecah dada menahan sebak. Ku tahan air mata daripada jatuh tetapi tewas juga akhirnya..... :'(



Wednesday, August 20, 2014

Wordless Wednesday # 63

Assalamualaikum

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan


Campulut @ Cempedak Goreng

Tuesday, August 19, 2014

Lain tempat, lain seleranya

Assalamualaikum

Lain orang lain seleranya gitu. Kadang2 tu memang ikut tempat kelahiran seseorang tu. Apa yang biasa dimakan sejak kecil lagi. 

Macam hari tu bila aku postkan tentang acar timun santan tu, tak sangka ramai yang tak tahu acar jenis ni terutamanya rakan-rakan dari semenanjung. Tapi bagi aku ni sebenarnya makanan yang biasa kami makan. Acar jenis ni kalau di tempat aku merupakan salah satu hidangan semasa kenduri kendara selain daripada acar timun berempah tu. 


Ku tepekkan lagi acar timun itu.
 

Salah satu lagi makanan popular yang ada di Sabah. Jeruk bambangan.

Bagi aku kalau tak ada jeruk bambangan, tak terbuka selera untuk makan nasi. Jeruk ni kiranya sama dengan mangga yang dibuat kerabu untuk dimakan bersama nasi panas disamping lauk yang lain. Emmm sangat membangkit selera sehinggakan pabila aku menaip ni pun dah kecur air liur. 
Sejak seminggu dua ni, aku dan hubby bagaikan mengidam jeruk bambangan sehinggakan hari ini, sudah masuk 5 mangkuk (semangkuk kecik harga RM5.00, nak buat sendiri tak berapa nak pandai) jeruk bambangan kami makan. Hehe makan tengahari dan malam wajib ada jeruk bambangan. :P
 
 
Walaupun selera aku selera orang Sabah, tapi tak semestinya makanan dari tempat lain aku tak makan. 
Sebelum ni aku pernah teringin nak makan gulai tempoyak ikan patin sebab selalu tengok kat tv tu. Di Sabah jarang orang makan tempoyak. 
Dan buat pertama kalinya aku makan gulai ni semasa singgah di kawasan RNR (aku kurang pasti di mana sebab dah malam) sewaktu dalam perjalanan ke Terengganu pada tahun 2006. Dah lama sebenarnya. Tapi aku boleh ingat rasanya. Memula makan tu ganjil juga rasanya. Cam rasa masak lemak tapi ada aroma lain yang datang daripada tempoyak tu. Suap dua tiga kali, emmm sedap juga.
Dan selepas tu tiap kali berkesempatan pergi ke KL aku cari juga gulai ni tapi kadang2 tu ada juga rasanya yang tak sedap. Mungkin orang tu kurang mahir memasaknya.

Lepas ni nak try makanan yang lain pulak. Nak cuba makan budu, nak tahu cammana rasanya, adakah sehebat belacan. Emmmm budu dan cencaluk ?? mana yang lebih sedap ??


Friday, August 15, 2014

Menang Giveaway Epyhra Fasa ke-2

Assalamualaikum

Hari tu kan terpilih sebagai salah seorang peserta untuk Giveaway Ephyra Fasa ke 2. Di fasa ke 2 ni peserta kena minum Ephyra sendiri dan ceritakan perubahan yang dirasai atau dialami. 

So aku pun samalah, minum Ephyra 2 kali sehari dalam masa 2 minggu dan tengok hasilnya ........... dan memang Ephyra terbukti berkesan hehe. 
Aku pun kongsilah pengalaman aku di di sini
Dan hari ni Blogger Mialiana telah mengumumkan 10 pemenang yang bertuah itu. Alhamdulillah.....aku adalah salah seorang pemenang itu. Rezeki hari jumaat :)

Terima kasih banyak2 Mialiana dan juga Ephyra !!





Kuih Zaman Sekarang

Assalamualaikum
 
Salam jumaat semua. Hilang sehari daripada blog akibat kesibukkan yang melanda gitu.
 
 
 
 
 
Kuih zaman sekarang.......size extra S, sangat comel, nak sama besar dengan sudu teh tu, kiut, kalau makan mau 10 biji baru kenyang. emmmmmm harga seringgit 3.
Teringat zaman dulu.....harga kuih 20 sen besar cam saiz pinggan makan.  
 
Nak salahkan orang jual kuih tu ?? tak boleh. Harga barang dah meningkat.
Nak salahkan kedai runcit yang jual barang ?? tak boleh. Dorang kata pemborong jual harga mahal.
Nak salahkan pemborong ?? tak boleh juga. Dorang kata beli dari kilang, harga mahal.
Nak salahkan pengilang ?? lagilah tak boleh. Kos barang naik.
 
Jadi tak boleh nak salahkan sesiapa...redha jak lah nak oiiii......
 
 
 

Wednesday, August 13, 2014

Acar Timun Santan

Assalamualaikum

Semalam in the way balik rumah, semasa sedang driving tu, seperti biasa memikirkan apa yang hendak dimasak malam ni. Sedang memikir tu, tetiba air liur terasa seperti merembes laju kerana dengan tak semena-mena teringat acar timun yang selalu mak buat. gitu...
 
Aku sebelum ni selalu makan yang mak buatkan, tak pernah cuba buat sendiri. Ngada-ngada kan, dah besar panjang, beranak pinak masih nak mak masakkan. 
Otak dah pikir jak acar tu, tak boleh jadi ni, terus call mak di kampung tanya apa bahan2 yang diperlukan dan cara membuatnya. Jangan risau aku handsfree ye hehe
 
Dah dapat tau semuanya, lepas ambik Shumi terus singgah beli apa yang patut. bahan utama mestilah timun kan.
Sesampai rumah, terus masuk dapur. Ktang ktung ktang ktung !!! (effect memasaklah konon) tak sampai 10 minit siap. alaaa bukan nak masak atas api pun timun tu, just bancuh2 dan gaul kemudian perap sekejap bagi cuka tu masakkan sedikit timun tu.
 

 
Tada !!!!
 
Senang jak rupanya nak buat ni. Korang pernah makan ke acar jenis macam ni ?? kalau tak pernah silalah cuba. Senang jak nak buat.
Bahan-bahan :- Timun dihiris halus, Cili Merah juga dihiris halus, Bawang Merah..hiris halus juga, Telur rebus, garam, serbuk perisa, cuka dan juga santan.
cara buat : Gaulkan timun, cili merah dan bawang merah dalam santan yang telah dicairkan sedikit dengan air suam. Kemudian masukkan cuka, garam dan serbuk perisa secukup rasa. Perapkan sekejap dan masukkan telur rebus tadi. Telur rebus kira sebagai penambah perisa dalam acar tu. Kalau tak ada telur rebus cam tak lengkap rasanya. :)
 
Selamat mencuba!
 
 

Tuesday, August 12, 2014

Imaginasi Alam

Assalamualaikum
 
Memandangkan hari ni kekurangan idea dan otak pun rasa malas jak nak memikir (rasa nak tidur jak sebab hujan di pagi hari...) , maka seperti biasanya tempekkan gambar dari koleksi hubby ... gitu hubby ada koleksi kononnya.
 
 
 
 
 
Jangan tertipu dengan gambar tu....semua pun imaginasi...
Selamat bekerja di hari selasa :P
 
 
 
 
 

Monday, August 11, 2014

Be careful how you treat people!

Assalamualaikum
 
Sekadar ingatan dan renungan kita untuk mulakan hari isnin ini.
 
 
Sumber : Facebook

 
kan......kadang-kadang kita sangat bencikan seseorang itu. Kalau boleh tak mau nampak ke, terserempak ke, bercakap ke dengannya.....
Tapi kita tak tahu suatu hari nanti orang yang anda paling tak suka itu adalah orang yang sangat-sangat anda perlukan dalam hidup anda.
Gitu......renung-renungkan dan fikirkanlah.
 
 
Happy working !!
 
 


Saturday, August 9, 2014

Kandungan roti yang berbahaya untuk kesihatan

Assalamualaikum

Salam sabtu semua.
Terbaca ni di Yahoo News tadi pagi, tak sangka kandungan yang ada di dalam roti pun boleh membahayakan kesihatan kita.
So aku kongsikan di sini untuk pengetahuan kita bersama.

L-eysteine
Sejenis zat penghalus yang ditambah pada roti bagi mempercepatkan proses pembuatan. Walaupun zat ini dihasilkan di makmal, namun bahan ini diperoleh daripada sumber semula jadi. Bunyi tidak membimbangkan kerana bahan semula jadi tetapi semula jadi yang dimaksudkan ialah rambut manusia, bulu ayam, tanduk lembu dan macam-macam lagi. 

Potassium Bromate
Zat ini digunakan untuk memendekkan roti selain mempercepatkan adunan menjadi keras. Kebanyakan syarikat pengilang roti cukup menggemari bahan ini kerana banyak kos dapat dijimatkan. Tetapi, apabila dilihat dari aspek kesihatan, nyata penggunaanya cukup membahayakan. Hal ini kerana zat ini boleh menyebabkan penyakit kanser ginjal dan tiroid! Beberapa negara seperti Brazil, Eropah, Peru, Korea Selatan dan China, Potassium Bromate ini sudah diharamkan penggunaannya lantaran bahan ini mejadi molekul kepada pembentukan kanser yang sangat menakutkan! 

Bijirin yang diproses
Meskipun dicampurkan ke dalam roti tetapi bijirin ini langsung tidak memberi apa-apa kebaikan sekalipun, Bijirin ini kemudiannya dipecahkan menjadi gula pada kadar yang sangat cepat sehingga menyebabkan paras darah naik mendadak. Keadaan ini berkait rapat dengan penyakit tekanan darah tinggi, penyekatan insulin serta meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 30 peratus. Sebab itulah jangan sekali-sekali biarkan diri tertipu dengan kandungan bahan-bahan yang digunakan sekalipun dikatakan berasal dari bijirin yang kaya nutrisi. 

Azodicarbonamide
Digunakan untuk melembutkan tekstur roti malah di Amerika Syarikat sendiri, kebanyakan roti burgernya dihasilkan menggunakan bahan tersebut. Di Singapura, penggunaan bahan ini telah dilarang kerana banyak kajian yang dijalankan mendapati zat ini membawa bahaya kepada sistem pernafasan, asma serta masalah alergi kepada sesetengah manusia. 

Fruktosa 
Dikenali juga sebagai sirap jagung yang mana fungsinya adalah untuk mengembang dan memberi warna keperang-perangan pada roti. Kebanyakan pengilang gemar menggunakan gula ini lantaran harganya yang murah dan menguntungkan. Tetapi, kesan kepada kesihatan manusia pula adalah seperti masalah obesiti selain tekanan darah tinggi, sindrom metabolisme, penyakit hati dan lain-lain lagi.

Sumber : Yahoo News



Tapi kan, bagi aku semua makanan pun akan mendatangkan masalah kepada kita jika diambil secara berlebihan.
Seelokknya biarlah bersederhana. 
Elakkan daripada mengambil makanan yang dikhuatirikan akan memudaratkan kita :)



Happy weekends!


Friday, August 8, 2014

Rumah terbuka taska

Assalamualaikum
 
Dah masuk 12 syawal hari ni kan. Ramai lagi yang mood berhari raya ni. Hujung minggu ni pasti ramai yang ambik kesempatan untuk buat rumah terbuka kan. Aku ???? emmm tahun ni rumah tertutup budget tak berapa nak cukup hehe ... :P
 
Termasuk juga tadika dan taska, banyak yang buat sambutan hari raya. Taska dan Sekolah Agama tempat anak-anak aku belajar buat sambutan hari raya hari ni. Bukan main eksaited lagi dorang Shumi, Shamzi dan Damia suruh Umi dan Babanya ni beli makanan dan minuman untuk majlis hari raya ni. Yalah pihak taska ada juga memohon sumbangan ikhlas daripada ibu bapa, tu yang dorang Shumi beria-ia benar tu.
 
Tadi pagi bukan main bersemangat lagi dorang Shumi dan Shamzi bangun awal bersiap-siap pakai baju raya dorang. Siap pakai samping lagi walaupun tak kena dengan warna baju melayunya. Damia cam biasalah masih lagi beradu...aku main angkat jak dia dalam kereta, sampai taska barulah cikgunya mandikan dia. Aku dah siap2 simpan baju kurung Damia dalam beg takut tertinggal.
 
Sampai taska aku sempat lah snap gambar dorang. Shumi dan Shamzi malu2 bergambar sebab ramai kawan-kawannya tengok. Tu yang aksi cam malu2 kucing tu.
 
 
Aksi malu2 kucing dari Shumi dan Shamzi. Damia yang masih bau assam menyelit sama bergambar.
 
 
 
Shumi dan Shamzi ... Shumi dah macam YB pula dengan sampingnya yang ternaik ke atas tu... hehe
 
 
  

Thursday, August 7, 2014

Kalau dah namanya perempuan

Assalamualaikum
 
Kalau dah namanya perempuan, alat solek tak boleh dipisahkan. Biarpun sekadar bedak nipis....harus ditepek ke muka sebelum keluar kemana-mana. hehe
 
Budak sekecik 3 tahun pun dah tahu apa fungsi make up tu. Tengok jak gelagat Damia ni. Abis lipstik aku dikerjakan. Tak dibagi mulalah tantrum segala. huhu
 
 
Amboi-amboi-amboi......ngada-ngada betul anak dara aku sorang ni. 
 
 
Tak dapat compact powder aku.....nah abiss bedak setengah botol dikerjakannya. Patutlah hari tu sunyi sepi jak di rumah. Ini rupanya yang dibuatnya...ish ish ish
 
 
Anak dara korang gini juga ke perangainya...... ??? :D
 

Wednesday, August 6, 2014

Terima kasih kerana tak melupakan

Assalmualaikum
 
Seminggu tak jenguk blog dan Nuffnang......kesian tengok traffic dah merundum jatuh. Last sekali check Nuffnang hari tu, semua CPUV dah dikreditkan. huhu
 
So pagi ni jenguk lagi sekali Mr.Nuffnang....alhamdulillah, ingat juga dorang dengan blog daku yang sepi ini hehe
 
 
 
Terima kasihlah Nuffnang kerana tak melupakan blog yang tak seberapa ini.
So korang apa lagi, jangan malu jangan segan, silalah hulur2 sikit duit raya tu. kihkihkih.


Wordless Wednesday # 62

Assalamualaikum


Tak terkata2 aku .... hehe rupa paras hubby di pagi raya ... berserban gitu. Jangan jadi haji bakhil kedekut sudahlah ye .... pasni sapa2 yang belajar pakai serban boleh minta ajar dengan hubby aku :)



Tuesday, August 5, 2014

Musim buah ke

Assalamualaikum
 
Sekarang ni musim buah ye ?? banyak gerai-gerai buah kat tepi jalan aku nampak semasa dalam perjalanan balik ke KK hari tu. Aku pun ambik kesempatan lah singgah kat gerai buah tu cuci mata sambil beli mana yang berkenan.
 
 
Buah Tarap......feveret orang Sabah.
 

Buah Rambutan. Cantik dorang gantung camni. Menarik tu yang ambik gambar.
 

Ni semua orang pun tahu.....raja buah gitu.
 
 
Buah masam-masam manis......Buah Beluno orang Sabah panggil....di semenanjung namanya Buah Binjai adik beradik si Buah Kemang.
 

Yang ni takda jual kat gerai tu sebenarnya. Ni kami singgah beraya kat rumah kawan hubby dan dorang tunjukkan buah ni. Dorang kata boleh makan. Caranya direbus dan makan biji yang ada dalam buah ni. Kata dorang rasa dia lemak-lemak manis. emmmm tak tahu apa dah nama buah ni, lupa dah dorang sebut hari tu.
 
 
 
 

Peristiwa raya ke 3

Assalamualaikum

Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan....gitu serius bunyinya kan. :) Ni actually kejadian di hari raya ke 3. Aku dan hubby dah merancang untuk pergi ke rumah hubby kawan-kawan hubby di Kota Belud dan Tuaran. 

Alkisahnya, kereta bapa tak boleh nak dihidupkan.....bapa dah suspek mungkin baterinya yang dah kong. Lalu bapa pun mintalah pertolongan daripada hubby yang kebetulan satu-satunya menantu lelaki bapa yang ada di rumah pada hari tu...hehe
 
So dengan gagahnya hubby tolak kereta bapa sambil memakai selipar jepun ketika itu....dan tetiba malang tak berbau........supppppppp (effect paku karat tembus kat kaki hubby).
Tapi hubby tetap teruskan 'perjuangan' tolak kereta bapa. Alhamdulillah kereta bapa dah boleh start. Hubby pulak terjengket2 naik ke rumah. Nasib baik luka hubby tak berapa dalam tapi sisa karat tu memang nampak melekat kat luka tu. So sebab nak ambik langkah berjaga-jaga, hubby ke klinik sebab nak ambik suntikan cegah jangkitan tetanus tu.  Bahaya tau.......
 
Rancangan nak beraya di hari ke 3 tu pun cancel. Tak da rezeki. Melepak lah kami sekeluarga di rumah sambil makan, makan dan makan lagi hehe
 
 

Nak tanya sikit......tulisan doktor memang cam gini ke ??? tersangatlah saintifik sehingga amat sukar difahami ... kihkihkih
 
 
 
 
Note : Kata hubby perkhidmatan kat Klinik 1 Malaysia di Kota Marudu sangat cemerlang. Nurse dan doktor layan pesakit dengan penuh dedikasi dan bersopan santun. Camni lah kita mahu kan....syabas !!!

Monday, August 4, 2014

Cerita Raya 2014

Assalamualaikum

Salam Syawal yang ke 8 ... Rata-rata dah mula bekerja hari ni kan. Samalah dengan aku..dah seminggu bercuti raya, berehat sakan, menambahkan lelemaks yang sedia ada....hari ni kembali ke rutin biasa. 

Raya tahun ni, seperti biasa kami sambut dengan penuh sederhana. Biar semuanya seperti biasa, yang penting semua adik beradik dapat berkumpul. Dapat makan bersama-sama juadah yang mak masak di pagi raya.  Ketupat pulut, rendang daging, kuah kacang, sambal bilis dan kacang, mee goreng serta kuih muih wajib ada di pagi raya. :)

Dan acara wajib aku, hubby dan anak-anak di pagi raya. Mesti lah ambik peluang pose dengan baju raya yang tak seberapa tu. Yang penting background mesti kekampungan, baru ada feel raya gitu :)


Berlatar belakangkan kebun pisang bapa depan rumah dan juga pokok mangga yang dah tumbang serta rumpun bambu yang besar itu. emmmm rindunya suasana kampung ku. 


Shamzi, Damia dan Shumi .... model cilik Umi dan Baba



Emak dan Bapa. Susah sebenarnya dorang ni nak gambar berdua. Hari tu mood agak baik dan memberi kerjasama...hehe Bapa dah berapa kali rotate baju melayu hitamnya tu. Banyak2 baju melayu yang dibelikan untuknya, kaler yang ni juga dia paling gemar memakainya.


Dan buat julung kalinya....memperkenalkan tiga 'dara' pingitan yang dah jadi mak budak...kihkihkih. Dari kiri adik aku yang no 3, yang tengah kakak aku merangkap anak yang sulung dan yang baju kurung cekelat tu pemilik blog ni, anak no 2. Muka kitaorang tak berapa nak sama kan ?? Aku ada 5 beradik jak, yang ni tiga2 dah kahwin. Tinggal adik aku yang no 4 dan yang bongsu tu belum kahwin. 


Ok lah. Tu jak serba ringkas cerita raya kami hari tu. Sekarang nak sambung kerja yang menimbun ni. Happy working k!!!



Friday, August 1, 2014

Sony Xperia Z2

Assalamualaikum

Raya ni nak cari hp baru ???? malas nak bawa kamera dslr yang besar gedabak tu tapi nak gambar yang cantik berseri semasa raya.....rugi kan bila dah pakai baju cantik-cantik kalerful kalau tak diabadikan dalam album raya....

Sony nak launchkan model terbaru hp Xperia dorang. Katanya The World Best Camera and Camcorder in a waterproof smartphone
A'a macam mana tu ??? jangan lupa beli bila launch nanti .... :)




Maklumat lanjut korang boleh klik kat link bawah ni