Tuesday, September 30, 2014

Rajin adik rajin!

Assalamualaikum

Hari ni masih ke bz an lagi ... banyak benar aku hutang BW .. korang sabar ye, nanti pelan2 aku datang rumah korang ... jangan lupa hidangkan kopi dan kudapan :P

Hari ni budak2 UPSR berperang lagi. Good luck untuk mereka.... jangan stress ye dan moga2 tak ada kebocoran paip lagi lepas ni .... oppppsss! Harapnya tiada masalah lagi kan :)

Semalam ada budak sedang tekun belajar ... nak duduk UPSR juga agaknya .... bukan main dia menulis, Uminya snap2 pun dia tidak peduli. 

Rajin adik rajin ... rajinlah belajar ... tapi sempat juga belek2 hp 

Dan hasilnya ..... agak saintifik. Damia sorang saja tahu benda yang dilukisnya tu ....




Note : Sori Damia cekci sikit sebab dia rimas kepanasan semalam. Takmo pakai baju ... huhu




Monday, September 29, 2014

Selera besar!

Assalamualaikum

Kami sekeluarga sebenarnya agak jarang juga makan di luar. Hubby katanya lebih suka makan di rumah, lebih suka makan makanan yang dimasak oleh isterinya ni....hehe
Walaupun tak sehebat mana, kadangkala setakat telur dadar dan sawi tumis....sudah cukup membuka selera katanya.....

Tapi sekali sekala tu kepingin juga makan di luar. So bila namanya makan makanan yang bukan dimasak sendiri dan dibayar, haruslah order makanan yang kononnya sedap dan jarang makan di rumah (maklumlah aku kan kurang sikit kepakaran memasak...huhu)

Dulu masa anak2 belum berapa nak membesar, usia 1-3 tahun gitulah.....kalau makan kat luar, aku dan hubby akan order masing2 seorang satu menu, manakala Shumi dan Shamzi, kami orderkan sepinggan nasi dan dibahagi dua. Budak kecik kan selalunya tak berapa nak kuat makan. 

Tapi sekarang ni bila anak-anak dah semakin membesar, masing2 punya selera yang berlainan. Nak order makan ikut pilihan sendiri. Bukan main dorang mengorder, termasuklah anak dara kenit aku tu...tak mo nya kongsi makanan dengan aku, lain taste katanya.


Soto Urat untuk Baba.......manakala Damia pula soto kosong bersama dengan telor rebus


Untuk Uminya....Kue Tiaw Goreng Seafood


Nasi Goreng Pattaya Ayam tetap menjadi pilihan Shamzi setiap kali makan di luar


Selera paling besar antara kami ...... Shumi! satu set Nasi Briyani Ayam Goreng. Shumi ni memang tekak orang India agaknya. Nasi mesti ada unsur2 kari...kalau tak, tak selera makan katanya :P





Sunday, September 28, 2014

#MyCyberSALE 29 Sept - 01 Okt 2014

Assalamualaikum





Apa itu #MYCyberSALE ? 
#MYCyberSALE ialah jualan atas talian di bawah teraju Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) yang melibatkan 4,500 usahawan atas talian dan 225,000 tawaran atas talian.

Kempen ini merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan jumlah pengguna sedia ada daripada 19.8 juta yang mewakili 66 peratus populasi, sekali gus mengembangkan pengguna telefon pintar di kalangan pengguna tempatan.

Tarikh: 
#MyCyberSALE yang berlangsung pada 29 September sehingga 1 Oktober itu akan menawarkan diskaun sehingga 90 peratus.

Siapa yang terlibat? 
Antara laman web yang terlibat dengan #MYCyberSALE ialah Karangkraf Mall Online, MAS, AirAsia, Zalora dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk membeli belah! :D



Note : Maklumat diperolehi daripada email yang dikirim oleh pihak Karangkraf. Ada voucher diskaun tambahan yang aku dapat daripada mereka. :)



Saturday, September 27, 2014

Senheng Online Cash Voucher!

Assalamualaikum

Nak dapatkan RM25/- Cash Voucher daripada Senheng ?? Boleh jak.....korang boleh dapatkan di Senheng Online Store pada 29 Sept ni.....

Ingat hanya 29 Sept sahaja....lepas tu tak ada voucher free dah....tapi korang boleh terus membeli secara online barang-barang daripada Senheng melalui Online Store mereka.




Seperti biasa untuk keterangan lebih lanjut atau nak tahu bagaimana cara nak dapatkan voucher tu, korang klik sahaja  DI SINI


Happy Shopping! 



Friday, September 26, 2014

Burger Bakar Cheese Meleleh!

Assalamualaikum

Ni nak cerita tentang restoran yang jual burger bakar kat KK ni.....hari tu rasanya dah pernah kongsi tentang burger bakar yang kami makan di sebuah gerai di Plaza Tg Aru. 
Yang ni pula kat restoran. Bukan pemilik yang sama so taste burger pun berlainan rasa.

Restoran ni dekat jak dengan kawasan perumahan yang kami tinggal tu. 
Dah lama buka tapi baru kali berkesempatan untuk mencuba burger bakarnya. So pergilah kononnya berdinner di situ semalam.

First time pegi memanglah tak tahu apa yang nak di order. Minta menu, pelayan tu bagi kemudian dia tinggalkan kami gitu saja. Orang kalau nak berniaga, suggestlah apa menu yang sedap dan bagus untuk diorder. Ni tak hampir 15 minit kami belek2 menu tu, pelayan tengok dan lalu jak. 
Last2 panggil pelayan tu dan kami tunjuk jak lah mana yang kami nampak menarik. Tak tahu burger tu sedap ke apa ... tunggu dan lihat sajalah....

Selesai mengorder, tak lama minuman pun sampai tapi burgernya pula dekat 20 minit pun tak sampai2 lagi.
Damia dah membebel cakap lapar! lapar! sebab dah bosan menunggu agaknya.

Ni budak 3 orang yang tak sabar menunggu burger....Shamzi dah tak hiraukan minuman....dia setia menanti orang yang sedang menggril patties burger tu ... huhu


Dan akhirnya setelah hampir sejam menunggu sampai juga burger yang kami order tu .... ingatkan lama lagi, yalah manalah tahukan dorang nak pegi sembelih lembu ke ayam ke untuk ambik dagingnya buat patties burger huhu (tanda2 tak puashati ni).





Antara burger2 yang kami order. Cheese meleleh gitu. Kitaorang order 4 set berlainan rasa. Kita orang just potong2 kan sebab saiz burger yang besar. Takut tak terhabis pulak.......dan memang tak terhabis pun....tapau balik rumah lah jawabnya.

Nampak menarik kan burger tu.....rasa dia bagi aku ok ok lah. Tak berapa nak minat dengan pattiesnya yang terlalu tebal dan agak kering di dalamnya. 
Tapi hubby aku nampak berselera pula. Agaknya ngamlah dengan tekak dia. 
Restoran ni yang lain cam Environment tu semuanya ok cuma tinggal nak upkan lagi sikit mutu servis mereka. 
Barulah pelanggan puas hati kan (^__^)




Thursday, September 25, 2014

Hati2 dengan pencuri ni

Assalamualaikum

Terbaca ni di ruangan Setempat, Harian Metro. Ni yang dinamakan 'terlebih pintar' sehingga menyalah gunakan kemahiran yang ada untuk mendapatkan wang melalui jalan pintas.

Bila membacanya takut juga sebab aku juga kadangkala menggunakan perbankan internet melalui hp ku. Selepas ni nampak gaya segala urusan kena buat di pc atau lappy lah kan. Atau pun terpaksa kembali ke cara manual, berurusan di kaunter. 

Nak baca lebih lanjut, klik DI SINI

Sumber : Harian Metro/Setempat 25 sept 2014



Orang memberi kita merasa

Assalamualaikum


Kawan yang baik hati bagi ni....untuk anak2 katanya. Aku dah tanya anak2, mana yang dorang lebih suka, Kepsi ke Pizza. Anak-anak lebih cenderung kepada ayam goreng so sabtu ni jika tidak ada aral melintang, bawa anak2 ke restoran ayam goreng itu ...  Umi dan Baba pun tumpang sekaki.

Semoga murah rezeki kawan ku itu :D




Wednesday, September 24, 2014

Jiran ku loud speaker!

Assalamualaikum
 
Yang tinggal di kawasan apartment atau rumah teres yang rapat2 tu, memang dah biasa mengalami situasi begini kan....jiran sebelah bercakap korang boleh dengar apa isi ceritanya. Nak2 lagi yang sangat loud speaker tu. Macam nak dengar satu apartment suara mereka yang berbual. Kalau perkara biasa yang dorang bualkan tak pa lah kan....tapi kalau yang sulit ke confidential ke, semua pun dengar, macam mana tu.....
 
Sebab tu aku kalau bercakap dengan hubby selalu control2 suara, seganlah kalau jiran kita terdengar isi perbualan rumah tangga kita kan.....tapi memang kadang-kadang tu terover volume juga bila start membebel dengan kanak-kanak riang di rumah tu....hehehe
 
Tapi kan yang aku nak ceritakan sini, jiran kami yang satu tu.....bukan nak mengumpat tapi sangat hairan. Kalau dorang berbual rasanya seluruh apartment ni boleh dengar.
Aku rasa kan bukan setakat loud speaker lagi tapi dah pakai microfon dah.
Yang aku pelik lagi, kita kan kalau berbual, seorang bercakap dan seorang akan mendengar, kemudian berbalas.......tapi yang ni dua-dua serentak bercakap.....ish ish ish
 
Nasib baiklah aku dan hubby tak faham bahasa dorang tu.....sebab jiran kami tu sebenarnya encik Awang Hitam. Dah lama dorang tinggal di sebelah tu.....dengarnya pelajar dari Nigeria.
Aku sebenarnya takut juga bila tahu berjiran dengan dorang...korang faham-fahamlah kisah2 Awang Hitam ni kan. Tapi alhamdulillah setakat ni semuanya biasa sahaja, tak ada apa2 yang tak baik berlaku.

 
 
ilustrasi dari En.Hubby
 
Tak tahu apa isi perbualan dorang tu....berbual macam nak runtuh apartment. Nasib baik dorang jarang2 berada di rumah....huhu




Note : Terima kasihlah kepada hubby sebab sudi melukis kartun itu untuk isteri mu ini....hehe

Tuesday, September 23, 2014

Ole Ole dari Cameron Highlands

Assalamualaikum
 
Balik rumah semalam terus nampak benda ni atas meja. Hubby kata kawannya yang baru balik bercuti dari Cameron Highlands bagi, ole ole katanya.
Macam tahu2 jak kawannya ni yang kami sekeluarga ni hantu jem strawberry. Kalau beli roti sebuku wajib ada jem strawberry untuk sapuannya. Sedap gitu.
 
 
Strawberry jem all the way from Cameron Highlands! 
 
 
Ada Strawberry kering ni juga. Yang ni sekejap jak masuk dalam mulut. Aku, hubby dan Damia yang habiskan. Shumi dan Shamzi tak berapa nak suka.
 
 
Ok .... terpaksa update dengan ringkas sebab hari ni banyak benda nak kena settle. TaTa!
 
 

Monday, September 22, 2014

Lembah nan hijau

Assalamualaikum




Mana tak sejuk bila permukaan masih dilitupi pokok-pokok yang menghijau. Sangat nyaman dan tenang. Bestnya penduduk-penduduk di kawasan ini. Bangun pagi, dapat menghirup udara segar dari lembah yang menghijau itu. Badan sihat, otak pun cergas.... :)




Kurang dan Tambah lemak!

Assalamualaikum

Kurang dan tambah lemaks! Macam mana tu ??

Ni cerita hari sabtu tu. Jumaat malam tu, hubby dah bagitahu esok pagi-pagi kita bawa anak2 pegi mandi di kolam. Dah lama janji dengan dorang. Nak pegi asyik tergendala jak. Bukan sebab jauh, ni kolam yang disediakan di kawasan apartment yang kami tinggal ni. Tergendala sebab cuaca yang tak mengizinkan.

Dan sabtu tu alhamdulillah, langit terang benderang. So bawalah anak-anak yang tengah eksaited giler tu berenang di kolam. Budak-budak kalau dah jumpa kolam memang susah nak keluar balik. Macam kitalah zaman budak-budak dulu....kalau dah jumpa sungai confirm berendam dari pagi hingga ke petang hehehe...


Ingatkan dorang Shumi, Shamzi dan Damia saja yang eksaited.....Babanya pun sama tumpang sekaki berkubang kat kolam budak2 tu. Siap buat aksi terapung lagi tu kihkihkih..
Kolam yang kat atas tu untuk orang dewasa.....Yang ni tempat Uminya pula berenang kuak kupu-kupu untuk kurangkan lelemaks yang ada :P


Dah sejam kami sekeluarga berkubang kat kolam tu, kulit semua dah berkedut sebab sejuk....terasa lapar lah pulak. Berenang berabis dah banyak bakar kalori kami dan guna tenaga. 
So mulalah aku terpikir2 apa yang nak dimasak nanti. Yang pantas tapi mengenyangkan, sebab perut dah lapar...

Tetiba hubby bersuara, mari kita pegi makan roti telor
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, aku terus setuju. Tak payah masak dah...hehe so cepat2 bersiap dan kami sekeluarga menuju ke destinasi mengisi perut itu. :P

Sesampai di sana, terus order apa yang nak dimakan dan tadaaaa!


Roti telor satu siappppppp! Tambah balik lemak aku hehe




Sunday, September 21, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....





Hati-hati bila minum kopi

Assalamualaikum

Sumber : Facebook KKM

Ternampak keratan akhbar yang dikongsikan di Facebook oleh rakan2.
Siapa yang tak suka kopi ... nak2 lagi kalau diminum di waktu pagi atau santai di hari petang. Nak yang panas, sejuk... kopi O atau kopi susu. Semuanya sedap. 

Tapi hati2 bila meminumnya. Bukan kopi yang merbahaya tetapi kandungan sampingan dalam serbuk kopi tersebut.. Lambakkan jenama kopi yang ada di pasaran hari ini. Kita sebagai pengguna haruslah bijak memilih. Jangan semata-mata tertarik dengan khasiat kononnya boleh menambah tenaga, awet muda tetapi lain jadinya. 

So para pengguna sekalian, tepuk dada tanya selera!




Saturday, September 20, 2014

Keywords tak pelik

Assalamualaikum

Salam sabtu korang. Ni tengah lepak-lepak sambil update blog, checklah keywords Nuffnang tu. Bukan apa check kalau ada yang pelik lagi tapi bila check hari ni nampak keyword yang lain sedikit ni. Nak kata pelik, tak juga....





si Jieha  nak ingatkan kawannya si Mia , jangan lupa ke rumah dia bila balik ke Malaysia nanti. Agaknya si Jieha dah rindu giler kat kawannya si Mia tu. Sampai tercari-cari di Google gitu. 
Moga si Mia tu nampak dan ingat pesanan si Jieha tu ye :)



Note : Mia yang dinyatakan di atas bukan pemilik blog ni ye.....tu Mia yang tinggal kat obersi tu 






Friday, September 19, 2014

Terjebak dengan Selamat Pengantin Madu!

Assalamualaikum

Sumber : Google


Korang tengok ke cerita ni ??? aku actually agak kurreeennng minat drama2 melayu tapi bila sesuatu cerita tu menarik perhatian aku, memang aku follow dari awal hingga tamat episod.
Honestly aku sebenarnya tidak berapa meminati pelakonnya tetapi watak Fasha Sanda yang secara diam dimadukan oleh suaminya itu sangat berkesan bagi aku.
Dia cuba untuk menerima hakikat dan redha yang dia terpaksa berkongsi kasih dengan seorang wanita muda lakonan Eina Azman.
Tapi ada satu scene yang sangat membuatkan aku sangat emosi bila Fasha keluar daripada kereta dan menangis kerana tidak dapat menahan kemanjaan madunya dengan suaminya lakonan Aiman Hakim di depan matanya sendiri.
Aku benci tau tengok lakonan Eina Azman, gedik tak bertempat. Langsung tak hormat madunya yang telah terpaksa menerima dia.
Dan aku termenangis bila Fasha Sanda terpaksa menahan-nahan air mata daripada jatuh apabila melihat aksi manja madunya itu. Tensen tau aku tengok drama ni tapi aku nak tahu juga penamatnya...

emmmm...manisnya bermadu bagi Suami tetapi sangat pahit seperti hempedu bagi si Isteri.
Para suami yang berkira2 nak tambah cawangan tu, tanya pada diri sendiri dulu, adakah nanti korang boleh berlaku adil kepada isteri2 anda. ADIL daripada semua segi ??


Note : Just kongsi drama yang aku sedang tonton sekarang, tidak ada kaitan dengan sesiapa pun ye :D


Extra Note : To hubby - NO MADU2 Okeh!!!





**********************************************************************************************************

YANG MENARIK | Pandu Uji mana-mana model kereta VW dan anda berpeluang memenangi VW Scirocco yang baru!





Thursday, September 18, 2014

Bayar guna Syiling?

Assalamualaikum

Korang pernah bayar apa yang dibeli menggunakan duit syiling ?? Memanglah pernah kan. Apa punya soalan lah si Mia ni. Tak kan lah harga barang 50 sen, bayar guna duit kertas 50 ringgit. Gila ke apa atau sengaja nak tunjuk yang ko tu banyak duit. 

Ok lah bagi lengkap soalan. Korang pernah ke bayar harga barang yang mahal dengan menggunakan syiling. Contoh beli esbok ke tv ke harga ribu2 ko bayar guna syiling....pernah ke  ??

Pernah ada undang2 ke yang kita dilarang menggunakan syiling untuk membayar benda yang mahal. Macam tak ada kan (betulkan aku kalau salah).
Kalau tak boleh kenapa pernah ada artis yang satu tu bayar saman ke apa yang puluh ribu tu guna syiling. Mahkamah terima cuma artis yang menerima tu jak yang tak mahu. 

Sumber : Facebook

Tetiba cerita pasal ni bukan apa....ternampak foto yang dikongsikan di Facebook ni. Yang ni berlaku di China yang mana salah seorang pesalah telah membayar wang saman dengan menggunakan syiling. 

Tak tahulah apa motif dia bayar guna syiling tu. Samada dia sengaja nak menyusahkan orang untuk kira duit tu atau memang itu saja duit yang dia ada, hasil tabungan syiling agaknya.

Yang aku heran kenapa pula orang2 tu semua tak guna mesin kira duit syiling tu???




Wednesday, September 17, 2014

Bahaya tak kenal tempat

Assalamualaikum

Sumber : Facebook

Sumber : Facebook

Terkejut nampak berita ni semalam. Mana tak terkejut kalau kejadian tu berlaku di kampung aku Kota Marudu. 
Kota Marudu jarang ada jenayah besar seperti begini, tetapi tiba2 jadi macam ni terasa bahaya tak kenal tempat dah.

Kejadian berlaku pada 15 sept 2014, dekat simpang Kg Tagaroh, Kota Marudu. Dua suspek perompak tu sebenarnya melarikan diri daripada polis dari Sandakan dengan memandu sebuah kereta yang dicuri. 

Kedua2 penjenayah ni merbahaya sebab memiliki pistol. Huhu
Nasib baik pihak polis cekap. Keduanya dapat ditangkap setelah kereta mereka terbabas apabila pihak polis berjaya menembak tayar kereta perompak tu.

Itu seperti cerita yang tersebar di Facebook. Tetapi rata2 semua cerita hampir sama. 
Bayangkan jauhnya Kota Marudu dan Sandakan (rujuk peta Sabah), tak sangka dorang boleh lari ke daerah kecil ni. Dan dengan bersenjata api lagi...hmmmm
Terasa bahaya ada di mana-mana.



Semoga kita dijauhkan dari segala bahaya dan bala bencana......


Note : Syabas PDRM!



Tuesday, September 16, 2014

Bertukar kepada Pak Rimau

Assalamualaikum

Selamat bercuti semua dan Selamat Hari Malaysia!
Duduk rumah je kah atau berjalan-jalan bersama family? Aku kat rumah jak. Cuti kan cuma sehari, esok dah mula kerja balik. 

Semalam aku keluar sekejap ke bandar, kononnya nak buka akaun pak rimau tu. Bukan apa, kiranya nak tukar bank gaji. Sebelum ni, bank tu bukanlah tak best tapi sangat international katanya, Cawangan pun terhad. Kat KK ni ada dua jak. Mesin ATM dan lain2, tak mesra pelanggan langsung. Cuma ada kat bank tu sahaja. Kat mall ke stesen minyak ke atau kedai 7eleven tu langsung tak ada. Susah nak ambik duit. Plus bank ni agak memilih 'orang' sedikit sampai orang besar pun tutup akaun kat situ.
Macam banyak tak best ni, kata tadi bukanlah tak best huhu

So pilih punya pilih, bank tempatan ni jugalah yang aku rasa ok. Cawangan banyak, mesin ATM ada di merata tempat dan yang penting Malaysia's bank. Jadi tak lah terasa sangat international.
Mula-mula kononnya nak buka akaun di banknya tapi teringat ada satu kiosk ngam2 berhadapan dengan Giant tempat kami selalu membeli dan belah, teruslah ke sana.
Senang nak singgah ke Giant lepas tu.




Sesampai di sana terus nyatakan tujuan untuk membuka akaun. Staff Maybank tu terus minta IC dan tolong isikan form. Tak banyak kerja aku. Cuma turunkan tandatangan sahaja. 
Urusan buka akaun cuma mengambil masa 15-20 minit sahaja. Cepatkan. Terus dapat debit kad Maybank dan boleh aktifkan akaun bila kita masukkan duit serendah RM10. Sangat mudah dan pantas. 
Kiosk Maybank tu pun buka sampai pukul 10 malam. Kalau tak sempat berurusan di bank siang hari boleh ke kiosknya sahaja. Patutnya semua bank pun boleh buat camni agar memudahkan urusan pelanggannya. 
Cukup puas hati dengan layanan staff Maybank tu. Macam ni lah kita mahu kan. :)




Monday, September 15, 2014

Mengidam D3S

Assalamualaikum

Sabtu hari tu, sedang kita orang santai-santai sekeluarga menonton cerita Man of Steel (Superman versi baru tu) di channel HBO Astro.....tetiba hubby suruh STOP !! ambik remote, reverse balik cite superman tu. Ingatkan dia terkejut sebab superman dah berpikiran dan kembali ke pangkal jalan, tak nak dah pakai seluar kecik kat luar. Rupa-rupanya yang ni dia sibuk kan. 



Kamera rupanya......ingatkan apa tadi. Kan dah jadi cerita blog isteri mu ini. Sapa suruh gabra semacam jak...kihkihkih


Hubby mengidam Nikon D3S rupanya. Bukan calang-calang apa yang diidamkan oleh hubby aku ni. Harga boleh jadikan deposit beli kereta baru. 

Harga body saja dah RM 16,888/-, belum masuk lense lagi. Lense yang ori pun dah mencecah ribuan ringgit. Fix Lense dalam RM 1,000/- ke atas, manakala Zoom Lense pula dalam RM 6,000/- ke atas. So kalau pun nak beli kamera ni, kena budget dalam RM20k ke atas. Gullllpppp! telan air liur isteri mu ini hubby. Mahal bebenor. 

Sabar je lah hubby. Bila dah cukup duit nanti (setelah tolak segala perbelanjaan yang wajib itu kihkihkih) boleh lah diizinkan untuk meng up grade kan kamera yang sedia ada. Sekarang ni tengok gambarnya dan telan air liur je lah. :P

Source : Nikon Malaysia
Features Explained

ISO performance: ISO 12800 as standard, expandable to ISO equivalent of 102400 (Hi 3)
Nikon FX-format CMOS image sensor with 12.1 effective megapixels
Improved D-Movie function including High-Sensitivity Movie mode and flicker reduction function
Nikon’s Integrated Dust Reduction System including Image Sensor Cleaning function
Incorporates Nikon’s original EXPEED digital image processing
Active D-Lighting with bracketing for up to 5 frames
Picture Control: Standard, Vivid, Neutral and Monochrome (Landscape and Portrait can be downloaded from Nikon website)
Quick response with approx. 0.12 seconds start-up time and approx. 0.04 seconds shutter-release time lag
9-frames-per-second shooting rate in FX format, 11 fps in DX crop (CIPA Guidelines)
Nikon’s original Scene Recognition System, utilizing 1,005-pixel RGB sensor, for more accurate autofocus, auto exposure, i-TTL flash control and auto white balance
Multi-CAM 3500FX AF sensor module featuring 51 AF points
Viewfinder with approx. 100% frame coverage and approx. 0.7x magnification in FX format
Durable shutter unit proven by 300,000 cycles of testing on fully assembled camera
Intelligent power management that lets you shoot up to approx. 4,200 frames per charge (based on CIPA Standards)
Easy-to-access Live View modes with dedicated button
Quiet Shutter-release mode for nonintrusive shooting
High-definition (approx. 921k-dot), 170˚ viewing angle, 3-in. VGA LCD monitor with tempered glass

Source : Nikon Malaysia





Note : Ni dah tolong promote kamera ni, harap2 lah dapat free kamera dari Nikon.....kihkihkih




Jalan-Jalan Check In Sabah!

Assalamualaikum

Korang memang perasan kan, aku dan hubby sangat suka berjalan-jalan dan check in di resort/hotel/homestay yang kami rasa menarik. Hampir kesemua kisah cuti kami sekeluarga, aku kongsikan di blog ni. Walaupun hanya sekitar Kota Kinabalu dan ada juga yang di luar Kota Kinabalu (tapi tak lah jauh sangat), sudah cukup menggembirakan kami sekeluarga. 

Aku perasan juga, ada yang bertanyakan di mana lokasi tempat kami pergi tu, macam mana nak pergi ke situ, apa yang menarik di situ. 
So aku buatlah satu Page khas untuk memudahkan korang membaca balik post-post yang lalu. 

Harapnya lepas korang baca post2 tu semua, ianya dapat membantu korang bila melawat atau datang ke Sabah nanti :D

Selamat membaca !
























Sunday, September 14, 2014

Jambatan Kg Gayang, Tuaran

Assalamualaikum

Salam ahad korang. 
Ni nak kongsi salah satu port yang orang paling suka snap2 di area Kota Kinabalu ni, termasuk hubbylah tu. Selepas subuh seawal jam 5.30 pagi jika ada kelapangan di hujung minggu pasti hubby akan pergi ke sini mengusung 'kawan' setianya tu untuk merakam keindahan alam ciptaanNya. 






Yang ni disnap pagi kelmarin. Damai jak. *kali ni hubby tak kuatkan warnanya, touch up simple gitu. Bubuh compact powder dan lip balm jak kalau diibaratkan pompuan yang bersiap. Biar kaler yang original gitu. :P

Berbanding yang kat bawah ni. Ni dah lama hubby ambik. Kaler memang menghijau gitu....hehe


So sapa-sapa yang penggemar snap-snap tu jangan lupa ke lokasi ni. Pasti pemandangannya tak akan mengecewakan korang terutamanya semasa terbit matahari. 


TaTa!!


Saturday, September 13, 2014

Lactacyd & R M K Foundation

Assalamualaikum

Salam sabtu korang. Lama aku tak promote CPUV yang diberikan oleh En.Nuffnang. Nasib baik Nuffnang tak merajuk, ada juga CPUV baru yang aku dapat. 


     
Pencuci intim Wanita. Ada contest kalau korang nak join. Maklumat lanjut boleh klik DI SINI

********************************************************************************




Khas untuk wanita yang inginkan kulit muka lebih licin dan bersinar. Info lanjut boleh klik DI SINI




Friday, September 12, 2014

Mengapa ??

Assalamualaikum

Angin bayu laut meniup lembut ke pipi Mastura
Sebenarnya sangat menenangkan tetapi tidak mampu menenteramkan gundah dalam dirinya
Dari tadi kakinya ligat menguis pasir pantai, 
seligat fikirannya yang sedang menerawang memikirkan persoalan yang timbul
Mengapa dia begitu, kenapa dia tiba-tiba bermasam muka, apa yang aku telah lakukan hingga dia langsung tidak mahu menegurku, tidak mahu menjawab pertanyaanku......
Padahal baru minggu lalu keluar berdua, berjalan bersama, ketawa bersama.....
Tetapi semalam, dia hanya diam.
Diam membisu dengan pandangan yang tajam seolah ada dendam terbuku di hatinya..........
Tanpa sedar ada air mata mengalir di pipi Mastura
Mulanya perlahan tetapi akhirnya semakin laju diiringi esak tangisan kecewa Mastura ....
Mengapa .... mengapaaaaaaa!!!!!


Wah gitu :P
Bercerpen kononnya di hari jumaat.
Sehari tak timbul sebab tetiba kesibukkan melanda.
Almaklumlah esok, lusa, tulat dan hari satu lagi tu, aku akan bercuti.
Anak2 kan cuti sekolah seminggu haruslah Uminya ni ambil cuti sehari dua temankan anak2 dan hubby di rumah.

Macam mana cerpendek (cerpen+pendek) aku tu ??? Boleh ke ?? Boleh feel juga ke ?? Kihkihkih
Ni idea spontan gitu.
Korang jangan ketawa ye ... :p

Ni aku nak bagi soalan.....soalan berdasarkan cerpen di atas.
Mengapakah dia tiba-tiba berubah ???
Korang nak jawab, dipersilakan. Tak nak jawab aku tak paksa pun hehe
Just nak bagi korang ceria di hari jumaat yang indah ini....gitu :D


TaTa!

Note : Nama Mastura tidak ada kaitan dengan sesapa. Tetiba jak nak bubuh nama tu ye.




Wednesday, September 10, 2014

Selamat ber UPSR Harry Porter!

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke 2 budak darjah 6 menduduki UPSR. 
Anak aku ? Si Shumi ada 4 tahun lagi dia nak duduk exam ni tapi tak tahu masa dia nanti masih adakah peperiksaan UPSR ni...huhu

Yang sedang ambik exam anak kakak ku yang bongsu tu...kita orang panggil dia Fizi. 
Anak ke2 aka yang bongsu dari 2 beradik. Dua2 pun lelaki. Yang si abang dah masuk Form 2. Dah bujang dah, tinggi melangit budak ni ..
Yang ambik exam ni rendah jak, pastu hitam manis, chubby2. Raut wajah sebijik macam muka kakakku. 

Semalam telefon kakak, macam mana dengan si Fizi... ok ke tidak, dapat jawab ke tidak ???
Katanya, Fizi cakap senang, boleh jawab. 
Kata kakak, dia tak harap keputusan yang meletup2 gitu....yang penting Fizi dah usaha, rajin pergi ke tuisyen dan dapat jawab soalan dah cukup baik.
Tunggu je lah keputusannya nanti.

Anak2 tak baik kalau kita tekan. Lebih baik biarkan dorang belajar cara sendiri tetapi dalam pada masa yang sama beri tunjuk ajar, beri/sediakan apa yang mereka perlukan, ajar mereka mengikut jadual dan pantau. :)


Buat harry porter kampung ni, semoga berjaya dalam UPSR!


Penangan Sejuk Beku

Assalamualaikum

Sejuk beku ?? Apa yang sejuk beku. Eskrim ke ?? Daging sejuk beku ke ??
atau musim sejuk ke ??

Bila lah nak merasa salji. Tengok dalam tv jak. Asyik tengok si Jelita anak si Nastyna berguling-guling atas salji yang tebal......emmmm bestnya 😊
Mesti sejuk giler kan.

Tapi yang sebenarnya bukan sejuk beku tu yang nak aku ceritakan tapi filem animasi Frozen yang digilai oleh anak2 kecik terutamanya budak pompuan sekarang ni. 
Dah lama ditayangkan di pawagam kan tapi sabtu tu ditayangkan eksklusif di Astro channel Fox Movie. 
Maka disebabkan Damia agak fanatik dengan filem ni, aku dengan baik hatinya recordlah kononnya untuk anak dara aku sorang tu.

Tapi kan akibatnya, sejak dari hari sabtu tu, rasanya dah dekat 10 kali Damia ulang tengok filem ni.
Siap ada aksi lagi semasa lagi Frozen yang Let it go tu ( tajuk lagu tu ini kah hehe)...
Kalau bukan lagu ni, asyik2 tanya orang, do you want a build snowman??

Tengok aksi dorang teringat kita dulu2 kan. Semua pun nak jadi Cinderella, nak jadi Snow White, nak jadi Rapunzel...so yang Frozen ni kira princess zaman sekaranglah kononnya. Princess Elsa dan Anna. :)

Dan akibat penangan Frozen ni juga, abis ruang tamu rumah dipenuhi 'salji putih'.....

Ambik ko, payah benar nak mengutip 'salji2' tu semua. Ni kerja Damia lah sambil dibantu oleh abang-abangnya.


Ni lah rupa budak yang bertanggungjawab menaburkan 'salji' itu. Baju tidur nak yang Frozen juga. 



Note : Actually tak berapa minat dengan filem Frozen ni, ceritanya biasa sahaja. Kekuatan cuma pada princessnya dan juga lagu2nya. Aku lebih suka dengan filem animasi The Croods dan juga Brave. Ada unsur2 pengajaran dan bukan hanya filem kartun semata2.





Tuesday, September 9, 2014

Manuk Wraps by me!

Assalamualaikum

Aku bukanlah penggemar makanan jenis wraps2 ni, sangat kebaratan gitu (kononlah). Aku kan tekak orang sabahan :P....teringat terus jeruk bambangan di rumah (aku dah top up sebalang lagi, hari tu dah abis 5 mangkuk aku kerjakan dengan hubby kihkihkih).

Ok balik cerita wraps tadi. 
Tapi kan sesekali makan ni memang lah sedap. Tetiba teringin pula nak makan wraps ni semalam. Nak beli di kfc, malas pula singgah. Lagipun rasanya menu tu bermusim kan. So pikir punya pikir, singgahlah di Giant membeli bahan2. Roti wraps tu, cheese, ayam (aku beli Ramly's burger tu jak) dan mayonis. Tak dapat cari salad pulak. So no vege lah dalam wraps ni.

Wraps dia aku guna jenama ni. Sedap juga selepas di grill atas kuali panas ... hehe

So bila dah dibalut2 dan dilipat dengan rapinya, inilah hasilnya. 

Manuk wraps by me!:D extra mayo sebab aku suka. Sampai meleleh keluar mayonya....

Shumi dan Shamzi bukan main eksaited makan. Siap kononnya minta buatkan satu lagi. Tapi tak sangka pula sekeping wraps yang telah dibalut bersama intinya tadi cukup mengenyangkan. 

Tak terabis dorang sebiji wraps tu. Hehe. Aku pun hanya mampu makan satu jak. Hubby haruslah lebih dari satu, kata orang tengok perutnya kihkihkih.

Walaupun simple, hubby cakap sedap. Kalau dah dia cakap gitu memanglah aku puas hati kan. Nanti nak buat lagi. :)


Note : Mesti korang tertanya2 kan apa tu Manuks..... Manuks is Ayam :)








Mana satu gaya tidur anda?

Assalamualaikum

Mana satu gaya tidur anda ?? 

Sumber  : Facebook

Aku ?? Tak ada dalam gambar di atas sebab aku tidur suka peluk bantal ataupun selimut. Aku jenis yang tak suka pakai selimut, kecuali kalau darurat lah cam dalam bilik yang ber air-con ataupun semasa demam. Hari2 biasa aku lebih suka peluk selimut/bantal. 

Hubby pulak seperti gambar yang last tu. Tidur mesti ada selimut. Tak kira hari panas ke apa, wajib berselimut. Apalagi bila cuaca sejuk memang tak nampak kepala dah, masuk terus dalam selimut. 

Anak-anak aku semua rasanya ikut gaya aku tidur. Tak suka berselimut tetapi tidur mesti ada bantal peluk. Kalau tak, tak nyenyak tidur rasanya. :)

Korang pula tidur macam mana ??




Monday, September 8, 2014

Kenapa aku berblog??

Assalamualaikum

Salam isnin korang.
Tajuk post cam klise je kan. Napa aku berblog??
Camlah ada orang nak tahu

Memandangkan aku tetiba jak muncul pada tahun 2012 yang lalu,
rakan blog yang lain tak berapanya nak kenal aku dan blog ni.
Aku je yang buat tebal muka berkunjung ke blog rakan2 yang
dah ada nama.
So ni kiranya macam post memperkenalkan DIRI dan BLOG.

Mula2 berblog pada tahun 2007.
Ni pun sebab terikut kawan2 yang lain berblog.
Orang ada blog, aku pun nak juga. :P Macam best jak
Masa ni blog terhad untuk kawan2 yang terdekat jak. Aktiviti BW untuk tambahkan rakan2 blog memang tak tahu. Waktu ni juga rasanya iklan Nuffnang pun belum popular lagi.
So blog aku memang tak ada tepek2 iklan ke apa.

Mula berblog entri pun ntah apa2 ntah.
Bila aku baca balik pun, macam malu dengan diri sendiri.
Tersangatlah poyo! Siap ada entri bahasa
orang putih lagi.
Bukan apa, masa tu ingatkan blog mesti dalam english gitu, nanti orang tak baca memang tak ada pun orang baca hehe

Rating pengunjung pun tak kira masa tu. Unique Visitor ke apa haram tak tahu
Post entri setiap hari, tapi yang bacanya hanya kawan aku yang 2 3 orang tu dan aku.
Kiranya ni post syok sendirilah. :D
Sendiri tulis, sendiri baca....

Blog ni pun terhad untuk pembaca di Sabah. Sebab aku tulis entri ikut slang sabahan.
Selepas aku tahu entri tak semestinya bahasa omputeh.
Kalau aku tulis camtu lagi macam tu mesti korang (blogger semenanjung) pening kepala memikirkan apa benda yang ditulis oleh si Mia ni bah!
Banyak juga post yang awal2 dulu aku telah delete. Tak sesuai, tak bermanfaat dan sangat the poyos.. kihkihkih

Bila aku dah tahu pasal Nuffnang, nak juga daftar, katanya boleh dapat duit.
Dah lama juga aku daftar Nuffnang ni.
Tapi langsung tak masuk sen pun. Macam mana nak masuk kalau pengunjung pun tak ada kan.

Memula tu semangat tapi lepas tahun 2009 ke tahun 2011,
aku sunyi dari dunia blog. Kawan2 aku yang memula berblog pun terus sepi.
So aku pun tak ada mood dah. Siapa yang nak baca post aku kan.
Sangat sempit pemikiran aku masa ni huhu

Tapi selepas aku melahirkan Damia pada bulan Oct tahun 2011 yang lalu,
aku kembali aktif berblog.
Itu pun aku sikit lagi terlupa password untuk log in ke blogspot aku ni.
Maklumlah dah lama tak masuk.

So mulalah bergiat aktif sedikit demi sedikit.
Post entri setiap hari walaupun aku tahu belum ada yang membacanya.
Dan rajin ber blogwalking.
Buat tebal muka, BW ke blog yang dah pemes,
kemudian bagi tahu dah follow dan ajak singgah blog aku.
Menjadi jugalah cara aku tu,
Ada juga yang sudi berkunjung balik dan follow blog ni.
Dan ada juga yang tidak.....huhu
Aku sedar diri juga, siapalah aku ini

Masa mula bergiat aktif follower cuma 8 orang jak.....sadis kan
Dari tahun 2007 - 2011 cuma 8 orang jak ikut blog ko....huhu
Tapi hari ni dah meningkat ke 435 orang.....boleh lah bagi blog picisan seperti aku ni.
Follower untuk Google+ aku pula dah meningkat ke 1,174 orang.
Sekurang-kurangnya aku tahu orang dah mengenali blog ini.
Tak lah ada entri post syok sendiri :D
Duit hasil Nuffnang pun aku dah rasa. Dah cash out kan sekali.
Sekarang ni rasa nak gatal lagi nak cash outkan balik. Tapi aku tunggu jugalah hingga hujung tahun ni.

Dah kenal kan...hehe
Blog ni dah berusia 7 tahun. Dah masuk darjah satu gitu. :P
Usia Puan punya blog pula dah 30-an. Dah jadi remaja purba dah bak kata Okje
Memula blog baru ada anak satu, sekarang ni dah anak 3.
Cerita blog masih sama, kenangan suka duka pemiliknya + karya dari Tuan Rumah
Masih seperti dahulu juga, berblog sebab aku suka menulis.
Blog sebagai sumber pendapatan ?? mungkin ya mungkin tidak.
Rasa2nya tidak....UV belum cukup gitu....plus kekurangan masa dan kekangan lokasi.
Kebanyakkan aktiviti blogger dan lain-lain event berpusat di KL....huhu

Tapi apa-apa pun....Thanks a lot! untuk mereka yang rajin bertandang ke blog ni
HainomOkjeKak ZakieFizaAnumCik NorAtiey dan yang lain-lain tak tersebut namanya,
tapi korang tahu kan siapa korang :D......terima kasih banyak-banyak sebab setia membaca coretan blog ini.


Last sekali, terima kasihlah korang sebab sudi baca post ni sampai abis.... :)


Puan punya blog